Dalam perjalanan kembali ke tempat asal..

30 November 2011

Menganiaya dan Menghina?

Penganiayaan kepada insan lain bukan resepi sebuah dendam itu berlaku. Ia adalah permulaan suatu hukuman perasaan bersalah dan celaru yang akan menghantui diri sendiri. Sentiasa berfikir dibenak akan perbuatan yang dilakukan itu. kedamaian akan teralih tanpa disedari. Oleh itu, jangan sesekali menghina dan menganiaya sesama manusia. Balasannya ditangan Allah. Tetapi dosa sesama manusia itu tetap berlaku. Biar setinggi mana pun kita belajar, sehebat mana pun kita di dunia ini, jangan berfikir mudah untuk setiap perbuatan. Fikirkan kesan dan akibat samada di dunia mahupun akhirat. Dendam dan khianat bukan cara terbaik untuk sebuah hukuman. Memadai dengan sipenganiaya yang hidup di dalam ketidak tenangan. Itu hukum alam yang Allah takdirkan di dunia ini. Ingatlah, pembalasan bukan ditangan kita, tetapi kuasanya ditangan Allah. Berdoa semoga kita tidak dianiaya manusia zalim dan kita janganlah menganiaya oranglain. InsyaAllah! Ketenangan akan mengiringi kita sehingga akhir hayat. :)

INI STATUS FB SAYA MALAM INI.


Assalamualaikum. Wah! Lama kan saya menyepi dari berceloteh di sini. Bukan apa, saya agak sibuk dengan kerja yang semakin berlambak ini. Alhamdulillah. Rezeki dari Allah Taala.

Ehem.. Melihat pada post teratas sekali itu, apa kena mengena dengan topik kali ini ye. Ahaaaa!!! Topik kali ni saya nak menulis berkaitan aniaya orang, dendam kesumat dan ketidaktenangan hati. Hehehe.. Layan topik berat sikit untuk kali ini.

Perkara paling mengesankan hati kita ialah apabila kita dianiaya orang. Perkara paling mengecewakan kita ialah apabila kita menganiaya orang.. Tetapi sekiranya kita gembira kerana menganiaya oranglain sehingga tiada berbekas pun rasa bersalah di dalam hati, ternyata kita amat zalim. Tergamaknya kita mengambil kebahagiaan oranglain, tergamaknya kita melihat oranglain susah, tergamaknya kita membuatkan oranglain difitnah dan sebagainya adalah satu perbuatan menyedihkan. 

Apabila kita pula dianiaya oranglain, usah bersedih terlalu lama. Sedih sikit-sikit cukuplah. Hehehe.. Kerana Allah janjikan yang terbaik untuk kita. Lalui dengan sabar dan tabah hati. Tidak perlu ada rasa dendam dihati. Biarpun hati kita terluka dan rasa sukar untuk melupakan apa yang dilakukan pada kita, ia bukan perlu disimpan terlalu lama. Buang jauh-jauh rasa benci itu. Parutnya tetap ada. Tetapi lalui hidup yang ada ini dengan bahagia dan gembira. Belajar menghargai apa yang Allah anugerahkan ini. Kerana kita tak perlu nak khianat atau dendam atau membalas perbuatan mereka yang menyakiti kita itu. Allah akan membalasnya. 
Nak bertumbuk macam ni ke? Hahahaha..


Tenangkah hati kita apabila kita menyukarkan hidup oranglain? Damaikah hati kita apabila kita membuat perkara tak baik pada oranglain? Kalau kita tenang dan damai, ternyata kita jauh dari rasa kasih sayang dan nikmat perasaan insani. Kalau ketenangan dan kedamaian kita tergoyah, ia memang menyebalkan tetapi itu tandanya Allah menyedarkan kita bahawa kita bersalah dan harus mengakui kesalahan itu. Memohon maaf adalah jalan terbaik. Bagi kita yang teraniaya, tak perlu ralat kerana tidak bertindak balas. Allah ada untuk mengadili setiap perbuatan. Nikmat ketenangan hidup akan ditarik balik. Diri akan sentiasa mengimbau perbuatan tidak baik pada oranglain.

Dahulu... (Wah!!.. Nak berkongsi cerita ni.. ). Saya pernah dihina oleh seorang wanita berumur lingkungan 60an  yang bertudung labuh. Saya menghormatinya sebagai seorang tua yang mempunyai akhlak dan pengetahuan agama yang baik. Hinaannya terasa sampai ke dasar hati.. Waaaawaaaaaawaaaa! Dah macam lirik lagu kannnn.. Saya hanya mampu menangis dan bertanya apakah dosa saya sehingga dihina sedemikian rupa. Tiada alasan yang diberikannya. Akhirnya saya akur bahawa, luaran bukanlah penentu seseorang untuk bijak menjaga lidah dan pekertinya. Saya berdoa semoga wanita ini terbuka hatinya untuk melihat bahawa hinaannya itu adalah satu kemurkaan Allah. 


Saya juga pernah ditipu dan dipermainkan oleh kata-kata manis seorang wanita muda. Juga bertudung litup dan baik kelihatan. Berbagai-bagai kata-kata indah dipertuturkan. Akhirnya semua itu hanya mainan dimulut. Saya hanya mampu menangis kerana ia juga amat menyakitkan hati. Perkara berkaitan hati ini kadangkala sukar dimengertikan. Apa yang mampu dilakukan, berserah pada Allah. Allah lebih tahu segalanya.

Kita bukan terbaik untuk mengadili oranglain. Cuma, apa yang penting ialah elakkan dari menganiaya oranglain apatah lagi menghina. Hidup ini hanya sementara. Sekali Allah turunkan balasan pada kita, tak tertepis kita nanti.

Moral dari cerita saya ini, berserah pada Allah sekiranya kita disakiti mahupun dihina. Jangan membalasnya dengan dendam. Biarlah Allah mengadilinya. 

Akhir kata.. (untuk entry ini sahaja tau..).. semoga kita melalui hari-hari kita dengan gembira dan tenang. Duit dan harta tidak akan mampu membeli ketenangan. :)


20 October 2011

Badan Dah Naik

Beberapa hari tidak dapat mengunjungi blog sendiri untuk post entry terbaru. Ini semua gara-gara demam yang dihiasi selsema dan batuk-batuk mengada-ngada ini.

Hehehe.. Sangat-sangat manja bunyi batukku. Sekarang kesihatan hampir pulih dan Alhamdulillah!

Walaupun kurang sihat, badan saya agak naik kebelakangan ini. Hampir 3 kg bertambah menjadikan berat sekarang 52.7kg. BERAT TU!! Sebelum ini tidak pernah lebih dari 50kg. 

Fikiran teringatkan 4SHAPE, produk Laara Beauty. Untuk turunkan berat badan. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.. untuk yang ingin ada 'anak patung hidup' di dalam rumahtangga..ehem!! seperti saya... tak perlulah minum 4SHAPE. Dulu...4SHAPE dikenali dengan nama Laara Slimming Collagen. Ramai lah pelanggan berpuashati dengan produk ini. Terutama berkaitan harga. TAK MAHAL!!..

INI GAMBAR 4SHAPE, PRODUK UTK MENURUNKAN BERAT BADAN, MEMBERI TENAGA DAN MENCANTIKKAN KULIT.


Ermm.. sekarang ni, nampaknya memang tak boleh lagi menguruskan badan.. Hehehehe.. Tetapi saya mula mengawal pemakanan.. Ermmmm..tak sanggup nak melihat badan menjadi montel..biarpun masih comel.. Hehehe..


30 September 2011

Kacang Botak dan Aiskrim Batang

Haaaaaaa..! Siapa tahu apa itu kacang botak? Adakah kacang yang telah kehilangan rambut? (sejak bila kacang berambut?) Kacang botak ialah kacang bersalut tepung dan digoreng. Memang sedap.

Aiskrim batang pula atau dikenali dengan nama aiskrim Malaysia memang sedap. Boleh dibuat perasa milo, nescafe, teh susu, asam masin, jagung dan lain-lain.

Masa saya kecil-kecil dahulu, setiap petang akan ke sekolah agama. Jarak dari rumah nenek ke sekolah agama mengambil masa 30minit berjalan kaki. Jauhkan... Tetapi masa budak-budak, perjalanan yang jauh itulah yang paling thrill. Boleh bergurau senda dengan rakan-rakan yang sama berjalan kaki. Boleh singgah di kedai untuk membeli mainan (kebanyakkannya mainan yang tak berfaedah).

Waktu ini lah minat berniaga itu timbul. Apabila melihat kawan-kawan kehausan apabila sampai di sekolah agama jadi saya nekad untuk memulakan perniagaan kecil. Waaahh!! Aiskrim batang bermain difikiran. Saya meminta pertolongan nenek untuk membuat aiskrim ini. Kadangkala ada juga emak tolong buatkan sekiranya dia pulang bercuti. Berbagai-bagai perisa yang saya jual. Satu batang hanya 10 sen. Murah kan?



Saya akan balut dengan berlapis-lapis suratkhabar lama dan meletakkannya di dalam beg plastik tebal. Selalunya saya akan membawa 30 batang aiskrim ini. Kadangkala jualan habis. Kadangkala berbaki 5 batang. Ermmmm.. 5 batang itulah 'mangsa' saya di dalam perjalanan balik dari sekolah agama. Hehehehe! Ibarat kata nenek saya, ' Jualnya gah, untung tak nampak'. Hahahahah!

SEBAB : Keuntungan jual aiskrim tu hanya dibelanjakan oleh saya tanpa diberi kepada nenek. Waaaaa!! Saya seorang budak kecil yang 'kaya' waktu itu.

Selepas saya berjaya menjadi 'peniaga aiskrim yang berkaliber', saya mula merangka penambahan produk. Nenek mula 'bising-bising' kerana pelajaran sudah merosot. Tetapi saya tak peduli! Saya mempunyai impian mempunyai 'pendapatan harian' sebanyak RM5.00. Waktu itu, jumlah RM5.00 banyak tau!.

Saya memujuk nenek membuat kacang botak. Waaaa! Sebungkus kacang botak saya jual 20 sen. Sedap sangat kacang botak buatan nenek. Dalam sehari saya akan bawa sekitar 30 bungkus hingga 50 bungkus. Pelanggan tetap saya adalah budak dari Darjah 4 hingga Darjah 6. Saya semakin sibuk berniaga.



Waktu belajar pun saya masih sempat mengira duit jualan... ( inilah salah satu sebab saya gagal banyak subjek di sekolah agama). Ustaz sering menegur saya yang sentiasa masuk lewat ke kelas dan keluar awal dari kelas. (nak dapatkan pelanggan dengan cepatlah katakan). Tetapi saya hanya tersenyum cantik.. (perlu nampak cantik, agar ustaz kasihan dengan impian budak yang cantik... hehehehehe..)

Bila dikira-kira, jualan saya kadangkala mencecah RM8.00 sehari. Dan kesemua duit itu adalah kepunyaan saya!!! Waaaaaaa!! Saya semakin rakus 'membeli belah'. Antaranya ialah kuaci, keropok chikedis, air sarsaparila dan macam-macam lagi makanan yang tidak berkhasiat.

Nenek sudah makan hati. Heheheh! Cucunya ini masih tiada penyesalan. Malah semakin rancak ingin menambah produk. Saya meminta nenek membuat karipap mini pula. Tapi kali ini saya hanya sempat berniaga karipap mini selama 1 minggu sahaja.

Emak balik ke rumah nenek dan saya telah dipanggil mengadap. Oh Tuhan! Ehem.. Emak saya seorang yang garang dan tegas. Disiplin adalah perkara penting dalam hidupnya. Saya diberi berbagai-bagai amaran termasuk di berhentikan sekolah. Huhuhuhu! Waktu itu saya menangis tergolek-golek (ye ke?).. Nenek pula yang pada asalnya memang geram dengan sikap saya, mula membela cucunya ini.

"Sudah lah tu.. Jangan lah marah dia. Dia bagus..rajin... Budak-budak bukannya faham sangat kalau marah-marah macam ni" , kata nenek.

Saya rasa kembang di dalam hati.

Emak mula menunjukkan wajah tidak puas hati.. Akhirnya kata sepakat dicapai. Saya hanya diberi tempoh tinggal dengan nenek untuk tahun itu sahaja. Selepas itu, emak membawa saya pindah ke rumahnya di Pulau Pinang. Kasihan nenek. Nenek mesti rindukan saya nanti.

Saya mula merasa emak kejam. Tergamak emak meninggalkan nenek keseorangan.. Tetapi akhirnya setelah saya masuk ke sekolah menengah, barulah saya tahu, tindakan emak adalah untuk kebaikan saya. Semuanya kerana saya manja keterlaluan dengan nenek.

1. Nenek benarkan saya ponteng sekolah untuk mengikut nenek berjalan-jalan jauh. Kadangkala 3 hari saya tidak ke sekolah. ~ Best kan!!!

2. Nenek memakai semua barang kemas di badan saya. Rantai, gelang tangan, gelang kaki, cincin, anting-anting seba lengkap. Biarpun cikgu di sekolah memberi amaran tetapi nenek cakap, 'biarlah! cucu makcik!'..  ~ Hehehehe! Comelkan ada banyak barang kemas di badan.

3. Nenek selalu menyuruh saya tidur di rumah kawan-kawannya. Kata nenek, " Tokwan cuti malam ni (Datuk saya). Kakak pergi rumah Neklong ye. Teman Neklong tidur. Malam ni Neklong tidur sorang". = Neklong ialah kawan nenek yang berselang 2 buah rumah dari rumah nenek.
~ Best tau tidur di rumah Neklong sebab dia rajin bercerita dan masak sedap-sedap.

4. Nenek tidak marah saya berjalan-jalan ke rumah jiran. Biarpun tidak dibenarkan bermain pondok-pondok tetapi saya boleh main teng-teng, zeropoint dan lain-lain. Nenek tidak marah kalau saya pulang lewat asalkan sebelum Maghrib.
~ Hanya inilah pengalaman terindah yang saya ada dalam bab berkawan sebab sebelum itu saya memang tidak dibenarkan keluar rumah dan bermain-main. Hehehehe...

Dan..ianya berakhir..selepas saya mengikut emak berpindah ke Pulau Pinang. Hanya sempat tinggal dengan nenek 4 tahun di waktu saya bersekolah rendah. Tiada lagi kemanjaan saya pada nenek. Dan bermula fasa baru saya bersama ' guru disiplin di rumah' itu. Huhuhuhu!

Bila dah besar, saya faham dan berterimakasih dengan tindakan emak. Nenek pun tidak pernah menyalahkan emak dan saya. Yang paling best ialah setiap minggu nenek akan ke rumah saya. Hahahahahaah!!! Degree kemanjaan meningkat lebih mendadak!

18 September 2011

Keterujaan Mempunyai Blog

Assalam.

Ini kali ketiga saya membuka blog. Juga kali ketiga dibuka oleh oranglain.. Namun blog saya berkubur begitu sahaja kerana saya tidak banyak masa terluang. Hehehe! Saya tidak mahir berblogging. Baru-baru ini apabila melihat Encek Wma mengemaskini blognya, hati saya kembali teruja.

Mujur Encek Wma sudi menolong saya untuk 'membuka' sebuah akaun gmail. Maka, saya pun dengan gembiranya 'melahirkan' blog saya ini.

Selamat Berkenalan dengan saya, Feirouz Azalia dan Selamat Datang bagi yg telah mengenali saya. Kita menjalinkan silaturrahim yang baik di sini tanpa mewujudkan sengketa. InsyaAllah.