Dalam perjalanan kembali ke tempat asal..

24 April 2014

Kandungan Kehamilan Dan Proses Erpoc

Assalamualaikum.

Saya hampir terlupa nak sambung entry tentang kandungan kembar saya dan proses erpoc. Ya Allah.. Kesedihan masih bersisa.. Cuma apabila membaca kisah tentang bayi Ninie, Armand yang meninggal ketika usia 3 bulan..hati saya terharu. Benar sekali.. Allah memberi peluang untuk kita mengandungkan ahli Syurga. Alhamdulillah..

Berbalik pada kisah erpoc..saya selesai menjalani erpoc dan dibenarkan pulang keesokkannya. Selepas itu, kesakitan di bahagian ari-ari makin kuat. Saya menangis kesakitan. Sampai merangkak nak ke bilik air. Haaaaaaaa... Begitulah kesakitannya. Nak berdiri pun sudah tak mampu. Rakan-rakan yang pernah melalui proses 'cuci' agak hairan dengan kesakitan yang saya alami.

Akhirnyaaa.. kesakitan berakhir. Seketul lagi 'janin' jatuh ketika saya di bilik air. Menangis sakit dan sedih bercampur... Mana datangnya ni..Bukan kah sudah lalui proses erpoc. Ya Allah. Saya menelefon hospital dengan tangisan.

Suami belum pulang dari membeli ubat. Kebetulan pihak hospital tak bekalkan ubat tahan sakit -kata doktor selepas erpoc si ibu tidak akan sakit. Saya pula sebaliknya..



Saya diminta ke hospital segera dengan membawa janin tadi.

Rupa-rupanya saya hanya melalui proses erpoc untuk seorang bayi (janin). Yang satu ini tertinggal di dalam rahim yang menyebabkan saya mengalami kesakitan yang amat sangat. Malam itu, saya diminta untuk scan sekali lagi dan jalani erpoc untuk kali kedua. :(

Keputusan scan menunjukkan saya tidak mengalami sebarang masalah di bahagian rahim. Tiada ketulan darah yang tertinggal...dan dibenarkan pulang ke rumah esok harinya. Ya Allah. Alhamdulillah..

Kini.. tempoh berpantang telah tamat. Meskipun begitu..hati kadangkala teringat dengan kandungan saya itu. Impian untuk memiliki anak kembar tercapai meskipun mereka terlebih dahulu ke syurga Allah. 

Entah lelaki ..entah perempuan.. Tetapi hati saya kuat menyatakan seorang lelaki dan seorang perempuan. Maka saya namakan mereka Muhammad dan Khadijah.  Semoga kami dapat bertemu kembali di Jannah. Amin.



*******************************************************************************


Kedudukan Bayi yang Keguguran di Sisi Allah
As-Siqth adalah bayi yang lahir dari rahim ibunya secara prematur dalam keadaan tidak bernyawa. Sehubungan dengan hal ini, terdapat banyak hadis yang keterangannya sangat menggembirakan hati mereka yang mengalaminya, antara lain ialah hadis yang diriwayatkan oleh Mu'adz ibnu Jabal ra yang menyebutkan bahwa Rasulullah Saw pernah bersabda:
"Demi Tuhan yang diriku berada dalam genggaman kekuasaan-Nya, sesungguhnya siqth benar-benar akan menarik ibunya ke dalam surga dengan pusarnya bila sang ibu rela dengan kehilangannya." (HR Ahmad dan Ibnu Majah).
Kedudukan ini hanya diperoleh bagi sang ibu yang sabar demi mengharap pahala Allah dengan kematian bayinya. Diriwayatkan dari Ali ra yang telah mengatakan bahwa Rasulullah Saw pernah bersabda:
"Sesungguhnya siqth benar-benar meminta dengan mendesak kepada Tuhannya bila kedua orangtuanya dimasukkan ke dalam neraka. Akhirnya, dikatakan (kepadanya): 'Hai siqth yang mendesak kepada Tuhannya, masukkanlah kedua orangtuamu ke dalam surga,' lalu ia menarik kedua orangtuanya dengan pusarnya dari neraka dan memasukkan keduanya ke dalam surga." (HR Ibnu Abi Syaibah, Abu Ya'la, dan Al-Bazzar).
Siqth atau bayi yang lahir dari rahim ibunya dalam keadaan tidak bernyawa ini tidak rela melihat kedua orangtuanya dimasukkan ke dalam neraka, maka ia meminta dengan mendesak agar kedua orangtuanya dimasukkan ke dalam surga bersama dengannya. (An-Nihayah karya Ibnul Atsir, bab kata Raghima).

7 April 2014

Sabun Homemade dan Scrub Homemade

Assalamualaikum.

Sudah awal pagi ni. Mata belum mahu lelap. Sakit masih ada. Seperti biasa. Kadangkala culas makan ubat. Malas pun ye jugak. Ya Allah.. Sembuhkanlah penyakitku ini. Amin.


Masih nak bercerita tentang sabun. Sebenarnya sangat seronok menghasilkan sabun atau scrub dari rumah. Bahan-bahan mestilah betul dan sukatan mestilah betul untuk hasilkan produk yang dapat membantu masalah kulit. 

Akademi Kecantikan Laara ada membekalkan berbagai bahan mentah untuk pembuatan produk kecantikan. Antaranya garam laut mati, lumpur laut mati, gluta, kolagen, glycerin dan lain2 lagi. Boleh cari nama AKADEMI KECANTIKAN LAARA di facebook. Dan mesej kami untuk dapatkan harga. Mesej jujur sahaja akan dilayan. Maksudnya gimana?? :) Maksudnya jangan mesej untuk check2 harga tau nak test2 harga. Biarlah mesej dengan niat benar2 nak tahu harga dan nak order jika ada bajet. Gitu lah ...Jika nak cepat, mesej terus ke Page LAARA. Yang atas tu group ye. Bawah ni Page.


Sabun homemade ni boleh mendatangkan duit. $$$$$ Ada wanita yang dulu berkerjaya tetapi terpaksa korbankan karier demi keluarga. Ada juga yang masih berkerja tetapi tidak mempunyai kewangan yang mencukupi. Cuba bayangkan jika ada ilmu menghasilkan produk sendiri di rumah... bayangkan jika mampu hasilkan produk sabun dan scrub di rumah. 

Katakan dalam seminggu, mampu menjual 20 ketul sabun. - Tak payah target banyak2, letak yang sikit dulu.. Ermm.. untung kasar sebiji sabun dalam RM5. Kalau 20 ketul sabun terjual... RM5 x 20 = RM100. Seminggu RM100, 4 minggu dah jadi RM400. Sape nak bagi RM400 kat kita?? Hehehe. Itu kalau untung RM5. Kalau untung RM10?? RM15?? Sila kira sendiri ye anak-anak. ;)


Sebab itulah antara tujuan Akademi Kecantikan Laara ditubuhkan. Untuk memberi ilmu bagaimana menghasilkan produk sendiri. Bukan sahaja produk, malah modul pembungkusan juga disediakan. Belajar bagaimana nak pasarkan produk dan menjenamakan produk.

Semuanya diajar. Memang rugi siapa yang tak ambil peluang ni untuk belajar. Malah peserta bengkel kami menyatakan " Rasa dengan membayar RM500 tu masih tidak mencukupi berbanding dengan ilmu yang dapat dari bengkel AKL". Faham tak ayat tuuu? :) Maknanya, pembayaran RM500 bagi Modul 1 di AKL dirasakan sedikit berbanding dengan ilmu yang diperoleh di dalam bengkel.

Itu komen dari peserta kami. 


Belajarlah buat sabun homemade dan scrub homemade. Tak rugi jika belajar. Kami juga sediakan Modul 2 dan 3 di mana antara produk yang diajar ialah body lotion, syampoo, krim muka, lips balm, massage oil dan banyak lagi.. 


Sudah daftar sebagai ahli di Akademi Kecantikan Laara? Nak jadi ahli percuma sahaja tau. Jangan lupa LIKE page dan juga sertai group AKADEMI KECANTIKAN LAARA ye..


Ok lah.. mahu tidur dulu.. memandangkan esok adalah hari suami budimanku menerima anugerah dari MB Terengganu..ABAM EID. Hehehehe.. Nanti terlewat bangun pula. ~ Teruja!

Assalamualaikum.

4 April 2014

Bengkel Belajar Buat Sabun dari Akademi Kecantikan Laara

Assalamulaikum.

Alhamdulillah, bengkel belajar buat sabun dan scrub di Shah Alam berakhir sudah. :) Selama 2 hari iaitu 29 dan 30hb Mac 2014 bertempat di Section 9, Shah Alam.

Sememangnya kami mengadakan satu bengkel yang sangat enjoy, bermanfaat dan unformal. Tidak perlu nak datang ke bengkel bertie kot bagai. Kami ingin mencurahkan ilmu. Bukan untuk bergaya nak ke majlis gala.. Ewah!

Peserta yang datang semuanya menunjukkan komitmen yang sangat bagus. Masing-masing ada impian dan tujuan. Insya Allah, ilmu yang diberikan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin. Modul 1 disediakan oleh Akademi Kecantikan Laara merangkumi 7 jenis produk.

Bayaran bagi mengikuti Modul 1, RM500 untuk 2 hari. Material disediakan dan boleh bawa balik. :) Minum pagi, makan tengahari dan minum petang dari Ar Rizqy Catering memang sedap! Boleh klik di sini untuk mendapat harga katering yang murah, sedap dan berbaloi.

https://www.facebook.com/profile.php?id=595219657193655

Al Rizqy Catering mempunyai cawangan di Kuala Terengganu dan Shah Alam. :)

Ok..berbalik kepada kisah bengkel..
Ingat ya.. bengkel kami khas untuk yang berminat menjadi usahawan kecantikkan. Dari belajar buat sabun, sampailah ke pemasaran dan keusahawan..semuanya kami terangkan di dalam bengkel.

Cuma..jangan berhajat datang ke bengkel kami untuk mencari ilmu menjadi penyanyi. Heheheheh.. Kami memang tak sediakan modul berkenaan. Sila jangan salah rumah.

Mari kita tengok gambar sepanjang bengkel berlangsung.

Ada yang berminat untuk sertai kami, boleh klik di sini.. https://www.facebook.com/laaraofficial/?fref=ts





Hasil tangan dan kreativiti peserta.

Saya dan Akmar yang banyak membantu. Oh ya.. Baby saya masih kecil pun ikut masuk kelas.

Team AKL sedang mengajar.

Sila tulis nama Puan di sini.. -Akmar
Oh ya..kami sediakan gula2 untuk hilangkan mengantuk.

Peserta tekun mendengar penerangan tentang produk.


Masing2 mengambil bahagian dan akan mencuba selepas belajar.


Cantik benar sabun Cik Azie hasilkan.


Cik Akma bersemangat untuk menjadi usahawan kecantikan.

Prof Dr Ariff dan En Ramzi begitu sporting bergambar dengan sabun belum siap. :)

Cik Rozanne dan Cik Qaseh bersedia untuk menerima tempahan. :)


Cik Zanna yang kaya idea dan bersemangat.


Selepas buat sendiri, pilih bahan sendiri dan tahu kegunaan bahan.boleh buat di rumah.


Hasil peserta. Cantik kan..


Ini hasil tangan peserta.


En Wan, dari CWSB memberi penerangan tentang keusahawan
dan pemasaran.


Saya dengan peserta dan hasil tangan masing2.


Dr Aishah, seorang usahawan aromaterapi. 


Kosongkan minda, sebelum kita mula belajar. :)


Ini A.. A for Ali. :)


Kita tayang duluuuu.. :)



Terima kasi semua yang hadir. :)


Okay.. penat tau upload gambar ni. Hehehe. InsyaAllah..nanti saya ceritakan pula tentang garam laut mati dan lumpur laut mati. :) 

Stop dulu..