Dalam perjalanan kembali ke tempat asal..

5 July 2014

Sharifah Aini - Perginya Seorang Insan Penyayang

Assalamualaikum.

Al Fatihah.

Hari ni pemergian Sharifah Aini, seorang biduanita negara. Ya Allah. Selepas sahur, saya belek2 handphone dan terbaca status rakan-rakan tentang pemergian allahyarhamah.

Sedih dan sebak.. Terasa dekat sangat allahyarhamah dihati saya.
Lagu2 arwah sering dimainkan di radio ketika saya kecil dulu. Hati jadi sayu..



KUALA LUMPUR: Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah meninggal dunia awal pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara.

Allahyarham yang berusia 61 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.26 pagi akibat jangkitan pada paru-paru. Jenazah akan dibawa ke Masjid At Taqwa Taman Tun Dr Ismail pada selepas solat Subuh dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara sebelum solat Zohor.

Allahyarham meninggalkan seorang anak, Aliff Omar. Allahyarham telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada Selasa. Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu dan dimasukkan ke hospital susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin.

Sharifah Aini anak pasangan Syed Jaafar Syed Sahil dan Sharifa Noor Syed Ahmad Al-Attas yang dilahirkan di Nee Soon, Singapura pada 2 Julai 1953.

Titik tolak Kak Pah menjadi artis adalah selepas menjuarai pertandingan Bintang RTS 1968 di Singapura dengan lagu Tiga Malam. Allahyarham kemudian disunting menjadi artis rakaman EMI dan terus bertahan dengan label itu selama 38 tahun.

Pernah merakamkan 93 buah album termasuk 7 album Inggeris, antara lagu popularnya termasuk Seri Dewi Malam, Hapuslah Air Matamu, Bunga Tanjung dan Kau Tinggi Di Awan Biru.

Penyanyi itu juga pernah berkolaborasi dengan beberapa penyanyi terkenal antaranya Latif Ibrahim, Broery Marantika dan Sudirman Haji Arshad.

Selain menyanyi, beliau juga merupakan pelakon filem Sumber Ilhamku, Bintang Pujaan, Diva Popular dan kemunculan terakhirnya dalam filem Penanggal pada tahun lalu.

Hasilnya, nama Kak Pah terukir dalam The Malaysia Book of Records sebagai penyanyi paling lama dengan sesebuah syarikat rakaman dan memiliki 135 album.

Sharifah Aini menerima gelaran Biduanita Negara pada tahun 2006.

Al-Fatihah.



Jom kita kongsi gambar dan berita tentang allahyarhamah..
Maaf ye..gambar saya terpaksa edit kerana tidak mahu aurat allahyarhamah terlihat. Memang jadi tak cantik.. tetapi sekurang2nya saya berusaha. InsyaAllah...Apatah lagi kerana allahyarhamah telah menutup aurat sepenuhnya hingga akhir hayat. Yang mana terlepas pandang..mohon maaf.


*****************************

Kali terakhir muncul di layar perak menerusi watak cameo dalam filem, ‘Diva Popular’, penyanyi malar segar, Dato’ Sharifah Aini kini kembali mewarnai industri perfileman negara dengan filem terbaru berjudul, ‘Penanggal’. Filem arahan Ellie Suriaty ini merupakan filem seram pertama Kak Pah sepanjang beliau berkecimpung dalam industri seni tanahair.

“Sebenarnya Kak Pah tak nak berlakon, tapi Ellie pandai pujuk Kak Pah. Dia memang berhasrat sangat nak lihat Kak Pah berlakon. Pada mulanya Kak Pah berdebar sangat nak kembali berlakon, namun, bila difikir balik ia dapat mengisi masa terluang Kak Pah, Kak Pah okay untuk melakukannya,” ujar Kak Pah ketika ditemui di lokasi penggambaran filem ‘Penanggal’ di Kuala Kangsar, baru-baru ini.

“Sebelum ini Kak Pah ada juga menerima beberapa tawaran berlakon, tapi Kak Pah tolak sebab Kak Pah rasa tak kena dengan diri Kak Pah. Bagi Kak Pah, skrip filem ‘Penanggal’ ini bagus. Kak pah gembira dan teruja sangat dapat berlakon dalam filem ini.

“Kak Pah juga rasa seronok bekerja dengan kru produksi filem ini. Mereka seperti anak-anak Kak Pah. Mereka sangat menghormati Kak Pah dan Kak Pah rasa dihargai sangat,” ujar Kak Pah yang memegang watak sebagai Sharifah Aminah iaitu ibu kepada Syed Yusoff lakonan Azri Iskandar dalam filem ini.





“Watak Kak Pah berdasarkan cerita yang dibawa dari tahun 30-an di mana ketika itu orang Arab baru datang ke Malaya. Kak Pah menjadi ibu yang datang dari keluarga berketurunan Arab. Alhamdulillah, setakat ini tak ada sebarang masalah dan semuanya berjalan dengan lancar. Kak Pah okay dengan semua pelakon dan Kak Pah rasa mereka semuanya berbakat.”

Mula memasuki set penggambaran pada Khamis lalu, Kak Pah ketika ditemui memberitahu berasa sedih ketika melakukan adegan pertamanya dalam filem tersebut iaitu babak pertunangan di mana beliau menyarungkan cincin kepada Sharifah Zahrah lakonan Fasha Sandha.

“Masa sarung cincin tu Kak Pah sedih sangat. Kak Pah teringat yang mungkin Kak Pah akan melakukan perkara yang sama untuk anak Kak Pah nanti. Kak Pah harap sangat perkara itu akan berlaku,” ujar ibu kepada Aliff Omar ini.

Apabila ditanya bagaimana berlakon di bawah pengarahan Ellie Suriaty, Kak Pah memberitahu, “Secara peribadi Kak Pah suka sangat. Ellie sangat komited dan Kak Pah suka bekerja dengan dia. Dia seorang yang sangat berdedikasi dan Kak Pah nampak Ellie seorang pengarah yang sangat penyabar.”

Sebelum mengakhiri perbualan, Kak Pah sempat berpesan, “Kepada peminat yang dah lama menanti Kak Pah, jangan lupa menonton filem ‘Penanggal’ di pawagam nanti. Walaupun babak Kak Pah tak banyak, tapi sedikit sebanyak kepada peminat yang rindu itu dapatlah hilangkan rindu mereka.”

Dari :mforum.cari.com.my


***************************************


ARTIKEL INI SAYA AMBIL DARI LINK BERIKUT. BOLEH KLIK LINK INI DAN BACA LEBIH LANJUT.
http://bendaharazamineran.blogspot.com/2010/07/datuk-sharifah-aini-keturunan-raja.html






datuk sharifah aini binti syed jaafar al-jufri adalah putri kepada syed jaafar(foto diatas) bin syed sahil al-jufri.isteri kepada syed sahil ialah che engku maryam binti leftenan jmf che wan tahir bin tun abdul rahman ibni raja bendahara tun mutahir pahang.

tun mutahir adalah kekanda kepada almarhum sultan ahmad muazzam shah I pahang yang telah berjaya menawan negeri pahang sewaktu perang saudara atau perang bendahara pada tahun 1857-1863.

kebanyakkan kerabat terdekat kepada tun mutahir telah lari dan keluar dari negeri pahang selepas peperangan tersebut.tetapi tidak lama kemudian ramai juga yang kembali pulang ke pahang.kebanyakkan yang lari kejohor dan teluk belanga telah bermaustatin terus dinegeri2 tersebut diantaranya keluarga tun abdul rahman ibni tun mutahir,tun abdullah ibni tun mutahir dan tun da ali ibni tun mutahir.

mengikut pada cerita org tua2 makam tun mutahir dan putra sulongnya tunkoris@che wan long@cheengku tanjong telah dimakamkan dibukit tanjung putri atau dikenali sekarang sebagai bukit timbalan.mereka yang lari telah menbuka kampung pahang di kampung baharu road singapore(hampir dgn telok belanga singapura)sekarang dikenali sebagai bukit purmei road dan juga kampung pahang dijalan trus,johor bharu berhampiran dengan plaza kota raya jb.

ada juga diantara mereka yang membuka kampung disungai rengit teluk ramunia(bandar penggaram,johor).masih ramai keturunan keluarga2 ini yang masih bertutur dlm bahasa melayu pekan terutamanya yang ada di sungai rengit.nenda kepada datuk sharifah aini iaitu che wan maryam mempunyai beberapa org adik beradik termasuk che wan chik iaitu bonda kepada arwah pelakun m.osman yakni nenda kepada pengarah filem aziz m.osman,zulkifly m.osman dan penulis suzana m.osman.

*****************************


Puas kami cari gambar Datuk Sharifah Aini dengan bekas suami-nya di internet, tapi tak jumpe-jumpe. Maklum-lah kami lahir sekitar 80-an mana nak jumpe bende-bende macam ni. Terima kasih pada majalah lama, kami jumpa jugak!

Bekas suaminya dikenali sebagai Datuk Ali Bakar. Kami tidak pasti apa status bekas suaminya sekarang. Gambar ini sekitar tahun 1986 dan difahamkan mereka sudah bercerai pada tahun tersebut.

Info dari : http://mediamalaya.com/flashback-sharifah-aini-dan-bekas-suami/





Saya update lagi nukilah allahyarhamah ketika hidup di FB beliau.. Ya Allah.. Dada sarat dengan sebak.. Ya Allah. Bahagianya dirimu.. Dikurniakan anak yang soleh. Ya Allah.. Airmata mula mengalir...

Sila Baca Nukilan Terakhir Allahyarham Datuk Sharifah Aini untuk Anak tunggalnya Aliff :- 

Hari ni saya ingin berkongsi cerita antara IBU & ANAK.
In Shaa ALLAH…..Dengan izin ALLAH Jika tiada aral melintang tidak lama lagi Aliff akan pulang bercuti selama 3 bulan…Bunyi nya lama tapi reality nya sekejap sangat setelah setahun tidak bertemu…kini masa dah hampir tiba untuk dia pulang..saya dah pun kemas kan bilik Aliff.

Saya tidak sabar duduk berbual, berbuka puasa bersama, solat jumaah besama…mendapat undangan berbuka puasa besama…kadang-kadan Aliff jadi Imam dirumah sahabat-sahabat saya…Setiap kali dia jadi Imam….Aliff sangat gemar membaca surah2 yang panjang…air mata saya dibelakang tidak berhenti menangis bangga….bacaan nya sedap sekali & nyaman didengar.

Kadang-kadang kami banyak berbual tentang Hukum – Kehidupan & Kematian tanpa rasa takut dan perbualan Ilmu yang sangat terbuka ..saya lebih banyak bertanya Aliff membawa saya dan kawan2 saya kefahaman yang lebih maxsima …..Banyak kali bila Aliff mengeluar kan Hadith, sebagai Ibu saya terpegun….Lidah nya dah jadi lidah Arab….11 tahun belajar diMadinah….Ma Shaa ALLAH. Ada juga perkara yang saya tanya, jika dia kurang pasti jawapan nya, dia tidak malu berterus terang mengaku apa yang dia kurang pasti dan baru merujuk kepada kitab2 beliau dan menyuruh saya membaca dan fahami…….routine kami di bulan Ramdhan ..selepas berbuka, Kami berterawih…Baca AlQuraan & tidur sekejap...jam 3.30 pagi kami bangun solat Tahajud….saya mendengar Aliff membaca AlQuraan sampai subuh……. Mi turun bersahur dan makan bersama-sama…Makanan Aliff sangat simple..In Shaa ALAH….Kami semua di rumah nak habis kan Khatam Quraan sebelum lagi berakhir nya bulan Ramadhan….Selalu nya malam ketiga Kiamulaii kami dah selesai Khatam AlQuraan.

3 bulan ini bulan yang sangat penting buat saya dan kami satu kelauarga….Nikmat saya sebagai IBU Memasti kan makanan nya terurus…Tukang masak saya sangat rapat dengan Aliff…

Dalam pada perbualan yang ringkas ….saya tidak lupa memesan kepada Aliff…jika ALLAH izin kan Mami ingin mati diPangkuan Aliff…Jika Aliff ada disamping Mami ketika Mami menghembus kan nafas yang terakhir…Mami ingin Aliff Jadi Imam untuk Solatkan Jenazah Mami…Mami akan tersenyum dan bangga. Jangan benar kan orang yang bukan family masuk melihat Jenazah mami dimandi….Hanya Aliff, anak2 angkat Mami - Best Friend Mami dan orang yang menguruskankan pemandian Jenazah….Jika Mami sakit dihospital….orang tidak kenal jangan dibiar kan masuk untuk mengambil sebarang gambar….Jaga Hijab Mami…sekarang zaman HP modern…saya tidak redha gambar saya sakit masuk ke dalam Internet. Jika mami sakit di hospital…Ambil 4 bilik penuhkan anak2 Tahfeez dan semua Ustaz2 Mami bacakan ayat2 AlQuraan dan Surah Yassin untuk Mami….baca perlahan2 supaya tidak mengganggu ketenteraman pesakit lain di Hospital.

Mami berkerja keras selama 45 tahun mencari rezeki dikelilingi dan bermandikan Fitnah untuk mendapat satu kehidupan kita pada hari ni.....Mami mahu kan Aliff hidup besederhana..Mami tidak kaya…..selebih apa yang kita ada kita wakaf kan untuk Anak2 Yatim Piatu….Orang2 Miskin dan Anak Tahfiz. Mami tidak pernah rosak kan Aliff selama ini dengan duit ringgit – Aliff pun anak yang baik bukan mata duitan…..In Shaa ALLAH…..

Sebagai IBU Mami sudah sedia kan keperluan untuk Kehidupan Aliff & Keluarga Aliff…….Mami tidak mahu Aliff berhutang. Beli apa yang kita mampu sahaja! Jangan sekali2 Membazir untuk Keduniaan. Mami sentiasa mendoakan Aliff ditemu kan jodoh dengan Muslimah Solehah yang dapat membimbing keturunan kita dengan baik nya!

CINTA IBU BAWA KESYURGA ALLAH WAHAI ANAK KU.




*********************************




Inilah kata2 terakhirnya... :( :(


Sangat jelita semasa muda.. dan makin cantik ketika meningkat usia. Semoga biduanita ini ditempatkan dikalangan orang2 beriman. Amin Ya Rabb.


Kepada yang tak sudah2 mengata allahyarhamah..berhentilah. Dia sudah tiada.. dan di mana kita nak minta maaf. Ya Allah.. Ya Allah..


Semoga allahyarhamah Sharifah Aini tenang di alam barzah. Amin.

Anak yang soleh menjadi imam ketika solat jenazah ibunya.. Ya Allah. Aliff.. ingin memiliki anak sepertimu...