Dalam perjalanan kembali ke tempat asal..

13 May 2012

Hari Lahir Tanda Tua atau Muda?


Apa ada pada angka? Ada nombor lah pada angka, jawab seorang budak berusia 10 tahun. Jika ditanya pada saya angka tetap memainkan peranan jika dihitung dari ‘persembahan’ dan ‘pengabdian’ diri pada Allah SWT sepanjang hidup kita.

Selasa ini adalah ulangtahun kelahiran saya.. Yang ke berapa? Hahaha.. Hampir 40 tahun. Hehehehe.. Saya rasa 15hb 5 sangat cantik angkanya. Wah! Mentang-mentanglah ia tarikh lahir saya kan. Hehehe.



Untuk saya sendiri, tiada istilah muda dalam hidup bagi kita menyediakan bekalan untuk mati. Mati datang tanpa mengira usia. Sehari saya meniti usia, terasakan nikmat yang tidak terhingga yang Allah berikan. Allah sangat sayangkan saya. Tetap memberi satu hari lagi untuk saya beribadah dan bertaubat padaNya. Saya juga kadangkala alpa.. Terhanyut dengan kesibukan dunia..sedangkan jika kita telah berhenti bernafas yang boleh membantu kita salah satunya adalah amalan soleh. 

Banyak ke amalan baik yang telah saya buat? Hanya Allah yang layak menilai. Setiap hari niat untuk berbuat baik dan semakin baik, membara. Tetapi seringkali saya tewas dengan nafsu sendiri. Sibuk lah.. Mengantuk lah.. Penat lah.. Sekejap lagi lah. Malu kan pada Allah. Saya sering rasa takut akan kematian kerana memikirkan belum bersedia. Tetapi jika ia telah datang diambang pintu..bagaimana ingin saya menghalangnya. 



Ulangtahun kelahiran bukan sahaja gembira memotong kek dan ‘celebrate’ bersama-sama keluarga, malah ia adalah tanda usia semakin meningkat dan perubahan drastic perlu dibuat. Tiada lagi istilah berubah secara perlahan-lahan .. Maut tidak datang perlahan. Ia juga tiada ditangguh pun walau sesaat.

Itu lah jawapannya ‘apa ada pada angka’. Angka adalah sebuah perjalanan kita dan diri kita yang dipinjamkan oleh Allah Taala. Adakah kita sedar diri atau semakin hanyut dengan penambahan angka kita. Tanya lah diri.. jawapannya sentiasa berbeza antara kita.

Tetapi..

Jika ditanya apalah ada pada angka, dalam konteks hubungan sesama manusia. Ia adalah nombor yang menunjukkan usia kita. Itu sahaja. Kita tak perlu menjadi tua untuk menikmati kehidupan gembira dengan pasangan dan anak-anak. Kita tak perlu menjadi muda untuk berlari-lari bersama anak-anak di taman. Kita tetap diri kita biarpun berapa usia kita. Menikmati hari indah bersama keluarga. TIada wujud tua dan muda jika kita ingin menikmati hidup yang gembira dan semangat untuk berjaya berkobar-kobar. Kita tidak tua untuk berusaha dalam kerjaya. Kita tidak tua untuk bercinta dengan suami atau isteri. Kita tidak tua untuk melayan karenah anak-anak. 



Digabungkan antara rasa tua untuk abadikan diri pada Allah Taala dan rasa muda untuk menggembirakan keluarga, jadilah diri kita seorang yang bijak berperanan.

Rasalah diri itu semakin tua di setiap hari lahir agar kita lebih insaf dan taat pada Allah SWT. Rasalah diri itu muda untuk kita bekerja dan menggembirakan keluarga. 


No comments:

Post a Comment

Ada nak tanya apa-apa ke?