Dalam perjalanan kembali ke tempat asal..

28 March 2016

Jawatan Kosong di Kuala Terengganu

Assalamualaikum.

Kabare? Waras? Dua tu je perkataan Jawa yang saya tahu. Selain Wak. Hehehe. Apa khabar semua follower blog saya? Semoga semakin sukses, matang dan sentiasa ceria.

Beberapa minggu ni kami sibuk adakan interview ramai calon2 yang layak. Kami sebenarnya mencari mereka yang berminat dan mempunyai misi yang jelas.

Nak tahu apa yang kami temui dalam lebih kurang 50 orang anak muda dari usia 18 tahun hingga 26 tahun. Eh..ada seorang berusia 34 tahun. Entah macam mana tersalah tengok had umur yang kami tetapkan.


Apa yang kami jumpa..

1. Demand gaji yang banyak tak sepadan dengan pengetahuan.
2. Sanggup berkerja di luar daerah walaupun lama.
3. Rela menerima gaji sedikit asalkan dapat belajar.
4. Janji nak datang berkerja, dan akhirnya bagi alasan bodoh.
5. Terlalu bersemangat sehingga menyampuk perbualan calon lain.
6. Update FB dengan jawatan dan logo syarikat walaupun belum terima offerletter.
7. Mahu dibimbing dan mahu membina kredibiliti diri.
8. Tidak mahu menerima kerja kerana tidak suka diarah...(eh...kenapa datang temuduga)
9. Tidak mahu datang berkerja walaupun ditawarkan dengan alasan tak suka jawatan yang di offer.


Dan banyak lagi alasan dari calon2 yang sedikit pelik dan jelik.
Zaman sekarang, nak demand lebih2 majikan boleh cari pekerja lain.

TETAPI, nak cari tempat yang boleh berkerja, belajar, membina platform dan dibimbing untuk jadi usahawan sangat jarang ditemui. Itu yang syarikat kami tawarkan.

Di dalam syarikat induk, sudah ada 5 syarikat lain yang dibangunkan khas untuk mentee2 kami. Semuanya sudah memiliki syarikat sendiri.

Jika ini menjadi impian ramai orang di luar sana, boleh singgah ke FB saya, Feirouz Azalia untuk hantar resume.

Jawatan ada berbagai2. Jangan risau.
Yang penting, kriteria di bawah ini dipatuhi.

1. Solat 5 waktu
2. Tidak merokok
3. Tutup aurat
4. Berusia 18 tahun hingga 26 tahun
5. Bujang

Itu sahaja...


Opsss... sambung di next entry untuk topik lain pula.