Dalam perjalanan kembali ke tempat asal..

18 May 2020

Jika Suami Lebih Muda.... (Siri 1)

Assalamualaikum semua.

Tengok tajuk ni, macam banyak aje benda nak share kan.  Memang banyak pun yang saya nak share, cuma tak tahu lah sempat menaip kisah panjang atau tidak. Kadang kadang baru taip separuh dan ada kerja menanti..

Ermmm..
Saya tahu ramai wanita yang bertemu jodoh dengan lelaki lebih muda. Ada yang dijodohkan, ada memang berkawan beberapa tempoh, ada yang berjodoh secara tidak sengaja (tiba tiba jatuh cinta dan terus kahwin). Ada yang beza usia 1 tahun saja. Ada yang suami 10 tahun lebih muda dari isteri. Dan ada yang lebih dari tu jarak usia mereka.

Siri 1 ni, saya nak cerita tentang jika suami lebih muda dan persediaan cara kita berfikir terlebih dahulu. Mungkin bagi sesetengah orang, berlainan dengan segala apa yang saya kongsikan di dalam blog saya ni. Tapi saya menulis atas pengalaman dan pengetahuan. Maaf jika pendapat dan pengalaman kita tak sama. Masing masing kan...

Okay, nak start dah ni. Baca Bismillah dulu.


Begini, jodoh adalah rahsia Allah, kan. Siapa nak berjodoh dengan orang tua ganyut. Siapa nak berjodoh dengan orang muda tang tang. Kalau lelaki, mungkin la happy dapat perempuan muda tang tang. Impian hampir semua lelaki... Eh!!  Tapiii, jika dah jodoh, kita tak mampu menolak takdir. Usaha dah mencari, dicarikan pun sudah ... last last berkahwin dengan orang beza usia. Tak ke itu semua urusan Allah Taala. 

Jadi, tak perlu rasa canggung yang mendalam sangat. 'Besher besher' dah la. Sebabnya umur kita di dunia ni memang berbeza. Di Syurga kelak, kita lagi muda. Dan lebih cantik dari bidadari Syurga. Gituuu.


Ermmm..
Meleret pulak intronya.

JIKA Suami lebih muda? Seharusnya kita perlu adjust cara fikir kita.  Kita tak boleh set dalam fikiran kita, " dia muda, aku tua...jadi dia kena ikut cakap aku'. atau " dia adik, aku macam kakak, jadi aku kena jaga dan didik dia". Aiyooo! Jangan gitu dong! Jap...


Jom tengok senarai di bawah ni yang saya nak kongsikan.

1. Perlu pandai bawa diri. Walaupun kita lebih tua, apa apa urusan biar suami yang menentukan hala tuju dengan berbincang dengan kita terlebih dahulu. Jika dia tak berbincang pun dan tiba tiba terus buat sesuatu tanpa kita tahu, jangan marah dulu. Biarlah dia nak merasa jadi ketua keluarga. Kita cuba terima dulu cara suami kita ni. Meskupun usia jauh berbeza, mereka tetap suami kita. Ketua rumahtangga kita. Kalau selisih usia 2 atau 3 tahun mungkin kita masih boleh rasa sebaya dan suami pun tak terasa sangat dia muda, tapi kalau jarak usia 10 tahun suami muda dari kita, suami pun ambil masa nak sesuaikan diri. Takkan kita nak perbudak budakkan dia. Mentang mentang kita lagi tua, kita nak dia ikut cakap kita saja.. Oh! BIG NO! Kita sewajarnya perlu pandai2 bawa diri supaya suami gembira dan merasakan dia jadi ketua keluarga walaupun diperingkat menyesuaikan diri kadangkala kita rasa.." Apa pula camni. Bukan ke camtu?". Dah! Tak payah nak serabut kepala memikir. Biar suami muda dari kita tu yang fikir macam mana nak selesaikannya. Jika dia minta pendapat, bagi  pendapat kita mengikut kesesuaian asalkan jangan nampak kita mengajar ngajar. Lagipun kita dah ada suami, biarlah dia buat kerja dia. Kan.

2. Perlu ketepikan ego kita. Setiap lelaki mempunyai ego masing masing. Kita sebagai perempuan pun apa kurangnya. Apatah lagi jika kita ni golongan ibu tunggal dan berkahwin dengan lelaki bujang, lagi la kita punya bangga tu menyerlah. Hahahaha. Macam, " Ko apa tau?". Gituuu. Tapi harus kita ingat, yang kita sudah bersuami. Kita baru berumahtangga dan nak menyesuaikan diri memang mengambil masa. Tapi, buat apa nak pening pening kepala wujudkan border dengan suami. Kan kita yang pilih dia. Dia pun pilih kita. Kenapa mesti kau kau, aku aku, aku cara aku, kau cara kau. Lepas aje akad nikah, tenangkan fikiran! Dia suami. Kita isteri. Selagi dia mengajak kita berbuat kebaikan, ikutkan saja. Kita tak perlu nak fikir seorang diri lagi. Jika ada perkara berlainan pendapat, ajak berbincang dengan cara bertanya dulu akan keyakinan dia dalam berbuat sesuatu." U, betul ke ni nak pindah rumah ni? Bukan apa.. I tak tahu sangat urusan pindah pindah ni. U uruskan semua ye". Haaa.. Biar dia rasa dia 'besar'. Sebabnya dia perlu berjiwa besar untuk mendidik isteri yang lebih tua dan lebih banyak makan garam dari dia. Jangan kita pergi tanya, " U nak pindah ni, jangan susahkan I ye. U yang nak kan. So, U settle kan!". Kan nampak benor ego nya kita nak tunjuk kita ni lagi 'besar' dari dia. Cakap kita tu biar merendah sikit. Bukan merendah diri. Dalam part ni maksud saya cakap tu jangan tunjuk kita bossy. Jangan nampakkan kita ni yang nak kawal rumahtangga lebih dari dia. Bagi lah dia peluang dulu. Kalau tak, macam mana suami muda kita nak belajar jadi lebih matang. Lagipun, tak lah nanti nampak kita dominan sangat. Sebab tak cute tau kalau kita dah la tua dari dia, dan kita pulak sangat makcik makcik, semua nak kontrol dan kawal ikut ego kita. Last last, memang betul, kita yang jaga suami macam mak mak jaga anak. Tak best lah gitu. Hahahaha. 


3. Jika ada anak ketika berkahwin dengan suami lebih muda dan bujang? Kita perlu bersedia dari segi mental dan fizikal sebab kita perlu menjaga hati dua pihak. Kalau anak masih kecil tak mengapa. Tapi kalau anak dah besar besar, dan mereka sendiri kekok nak terima ayah tiri muda...macam mana? Kita harus bersedia berlaku ketidak sefahaman kedua pihak di peringkat awal. Bagitahu suami, untuk anak anak menerimanya akan mengambil masa. Bagi tahu anak anak pula, kita memahami perasaan mereka yang tiba tiba terpaksa menerima orang asing dalam rumah mereka dan keluarga mereka.  Muda pulak tu. Anak anak mungkin ada yang dapat terima dengan senang hati. Ada yang bertahun tahun tak dapat menerima suami baru kita. Sedih kan. Tak mengapa, kita tak mampu mengubah sikap dan hati anak anak yang masih muda remaja, tetapi kita mampu menenangkan suami kita dan menjelaskan perasaan serbasalah kita. Tak salah berkongsi rasa dan mohon pengertian suami. KALAUUUU suami pun macam anak anak remaja juga, dan mula cari salah anak anak, kita perlu mencari orang tengah untuk menenangkan anak anak kita. Bukan suami ye! Jangan dulu. Suami ada ego dia sendiri. Mulakan dengan anak anak. Ketika ini kita perlu fikir untuk jangka masa panjang samada jika serumah akan ada masalah lebih besar, atau pun kita mula fikirkan untuk tinggal berasingan dengan anak...atau bagaimana. Masalahnya sanggup ke? Nak bercerai, sayang. Nak berpisah dengan anak, macam ibu yang kejam. Itukan anak anak kita, yang kita kandung dengan kasih sayang selama 9 bulan. Sudahnya makan hati, betul tak? Yang ni nanti saya akan kupaskan di SIRI 2. Untuk siri 1 ni lebih kepada persediaan mental untuk terima suami lebih muda dari kita.

4. Kewangan. Dari sudut kewangan, kita perlu ada gambaran asas pendapatan suami kita sebelum kita terima dia untuk menjadi suami. Tak perlu tanya banyak dan details tentang pendapatan oranglain. Tak bagus. Cuma hanya tanya, jika berkahwin apa yang akan dia berkongsi dengan kita dan bagaimana mahu kendalikan rumahtangga nanti dari segi perbelanjaan. Memang ada yang kata tak wajar nak tanya, tapiii.. Eh! Tanya la. Perkara kahwin bukan main main. Cuma tanya lah dengan 'manis', bukan tanya macam pisau cukur. Faham tak? Tak faham takpe. Fikir lama sikit ye. Nanti akan faham.

Tujuannya untuk mengelakkan...

i. Jika kita yang bayar semua, suami rasa tercabar dan malu. Ada suami spesis ni ye. Dia malu jika isteri keluarkan semua perbelanjaan rumahtangga. Jadi kita perlu berpakat baik baik, siapa yang bayar itu, siapa yang bayar ini.

ii. Jika dia tak mampu bayar semua, maka kita perlu bekerjasama untuk membantu. Jangan sampai bergolok bergadai. Tapi sama sama uruskan perbelanjaan rumahtangga supaya lebih rasa dekat, bahagia dan bertanggungjawab. Kelak, tiada isu.."Asyik aku je bayar".

iii. Jika dia nak bayarkan semua, itu Syukur Alhamdulillah lah. Tapi jangan pula kita lepas tangan. Kita boleh uruskan perbelanjaan bahan mentah di rumah, perkakasan rumah tangga dan sebagainya. Kita buat part kita agar jangan nampak suami sahaja menyumbang dalam rumahtangga.


Ermmm.. Cukup ini dulu.


Saya akan sambung untuk Siri 2 nanti.
Yang penting, rumahtangga untuk melengkapi antara satu sama lain, bukan mencari yang sempurna. 


Sekarang masih PKP sejak virus Corona seluruh dunia, jadi banyak masa sebenarnya saya nak sharing di blog. Cuma dalam banyak masa tu, jadi tak cukup masa sebab berkejaran dengan anak anak di rumah. Maklumlah, usia macam ni masih ada anak kecil. Tapi saya bahagia, boleh picit anak anak yang masih bau bau baby ni. Hehehehe.


Jumpa lagi di next post.

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Ada nak tanya apa-apa ke?