Dalam perjalanan kembali ke tempat asal..

15 November 2017

Produk Jenama Sendiri

Assalamualaikum.

Produk Jenama Sendiri? Apeni..Apeni?

Ramaikan yang buat produk macam2 yang mana..

1. Ambik produk dari kilang2 OEM Malaysia dan jenamakan produk atas nama jenama sendiri. Ada MOQ nya dan terma2 nya.

2. Ambik produk by bulk kilo2 dari orang tengah. Bahan mentah pun hantamsajalalabu. Adaaaaaaaaa... Sebab ada yang datang ke kilang kami mintak tolong untuk buat produk yang sama dengan yang dia ambil tu. Bila ditanya, kenapa tak terus kan. Katanya produk dari negara jiran dan tak boleh apply KKM

3. Beli sendiri di negara jiran dan balik pek kan.

Nampak???

Banyak pilihan dalam hidup ni. Produk jenama sendiri ni sebenarnya boleh diambil dari kilang kami. kami memang Intake Usahawan Khas untuk produk jenama sendiri bagi memberi produk yang selamat, berkualiti dan terbaik lah kiranya.

Kita layan gambar dan penerangan ye..











Belajar Buat Sabun

Assalamualaikum.

Tajuk di atas belajar buat sabun. Berminat tak? Sekejap ye.. Kita tanya khabar dulu. Apa khabarrrrrr semua pembaca setia blog saya? Semoga sihat walafiat dan gembira selalu. 

Saya khabarnya baik2 saja. Sibuk sangat menguruskan baby saya yang sudah berusia 6 bulan. Ermm...Masih mengajar buat sabun. Siapa nak belajar buat sabun, boleh hubungi kami di 019 3092791 (Admin). 

Belajar buat sabun ni sebenarnya adalah ilmu yang sangat mahal! Bukan semua boleh buat sabun yang bagus. Maksud saya, memang bila bancuh jadi sabun, tapi adakah ia selamat, bahan selamat dan sebagainya. Terutama sekali adakah ia berkesan.


Nak belajar buat sabun personal pun boleh. Whatsapp no di atas. Tak perlu call atau mesej biasa. Hanya WHATSAPP sahaja. 

Atau pun nak mesej melalui FB, boleh mesej ke FB ini.

Nak belajar sabun secara berkumpulan pun boleh mesej kami, samada mahu menjemput team kami ke tempat anda atau pun mahu belajar buat sabun secara personal.

Follow FB saya : Feirouz Azalia

Jom layan gambar sabun2 menarik.






Saya berikan link https://www.facebook.com/belajarmembuatsabun/

Jom Belajar Buat Sabun dengan kami.

Psttt .. bahan mentah adalah dari kilang kami. Kami juga sebagai pembekal bahan mentah buat sabun sangat berbesar hati jika dapat berkongsi ilmu dengan anda semua.


27 May 2017

Beza Mengandung Anak Lelaki dan Anak Perempuan

Assalamualaikum.
Salam Ramadhan untuk semua.
Hari ni 1 Ramadhan. Puasa tak?


Alhamdulillah. Dapat juga jengah blog saya ni walaupun masih berpantang. Lama sangat tak bersiaran di sini. Hah! Saya sedang berpantang sekarang ni. Baru melahirkan seorang bayi lelaki pada April lepas. Hujung2 dah melahirkan si WMAF saya. Wan Muhammad Al Fateh.


Syukur pada Allah. Penantian hampir 20 tahun untuk memiliki anak lelaki tercapai. Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang. Seronok dan teruja bila menerima anugerah Allah ini. Bukan saya sorang, malah satu keluarga memang ternanti2 Al Fateh dilahirkan.


Saya akan cuba menaip beberapa entry tentang..

1. Tempoh Kehamilan
2. Proses Melahirkan
3. Pengalaman Di Hospital

Banyak perkara saya nak share dengan pembaca. Cuma nak menaip tu, ada kekangan masa.

Ermmm...
Setelah mempunyai 5 orang anak perempuan, memang saya tak lagi mengharap untuk memiliki anak lelaki. Nak kata give up, tak baik pula. Tapi tak memasang angan2 berterusan. Risau kecewa. Hahaha. Anak perempuan pun sayangnya ..terujanya..sama sahaja.. Cuma bila tengok rakan2 ada baby lelaki, hati rasa teringin. Nak tahu feel macam mana bila ada anak lelaki ni. Hahaha.


Kuasa Allah siapa yang tahu kan. Di usia yang sudah cukup matang ni, masih diberi rezeki untuk hamil. Syukur. Ni last ni. Lepas ni fokus dengan 6 orang anak yang ada saja. Cukuplah 6 orang.


Tempoh Kehamilan saya lalui dengan santai namun mencabar. 3 bulan lebih saya bercuti dari kerja. Mujur team yang ada dapat cover kerja2 yang tertunggak dan dirancang. Tapi hati tetap risau mengenangkan kerja2 yang banyak. Cuma bila terbayangkan baby dalam rahim perlukan perhatian yang lebih, saya redha habiskan masa di rumah saja.

Kejapppp...
Haaa.. Mesti ramai nak tahu beza mengandungkan anak lelaki dan anak perempuan. Betul tak? Ni saya nak share. Ianya hanya sebagai rujukan. Bukan total mutlak ye.. Kang ada yang cakap..tak betul itu ini. Ni panduan saja.

Beza mengandungkan anak lelaki dan perempuan.
(untuk diri saya)


Anak Perempuan

1. Perut melebar. Bukan ke depan sangat.
2. Makan banyak
3. Penakut dan sensitif
4. Muka berseri-seri


Anak Lelaki

1. Perut besar ke depan. Kalau dari belakang badan, tak nampak perut besar.
2. Makan banyak 3x ganda dari hamil baby perempuan
3. Berani dan garang
4. Muka kusam teruk


Ini antara yang paling ketara sekali perbezaan ketika mengandung ni. Beza mengandungkan anak lelaki dan anak perempuan.


Kalau masa mengandung anak perempuan, Ya Allah..nak pergi toilet dalam bilik sendiri pun takut. Tapi masa mengandungkan anak lelaki, boleh pulak tengok movie thrill, kalau gelap2 tak takut dll. Rasa aura berani tu semacam je dalam diri. Rasa diri macam hero aje.


Bab Makan. Memang makan terlalu banyak. Ingatkan kembar. Rupanya tidak. Lepas makan nasi, dalam 10 minit..lapar lagi. Jenuh!!! Sehari berkali2 saya makan hingga pukul 4 pagi.

Hasilnya, saya naik 30kg ketika hamil kali ni. 30kg bukan sikit. Banyakk tu.


Beberapa kali juga masuk keluar hospital. Antaranya sebab...

1. Leaking
Saya sangkankan leaking air ketuban. Rupanya bukan. Hanya keputihan tak berbahaya. Yang tak berbahaya ni, selalunya tiada bau, tidak bewarna hijau atau kuning.

2. Ligamen Pain
Round ligamen saya sakit teruk. Sampaikan nak berjalan pun tak boleh. Membawak sampai ke pangkal pelvik. Sakitnya Ya Allah. Nangis dibuatnya. Ingatkan nak bersalin. Sakit ni doktor tak dapat buat apa2. Yang perlu hanyalah rehat yang cukup. Saya terpaksa bedrest selama 3 bulan!! Kebas pinggang baring aje. Dalam masa yang sama, kuat makan. Mana tak naik gemok.


3. Contraction.
Yang ini sehingga saya selamat melahirkan. 10 hari berada di wad dalam keadaan sakit datang dan pergi. Bila sakit, bukaan servik jadi 3cm. Bila kurang sakit..bukaan tinggal 1cm. Sudahnya 10 hari di wad menunggu hari.

Cuma memang saya pun risau sebab ketika admit, kandungan baru 35 minggu lebih. Perlu tunggu sehingga 37 minggu untuk melepasi kandungan border prem.


Okay..Next enrty saya share gambar2 dan share cerita yang mana mungkin boleh jadikan panduan.

11 January 2017

Apa Sudah Jadi

Assalamualaikum Semua Pembaca Lama dan Baru di blog saya ni.


Wah! Hampir setahun saya tak update blog. Ya Allah. Lamanya..Terasa sangat cepat masa berlalu.
Maafkan saya bagi pembaca dan stalker setia. Hahaha.

Saya sangat2 sibuk. Kenapa sibuk? Tak tanya pun..saya nak cerita juga

Antaranya...

  • Saya sibuk dengan urusan kilang baru kami yang lebih besar di kawasan Perindustrian Chendering. Tak lah besar mana, cuma boleh lah menampung urusan bisnes yang ada. Kami ada ditawarkan lot SIRIM dengan sewaan diskaun 70%. Haaa..diskaun lagi. Cuma kilangnya terrrrrrlalu besar lah pulak. Makan duit banyak juga jika nak renovate dll. Hold dulu. Thanks Sirim. Next time kami terima offer yang sangat bermakna itu.
  • Sibuk dengan urusan pembukaan  cafe. Cafe ni bukan ramai orang pun..cuma ia khas untuk perjumpaan usahawan2 minum2 dan sembang2 bisnes. Cafe ni bukan saya yang manage, cuma saya sibuk uruskan dari segi pekerjanya, SOP nya dan lain2. Cafe ada owner nya sendiri. -Team kami juga.
  • Mengajar usahawan samada secara personal ataupun group. Memang letih. Jangan cerita lah. Jika ada kelas 2 hari, esoknya memang saya demam. Mengajar bukan semudah dilihat. Ada yang datang kelas membawa aura negatif. Kita perlukan kekuatan untuk menarik aura positifnya 'keluar'. Dan ia tak mudah.
  • Haaaa.. ni pun penting.Saya merancang untuk hamil lagi. Kononnya nak tutup kilang dah. Hahaha. Doktor suruh banyakkan berehat memandangkan kesihatan saya pun tak sebagus mana. 
Itulah antara kisah kesibukan saya, Memang kadangkala dah siap taip..dan akhirnya tersadai di  File Draft.

Gitu leeeee... Hidup mokcik mokcik ni..