Dalam perjalanan kembali ke tempat asal..

24 March 2014

Sabun Homemade

Assalamualaikum Semua Cantik-cantik.

Hari ni sihat tak? Sudah jengah Page kami di Facebook? LAARA.


Entry ni kita 'layan' gambar sabun. Okay kan. Biar semangat sikit para peserta yang sudah daftar tu .. Biar tidur tak lena melihat kecomelan sabun.










Nampak tak apa yang boleh dibuat dengan sabun? Selain digunakan untuk mandi dan bersihkan muka? Tentu ada idea menarik di kepala kan. Nak belajar buat sabun yang bagus dan dari bahan yang bagus, boleh ke Page atau Group : AKADEMI KECANTIKAN LAARA. Moh kiter...

Ini pula gambar-gambar scrub dari berbagai bahan. Jom cuci mata...










Comelkan bila scrub dimasukkan ke dalam bekas cantik. Jika sudah ada ilmu didada, jangan malas untuk menambah pendapatan. Boleh dapatkan bahan mentah untuk produk kecantikan ini dari kami. 

Bahan mentah untuk membuat produk kecantikan seperti glycerin, gluta, vitamin C, garam laut mati dan banyak lagi ada kami jual. Jika mahukan harga borong, boleh mesej saya di Facebook : Feirouz Azalia. 


Selamat Berkursus dengan kami untuk peserta bengkel. InsyaAllah, ilmu yang diberi diberkati Allah SWT. Amin Ya Rabb.




23 March 2014

MH370 Sayu Hati Ini

Assalamualaikum.

MH370.. Ya Allah. Sayu hati saya bila memikirkan nasib anak kapal. Entahkan hidup entahkan mati. Berbagai spekulasi yang timbul. Memang ada yang menjengkelkan dan ada yang memberi harapan.


Awal kehilangan dulu, saya masih menaruh harapan yang tinggi .. mesti semua masih hidup.. mesti ada yang telah berlaku..tetapi mereka masih hidup dan selamat.

Tapi setelah dua minggu berlalu..hati makin rapuh untuk menyatakan yang mereka selamat. Hanya mampu berdoa agar segalanya dipermudahkan Allah SWT. Kita yang bukan siapa-siapa pun turut bersedih..apatah lagi ahli keluarga mangsa.

Ya Allah.. ini ujianMu untuk kami.



Di manakah mereka. Di manakah Kapten Zaharie yang saya rasakan sangat dekat dengan saya meskipun tidak pernah mengenali. Ya Allah, selamatkanlah mereka. Berilah peluang untuk mereka menikmati dunia ini lagi. Andainya mereka telah tiada, Kau tunjukkanlah di mana mereka berada. Ya Allah...

:( :(

Petua Kecantikan

Assalamualaikum.

Jumpa lagi di dalam entry yang baru. Ingin war-warkan tentang ebook saya : Petua Kecantikan Dari Bahan Di Dapur. Penulisan dan perkongsian kali pertama ini sangat mengujakan saya. Dengan jualan harga yang rendah, sambutan sangat menggalakkan. - Jika mahu membeli, boleh mesej saya di FB ( Feirouz Azalia).


Petua yang diberikan adalah dari arwah nenek dan ibu saya sendiri. Ramai yang sudah membeli dan mencuba. Sangat berpuashati. Petua mudah-mudah belaka. Tak perlu panjat bukit, redah belkuar untuk mencari bahannya. Lepas ni, untuk range ebook kecantikan saya akan keluarkan berkaitan dengan PETUA MENJAGA BADAN. Masih dalam pembikinan. - Entah bila akan siap gamaknya. Hehehehe. Kalut betoi la lately ni .. maklum la. anak dara kecik saya tu sudah mula berjalan jatuh. Perlukan pemerhatian yang lebih..tambahan pula dalam masa yang sama saya baru selesai menyiapkan satu lagi hasil karya...

Selain sibuk dengan bengkel kecantikan.. ini  juga 'menyibuk'kan saya.. ------
Dalam tempoh beberapa bulan ini, saya telah berjaya menyiapkan sebuah mini ebook - Wanita Tanpa Suami - aku bangkit bukan kerana sesiapa..tetapi kerana Dia.

Bila sudah siap cover ebook ini, saya akan kongsikan gambarnya di blog SANASINISITU FEIR ini. InsyaAllah.

Kasihan jika menjadi mangsa cinta..