Dalam perjalanan kembali ke tempat asal..

7 October 2019

Hamil Di Usia 40 an

Assalamualaikum Semua.


Topik kali ni lari sikit dari kebiasaan. Dah lama tak menaip cerita ceriti. Sambil sambil saya bercerita hal produk kilang kecantikan (OEM) kami dan juga kelas belajar buat produk kecantikan homemade, sesekali saya celah lah sikit kannnn...cerita peribadi. Dah namanya blog pun blog peribadi. Gitew..


Hamil usia 40an ? Haaa? Kenapa? Salah ke? Hahahah. Malu? Stress orang mengata? No laaaa!


Meh nak pesan. Big No tau! Jangan malu! Jangan rendah diri.


Rezeki dari Allah Taala tak kiralah usia berapa pun. Asalkan kita sihat dan masih mampu hamil, InshaAllah itulah yang terbaik.
.

Saya cerita kisah saya lah ye. Kang cerita kisah orang lain, dah macam tak kena pulak.


Al kisah...

Saya ni sebenarnya nak sangat anak lelaki. Dari awal awal kahwin memang nak anak lelaki at least dapat sorang pun jadi lah. Nak dijadikan cerita, hah! Berderet anak saya perempuan. 5 perempuan tau. Membuak buaklah perasaan nak anak lelaki dalam jiwa saya. Rasa sedih bila tengok oranglain ada baby boy, walhal ada anak perempuan pun dah rezeki. Manusiaaa kannnn...


Waktu usia saya dalam 39 tahun, saya diskus dengan suami tentang nak tambah 'gerabak kami'. Hehehe. Ni last saya cuba nak dapatkan baby boy, saya kata. Kalau masih girl, cukuplah sampai di sini..sebabnya saya kan dah usia lanjut. Hehehe. Lanjut tuh! 39 tahun dah kan. Terfikir juga mampu ke tidak nak lalui fasa kehamilan sekali lagi. Suami pun teringin nak ada baby boy. Buat teman ke masjid, katanya. Saya memikir. Usia 39 tahun saya mula mengandung. Nanti waktu bersalin, saya dah 40 tahun masa tu. Haih! Cuma saya bernasib baik kerana doktor tidak melarang untuk saya hamil lagi (thanks doktor di HSNZ).
.

Dipendekkan cerita.. Saya mencuba untuk hamil dalam tempoh 2 tahun, tapi gagal. Sudahnya saya ke LPPKN, KL. Niat memang nak hamil kaedah IUI aje lah. Semata mata nak boy dan nak kejar usia yang masuk 40 tahun ++ Tapi doktor di LPPKN bagitahu memang tak boleh buat pemilihan sperm dan lain lain untuk jantina. Argh sudah! Buntu sekejap.  Saya pun buat ujian darah dan sebagainya. Termasuk HSG untuk pemeriksaan punca saya tidak hamil. Ikut pada result saya dan suami , memang kami tak ada masalah.
.


Tak lama kemudian, dalam tempoh dua bulan selepas buat HSG,...saya rasa give up. Appointment pun saya tak pergi selama dua bulan tu. Malasss aje rasa. Suami bagitahu, tak apa lah kalau dah malas. Kita enjoy je dulu, katanya. Saya rasa mungkin memang bukan rezeki saya untuk ada baby boy. Malas dah simpan harapan untuk hamil lagi.
.

Tiba tiba, Eh!! Bendera merah saya tak datang hampir 2 bulan! Hati dah cuak. Takkan pre menopouse kan. Awal sangat ni. Kenapa tiba tiba tak datang. Selalunya sejak saya remaja, memang saya ni jenis on time bendera merah. Saya abaikan saja dengan anggapan mungkin sebab saya asyik ulang alik KL - KT, KT -KL. Kemungkinan besar saya penat.
.

Dannnn..
Itulah dia detiknya saya mulai hamil. Bila dirancang, tak menjadi. Bila tak rancang ..Eh sesat pulak. Hahaha. Tapiiiiii, saya bagitahu suami..." Macam mana ni bang. Kita tak tengok pun kalendar kesuburan untuk berusaha dapatkan jantina lelaki". Ermm. Pasrah sekali lagi. Tawakal sajalah. Benda dah jadi. Hahahah.


Maka, di usia 41 tahun saya membawa perut. Check di Klinik Kesihatan bulanan, mingguan dengan teratur. Saya memang tak boleh melahirkan di hospital swasta kerana saya ada masalah kesihatan, bilangan anak termasuk gugur juga lebih dari 5 orang. Hanya boleh bersalin di hospital kerajaan apatah lagi di Kuala Terengganu masih belum cukup fasiliti nya di hospital swasta.. Bila waktu check up di Klinik, sebelah sebelah saya duduk, semuanya ibu ibu muda. Hahaha. Tapi ramai tanya saya, " Mengandung anak sulung ke?" Rasa kembang lah juga hati ni. Anak sulung saya sudah di Universiti... Gitulah saya jawab selalunya. Melopong si tukang tanya. Aduh! Makin malu saya.
.



Ini anak nombor 5 saya. Adelia, kakak Fateh. 
Fateh masa ni kecil lagi. Kiranya Adelia ni anak perempuan
saya yang bongsu. *+*


Fateh satu satunya anak lelaki saya, selepas dilahirkan. 
Eh! Dobot masa ni. 11 hari di hospital baru Fateh lahir. 
11 jam di labour room, baru Fateh keluar. 
Pengalaman hamilkan anak lelaki di usia 40an. 
Tough!! Tapi sangat menyeronokkan. 

Ehem!
Siapa kata tak malu? Tetap ada rasa malu. Cuma BUKAN sebab hamil di usia 40 an, tapi sebab saya malu bila dilayan macam orang muda. Aduh! Saya ni dah banyak pengalaman, tapi bila yang baru anak 2, 3 orang bagi tips macam saya mengandung anak pertama...memang saya rasa malu. Nak lari pun ada. Hahaha. Sebabnya bila mereka tahu umur dan bilangan anak saya, mereka pula naik malu.


Ehhhhh.. Bukan nak bangga riak tau! Kebetulan muka saya chubby. Itu yang menyebabkan saya nampak muda dari usia.


Cuma, bila kita mengandung di usia macam ni, perlulah jaga pemakanan. Saya beruntung kerana tiada masalah kencing manis dan darah tinggi. Tapiiii, waktu kandungan dah memasuki usia 5 bulan, bacaan gula dalam darah saya agak tinggi. Saya terpaksa check darah setiap minggu untuk pastikan saya tidak ada kencing manis.


Saya ni sebenarnya ada masalah jantung yang mana jantung saya ada lubang kecil. Saya juga ada panic attack. Di buku merah saya memang penuh doktor menanda risiko. Alhamdulillah, walaupun ada risiko tetapi bila diperiksa saya sentiasa sihat. Mungkin juga faktor doktor dan nurse tak memberi tekanan pada saya, menyebabkan saya hamil penuh gembira. Syukur Ya Allah.


Selain jaga pemakanan, bila hamil di usia 40 an ni juga saya sering keletihan. Jalan sikit, letih. Naik tangga, letih. Ya Allah..pendek kata mudah sangat letih. Sudah lah badan naik 20kg (ketika hamil 8 bulan) Berattttt sangat rasa badan ni nak dibawa.


Solusi saya, memang saya makan vitamin yang klinik bekalkan. Saya juga makan sayuran dan protein yang cukup. Saya makan vitamin tambahan lagi untuk beri tenaga dan agar keperluan saya dan janin mencukupi. Pendek kata, memang saya jaga betul betul kesihatan saya untuk pastikan bayi saya sihat.


Ermmm..jangan mengelat tak nak makan vitamin ye. Hihihi ...
Alhamdulillah, suami memang 'tukang jaga' time saya untuk makan vitamin. Kalau tak makan, dibebelnya sampai saya makan dengan penuh insaf. Hahaha. So, pesan siap siap pada suami masing masing agar jadi ''tukang jaga' masa hamil ni.


Selain tu, bila kita hamil di usia 40 an kita juga mudah rasa sakit di ari ari, kerana cengkaman otot sekitar pelvik sudah tidak kuat bila kandungan semakin besar. Apatah lagi jika ada anak yang ramai. Kebetulan saya juga ada anak yang dilahirkan secara pembedahan. Jadi, ada rasa ngilu di sekitar ari ari di parut pembedahan. Elakkan terlalu lasak atau mengangkat benda berat ye. Bahaya untuk ibu dan bayi kita.


Paling penting, jaga makan, jaga tidur agar cukup, lalui hari hari kehamilan dengan ceria. Tak perlu risau orang mengata. Kita sedang membawa hadiah dari Allah di dalam rahim kita. Jadi, jangan rasa stress. 9 bulan 10 hari tak lama. Berkawan dengan orang positif untuk kualiti hidup lebih baik.


Banyakkan berzikir, solat taubat, baca surah surah terpilih dan melakukan banyak ibadah yang lain. Orang hamil ni special. Banyak pahala yang boleh kita dapat.


Suka merajuk dengan suami? Ermm..Memanggg!! Kalau dapat suami pandai pujuk, penuh kelembutan..itu rezeki. Kalau dapat yang tak pandai dan tak nakkkk pun pujuk..tak mengapa. Pujuk aje hati sendiri. Kita kan ada buah hati yang dikandung. So, kita jaga elok elok buah hati kita tu agar suatu masa nanti dia membesar jadi insan soleh, solehah dan pandai menjaga hati. Gitueeeww..

.
Selamat Hamil Di Usia 40 an.
Tahniah saya ucapkan.

Rezeki dari Allah Taala.
Lalui kehamilan dengan gembira dan penuh syukur.



Buah hati saya. Peneman hari tua saya. InshaAllah.
Ada indahnya bila diusia begini ada anak kecil.
Kita jadi sihat dan berpeluh sebab mengejar anak berlari.
Hahaha. Selain tu, sibuk uruskan mereka menyebabkan
kita tak ada masa nak duduk saja saja 
membesarkan badan dan 'menternak' lemak.
Doakan saya juga ye, agar diselamatkan kami 
semua dari marabahaya dan keburukan manusia. 
Aamiin.

Oh satu lagi, waktu hamil ni,
jangan stress stress.
Bayangkan ada si kecil comel dalam kandungan yang sedang membesar.
Haaa..cute kan.
Mesti tak sabar nak bersua muka.

Semoga semuanya selamat dan sempurna saya doakan untuk anda.
Alhamdulillah.
InshaAllah.