Dalam perjalanan kembali ke tempat asal..

7 October 2019

Hamil Di Usia 40 an

Assalamualaikum Semua.


Topik kali ni lari sikit dari kebiasaan. Dah lama tak menaip cerita ceriti. Sambil sambil saya bercerita hal produk kilang kecantikan (OEM) kami dan juga kelas belajar buat produk kecantikan homemade, sesekali saya celah lah sikit kannnn...cerita peribadi. Dah namanya blog pun blog peribadi. Gitew..


Hamil usia 40an ? Haaa? Kenapa? Salah ke? Hahahah. Malu? Stress orang mengata? No laaaa!


Meh nak pesan. Big No tau! Jangan malu! Jangan rendah diri.


Rezeki dari Allah Taala tak kiralah usia berapa pun. Asalkan kita sihat dan masih mampu hamil, InshaAllah itulah yang terbaik.
.

Saya cerita kisah saya lah ye. Kang cerita kisah orang lain, dah macam tak kena pulak.


Al kisah...

Saya ni sebenarnya nak sangat anak lelaki. Dari awal awal kahwin memang nak anak lelaki at least dapat sorang pun jadi lah. Nak dijadikan cerita, hah! Berderet anak saya perempuan. 5 perempuan tau. Membuak buaklah perasaan nak anak lelaki dalam jiwa saya. Rasa sedih bila tengok oranglain ada baby boy, walhal ada anak perempuan pun dah rezeki. Manusiaaa kannnn...


Waktu usia saya dalam 39 tahun, saya diskus dengan suami tentang nak tambah 'gerabak kami'. Hehehe. Ni last saya cuba nak dapatkan baby boy, saya kata. Kalau masih girl, cukuplah sampai di sini..sebabnya saya kan dah usia lanjut. Hehehe. Lanjut tuh! 39 tahun dah kan. Terfikir juga mampu ke tidak nak lalui fasa kehamilan sekali lagi. Suami pun teringin nak ada baby boy. Buat teman ke masjid, katanya. Saya memikir. Usia 39 tahun saya mula mengandung. Nanti waktu bersalin, saya dah 40 tahun masa tu. Haih! Cuma saya bernasib baik kerana doktor tidak melarang untuk saya hamil lagi (thanks doktor di HSNZ).
.

Dipendekkan cerita.. Saya mencuba untuk hamil dalam tempoh 2 tahun, tapi gagal. Sudahnya saya ke LPPKN, KL. Niat memang nak hamil kaedah IUI aje lah. Semata mata nak boy dan nak kejar usia yang masuk 40 tahun ++ Tapi doktor di LPPKN bagitahu memang tak boleh buat pemilihan sperm dan lain lain untuk jantina. Argh sudah! Buntu sekejap.  Saya pun buat ujian darah dan sebagainya. Termasuk HSG untuk pemeriksaan punca saya tidak hamil. Ikut pada result saya dan suami , memang kami tak ada masalah.
.


Tak lama kemudian, dalam tempoh dua bulan selepas buat HSG,...saya rasa give up. Appointment pun saya tak pergi selama dua bulan tu. Malasss aje rasa. Suami bagitahu, tak apa lah kalau dah malas. Kita enjoy je dulu, katanya. Saya rasa mungkin memang bukan rezeki saya untuk ada baby boy. Malas dah simpan harapan untuk hamil lagi.
.

Tiba tiba, Eh!! Bendera merah saya tak datang hampir 2 bulan! Hati dah cuak. Takkan pre menopouse kan. Awal sangat ni. Kenapa tiba tiba tak datang. Selalunya sejak saya remaja, memang saya ni jenis on time bendera merah. Saya abaikan saja dengan anggapan mungkin sebab saya asyik ulang alik KL - KT, KT -KL. Kemungkinan besar saya penat.
.

Dannnn..
Itulah dia detiknya saya mulai hamil. Bila dirancang, tak menjadi. Bila tak rancang ..Eh sesat pulak. Hahaha. Tapiiiiii, saya bagitahu suami..." Macam mana ni bang. Kita tak tengok pun kalendar kesuburan untuk berusaha dapatkan jantina lelaki". Ermm. Pasrah sekali lagi. Tawakal sajalah. Benda dah jadi. Hahahah.


Maka, di usia 41 tahun saya membawa perut. Check di Klinik Kesihatan bulanan, mingguan dengan teratur. Saya memang tak boleh melahirkan di hospital swasta kerana saya ada masalah kesihatan, bilangan anak termasuk gugur juga lebih dari 5 orang. Hanya boleh bersalin di hospital kerajaan apatah lagi di Kuala Terengganu masih belum cukup fasiliti nya di hospital swasta.. Bila waktu check up di Klinik, sebelah sebelah saya duduk, semuanya ibu ibu muda. Hahaha. Tapi ramai tanya saya, " Mengandung anak sulung ke?" Rasa kembang lah juga hati ni. Anak sulung saya sudah di Universiti... Gitulah saya jawab selalunya. Melopong si tukang tanya. Aduh! Makin malu saya.
.



Ini anak nombor 5 saya. Adelia, kakak Fateh. 
Fateh masa ni kecil lagi. Kiranya Adelia ni anak perempuan
saya yang bongsu. *+*


Fateh satu satunya anak lelaki saya, selepas dilahirkan. 
Eh! Dobot masa ni. 11 hari di hospital baru Fateh lahir. 
11 jam di labour room, baru Fateh keluar. 
Pengalaman hamilkan anak lelaki di usia 40an. 
Tough!! Tapi sangat menyeronokkan. 

Ehem!
Siapa kata tak malu? Tetap ada rasa malu. Cuma BUKAN sebab hamil di usia 40 an, tapi sebab saya malu bila dilayan macam orang muda. Aduh! Saya ni dah banyak pengalaman, tapi bila yang baru anak 2, 3 orang bagi tips macam saya mengandung anak pertama...memang saya rasa malu. Nak lari pun ada. Hahaha. Sebabnya bila mereka tahu umur dan bilangan anak saya, mereka pula naik malu.


Ehhhhh.. Bukan nak bangga riak tau! Kebetulan muka saya chubby. Itu yang menyebabkan saya nampak muda dari usia.


Cuma, bila kita mengandung di usia macam ni, perlulah jaga pemakanan. Saya beruntung kerana tiada masalah kencing manis dan darah tinggi. Tapiiii, waktu kandungan dah memasuki usia 5 bulan, bacaan gula dalam darah saya agak tinggi. Saya terpaksa check darah setiap minggu untuk pastikan saya tidak ada kencing manis.


Saya ni sebenarnya ada masalah jantung yang mana jantung saya ada lubang kecil. Saya juga ada panic attack. Di buku merah saya memang penuh doktor menanda risiko. Alhamdulillah, walaupun ada risiko tetapi bila diperiksa saya sentiasa sihat. Mungkin juga faktor doktor dan nurse tak memberi tekanan pada saya, menyebabkan saya hamil penuh gembira. Syukur Ya Allah.


Selain jaga pemakanan, bila hamil di usia 40 an ni juga saya sering keletihan. Jalan sikit, letih. Naik tangga, letih. Ya Allah..pendek kata mudah sangat letih. Sudah lah badan naik 20kg (ketika hamil 8 bulan) Berattttt sangat rasa badan ni nak dibawa.


Solusi saya, memang saya makan vitamin yang klinik bekalkan. Saya juga makan sayuran dan protein yang cukup. Saya makan vitamin tambahan lagi untuk beri tenaga dan agar keperluan saya dan janin mencukupi. Pendek kata, memang saya jaga betul betul kesihatan saya untuk pastikan bayi saya sihat.


Ermmm..jangan mengelat tak nak makan vitamin ye. Hihihi ...
Alhamdulillah, suami memang 'tukang jaga' time saya untuk makan vitamin. Kalau tak makan, dibebelnya sampai saya makan dengan penuh insaf. Hahaha. So, pesan siap siap pada suami masing masing agar jadi ''tukang jaga' masa hamil ni.


Selain tu, bila kita hamil di usia 40 an kita juga mudah rasa sakit di ari ari, kerana cengkaman otot sekitar pelvik sudah tidak kuat bila kandungan semakin besar. Apatah lagi jika ada anak yang ramai. Kebetulan saya juga ada anak yang dilahirkan secara pembedahan. Jadi, ada rasa ngilu di sekitar ari ari di parut pembedahan. Elakkan terlalu lasak atau mengangkat benda berat ye. Bahaya untuk ibu dan bayi kita.


Paling penting, jaga makan, jaga tidur agar cukup, lalui hari hari kehamilan dengan ceria. Tak perlu risau orang mengata. Kita sedang membawa hadiah dari Allah di dalam rahim kita. Jadi, jangan rasa stress. 9 bulan 10 hari tak lama. Berkawan dengan orang positif untuk kualiti hidup lebih baik.


Banyakkan berzikir, solat taubat, baca surah surah terpilih dan melakukan banyak ibadah yang lain. Orang hamil ni special. Banyak pahala yang boleh kita dapat.


Suka merajuk dengan suami? Ermm..Memanggg!! Kalau dapat suami pandai pujuk, penuh kelembutan..itu rezeki. Kalau dapat yang tak pandai dan tak nakkkk pun pujuk..tak mengapa. Pujuk aje hati sendiri. Kita kan ada buah hati yang dikandung. So, kita jaga elok elok buah hati kita tu agar suatu masa nanti dia membesar jadi insan soleh, solehah dan pandai menjaga hati. Gitueeeww..

.
Selamat Hamil Di Usia 40 an.
Tahniah saya ucapkan.

Rezeki dari Allah Taala.
Lalui kehamilan dengan gembira dan penuh syukur.



Buah hati saya. Peneman hari tua saya. InshaAllah.
Ada indahnya bila diusia begini ada anak kecil.
Kita jadi sihat dan berpeluh sebab mengejar anak berlari.
Hahaha. Selain tu, sibuk uruskan mereka menyebabkan
kita tak ada masa nak duduk saja saja 
membesarkan badan dan 'menternak' lemak.
Doakan saya juga ye, agar diselamatkan kami 
semua dari marabahaya dan keburukan manusia. 
Aamiin.

Oh satu lagi, waktu hamil ni,
jangan stress stress.
Bayangkan ada si kecil comel dalam kandungan yang sedang membesar.
Haaa..cute kan.
Mesti tak sabar nak bersua muka.

Semoga semuanya selamat dan sempurna saya doakan untuk anda.
Alhamdulillah.
InshaAllah.


21 June 2019

Nak Buat Produk Kecantikan Jenama Sendiri

Assalamualaikum semua.
Salam Jumaat.

Hari ni adalah hari Jumaat.
Penghulu segala hari.
Urusan jual beli perlu berhenti seketika.
Hormati waktu solat.


Hi Semua !!
Nak buat produk kecantikan jenama sendiri ke?

Boleh buat dengan kilang kami.
Laara mempunyai kilang bertaraf GMP.

Nak buat produk kecantikan jenama sendiri tu..dalam fikiran ada tak produk apa? Serum ke, foundation ke, sabun ke, lipmatte ke?

Bila dah tahu apa plan, boleh whatsapp kami
0135339575


Atau


Kalau masih pening tak tahu nak buat produk apa..pun takpe. Hahahah. Kan kadang kadang kita rasa confuse ... itu nak ini nak. Betul tak?

Pun tak mengapa, Whatsapp saja kami.

Sebenarnya ada step untuk membuat produk kecantikan jenama sendiri ni.
Kami akui kilang kami tak mampu nak follow harga kilang besar yang beri harga murah dan rendah.

Kilang kami ni kecil saja tapi kami guna bahan grade tinggi. Memang setakat ni tak ada komplen dari founder yang melibatkan kualiti produk. Alhamdulillah sangat.

Puashati dengan harga yang kami tawarkan. Itu maksudnya. Pelanggan gembira. Founder pun gembira.


Kami sangat menentang produk timbang kilo, dengan grade rendah dan result dapat cepat tu. Bila result cepat sangat dan harga pula murah ia buat kami sedikit was was kualitinya.

Ops..was was kan tak baik.

Tapi itulah.

Sebabnyaaaaaaa... bahan mentah berkualiti tinggi, mahal harganya. Mana mungkin bila buat, harga jadi terlalu rendah.

Hati hati lah founder sekalian ye.

Dalam keterujaan nak buat produk kecantikan jenama sendiri tu, biar cari kilang yang betul-betul amanah dan jujur. Biarlah kilang kecil pun, yang penting urusan kita patuh syariah.

Ini pesanan saya selaku yang bekerja di kilang Laara.


Saya nak kongsikan di sini OFFER SEMPENA SYAWAL dari kilang kami.

Rebutlah peluang ni untuk cuba produk dengan grade tinggi dari kilang kami. Kalau berminat Whatsapp ke 0135339575 atau 010 916 9539


Jom tengok OFFER kami...




OFFER INI ADALAH UNTUK DAY CREAM SPF35 DAN JUGA NIGHT CREAM 
BOLEH DIJUAL SECARA SET ATAU BERASINGAN.
HARGA ADALAH TERMASUK BEKAS /CASING
MOQ BIASA UNTUK TRIAL BATCH INI ADALAH 100 UNIT SETIAP JENIS




OFFER INI ADALAH UNTUK SERUM GLOWING, OIL SERUM BERBAGAI JENIS
KAMI HASILKAN FORMULA EKSLUSIF UNTUK FOUNDER
HANYA RM300 SAJA MODAL 
FOUNDER AKAN DAPAT SERUM LENGKAP DENGAN BEKAS /CASING


Offer ni sepanjang Syawal ni ye dan selagi stok promosi masih ada. (Stok ni kami siapkan selepas dapat order dari pelanggan) . Boleh whatsapp kami untuk order dan pertanyaan.






Kilang Produk Kecantikan Terengganu

Assalamualaikum Semua.

Entry ni adalah untuk makluman ye.

MAHU BUAT PRODUK KECANTIKAN JENAMA SENDIRI?

Kilang kami boleh realisasikan impian anda.

Saya berikan details untuk anda mudah hubungi kami.


FB Page : Kilang Produk Kecantikan Terengganu - LAARA

No Telefon Untuk di Hubungi : 013 533 9575 / 010 916 9539 /  011 2893 2515

Kilang Kami Bertempat di Chendering Halal Park.
Boleh datang ke kilang kami untuk berjumpa pegawai kami atau whatsapp nombor handphone di atas.












TERIMA KASIH ORANG PULAU PINANG DAN YB PUN TURUT SUDI DATANG KE KILANG KAMI.


12 February 2019

Nak Buat Produk Jenama Sendiri?

Betul? Nak?

Buat produk jenama sendiri.

Buat apaaaa? Buat produk jenama sendiri Cikgu.

Baiklah. Kita boleh buat di kilang ni ye. LAARA. Di mana kilangnyaaa?? Di Kuala Terengganu. Kawasan Halal Park Chendering.

Nak buat apa datang kilang?? Nak buat produk jenama sendiri cikgu.

Ewah!! Macam dalam kelas kan. Hehehe.

Jemput datang kilang LAARA dan boleh tengok / try banyak produk tersedia. Modal boleh bincang sebenarnya. Kalau nak try dulu..RM500 pun ada sebagai starting. Yang penting, datang dan diskus.

Kalau jauh...tak boleh la buat produk jenama sendiri? Ehhh! Bukan macam tu. Yang jauh boleh Whatsapp saja ke 013 5339575. Call janganlah. Whatsapp je dulu. Tanyalah info pada Admin yang akan jawab. Macam mana nak buat produk jenama sendiri. Nak kena ada berapa modal. Nak buat KKM macam mana dll.

Jom kita tengok gambar...
.















.

Nak Beli Bahan Buat Sabun?


 Allahu.

Salam semua ..kepada yang membaca blog saya ni. Blog bukan saja sunyi sepi, malah saya sendiri pun tak cukup kaki dan tangan sejak Laara buka showroom. Ia bukan showroom tengok saja produk yang ada, tapi boleh datang dan membeli belah.

Antara yang kami jual adalah bahan buat sabun. Sebelum ni ramai yang tertanya-tanya kan. Eh di mana ye nak beli bahan buat sabun. Sabun homemade tu. Buat kat rumah. Tapi bahan nak beli di mana ekkkkk.. Nak beli bahan buat sabun kat kedai mana ekkkkkk.

Haaa..Ekkkk Ekkkk dah tak perlu. Mai saja showroom Laara di Chendering Industrial Park, Kuala Terengganu. Banyak jual bahan mentah mengikut bajet masing2. Kan senang.

Memang ramai la datang. Saya kadang2 sempat lah jumpa client dan dapat lah advice sedikit sebanyak...tapi kadang2 memang tak sempat nak jumpa. Bz sokmo gitu.

Jemputlah datang showroom Laara. Nak beli bahan buat sabun kan? Di sini ada macam-macam bahan. Bukan saja untuk buat sabun, untuk scrub ada, lipbalm ada, massage oil dll.

CUMAAAA..Harga memang skin grade lah. Bukan produk kualiti rendah. Kena faham bab itu yer. Takkan sama dengan harga raw / bahan dari negara jiran. Selain grade lain, ada campuran nak jadikan raw tu pun lain. Gitewwww!

Nah..Meh kita layan gambar...

BAHAN BUAT SABUN di Showroom Laara.





Ni belum banyak barang masuk. Kami siap susun lebih kurang 80% produk siap (untuk sample dan belian runcit) dan juga bahan buat sabun (bahan mentah)



Pelanggan boleh beli ikut bajet masing2. Kami ada offer keahlian Laara. Nak info lanjut boleh ke website lah senang. Type ni.. www.laarabeauty.com



Antara bahan buat sabun dan lain2 yang tersedia di showroom Laara. Jemput datang ye. Boleh pilih mana yang berkenan.



Pelanggan dan produk kami.


Kami ada banyak offer menarik sebenarnya. Kadang2 sampai 30%. Daftarlah jadi Ahli di website kami www.laarabeauty.com