Dalam perjalanan kembali ke tempat asal..

22 February 2014

Janin Tanpa Denyutan Jantung

Assalamualaikum.

Saya masih bersedih... Hak Allah. Milik Allah. 
Entah bagaimana, kehamilan kali ini tidak berterusan. Saya kongsikan ceritanya di blog ini untuk panduan rakan-rakan yang pernah keguguran.

Apabila usia kandungan memasuki minggu ke 10 (sepatutnya), saya menjalankan scan seperti biasa di klinik swasta. Rutin saya ketika hamil mesti menjalankan rawatan / pemeriksaan bulanan di klinik kerajaan dan swasta. Ia bagi memberi dua info yang tepat. Jika ada perbezaan, mudah untuk saya mengambil tindakan seterusnya. Okay.. happy untuk tengok baby semasa scan.



Doktor, ' Kandungan awak baru 7 minggu.. Masih belum nampak janin dan dengar heartbeat. Bagaimanapun kantung nampak cantik". - Hanya satu kantung kelihatan. Saya bertanya, " Kenapa kalau ikut period, kandungan saya sepatutnya dah 10 minggu doktor". Doktor memberikan jawapan yang beliau tidak pasti kenapa itu berlaku. Kemungkinan besar, hormon saya tidak stabil sebelum percantuman telur berlaku. Ermmm.. Baiklah. Seperti biasa, saya meminta doktor printkan satu salinan scan untuk simpanan.

Menunggu hampir 3 minggu, saya ke klinik kerajaan (KKIA) untuk pemeriksaan kehamilan bulanan. Kali ini, nurse menekan-nekan perut dan katanya, 'Tak rasa benjol atau ketul lagi". -meaning kandungan masih kecil. Saya dirujuk kepada doktor bertugas dan scan dijalankan sekali lagi. 

" Kandungan awak 7 minggu 5 hari ni.. Kecil lagi. Tapi macam susah lah saya nak nampak kantung bayi. Sekejap dia kat sini..sekejap dia kat sini. Tak berapa clear. Heartbeat belum dengar. Selalunya dah boleh dengar", kata doktor. Fuh! 



"Doktor.. saya ke klinik swasta 3 minggu lepas. Kata doktor tu itu hari, kandungan saya 7 minggu. Takkan dah 3 minggu lagi..masih 7 minggu tak gerak-gerak. Pelik ni.." Saya dah tak sabar nak meluahkan kerisauan.

Doktor mula cuak.. Katanya, datang sekali lagi..selepas 2 minggu..untuk mengesan janin dan kantung yang katanya berubah-berubah tu.

Dua minggu kemudian...

Saya datang sekali lagi. Nurse rekod tentang kehamilan.. Makan selera besar. Ok. Kenaikan berat badan sangat ketara.. 11kg youuu!! Hebat betul! Perut memang buncit. Loya seharian. Hb cantik... Dan pendek kata, semua ok dan normal untuk ibu hamil. Masa untuk scan tiba..

Doktor, ' Dari scan ni, memang nampaknya hanya ada kantung. Janin tak nampak. Heartbeat tak dengar. Jadi..saya rasa kena rujuk hospital untuk scan dari bawah - vagina ke servik".

Allahuakbar! Mana pulak baby saya ni..



Sambung doktor... "Sebelum tu.. Kalau ada bleeding, datang segera ke klinik..sebab kalau ada masalah dengan janin, ia akan gugur sendiri ataupun terpaksa D&C". 

Huhuhuhu.. hati berdoa..Mengharapkan keajaiban berlaku. Siapa tahu, balik rumah nanti tiba-tiba baby saya dah besar seiring tempoh yang saya kira.. 14 minggu.

Keesokkannya, pukul 11 pagi kelihatan sedikit darah keluar. Segera saya telefon ke KKIA. Diminta datang segera. Hati rasa takut.. takut kehilangan. Meskipun kehamilan kali ini tidak dirancang tetapi ia tetap menjadi sebuah penantian penuh kasih sayang.

Sesampai di KKIA, tekanan darah diambil. Scan dijalankan bagi mengesan janin. Kantung masih berubah-ubah tempat dan doktor sukar mengesan kedudukan janin. Oh! Kenapa jadi macam ni. Rasa sedikit pelik. Surat rujukan ke hospital dikeluarkan. Diminta segera ke hospital.

Balik ke rumah, saya menguruskan terlebih dahulu keperluan keluarga. Masih mengadap laptop dan menyelesaikan sedikit kerja. Sekitar pukul 4 petang, cadar yang dipakai dibasahi darah. Allah! Apakah.. Suami meminta saya bersiap untuk ke hospital. Ya Allah.. Risaunya dalam hati. Ari-ari terasa sakit dan bahagian belakang pinggang mulai lenguh.



Di hospital.. Saya diminta bermalam di hospital. Hohohohoh. Perkara yang paling saya kurang suka. Terbayang kepanasan dan nyamuk-nyamuk. Huish!! Saya dihantar ke bilik scan untuk scan dijalankan. Kali ini, scan dilakukan dengan memasukkan sebatang - saya tak tahu apa nama /term dalam perubatan. Camera ini dimasukkan di bahagian V wanita untuk melihat kedudukan janin di dalam kandungan. Memang agak sakit meskipun gel diletakkan. Okay.. 

Doktor, " Awak nampak tak nii.. Dua kantung baby awak. Satu agak kecil..dan satu agak besar. Ini ada sedikit kesan pendarahan. Awak memang dah gugur ni. Heartbeat baby pun tak ada. Saya dah semak, memang di KKIA pun doktor memang tak dapat kesan heartbeat".

Saya panik dan rasa hendak menangis.. " Doktor.. kandungan saya kembar ke? Memang takde heartbeat ke?"


Doktor.. " Awak tak tahu ke..? Kembar ni. Memang tak membesar janin ni. Ada masalah... Kantung je yang membesar. Jadi kita terpaksa D&C esok.."

Ya Allah! Saya gembira kerana mengandung anak kembar! Impian saya selama ini. Meskipun doktor menyatakan perlu menjalani D&C tetapi saya masih berdoa agar segala yang doktor katakan ini tidak terjadi. Saya tidak gugur atau janin saya sihat tanpa masalah...

Bermalam di wad..macam biasa lah. Nyamuk. Panas. Tak asing lagi. Kali ini saya ditempatkan di Wad Sakit Puan. Hohohohohoh. Ingatkan dapat tengok baby-baby comel..Rupanya tak. Yang ada hanya para wanita bermasalah. Cyst, fibroid, keguguran, janin luar rahim, kantung tanpa janin, janin bermasalah, dan sebagainya. Malam itu... memang ternyata bukan rezeki saya. Darah semakin banyak keluar. Ya Allah.. tabahkan hati. Saya sedih tetapi tidak mampu mengalirkan airmata.

Bersambung...