Dalam perjalanan kembali ke tempat asal..

31 December 2012

Trimester Terakhir Kehamilan

Assalamualaikum.


Jumpa lagi di entry terbaru. Agak lama tak update di sini. :)
Saya baru keluar dari hospital kelmarin. Belum bersalin tau! Hehehe. Sekarang, usia kandungan akan mencecah 36 minggu lagi beberapa hari. Cuma menurut bidan, ada sedikit kekeliruan antara sudah cukup bulan (36 bulan ++ ) dan juga masih berada di minggu ke 35 ++. Pengiraan saiz bayi dalam kandungan dan catitan/kiraan haid tidak sama. Wahhhh!! Allah punya kuasa kan. 


Ermmmm.. Saya masuk wad lagi. Suka benar nak tinggal di wad yang seumpama sauna tu kan. Hasilnya... saya semakin sihat dan montel. Muka saya???? Seperti kes-kes lepas.. habis berjeragat gara-gara berpeluh lencun setiap malam dan tidak cukup tidur. Ya Allah.. baru sikit ujian kepanasan ...itu pun habis 'rentung; kulit saya. Itu belum lagi kena api.. Nauzubillah! 

Kipas Hikmat. Banyak berjasa kipas ni pada saya sepanjang di hospital.
Memang lenguh tangan dibuatnya gara-gara mood sauna. Hehehe.


Kenapa saya kena warded..? Begini ceritanya.. Ecehh..

Akibat tidak tertahan lagi menanggung peritnya perut saya (saya tak pasti kenapa perut mengeras dan baby terlalu lasak) saya pun menelefon Klinik Kesihatan. Dalam masa yang sama hampir dua minggu saya 'leaking', yakni keluar air yang cuma sedikit dengan kerap. Mungkin juga air ketuban. Cuma saya lebih risaukan perut mengeras sehingga nak berjalan pun tak boleh.

Selepas menelefon KK (Klinik Kesihatan), nurse minta saya segera ke hospital. Erghhhh! Mula lah rasa malas. Saya bagi alasan yang saya bukan rasa nak bersalin. Nurse mula menggerunkan saya .." Kalu awok tak gi, nanti baby boleh jadi lemas. Awok gi lalu. Bahaye. Baby mungking terbelit tali pusat. Ye bahaye."...

Huhuhuhu.. Seram saya dengar. Selepas menunaikan solat Zohor.. saya dan suami pun segera ke Hospital Sultanah Nur Zahirah. Kelam kabut juga sebab saya mula rasa perut makin mengeras. Haiiiiii!! Kalau dah penakut tu..semakin terasa lah macam-macam. Hehehe...

Saya menunggu untuk pendaftaran dan mula bercerita..bla..bla..bla..blup..blup..bla..blup.. bla.. Maka, nurse pun hantar saya masuk wad. Ohhhh!! Saya tak suka betul! Tapi demi baby, saya cuba menahan rasa sengsara.

Wah!! Katil saya betul-betul di sebelah kaunter jururawat dan doktor. Di tepi katil saya, belum ada pesakit lain.  (nanti saya ceritakan tentang rakan baru saya ni..).Ermmm.. Wad yang lain pula kali ini. Agak cantik dan tersusun. Saya memohon untuk masuk ke Wad Kelas Dua tetapi penuh. Wad Kelas Satu tak lah pulak saya tanyakan sebab saya belum mahu bersalin.

Wellllllllll... seperti biasa... perkara paling tak seronok! Ambil darah dan speculum. Aduhaiiii. Pendek kata selama 3 hari di sana, 7x saya berdating dengan speculum. Betul-betul menyakitkan! :( ~ Malu tu satu hal. Sakit tu dua hal.. Tiga hal.. saya sangat-sangat takut. Huh!

Speculum yang 'kejam'. Alat bertujuan untuk memeriksa pintu servik samada
sudah terbuka untuk melahirkan atau ada sebarang masalah di pembukaan servik. 


Akhirnya setelah diperiksa berhari-hari, muka saya pun dah bertompok-tompok, nyamuk sudah mencekik darah meskipun tak semeriah wad yang terdahulu, kawan baru pun dah ramai, nurse pun dah ramai kenal saya...dan mata berbirat kerana tak cukup tidur.. TAAADAAAAAA......

keputusan pemeriksaan pun keluar.

Ermmmm.. Kata doktor pakar - 

1. Saya sakit perut dan rasa kejang kerana baby saya dah makin membesar. Manakala perut saya pula jenis kulit nipis dan kecil. Bila baby berpusing atau melakukan pergerakan 'menjunam' ke bawah - baby dah engage.. maka saya akan terasa sakit yang amat sangat. Baby mengeliat pun memberi kesan pada struktur kulit perut saya yang nipis....sakit akan terasa termasuk sedikit pedih.

BABY SAYA SUDAH 2.6kg.. (^______^)

Comelnyaaa... !! Moga-moga saya selamat melahirkan baby yang comel dan sihat serta 
sempurna sifat rohani dan jasmani. Amin.


2. Leaking disebabkan pergerakan baby.. dan alhamdulillah air ketuban saya masih mencukupi untuk keselamatan dan perlindungan baby saya. Alhamdulillah!!

3. Jika masih sakit lagi dalam minggu depan.. Jeng!!!! Jeng!!! Saya perlu menyerah diri di hospital.


Dann..saya boleh balik dahulu dengan dibekalkan ubat untuk menahan dari berlakunya kebocoran dan sebagainya. 

Lega rasa hati. Teruja betul nak balik rumah. Saya sempat bertanya pada doktor pakar, Dr Malini berkaitan epidural. Wahhhhh!!!! Rupanya hospital kerajaan pun boleh minta epidural yeeeeeeer. Seronoknya saya.!! - Teringat masa kecil dulu-dulu.. sewaktu saya demam panas sehingga terpaksa ambil 'air tulang belakang'. Kata mak saya, saya menangis sehingga biru muka ... kerana kesakitan apabila kepala dan lutut cuba didekatkan bagi mengelakkan saya meronta-ronta..Yelah. Budak-budak kan...

~ Oleh itu, kemungkinan besar saya akan mengambil epidural memandangkan saya ada heart mur-mur dan anemia.



Nota - Epidural :
KEGUNAAN EPIDURAL

  • Mengurangkan kesakitan semasa bersalin.
  • Teknik pembiusan seperti caesarean, pembedahan ortopedik ( misalnya gantian sendi tulang lutut, punggung), pembedahan urologi ( misalnya prostat, pundi kencing, batu karang, saluran kencing dan lain-lain) pembedahan ginekologi (sakit puan) seperti histerekomi dan pembedahan vaskular.
  • Mengurangkan kesakitan akut seperti patah tulang rusuk dan kesakitan kronik spt kanser/paliatif.

KESAN PEMBIUSAN EPIDURAL

  • Biasanya kesan-kesan sampingan ini mudah diatasi dan tidak berbahaya spt terketar-ketar, mengantuk, sakit belakang, sakit kepala, loya ( dapat dikurangkan dgn ubat penahan muntah) dan tekanan darah turun.


Ermmm. Dapat mengelakkan ibu-ibu berasa sakit semasa bersalin. Fitrah kejadian kita adalah untuk melahirkan bayi. Tetapi jika ia memudaratkan kesihatan, kita boleh cari alternatif yang terbaik untuk menyelamatkan keadaan. :)

Semoga saya dan baby dapat bertahan sehingga cukup 38 minggu. InsyaAllah! ~ Sempat juga tahun depan ye sayanggggg. :) ~ Tak sabar nak jumpa my sayang... Wan Jr.

29 November 2012

Kehamilan dan Pengalaman (Part 3)

Sambungan dari Part 2

Semasa menjalani rawatan di hospital, saya mendapat panggilan dari Klinik Kesihatan untuk menjalani ujian darah kerana bacaan paras gula dalam darah terlebih satu unit. Haiiiii.. Risau betul saya. Kata Nurse di dalam talian, tak perlu risau kerana hanya terlebih 1 bacaan.

Maka, saya pun hanya sempat sehari sahaja berehat di rumah dan keesokkannya terus ke Klinik. Penat badan ni jangan cakap lah. Nak baring sahaja rasanya. Nak ke mana-mana pun kurang teruja. Di Klinik Kesihatan, doktor menyemak pemakanan saya.

Doktor : "Macam mana boleh lebih gula ni?"
Saya : " Kan Doktor kata kena naikkan berat badan. Bacaan berat I sebelum ni merah. I makan banyak la".
Doktor : "Sebelum ambil ujian darah tu, U puasa tak dari pukul 10 malam".
Saya : " I puasa doktor... tapi pukul 3 pagi macam tu I dah tak tahan. Nak pitam. I buat susu. Satu mug je.."

Mata doktor bulat melihat saya! Wowwww!! Takut!!..Grrrrrrrr... Salah ke? Salah ke daku minum susu? Huhuhu..


Gambar internet - Ini alat untuk menyukat bacaan paras gula dalam darah. 

Akhirnya..padanlah muka saya yang tak mahu mendengar arahan ni. Hehehehe. Saya perlu mengambil BSP! Sebanyak 4 kali sehari. Ya Allah! Sudahlah saya takut jarum.. kena cucuk 4 kali pula dalam sehari. Huhuhuhu.. Menyesalllnya.. - Rujuk Info lanjut BSP di internet ye. :)

Nurse di Klinik berpesan .." Untuk BSP nanti, puasa dari pukul 10 malam sahaja tau. Lepas inject pukul 8 pagi tu..dah boleh makan. Jangan lupa datang lagi pukul 11 pagi, 4 petang dan 9 malam.".

Wah!! Lega saya mendengar ayat BOLEH MAKAN!!! Hehehehe...!! (~___~)

Ujian pagi, tengahari, petang dan malam selesai. Alhamdulillah. Suami sentiasa menemani saya. Biarpun beliau banyak kerja yang perlu disiapkan. Sorry ye bang.. Saya tak dengar arahan doktor. Inilah padahnya.

Ermmmm.. Keputusan ujian BSP pun sudah dapat.  Jengggggg!! Dua ujian lulus dan dua gagal. Ya Allah!!!!

Diabetes ke saya?? Doktor meminta saya datang ke Klinik segera. Hohohohoho.. Mokcik debor!

Sekali lagiiiii...

Doktor : " Yang ambil darah sebelah pagi ni U puasa kan?
Saya : " Ye doktor....." - Lemah lembut je suara saya.. Hehehe.. Risauuuu...
Doktor : "Macam mana yang pagi dan malam sahaja yang lulus ni? Tengahari dan petang gagal? Bacaan lebih1 unit pun kira gagal tau. Niiii.. 6.1 . Gagal lah ni".

- Aduh!! Doktor merenung saya.. Huhuhu...

Saya : " Pagi tu I puasa. Nurse ada bagitahu selepas tu, boleh makan. Jadi dalam pukul 10 pagi tu I makan nasi lemak, lauk ikan dan telur. Minum milo. Selepas makan, terus ke klinik dan ambil darah. Petang pun sama. Makan laksa dan milo juga. Oh ya!! Goreng pisang pun I makan. Tapi petang tu selepas makan dan ambil darah, nurse di klinik (klinik untuk petang dan malam adalah bertempat di Hospital Lama KT), ada memberi tips... JANGAN MAKAN SEBELUM 2 JAM MASA NAK AMBIL DARAH".
.
Doktor : " Laaaaaaa.. U makan ke? Patutnya jangan makan ..Bukan I dah pesan ke? At least 2 jam before.. Ermmmm.."

Aduhhhhhhhhhhh!!! Sekali lagi ke ambil darah..

Maka, doktor pun memberi temujanji saya dengan pakar diet. Hehehehe.. Kan tak pasal-pasal.perlu berjumpa pakar diet, buat BSP sekali lagi dan lain-lain. Azab juga ye..

- Ingat ye. TIPS untuk BSP - Elakkan makan 2 jam sebelum inject. Kalau tidak, bacaan akan jadi tinggi. Terlebih 1 unit pun tak boleh!

Sebelum ujian BSP dibuat, ibu hamil mesti lulus ujian air gula. Di Selangor, ujian air gula di buat untuk ibu yang berusia 27 tahun ke atas. Jika lulus, perlu gembira tetapi akan ada ulangan semasa hamil bulan ke 7. (Haaa..saya gagal di sini). Jika gagal, maka mengadap la 4 kali ambil darah dalam sehari. Air gula ni nampak jernih dan 'baik'. Tapi, rasanya Ya Allah! Umpama 2 kg gula dibancuh dalam 1 gelas dengan ditambah perahan bawang merah. Sedap tak?????????? (@__@)


Saya juga diberi injection Dexa. Dexa ini adalah bertujuan untuk mematangkan paru-paru baby. Memang sakit lah. Dicucuk diantara pinggang dan punggung. Lepas di inject, rasa cecair tu panas meresap masuk. Dexa diambil 2 kali dalam tempoh 12 jam. Boleh baca info lanjut untuk Dexa. Injection hanya diberi bila baby dalam kandungan berusia 26 minggu ke atas. Jika bersalin terawal, sekurang-kurang paru-paru baby telah kuat. Ada kes di mana baby berusia 32 minggu tidak perlu menggunakan bantuan oksigen atau diletakkan di dalam inkubator kerana baby dalam keadaan sihat. Jadi, jangan risau dengan Dexa ni...walaupun sakitnyaaa.. huuuuuuuuuu...... menetes ayaq mata chek.

Untuk saya, Dexa dilakukan kerana doktor khuatir dengan heart murmur dan masalah anemia. Bukan kerana diabetes yang tak seberapa tu. Mujurlah tadi ujian darah tidak diambil.. Kalau tidak mesti bacaanya lagi tinggi kerana saya baru sahaja menjamu selera dengan buah durian. Hehehehe. Alhamdulillah. Selamat untuk kali ini.

Jangan takut ye dengan injection Dexa. Bertahan lah demi baby. Kalau sakit, balik nangis-nangislah kat suami. Dan banyakkan berbaring agar hilang rasa sengal-sengal. Macam saya, buat macam tak kena inject aje. Duduk-duduk santai biarpun agak senget-senget. Hehehehe.

Gambar internet -Ngeri tak tengok jarum tu? Semasa dicucuk, kita tak terasa sangat sakitnya jarum yang panjangggg itu..tetapi selepas cecair.. **** (tak sure nama apa) dimasukkan, memang pedih dan nyilu lah.


Apa yang paling menggembirakan saya, BABY saya sudah berada di kedudukan normal. Tidak lagi breech. Dan Plasenta juga berada pada kedudukan selamat. My Baby sudah 1.9kg!!!!! Yesssss!!! Dah besar anak mama!! Seronoknya!..


Gambar internet. Comelkan...

Tak kisah lah samada boy atau girl.. yang penting baby dan saya selamat!.Doa-doakan tau. (^___^)



Kehamilan dan Pengalaman (Part 2)

Sambungan dari Part 1.

Setelah saya dimasukkan ke HSNZ dikala usia kandungan .. Ermm.. 30 minggu sebenarnya. (Bukan 27 minggu ), merasalah saya bermalam di tempat umpama sauna.

Pengalaman saya di Hospital Sultanah Nur Zahirah ni... 

1. Nurse baik-baik belaka. Sangat friendly. Thanks a lot melayan saya dengan baik.. :)
2. Doktor baik-baik belaka. (Ramai doktor dari negeri lain, dan saya mudah faham! Yeayyyy!!)
3. "Bersahabat' karib dengan nyamuk-nyamuk... (saya sentiasa sabar.. sebab tu tidak menampar seekor nyamuk pun. Sebaliknya, lenyek terus jika nampak!!!..
4. Hangat dan berpeluh ibarat di sauna.. (saya pejam mata dan bayangkan sedang berada di sebuah spa hebat!)
5. Beramah mesra dengan masyarakat dari berbagai daerah di Terengganu (saya bayangkan saya sedang berada di kelas Bahasa Terengganu)
6. Bilik air yang .. boleh laaaaa.. Kebersihan kan tanggungjawab bersama. Jadi, susah lah nak komen bab ni sebab ini bukan salah pihak hospital!
7. Makcik guard yang peramah dan baik-baik semuanya.
8. Suami-suami di sini sangat penyayang. Sehari datang melawat isteri 4, 5 kali. Wow!!
9. Saya berjaya memakai tudung 24 jam!
10. Makanannya yang dihidangkan.. ermmm.. saya kurang berselera menikmatinya. Tetapi saya tetap gemoks. Hehehehe. Alhamdulillah la..Rezeki. Caj pun murah je.. RM3 je sehari. Takkan nak demand pulak kan. :p
11. Dll...


Gambar internet - Nurse di HSNZ baik-baik belaka dan komited. 

Dalam banyak -banyak perkara di atas tu, kesemuanya saya boleh bertahan lagi! Saya mampu bertahan dengan keadaan bilik air yang begituuuuuu. Saya mampu bertahan dengan berpeluhnya badan sehingga muka saya berbintik-bintik hitam dan merah-merah.Saya mampu bertahan dengan makanan yang kurang menyelerakan saya. Saya mampu bertahan dengan kemesraaan nyamuk-nyamuk. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.. saya paling tak tahan dengan no 8 tuuu untuk menjayakan yang no 9!.. Sakit kepala tahap maksimum tau! Sudahnya selubung dengan selimut dan semakin basah badan dengan peluh. Owhhh..owhhh.. Saya tidak merungut.. Cuma berkongsi pengalaman. Boleh ke saya nak booking Wad kelas lain nanti? Huhuhuhu.. Lebih privacy dan tertutup.

Saya ditempatkan di wad kelas 3. Nak mintak wad lain, saya pun tak tahu di HSNZ ni ada kelas-kelas. Mungkin susah nak dapat juga, sebab semua katil penuh. Pasrah betul saya kali ni. (T___T)

Oh ya.. Sambung balik cerita pasal heart murmur dan Hb rendah saya -anemia tu..

Okay.. Bila sampai sahaja di hospital, masa diambil dalam 4 jam untuk pendaftaran. Buku rawatan saya disemak dengan teliti. Setiap gambar baby yang discan diamati satu persatu. Saya disoal berbagai-bagai. Maklumlah... dari Selangor, bertukar ke sini. Dan diakhiri dengan proses selalu.. 'seluk menyeluk' berlaku. Tipulah kalau saya kata ianya tak sakit. Sakit. Ia adalah prosedur hospital kan. Maka bertahanlah. 

Gambar Internet - Ibu-ibu semua, kenal tak gambar ni? Speculum yang sentiasa membantu doktor memeriksa ibu-ibu mengandung. ;)))


Apabila ditempatkan di wad. ...... Wowwwwwwwww!!! Ramainya bayi comel-comel!!!.. Teruja saya. Saya mula mendapat kawan baru. Maklumlah. Kenalah pandai-pandai bawa diri yang gemoks ini ditempat orang. Kikikikiki... 

Ada seorang adik ni.. Usianya mungkin sebaya saya jika dilihat dari luaran. Dia memanggil saya 'adik'.  Owhhhhh!!! Tidakkk!! Usianya baru 25 tahun..! 'Dikkk.. panggil saya akak ye.. " , cepat-cepat saya bersuara - Saya tersentap untuk perasan lebih lama kerana saya sedar diri. Kekekekeke....

Selepas diambil darah dengan banyakkknyaaa.. (saya tak suka), jantung baby diperiksa.. maka doktor memberitahu saya, saya perlu jalani 'echo'. Apa tu????? Echo ni adalah scan jantung untuk kita tahu samada jantung kita normal atau tidak. Maka, malam itu saya bermalam dengan suasana sauna dan kehangatan yang indah. Hahahahaha.. (@___@) ~ Berpeluh-peluh you!!


Gambar internet -Echo Machine - Untuk memeriksa jantung. Dari sini boleh tahu samada 'left atrium. right atrium, valve, mitral valve, aortic, pulmonary valve dll normal atau tidak.

Pagi esoknya, seorang pakar jantung datang memeriksa saya... 

-Oh ya! Pakar untuk O&G ialah Dr Hamidah. Sangat agresif dan nampak begitu profesional. Cargas betul! Saya suka!! ~ Meskipun auranya sedikit garang.. (tapi beliau ada bisik2 rahsia dengan saya tau... syhhhhh.. hehehehe..)

Tanya pakar jantung yang melawat saya, " Sejak bila?... Macam mana boleh tahu?... Rasa macam mana?... Sakit tak..? Pitam? Muntah? ....". Banyak betul soalannya. sambil memeriksa dada. Ermmm.. Doktor lelaki! Malu! Ada dua nurse perempuan yang comel temankan saya. Serius saya MALU!! Mujur hanya pemeriksaan luaran. 

Tiba-tiba.." Ni kuku ni..kenapa panjang.. ? Bila nak potong? Sebelah tangan lagi mana?? Haaaaa... Panjang juga??..  Potong!!".. kata doktor tu. Aikkkk!!!.. Dah macam cikgu disiplin. Kikikikiki.. Padahal bukan panjang sangat pun kuku saya. Hahahahaha.. 

Selepas itu, saya perlu menjalani Echo di bahagian yang lain. Saya disorong atas kerusi roda oleh seorang Nurse yang comel dan baik. Kami berbual-bual mesra. Saya kan peramah orangnya ...(.. jika orang bersama saya itu budiman dan pekerti mulia - yang berlagak dan kerek, saya automatik bertukar menjadi pendiam.. hehehehe).

Sampainya di bahagian Echocardiography, ermmm.. lelaki lagi yang akan buat pemeriksaan. Mana lah pakar-pakar wanita ni kan.. ? - Adik-adik sekalian, ambillah jurusan perubatan dalam berbagai bidang ye. Biar ramai sikit pakar-pakar perubatan wanita.

Haaaaa.. Kali ni...memang semalu-malunyaaaa.. Namun apa daya... (@___@). Pemeriksaan berjalan selama hampir 20 minit. 

Soalan saya. " Doktor, bagaimana ye scan jantung saya tu..?"
Jawapan beliau, " Ada sedikit kebocoran di injap. Tetapi tak berbahaya"... Senyum aje dia..

Huh!! INJAP BOCOR.. Apakah?? Apakah?? Ngerinyaaaaaaaaaaaaaa saya dengar. Allah!!

Gambar internet -Jagalah jantung kita. Jangan selalu stress, jaga pemakanan, elakkan persekitaran yang kotor.


Selesai menjalani pemeriksaan terperinci, saya kembali semula ke wad. Jauh pulak tu.. Kasihan Nurse tadi terpaksa menolak saya yang berat ni. Hati saya debuk debak. Nak SMS suami pun rasa tak ada mood lagi.

Selesai mendapat semua keputusan ujian..  HB saya, kandungan zat besi, keadaan bayi, keadaan jantung, maka Dr Hamidah pun datang menjengah. Keputusannya - secara mudahnya saya simpulkan...

1. Baby sihat, aktif..dan comel..(ni saya tambah ye..part comel tu..hehehehe..)
2. Baby mungkin boy..mungkin girl.. ( ni pun saya tambah.. hehehehe..sebab tktahu jantinanya lagi. mayb girl lah) - Saya nak beli baju riben-riben..andaikata baby boy, saya akan gunting riben ituuuuuu.. :)))
3. Jantung saya OK.. Cuma ada sedikit masalah.. Tetapi tidak berbahaya-saya tak faham dengan simbol2 di kertas report tu jadi hanya mendengar apa yg doktor bagitahu sahaja). Saya akan dipantau pakar. Yang melegakan saya, ia tidak membahayakan baby.. tapi bahayakan saya.. JIKA saya tak jaga kesihatan. Huhuhuhu..-Jangan stress, rehat kena cukup, makan kena jaga dan lain-lain.
4. Anemia saya .. Ermmm.. Yang ini, nasihat doktor..Tambahhhhhh lagi vitamin sedia ada. Juga tidak membahayakan baby. Bahayakan saya juga JIKA saya malas makan vitamin. Aiiiiiiiii!!! Fuhhh!..
5. Plasenta low dan baby breech - Perlukan pantauan pakar. Kemungkinan kedudukan akan normal agak cerah JIKA saya tak pandai-pandai cari alternatif lain. -JANGAN BERURUT!
6. Saya perlu ke Klinik Kesihatan + Jumpa pakar 4 kali hingga 5 kali dalam tempoh sebulan. Heheheh.. Kerapnyaaaaaa... Saya perlu buat rumah comel tepi hospital ke? :p


Alhamdulillah. Saya boleh pulang dengan selamatnya..keesokkan harinya dan gembira! Baby juga gembira..!! ~ Seminggu lagi, saya perlu berjumpa pakar semula.. :)

Nota : Paling menjadi kenangan bila seorang Nurse tu bertanyakan saya .. 
"Awak skenda oork?? " 
Huuuuuuu.. Apakah ituuuu? 
Saya hanya.. " Haaa?? Apa ye?".
Nurse ulang lagi.. " Skenda orkk?"
Kikikiki.. Mana saya faham. Lepas melihat saya hanya diam dan senyum,  Nurse tadi tergelak-gelak dan bertanya semula.. 
" Awak scan dah kan? Saya lupa awak dari Subang". 
Hehehehe.. Ooooooooooooo...  Barulah saya faham. Maaf lah ye. Saya budak baru belajar. Hehehehe..

Kehamilan dan Pengalaman (Part 1)

Assalamualaikum Semua. 

Kali ni saya nak menulis ber'part-part'. Banyak sangat cerita yang ingin dikongsi bersama. Entry terakhir tentang kehamilan adalah semasa saya dimasukkan ke hospital akibat batuk yang teruk sehingga ada jankitan kuman di dalam paru-paru dan baby tak sabar-sabar nak keluar. Doktor sempat ketawa bila tengok di skrin kaki baby menendang-nendang 'salur keluar' padahal belumpun sampai waktu lagi. Comel aje kakinya.. Bukan besar sangat pun..tapi kemain nak cuba membuka 'jalan'. Ewah! Ewah! 



Gambar internet - Hospital Sungai Buloh, Selangor. Ramai betul yang menunggu giliran untuk bersalin, tetapi katil sentiasa penuh. Perlu tambah wad lah nampaknya. Takkan nak tidur di kerusi kan..

Sekitar Oktober, merasa lah saya bermalam di hospital sebanyak dua kali. Azab juga lah dengan salur darah kecik (entry yang lepas) sehingga bengkak tangan saya dibuatnya!

Jika ada yang kata makanan hospital tak sedap...ermmm.. silap tu. Sedap betul makanan di Hospital Sungai Buloh. Pendek kata, apa jua yang dihidangkan memang licin saya makan. Hehehehe. Dengan ayamnya, sayurnya dan buahnya....semua habis! Sarapan pagi pun sedap. Rasa tak cukup pulak roti hanya 2 keping tu. Heheheh. Serius sedap! Nampak macam makanan hotel lah pulak. :p ~ Atau pun saya yang memang sentiasa berselera..

Gambar dari internet - Lebih kurang beginilah hidangan yang disediakan. Lauk ayam pulak tu. Mau saya tak makan sampai habis...Sedappppp tu.


Suami ingin bayi kami dilahirkan di Kuala Terengganu. Ermmm.. Hasratnya mahukan Wan Jr ni menjadi anak negeri ini. InsyaAllah! Maka, saya pun mula bertukar angin dan menetap di Pantai Timur dan menjalani pemeriksaaan bulanan kehamilan di Klinik Kesihatan di sini. Cuba juga bertanya-tanya di KTS, tetapi untuk 'kes' kehamilan seperti saya, mereka tidak memberi jaminan yang menyakinkan hati. Huuuuu..Tak berani ambil risiko. Tak mengapalah jika saya bersalin di Hospital Sultanah Nur Zahirah pun. (panjangnyaaaaaa nama hospital ni..)

Gambar internet - Ini Hospital Sultanah Nur Zahirah. Ini bangunan lama. Ada bangunan baru khas untuk Bersalin. Cuma belum siap sempurna lagi. Dengan view nya yang cantik, mengadap laut...mesti ramai yang teruja nak mengandung selalu nanti. Kikikikikiki..


Memasuki minggu ke 27 kehamilan, sekali lagi saya bermalam di hospital. Di HSNZ lah pulak. Wow!! Bagaimana lah agaknya hospital ni ye. Kali ni doktor di Klinik Kesihatan dapat kesan ada heart murmur. Ermmmm..Simptom ni memang dah ada dalam badan saya sejak remaja lagi. Bunyi murmur ni seakan-akan jantung berlubang. Sejak tahun 2010, bunyinya semakin kuat. Kata doktor yang pernah merawat saya, ia berpunca dari stress yang keterlaluan. Haih! Saya stress ke? 

Oh ya!!!! Episod sakit jiwa raga hati segala..bermula tahun 2009 itu telah memudaratkan kesihatan saya. Heh!! Jaga ngkau!! Sila bertanggungjawab!! &$Q)$*&#@(*)$($*@)!) - Sedikit kata-kata tidak puashati dikeluarkan tanpa suara. Bukan takat my heart luka.. siap ada murmur lagi.. Wahhhh!! Hebat tuuu..

Gambar internet - Heart murmur ni ada yang bahaya, ada yang tidak.


Selain itu, bacaan untuk Zat Besi saya sangat rendah. Kata doktor, "baby u serap habis". Ermmm.. Takkan nak cubit-cubit baby kat dalam ni pulak kan. Maka, doktor nasihatkan saya.. "Giiii pitallll lalu.." Kihkihkihkih.. Sebenarnya saya tak faham apa doktor tu cakap. Bila melihat saya melopong, doktor buka kembali kulit buku merah (buku rawatan) saya tu.. - di depan buku tu ada tercatat alamat rumah dan tempat tinggal - Doktor tukar loghat.. "Pergi hospital terus ye.. ".

Haaaa.. Barulah saya faham!!! (^_________^)

26 August 2012

Serba Serbi

Assalamualaikum.

Lama benar saya tidak menulis di entry blog saya ni. Bukannya sibuk sangat pun..cuma setiap kali ingin menulis, ada hal lain yang perlu diselesaikan.

Raya sudah berlalu.. Tapi tak lewat lagi kan untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang mengenali. Mohon maaf zahir dan batin.

Saya beraya di Terengganu tahun ni.. Haaa..Nanti saya akan masukkan gambar-gambar menarik di sana. Agak lama kami habiskan masa di sana. Cukup 1 minggu. Gembira sangat. Syukur pada Allah SWT kerana mengurniakan saya sebuah keluarga besar yang hebat dan baik-baik belaka. Tidak sesekali mereka menyombong diri. Melayan saya dengan baik.. dan biarpun saya agak 'terpencil' kerana mereka semua bertudung labuh...Hehehe.. InsyaAllah..selepas ini, saya akan menutup aurat dengan sempurna..dan makin sempurna. Kehadiran kakak-kakak ipar yang baik hati, menjamu saya dengan berbagai hidangan..membuatkan berat saya bertambah 2 3 kg sepanjang beraya di sana. 

Oleh kerana kami hanya bermalam di apartment kecil kami yang hanya ada keperluan asas, maka jemputan dari adik ipar yang berada di bangunan yang sama tidak kami lepaskan. Hehehe.. Makan malam di rumahnya.. Alhamdulillah.

Pendek kata, saya gembira sangat di sana.


Dannn.. saya juga bermimpi sebanyak dua kali.. Mimpikan seseorang.. Ermmm.. Sungguh tidak menyeronokkan saya. Seolah-olah baru semalam saya berjumpa dengannya. Moga-moga dia baik-baik sahaja. Juga semakin sukses dalam kerjayanya sepertimana impiannya yang pernah diperkatakan kepada saya satu ketika dulu. Ehem! Kata nak bagi duit raya kat saya.. Mana??? Manaaaa? Hehehehe..


Dalam kemeriahan raya kali ini, tahun ini adalah tahun ke 3 kami beraya tanpa nenek.. Teringatkan arwah nenek, menimbulkan berbagai nostalgia dalam jiwa saya. Rindu yang tiada berpenghujung. Semoga nenek tenang di sana.. InsyaAllah.

Saya ingin masukkan berbagai gambar untuk entry selepas ini.. Tunggguuuuuuu... :)





13 May 2012

Hari Lahir Tanda Tua atau Muda?


Apa ada pada angka? Ada nombor lah pada angka, jawab seorang budak berusia 10 tahun. Jika ditanya pada saya angka tetap memainkan peranan jika dihitung dari ‘persembahan’ dan ‘pengabdian’ diri pada Allah SWT sepanjang hidup kita.

Selasa ini adalah ulangtahun kelahiran saya.. Yang ke berapa? Hahaha.. Hampir 40 tahun. Hehehehe.. Saya rasa 15hb 5 sangat cantik angkanya. Wah! Mentang-mentanglah ia tarikh lahir saya kan. Hehehe.



Untuk saya sendiri, tiada istilah muda dalam hidup bagi kita menyediakan bekalan untuk mati. Mati datang tanpa mengira usia. Sehari saya meniti usia, terasakan nikmat yang tidak terhingga yang Allah berikan. Allah sangat sayangkan saya. Tetap memberi satu hari lagi untuk saya beribadah dan bertaubat padaNya. Saya juga kadangkala alpa.. Terhanyut dengan kesibukan dunia..sedangkan jika kita telah berhenti bernafas yang boleh membantu kita salah satunya adalah amalan soleh. 

Banyak ke amalan baik yang telah saya buat? Hanya Allah yang layak menilai. Setiap hari niat untuk berbuat baik dan semakin baik, membara. Tetapi seringkali saya tewas dengan nafsu sendiri. Sibuk lah.. Mengantuk lah.. Penat lah.. Sekejap lagi lah. Malu kan pada Allah. Saya sering rasa takut akan kematian kerana memikirkan belum bersedia. Tetapi jika ia telah datang diambang pintu..bagaimana ingin saya menghalangnya. 



Ulangtahun kelahiran bukan sahaja gembira memotong kek dan ‘celebrate’ bersama-sama keluarga, malah ia adalah tanda usia semakin meningkat dan perubahan drastic perlu dibuat. Tiada lagi istilah berubah secara perlahan-lahan .. Maut tidak datang perlahan. Ia juga tiada ditangguh pun walau sesaat.

Itu lah jawapannya ‘apa ada pada angka’. Angka adalah sebuah perjalanan kita dan diri kita yang dipinjamkan oleh Allah Taala. Adakah kita sedar diri atau semakin hanyut dengan penambahan angka kita. Tanya lah diri.. jawapannya sentiasa berbeza antara kita.

Tetapi..

Jika ditanya apalah ada pada angka, dalam konteks hubungan sesama manusia. Ia adalah nombor yang menunjukkan usia kita. Itu sahaja. Kita tak perlu menjadi tua untuk menikmati kehidupan gembira dengan pasangan dan anak-anak. Kita tak perlu menjadi muda untuk berlari-lari bersama anak-anak di taman. Kita tetap diri kita biarpun berapa usia kita. Menikmati hari indah bersama keluarga. TIada wujud tua dan muda jika kita ingin menikmati hidup yang gembira dan semangat untuk berjaya berkobar-kobar. Kita tidak tua untuk berusaha dalam kerjaya. Kita tidak tua untuk bercinta dengan suami atau isteri. Kita tidak tua untuk melayan karenah anak-anak. 



Digabungkan antara rasa tua untuk abadikan diri pada Allah Taala dan rasa muda untuk menggembirakan keluarga, jadilah diri kita seorang yang bijak berperanan.

Rasalah diri itu semakin tua di setiap hari lahir agar kita lebih insaf dan taat pada Allah SWT. Rasalah diri itu muda untuk kita bekerja dan menggembirakan keluarga. 


11 May 2012

Rindu Rasanya

Assalamulaikum kepada pembaca setia blog saya.. (Hehehehe.. Ada ke pembaca setia blog yang 'kerdil' ni?).. 

Rasanya dah lama sangat sangat sangat saya tak update blog. Bukannya apa..Laptop saya dah rosak dan sekarang hanya menggunakan laptop mini aje.. Nak hantar ke kedai baiki, belum berpeluang lagi. Mungkin lepas ni nak beli desktop yang lebih besar skrin nya.. Mudah sikit nak buat kerja ..melayan facebook dan menaip cerita ceriti di blog. Kalau laptop kecil ni faham-faham saje lah kan.. Mata ni dah tua..rabun dah nak tengok font halus2 kemetot ni.. Hehehe..

So.. ini entry untuk saya warm up agar jadi rajin berbelog2 untuk mengasah bakat terpendam mengarang... Hehehehe.. Yeah!!.. Sementara nak asah bakat.. jom tengok gambar niii... (^_____^) .. Semua gambar yang buat saya geli-geli hati jantung paru-paru segala...


Signboard hijau ini menunjukkan arah naik ke bulan. Hehehehe... Ada yang berhajat?


Aduh!! Ada sesiapa yang ada timetable macam ni? Hehehe..



Haaaaa!! Fahamkan sign atas ni..? Hehehehe.. Make sure jangan berbunyi la ye...



Yang ini paling perluuuuu berhati-hati. Hahaha! 








18 January 2012

Impian dan Ketinggian

Assalamualaikum.

Sambil menunggu lepat pisang masih dikukus.. (pertama kali membuat lepat pisang).. (^___^), saya 'berjalan-jalan' di internet ini tanpa tujuan. Singgah gambar itu..snggah gambar ini..

Tiba-tiba saya terasa ingin bercuti ~ Tempat pilihan saya bukanlah di negara-negara Barat sebaliknya saya tertarik dengan Beijing! Dengan kos perjalanan yang murah, barang-barang yang ditawarkan sangat murah, winter yang mengujakan, Tembok Besar China (dah lama berangan-angan nak panjat tangga demi tangga) dan macam-macam lagi perkara menarik hati. 


Saya nak merasa mengepal sajli.. Waaaaa..

Saya juga ingin ke Egypt. Macam best.. Ehem! Lagiiii? Kashmir... Lagiiii? New Zealand (pemandangannya sangat cantik!).. Lagiiiiii?? Dan tentu sekali saya ingin ke Tanah Arab. Mekah dan Madinah. Kali ini bukan sahaja ingin bercuti, tetapi saya ingin menunaikan Rukun Islam ke 5. 


Indahnya!!! Ya Allah, murahkan lah rezekiku ..Permudahkanlah segala urusanku di dunia dan akhirat. Amin.


Wah!! Banyak kan tempat idaman saya. Cumaaaa.. saya sangat-sangat bermasalah di dalam perjalanan yang jauh kerana saya ----> GAYAT! Saya tidak dapat berdiri lama di koridor bangunan biarpun hanya berada di tingkat 1. Saya mengigil apabila menaiki lift di Pan Pacific bersebelahan dengan PWTC kerana.. liftnya berada di luar bangunan dan berdinding kaca!! Saya pernah menempuh perjalanan udara sekitar Malaysia.. dan saya tidak berani memandang ke luar tingkap. Malah hampir mengangkat kaki kerana sangat-sangat rasa "tergantung".

Bagaimana hajat ingin bercuti ini ye..? Mungkin dengan adanya En Love di sebelah dapat menghilangkan sedikit gemuruh saya di tempat tinggi. Atau saya hanya membatukan diri sepanjang perjalanan .. ~ Kalau perjalanan sehingga 6 jam? Hehehehe.. Betul-betul saya bertukar menjadi batu nanti.

InsyaAllah. Saya ingin pergi ke tempat idaman saya bermula tahun ini dan mengenepikan perasaan gayat saya itu dengan drastik. Mampukah? Hahahaha! Saya kurang mempercayai diri sendiri. 

Suatu ketika dulu, saya telah ke Langkawi dan menempuh perjalanan udara seorang diri. Oleh kerana saya seorang yang gayat dan tidak mahu duduk di tepi tingkap, maka Allah turunkan ujian.. Hehehe! Tempat duduk saya betul-betul tepi tingkap. Saya mula rasa mengigil. Alahaii.. Datang seorang wanita dan lelaki pertengahan umur dan duduk di sebelah saya. Saya memandang dan berbalas senyum. Sekadar menutup rasa debar yang menyesakkan dada.

Eh! Saya toleh sekali lagi. Khatijah Tan rupanya. Ehem! Mujur bukan Pierre Andre sebelahnya. Kalau tidak, saya tentu akan semakin beramah mesra .. (dengan ibunya..) Hehehehe!  Semasa flight mula take off.. tiba-tiba saya lihat Khadijah Tan memejamkan matanya dan kakinya diangkat sedikit.  Suaminya memegang erat beliau. Wahhhhh!!!! Saya yang sememangnya penggayat ini terus hilang kegayatan akibat asyik melihat mereka berdua. Hehehe.. " Owhh.. Dia macam aku rupanya.." ungkapan di dalam hati.. Sedar-sedar kapalterbang dah stabil di udara.. Huhuhuhu.. Untie Khadijah tersenyum memandang saya.. Hehehe.. 

              Cute je kan. Dan dia seorang yang berbudi bahasa. :) ~ Saya suka lakonan Untie Khatijah ni.


Pasangan ini sangat romantik dan cute . Saya semakin rasakan dia cute apabila dia mencuit saya dan bertanya, " Adik ni, adik kepada penyanyi ************ tu ke? Suami I tanya sebab dia cakap nampak hampir sama muka dengan penyanyi tu.. "... Waaaaaaa!! Saya ditimpa perasan seketika. Terlupa yang saya sedang menaiki kapal terbang dan perlu pura-pura tidur.. Hehehe.. Malunya saya. 


Ooohhhhh!!  Inilah ******  itu. Sama kah kami berdua..? Hehehehe.. Pengsan En Love saya nanti kalau baca entry ini. (^____^)

Kalaulah ditanya saya apakah perasaan saya ketika berada di tempat tinggi seperti itu ----> apa yang terlintas difikiran ialah, 'aku sedang terawang-rawang..tanpa tali.. tanpa tiang.. kalau ditakdirkan aku tercampak ke bawah.. maka... ' . Itulah perasaan seorang gayat seperti saya.

14 January 2012

Berbagai Cerita Bergambar

Entry ini hanya penuh dengan gambar. Berbagai cerita di sebalik gambar.. :))



Hasil kreativiti mak yang penyabar. Sabar kerana setiap hari mengait berbagai-bagai jenis beg/ bunjut untuk kami. Mak sedang menyiapkan cardigan saya. Kalau dah siap nanti, saya akan upload. Tapi rasanya agak lambat sebab warna benang yang digunakan belum sampai stok baru di kedai..  :(



Bersama kawan-kawan di Restoran Citarasa Bonda, KL. Menikmati menu baru di restoran kepunyaan Zack ni.. (tiada dalam gambar). Harganya sangat berpatutan dan rasanya memang lazat.



Ini Mee Bandung di Citarasa Bonda. Ini menu yang saya pesan. Fuh!!! Licinnn.. Rasa udangnya sangat mabales!! 



Dalam perjalanan ke Kuala Terengganu. Singgah di Kemaman. Menikmati makanan lazat di sini. Memang sedap dan murah!


Menu pilihan kami telur bistik, sotong goreng tepung, ayam masak lada dan daging masak merah (tiada dalam gambar). Kami makan bertiga dengan berselera sekali sebab makanannya sedap! Semua hidangan ni cuma berharga RM 25.00 sahaja termasuk air.!! Murahkannnnn... 



Cincin!!.. (^____^) ~ pilihan En Love .. Saya hanya melihat cincin ini buat kali pertama semasa pernikahan kami. Wah!! En Love pilih sebentuk cincin yang sangat cantik. Barulah nampak lebih berseri jari saya yang kurus-kurus tu. Hehehehe..



Bergambar selepas makan durian .. Mujur sedap, sebab harga nya sangat mahal!.. Dan yang penting.. kami kekenyangan terlelap selepas itu. (^____^)





Ini laksa utara yang kami makan di gerai berdekatan rumah. Rasanya... Ermmmmm.. 3/10. Kedekut markah kan. Hehehe. Sebenarnya emak sangat pakar memasak laksa utara. Resepi emak diturunkan kepada kami adik beradik. Laksa yang kurang rencah atau cair agak kurang umpphhhhh bagi saya. Alahaiiiii.. Teringin lah pulak nak makan laksa.....  (*___*)



------------------------------@@@@@@@@-------------------------------

Saya Terluka!

Assalamualaikum.

Lamanyaaa saya tidak menaip sebarang entry di blog saya yang tercomel ini (comel untuk saya ..hehehehe..).Kebelakangan ini saya teramat-amat sibuk dengan kerja saya dan beberapa projek baru yang sedang berjalan. Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar dan diberkati Allah. Berkat tu yang penting. Nak rezeki tak berkat... banyakkkkkk.... tapiiiii.. ingat Mati.. Hehehe.. Lari topik la pulak kan..

Ok.. Sebenarnya hampir 2 minggu saya terluka. Berdarah. Terasa sakit! Serius saya sangat-sangat pedih! En Love hanya mampu melahirkan simpati. Biarpun lukanya nampak kecil tetapi ia amat-amat mengesankan saya. 


Tengok niiiii...


Haaa.. Nampak tak? Betapa terlukanya saya. Ini semua gara-gara bawang besar! Kenapa dia bulat sangat?? Dan pisau yang tajam! Kenapa lah tajam sangat??? ~ Saya rasa saya dah potong bawang tu dengan ayunya. Huhuhu.. Hampir putus isi di tepi kuku saya. Darah mengalir banyak biarpun lukanya hanya dijari. :(


Ni satu lagi gambar kelukaan itu. Abaikan jari saya yang tak cantik dan berkerut itu ye. Perhatikan pada balutan plaster yang dibalut oleh En Love. Sangat seni kan? Hehehehe.. Terima kasih En Love ye.. Kerana menenangkan saya yang panik melihat darah yang banyak.



Dannnnnnnnnnnnn.. Ini pula hasil tangan En Love yang memasak untuk kami. Ehem! Rupa-rupanya En Love saya pandai masak. Malah sangat sedap!!!
 
Sekarang, jari saya dah sembuh. Parutnya tetap ada. 

Moral of the story, ~ berhati-hatilah menggunakan pisau, beritahu ayah anda jangan asah pisau terlalu tajam, elakkan memotong bawang dengan ayu. Dannn.. inilah salah satu cara untuk merasa masakan suami anda. Heheheheh... (^____^)