Dalam perjalanan kembali ke tempat asal..

29 May 2020

Kelas Belajar Buat Sabun Ketika PKP






Assalamualaikum.



Terima kasih yang sudi membaca blog saya ini. Blog ini ada kisah peribadi dan juga hal kerja saya. Ini sememangnya blog peribadi. Cuma saya selitkan beberapa post berkaitan kerja dan bengkel yang saya mengajar. 



Antara yang mendapat rating tertinggi dari pembaca adalah berkaitan Kelas Belajar Buat Sabun. MashaAllah, ramai nya yang berminat.



Seingat saya sudah hampir 7 tahun saya mengajar produk homemade terutama buat sabun secara homemade. Student saya terdiri dikalangan guru, doktor, pensyarah, surirumah, model, artis, pelajar mahupun pemilik business kecantikan. Semuanya saya ajar dengan gembira kerana ilmu, bila dikongsikan ia mendapat banyak kebaikkan di dunia dan akhirat. Betul tak?



Sejak kita menjalani PKP ni, memang kami banyak menerima mesej tentang belajar membuat produk kecantikan homemade terutama belajar buat sabun homemade. 



Sebenarnya, kami sudah susun kelas kelas untuk belajar sabun, scrub, serum, face oil, lotion dan lain lain untuk sepanjang tahun 2020 ini. Tetapi bila mengalami masalah Covid19, kami batalkan semua kelas yang sepatutnya dibuat. Mohon maaf sangat sangat pada yang sudah mendaftar. InshaAllah, saya sedang susun semula jadual saya dan pihak UBisnes akan hubungi semula untuk tarikh baru. Apa apa pun saya dah bagitahu pihak Ubisnes (yang anjurkan program untuk kami), untuk proceed sebarang kelas dan lain lain selepas raya dan isu corona ni reda sedikit. 



Saya sangat puashati dengan feedback yang diberikan oleh pelajar-pelajar yang belajar dengan saya. Alhamdulillah. 



Sekiranya mahu belajar dengan kami, boleh hubungi no telefon di bawah melalui whatsapp 



0 11-2893 2515

0 13-533 9575
0 10-916 9539



Kelas belajar buat sabun dan lain lain kami hentikan buat sementara dari bulan Mac hingga kini. InshaAllah, selepas siap modul secara online ini, ramai boleh belajar dengan kami. Jika mahu belajar melalui video pun kami ada sediakan. Boleh daftar dulu dengan nombor di atas.



Di sini saya kongsikan komen pelajar kami yang ada repeat class, ada yang baru belajar dengan kami, dan juga salah satu sekolah anak didik kami yang menang diperingkat Kebangsaan. Sebuah sekolah di Terengganu juga mendapat silver medal peringkat antarabangsa di bawah bimbingan kami.

Alhamdulillah.

Jommm tengokkkk...











































Jangan lupa hubungi nombor di atas untuk yang berminat mengikuti kelas belajar buat sabun dan juga berbagai produk lain lagi.


Sharing with LOVE



21 May 2020

Anak Lelaki

Assalamualaikum.

Malam ni.., Eh! Dah pagi rupanya. Saya masih setia menemani Wan Muhammad Al Fateh kami. Berjaganya dia dari malam sampai ke Subuh setiap hari, membuatkan saya kadang kadang keletihan. Tapi saya bahagia.

Nukilan di bawah ini saya tulis ketika Fateh masih kecil. Sekarang Fateh dah 3 tahun.

Anak Lelaki
Assalamualaikum.
Sebenarnya dah lama saya nak menaip tentang ini tapi tertangguh kerana banyak hal yang perlu disiapkan. Kerja2 di pejabat. pemilihan formula baru untuk produk baru saya - premium product, menyesuaikan diri dengan baby Al Fateh dan urusan2 lain.

Ramai yang tahu saya mempunyai 5 orang puteri kan. Dari usia 4 tahun hinggalah 20 tahun. Si bongsu dikenali dengan nama Kak Ya. Dan yang sulung pula sudah belajar di universiti. Ada soalan2..’ eh kawin bila?”. “ eh.. kenapa nampak muda?” dll soalan yang kadangkala terlalu peribadi untuk dijawab. Nanti jawab no comment kang, dah disangka artis. Hahaha.. So, jalan mudahnya mana2 soalan terlalu sensitif saya takkan jawab.
Berbalik pada tajuk di atas, sebenarnya saya nak cerita satu kisah yang mungkin biasa2 bagi oranglain tetapi tidak saya.

Begini haa ceritanya.

Ketika saya belum berkahwin, nenek saya telah hadiahkan 1 kopiah cantik kepada saya. Ermmm..kopiah mestilah untuk lelaki kan. Kopiah ni khas untuk baby lelaki. Kata arwah nenek saya ni ketika itu, ‘ nah simpan ni..nanti dapat anak lelaki bagi la pakai”. Kopiah ni nenek belikan di Mekah. Allah. Sukanya saya. Belum ada anak, dah simpan barang bakal anak. Hahahaha. Saya cium2 kopiah biru itu. Simpan elok2.

Ketika mendapat anak pertama, ermmm..saya masih belum dapat serahkan kopiah biru ni padanya. Saya cuba pakaikan pada anak pertama saya. Comel juga. Tapi.. eh! Awak bukan pemiliknya. Selepas mendapat anak kedua, pun sama.. Seorang anak perempuan. Saya cuba pakaikan. Ambil gambar. Ketawa2 geram sebab kelihatan comel Tapi, awak bukan pemilik kopiah ini. InsyaAllah, saya positif. Akan ada rezeki saya nanti.

Hati tertunggu2 sang putera muncul. Pemilik kopiah. Allahu. Penantian satu penyeksaan. Ketika mendapat anak ketiga, juga seorang bayi perempuan saya ambil keputusan tak akan cuba lagi pakaikan pada bayi saya ini. Sedikit sedih kerana harapan belum kesampaian. Tapi gembira kerana mendapat cahayamata yang comel dan gebu. Nyata awak pun bukan pemiliknya. Tak mengapa, mama sanggup menunggu lagi.

Hamil untuk kali keempat, Waaa..berkobar2 hati. Doa bersilih ganti. Ingin benar mendapat seorang putera. Allah punya kuasa. Saya menerima seorang bayi perempuan untuk kali ke 4. Harapan hanya tinggal harapan. Puteriku, awak bukan pemiliknya. Kadangkala apa yang kita mahu memang sukar nak menggapainya.

Masa berlalu begitu pantas. Saya masih punya harapan walaupun hati terasa hambar. Allah, kurniakan aku seorang anak lelaki. Ada sesuatu yang sangat bermakna yang aku sediakan untuknya sekian lama. Sebenarnya, harapan saya memang dah menipis. Tapi melihatkan kopiah ini yang berbelas tahun saya simpan, hati rasa sangat berharap. Diam2 saya berdoa. Kadangkala timbul juga rasa cemburu melihat rakan2 ada anak lelaki yang comel.

Kandungan kelima saya kian besar. Rezeki untuk kali ke 5. Setiap hari saya membelek kopiah yang sudah sedikit kusam itu. Doa tetap tak putus2. Segalanya kuasa Dia. Rezeki dari Allah Taala. Untuk kali ke 5 saya menerima seorang puteri lagi. Comel dan gebu. Allah. Ternyata Engkau berikan aku 5 puteri yang comel2 dan aku bakal mendidik mereka untuk menjadi peneman sang mujahid. Inilah rezekiku. Saya merenung kopiah di dalam bakul bayi. Meskipun hati rasa sayu, saya terima rezeki ini. Sebenarnya saya sangat gembira menerima puteri ke 5. Anak kita sendiri kandungkan.. takkan tak seronok bila melihat nya di depan mata. Kan. Merenung mata si anak, perempuan pun tak mengapa.. Mama sayang awak! Ada sebab Allah tak bagi mama seorang anak lelaki. Tapiii.. Sayang, memang awak bukan pemilik kopiah ini.

Hati sudah tawar menunggu sang putera tiba. Rasa penat menanti. Saya ambil kopiah itu dan campakkan ke dalam bakul baju. “ Mak...malas dah nak simpan ni. Memang Allah tak bagi rezeki yang satu ni. Buang lah.. atau bagilah pada sesiapa yang nak”. Saya pesan pada mak. Memang hiba dan rasa sedih. Memang terasa ia sangat mustahil walaupun redha dengan rezeki yang Allah beri. Ermmm.. Hajat yang tak sampai. Impian yang tidak tertunai.

Entahlah..
Percaturan Allah sebenarnya sangat indah. Di usia yang bukan lagi muda, saya hamil sekali lagi. Tiada menyimpan harapan lagi untuk seorang putera. Saya menerima apa jua rezeki yang akan tiba nanti. Doa hanya untuk diberikan zuriat yang sihat, sempurna dan comel.

Scan dan pemeriksaan doktor rutin mengesahkan saya akan menerima orangbaru ini..BOY! Saya hanya senyum. Redha apa saja. Allah jadikan sesuatu kerana dia Maha Mengetahui. Tak mengapa..jika dia adalah puteri ke 6 saya. InsyaAllah.. saya redha.

Allah Maha Besar.
Saat melahirkan, penuh kesukaran.
Sebelum melahirkan, 10 hari saya di wad. Letih melayan sakit yang datang dan pergi.. Hari ke 11 baru ada air ketuban pecah. Allahu. Lama menanti untuk melahirkan kali ini. Lebih 10 jam bertarung nyawa dalam bilik bersalin saya hampir longlai. 1 jam lebih menyelesaikan proses selepas bersalin pula. Sakitnya jangan ditanya. Allah. Seksanya melahirkan anak ini. Kudrat habis langsung. Tak mampu lagi untuk meneran. Tak mampu untuk berkata2. Leher saya kebas kerana ubat bius yang tersalah masuk. Tak mampu nak angkat kepala untuk melahirkan anak ini. Suami terpaksa papah dan terus berikan semangat. Ya Allah. Kuasa Allah. Tangisan bayi nyaring... Alhamdulillah.
Dihulurkan bayi kepada saya untuk pengesahan jantina. TERDIAM!! Saya hilang kata2. Saat memandang bayi yang masih merah. Eh! Apa tu?? Hampir tersasul menyebut ‘girl’. Allah.... Untuk pertama kalinya saya ucapkan. ‘ Anak saya BOY nurse”. Airmata laju gugur di pipi. Allah..Allah.. Indahnya perasaan ini. Akhirnya Engkau berikan aku seorang bayi lelaki. Saya memeluk si kecil. Saya memeluk erat. Terima kasih Allah. Terima kasih Allah. Suami memeluk saya.. dan senyum.. “ Anak kita!”.

Rasa seperti mimpi. Betul! Senyum dan belek2 muka bayi penuh teruja. Eh.. Boy ye. Eh.. kenapa macam ni. Kenapa suara dia macam tu. Kenapa dia macam ni. Banyak soalan yang berbeza dari sebelum2 nya.

Oh! Kopiah.. ?

“ Makkk.. Mak ingat tak mana letak kopiah dulu. Lama dah kita simpan, kan”..
Mak hanya menjawab, tak ingat. Ya Allah. Mana niiii.. Dalam berpantang, saya selongkar habis semua pakaian lama bayi. Tak jumpa! Mana mak letak ni. Mak dah bagi pada oranglain ke. Mak dah buang ke. Ya Allah. Kenapa saya tak simpan saja. Kenapa tak percaya dengan rezeki. Oh. Bukan tak percaya, tetapi kononnya dah pasrah.

Entah bagaimana, Ya Allah.. dalam timbunan pakaian lama di dalam kotak, terselit kopiah itu. Memang dah sedikit lusuh, tapi ia sangat bermakna. 20 tahun saya menanti. Pemberian nenek saya..dari Mekah dia belikan untuk bakal anak lelaki saya. Saya cepat2 ambil dan basuh.

Perasaan berdebar sangat. Memang saya tak pakaikan ketika itu. Saya simpan di dalam bakul. Hari2 menanti saatnya dengan sabar. Hari demi hari berlalu.. Usia putera kami dah memasuki 2 bulan. Untuk kali pertama saya mencubanya. Debar hati ini. Oh..masih longgar. Tapi.. Ya Allah, seronoknya saya. Takkk lamaaa lagi pemiliknya akan dapat memakainya dengan elok. Masih belum muat sekarang ini.

Akhirnya di usia 4 bulan setengah, saya mencuba sekali lagi. Teruja dan saya berdebar! Alhamdulilah.. putera kami dapat memakai kopiah ini dengan elok dan muat terletak. Allahu. Comelnya awak nak...
‘ Wan Muhammad Al Fateh, akhirnya awak tiba untuk mama. Awak tiba untuk memakai kopiah yang mama simpan sekian lama untuk awak. Mama tunggu awak.. 20 tahun lama nya. Mama nak sangat lihat awak pakai kopiah ni. Comelnya awak.. Mama hampir putus asa. Maafkan mama kerana ia sudah agak lusuh. Maafkan mama kerana kopiahnya biasa2 saja, tapi ia sangat bermakna untuk mama. Wan Muhammad Al Fateh, mama hadiahkan kopiah ini untuk kamu nak.. Awaklah pemilik kopiah biru ini sayang. Syukur Ya Allah”. Saya cium bayi saya ini berkali2. Manisnya terasa dalam hati.
Menitik airmata ini. Satu perasaan luarbiasa di dalam hati ... Hanya Allah saja yang tahu.
Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Mohon doa dari rakan2 semua, puteri2 saya dan satu2nya putera saya ini menjadi insan solehah dan soleh. Sesungguhnya doa yang baik2 itu dapat memberikan kita seribu kebaikan. InsyaAllah.

Aamin.
#wanmuhammadalfateh
#feirouzazalia



18 May 2020

Jika Suami Lebih Muda.... (Siri 1)

Assalamualaikum semua.

Tengok tajuk ni, macam banyak aje benda nak share kan.  Memang banyak pun yang saya nak share, cuma tak tahu lah sempat menaip kisah panjang atau tidak. Kadang kadang baru taip separuh dan ada kerja menanti..

Ermmm..
Saya tahu ramai wanita yang bertemu jodoh dengan lelaki lebih muda. Ada yang dijodohkan, ada memang berkawan beberapa tempoh, ada yang berjodoh secara tidak sengaja (tiba tiba jatuh cinta dan terus kahwin). Ada yang beza usia 1 tahun saja. Ada yang suami 10 tahun lebih muda dari isteri. Dan ada yang lebih dari tu jarak usia mereka.

Siri 1 ni, saya nak cerita tentang jika suami lebih muda dan persediaan cara kita berfikir terlebih dahulu. Mungkin bagi sesetengah orang, berlainan dengan segala apa yang saya kongsikan di dalam blog saya ni. Tapi saya menulis atas pengalaman dan pengetahuan. Maaf jika pendapat dan pengalaman kita tak sama. Masing masing kan...

Okay, nak start dah ni. Baca Bismillah dulu.


Begini, jodoh adalah rahsia Allah, kan. Siapa nak berjodoh dengan orang tua ganyut. Siapa nak berjodoh dengan orang muda tang tang. Kalau lelaki, mungkin la happy dapat perempuan muda tang tang. Impian hampir semua lelaki... Eh!!  Tapiii, jika dah jodoh, kita tak mampu menolak takdir. Usaha dah mencari, dicarikan pun sudah ... last last berkahwin dengan orang beza usia. Tak ke itu semua urusan Allah Taala. 

Jadi, tak perlu rasa canggung yang mendalam sangat. 'Besher besher' dah la. Sebabnya umur kita di dunia ni memang berbeza. Di Syurga kelak, kita lagi muda. Dan lebih cantik dari bidadari Syurga. Gituuu.


Ermmm..
Meleret pulak intronya.

JIKA Suami lebih muda? Seharusnya kita perlu adjust cara fikir kita.  Kita tak boleh set dalam fikiran kita, " dia muda, aku tua...jadi dia kena ikut cakap aku'. atau " dia adik, aku macam kakak, jadi aku kena jaga dan didik dia". Aiyooo! Jangan gitu dong! Jap...


Jom tengok senarai di bawah ni yang saya nak kongsikan.

1. Perlu pandai bawa diri. Walaupun kita lebih tua, apa apa urusan biar suami yang menentukan hala tuju dengan berbincang dengan kita terlebih dahulu. Jika dia tak berbincang pun dan tiba tiba terus buat sesuatu tanpa kita tahu, jangan marah dulu. Biarlah dia nak merasa jadi ketua keluarga. Kita cuba terima dulu cara suami kita ni. Meskupun usia jauh berbeza, mereka tetap suami kita. Ketua rumahtangga kita. Kalau selisih usia 2 atau 3 tahun mungkin kita masih boleh rasa sebaya dan suami pun tak terasa sangat dia muda, tapi kalau jarak usia 10 tahun suami muda dari kita, suami pun ambil masa nak sesuaikan diri. Takkan kita nak perbudak budakkan dia. Mentang mentang kita lagi tua, kita nak dia ikut cakap kita saja.. Oh! BIG NO! Kita sewajarnya perlu pandai2 bawa diri supaya suami gembira dan merasakan dia jadi ketua keluarga walaupun diperingkat menyesuaikan diri kadangkala kita rasa.." Apa pula camni. Bukan ke camtu?". Dah! Tak payah nak serabut kepala memikir. Biar suami muda dari kita tu yang fikir macam mana nak selesaikannya. Jika dia minta pendapat, bagi  pendapat kita mengikut kesesuaian asalkan jangan nampak kita mengajar ngajar. Lagipun kita dah ada suami, biarlah dia buat kerja dia. Kan.

2. Perlu ketepikan ego kita. Setiap lelaki mempunyai ego masing masing. Kita sebagai perempuan pun apa kurangnya. Apatah lagi jika kita ni golongan ibu tunggal dan berkahwin dengan lelaki bujang, lagi la kita punya bangga tu menyerlah. Hahahaha. Macam, " Ko apa tau?". Gituuu. Tapi harus kita ingat, yang kita sudah bersuami. Kita baru berumahtangga dan nak menyesuaikan diri memang mengambil masa. Tapi, buat apa nak pening pening kepala wujudkan border dengan suami. Kan kita yang pilih dia. Dia pun pilih kita. Kenapa mesti kau kau, aku aku, aku cara aku, kau cara kau. Lepas aje akad nikah, tenangkan fikiran! Dia suami. Kita isteri. Selagi dia mengajak kita berbuat kebaikan, ikutkan saja. Kita tak perlu nak fikir seorang diri lagi. Jika ada perkara berlainan pendapat, ajak berbincang dengan cara bertanya dulu akan keyakinan dia dalam berbuat sesuatu." U, betul ke ni nak pindah rumah ni? Bukan apa.. I tak tahu sangat urusan pindah pindah ni. U uruskan semua ye". Haaa.. Biar dia rasa dia 'besar'. Sebabnya dia perlu berjiwa besar untuk mendidik isteri yang lebih tua dan lebih banyak makan garam dari dia. Jangan kita pergi tanya, " U nak pindah ni, jangan susahkan I ye. U yang nak kan. So, U settle kan!". Kan nampak benor ego nya kita nak tunjuk kita ni lagi 'besar' dari dia. Cakap kita tu biar merendah sikit. Bukan merendah diri. Dalam part ni maksud saya cakap tu jangan tunjuk kita bossy. Jangan nampakkan kita ni yang nak kawal rumahtangga lebih dari dia. Bagi lah dia peluang dulu. Kalau tak, macam mana suami muda kita nak belajar jadi lebih matang. Lagipun, tak lah nanti nampak kita dominan sangat. Sebab tak cute tau kalau kita dah la tua dari dia, dan kita pulak sangat makcik makcik, semua nak kontrol dan kawal ikut ego kita. Last last, memang betul, kita yang jaga suami macam mak mak jaga anak. Tak best lah gitu. Hahahaha. 


3. Jika ada anak ketika berkahwin dengan suami lebih muda dan bujang? Kita perlu bersedia dari segi mental dan fizikal sebab kita perlu menjaga hati dua pihak. Kalau anak masih kecil tak mengapa. Tapi kalau anak dah besar besar, dan mereka sendiri kekok nak terima ayah tiri muda...macam mana? Kita harus bersedia berlaku ketidak sefahaman kedua pihak di peringkat awal. Bagitahu suami, untuk anak anak menerimanya akan mengambil masa. Bagi tahu anak anak pula, kita memahami perasaan mereka yang tiba tiba terpaksa menerima orang asing dalam rumah mereka dan keluarga mereka.  Muda pulak tu. Anak anak mungkin ada yang dapat terima dengan senang hati. Ada yang bertahun tahun tak dapat menerima suami baru kita. Sedih kan. Tak mengapa, kita tak mampu mengubah sikap dan hati anak anak yang masih muda remaja, tetapi kita mampu menenangkan suami kita dan menjelaskan perasaan serbasalah kita. Tak salah berkongsi rasa dan mohon pengertian suami. KALAUUUU suami pun macam anak anak remaja juga, dan mula cari salah anak anak, kita perlu mencari orang tengah untuk menenangkan anak anak kita. Bukan suami ye! Jangan dulu. Suami ada ego dia sendiri. Mulakan dengan anak anak. Ketika ini kita perlu fikir untuk jangka masa panjang samada jika serumah akan ada masalah lebih besar, atau pun kita mula fikirkan untuk tinggal berasingan dengan anak...atau bagaimana. Masalahnya sanggup ke? Nak bercerai, sayang. Nak berpisah dengan anak, macam ibu yang kejam. Itukan anak anak kita, yang kita kandung dengan kasih sayang selama 9 bulan. Sudahnya makan hati, betul tak? Yang ni nanti saya akan kupaskan di SIRI 2. Untuk siri 1 ni lebih kepada persediaan mental untuk terima suami lebih muda dari kita.

4. Kewangan. Dari sudut kewangan, kita perlu ada gambaran asas pendapatan suami kita sebelum kita terima dia untuk menjadi suami. Tak perlu tanya banyak dan details tentang pendapatan oranglain. Tak bagus. Cuma hanya tanya, jika berkahwin apa yang akan dia berkongsi dengan kita dan bagaimana mahu kendalikan rumahtangga nanti dari segi perbelanjaan. Memang ada yang kata tak wajar nak tanya, tapiii.. Eh! Tanya la. Perkara kahwin bukan main main. Cuma tanya lah dengan 'manis', bukan tanya macam pisau cukur. Faham tak? Tak faham takpe. Fikir lama sikit ye. Nanti akan faham.

Tujuannya untuk mengelakkan...

i. Jika kita yang bayar semua, suami rasa tercabar dan malu. Ada suami spesis ni ye. Dia malu jika isteri keluarkan semua perbelanjaan rumahtangga. Jadi kita perlu berpakat baik baik, siapa yang bayar itu, siapa yang bayar ini.

ii. Jika dia tak mampu bayar semua, maka kita perlu bekerjasama untuk membantu. Jangan sampai bergolok bergadai. Tapi sama sama uruskan perbelanjaan rumahtangga supaya lebih rasa dekat, bahagia dan bertanggungjawab. Kelak, tiada isu.."Asyik aku je bayar".

iii. Jika dia nak bayarkan semua, itu Syukur Alhamdulillah lah. Tapi jangan pula kita lepas tangan. Kita boleh uruskan perbelanjaan bahan mentah di rumah, perkakasan rumah tangga dan sebagainya. Kita buat part kita agar jangan nampak suami sahaja menyumbang dalam rumahtangga.


Ermmm.. Cukup ini dulu.


Saya akan sambung untuk Siri 2 nanti.
Yang penting, rumahtangga untuk melengkapi antara satu sama lain, bukan mencari yang sempurna. 


Sekarang masih PKP sejak virus Corona seluruh dunia, jadi banyak masa sebenarnya saya nak sharing di blog. Cuma dalam banyak masa tu, jadi tak cukup masa sebab berkejaran dengan anak anak di rumah. Maklumlah, usia macam ni masih ada anak kecil. Tapi saya bahagia, boleh picit anak anak yang masih bau bau baby ni. Hehehehe.


Jumpa lagi di next post.

Assalamualaikum.