Dalam perjalanan kembali ke tempat asal..

21 May 2020

Anak Lelaki

Assalamualaikum.

Malam ni.., Eh! Dah pagi rupanya. Saya masih setia menemani Wan Muhammad Al Fateh kami. Berjaganya dia dari malam sampai ke Subuh setiap hari, membuatkan saya kadang kadang keletihan. Tapi saya bahagia.

Nukilan di bawah ini saya tulis ketika Fateh masih kecil. Sekarang Fateh dah 3 tahun.

Anak Lelaki
Assalamualaikum.
Sebenarnya dah lama saya nak menaip tentang ini tapi tertangguh kerana banyak hal yang perlu disiapkan. Kerja2 di pejabat. pemilihan formula baru untuk produk baru saya - premium product, menyesuaikan diri dengan baby Al Fateh dan urusan2 lain.

Ramai yang tahu saya mempunyai 5 orang puteri kan. Dari usia 4 tahun hinggalah 20 tahun. Si bongsu dikenali dengan nama Kak Ya. Dan yang sulung pula sudah belajar di universiti. Ada soalan2..’ eh kawin bila?”. “ eh.. kenapa nampak muda?” dll soalan yang kadangkala terlalu peribadi untuk dijawab. Nanti jawab no comment kang, dah disangka artis. Hahaha.. So, jalan mudahnya mana2 soalan terlalu sensitif saya takkan jawab.
Berbalik pada tajuk di atas, sebenarnya saya nak cerita satu kisah yang mungkin biasa2 bagi oranglain tetapi tidak saya.

Begini haa ceritanya.

Ketika saya belum berkahwin, nenek saya telah hadiahkan 1 kopiah cantik kepada saya. Ermmm..kopiah mestilah untuk lelaki kan. Kopiah ni khas untuk baby lelaki. Kata arwah nenek saya ni ketika itu, ‘ nah simpan ni..nanti dapat anak lelaki bagi la pakai”. Kopiah ni nenek belikan di Mekah. Allah. Sukanya saya. Belum ada anak, dah simpan barang bakal anak. Hahahaha. Saya cium2 kopiah biru itu. Simpan elok2.

Ketika mendapat anak pertama, ermmm..saya masih belum dapat serahkan kopiah biru ni padanya. Saya cuba pakaikan pada anak pertama saya. Comel juga. Tapi.. eh! Awak bukan pemiliknya. Selepas mendapat anak kedua, pun sama.. Seorang anak perempuan. Saya cuba pakaikan. Ambil gambar. Ketawa2 geram sebab kelihatan comel Tapi, awak bukan pemilik kopiah ini. InsyaAllah, saya positif. Akan ada rezeki saya nanti.

Hati tertunggu2 sang putera muncul. Pemilik kopiah. Allahu. Penantian satu penyeksaan. Ketika mendapat anak ketiga, juga seorang bayi perempuan saya ambil keputusan tak akan cuba lagi pakaikan pada bayi saya ini. Sedikit sedih kerana harapan belum kesampaian. Tapi gembira kerana mendapat cahayamata yang comel dan gebu. Nyata awak pun bukan pemiliknya. Tak mengapa, mama sanggup menunggu lagi.

Hamil untuk kali keempat, Waaa..berkobar2 hati. Doa bersilih ganti. Ingin benar mendapat seorang putera. Allah punya kuasa. Saya menerima seorang bayi perempuan untuk kali ke 4. Harapan hanya tinggal harapan. Puteriku, awak bukan pemiliknya. Kadangkala apa yang kita mahu memang sukar nak menggapainya.

Masa berlalu begitu pantas. Saya masih punya harapan walaupun hati terasa hambar. Allah, kurniakan aku seorang anak lelaki. Ada sesuatu yang sangat bermakna yang aku sediakan untuknya sekian lama. Sebenarnya, harapan saya memang dah menipis. Tapi melihatkan kopiah ini yang berbelas tahun saya simpan, hati rasa sangat berharap. Diam2 saya berdoa. Kadangkala timbul juga rasa cemburu melihat rakan2 ada anak lelaki yang comel.

Kandungan kelima saya kian besar. Rezeki untuk kali ke 5. Setiap hari saya membelek kopiah yang sudah sedikit kusam itu. Doa tetap tak putus2. Segalanya kuasa Dia. Rezeki dari Allah Taala. Untuk kali ke 5 saya menerima seorang puteri lagi. Comel dan gebu. Allah. Ternyata Engkau berikan aku 5 puteri yang comel2 dan aku bakal mendidik mereka untuk menjadi peneman sang mujahid. Inilah rezekiku. Saya merenung kopiah di dalam bakul bayi. Meskipun hati rasa sayu, saya terima rezeki ini. Sebenarnya saya sangat gembira menerima puteri ke 5. Anak kita sendiri kandungkan.. takkan tak seronok bila melihat nya di depan mata. Kan. Merenung mata si anak, perempuan pun tak mengapa.. Mama sayang awak! Ada sebab Allah tak bagi mama seorang anak lelaki. Tapiii.. Sayang, memang awak bukan pemilik kopiah ini.

Hati sudah tawar menunggu sang putera tiba. Rasa penat menanti. Saya ambil kopiah itu dan campakkan ke dalam bakul baju. “ Mak...malas dah nak simpan ni. Memang Allah tak bagi rezeki yang satu ni. Buang lah.. atau bagilah pada sesiapa yang nak”. Saya pesan pada mak. Memang hiba dan rasa sedih. Memang terasa ia sangat mustahil walaupun redha dengan rezeki yang Allah beri. Ermmm.. Hajat yang tak sampai. Impian yang tidak tertunai.

Entahlah..
Percaturan Allah sebenarnya sangat indah. Di usia yang bukan lagi muda, saya hamil sekali lagi. Tiada menyimpan harapan lagi untuk seorang putera. Saya menerima apa jua rezeki yang akan tiba nanti. Doa hanya untuk diberikan zuriat yang sihat, sempurna dan comel.

Scan dan pemeriksaan doktor rutin mengesahkan saya akan menerima orangbaru ini..BOY! Saya hanya senyum. Redha apa saja. Allah jadikan sesuatu kerana dia Maha Mengetahui. Tak mengapa..jika dia adalah puteri ke 6 saya. InsyaAllah.. saya redha.

Allah Maha Besar.
Saat melahirkan, penuh kesukaran.
Sebelum melahirkan, 10 hari saya di wad. Letih melayan sakit yang datang dan pergi.. Hari ke 11 baru ada air ketuban pecah. Allahu. Lama menanti untuk melahirkan kali ini. Lebih 10 jam bertarung nyawa dalam bilik bersalin saya hampir longlai. 1 jam lebih menyelesaikan proses selepas bersalin pula. Sakitnya jangan ditanya. Allah. Seksanya melahirkan anak ini. Kudrat habis langsung. Tak mampu lagi untuk meneran. Tak mampu untuk berkata2. Leher saya kebas kerana ubat bius yang tersalah masuk. Tak mampu nak angkat kepala untuk melahirkan anak ini. Suami terpaksa papah dan terus berikan semangat. Ya Allah. Kuasa Allah. Tangisan bayi nyaring... Alhamdulillah.
Dihulurkan bayi kepada saya untuk pengesahan jantina. TERDIAM!! Saya hilang kata2. Saat memandang bayi yang masih merah. Eh! Apa tu?? Hampir tersasul menyebut ‘girl’. Allah.... Untuk pertama kalinya saya ucapkan. ‘ Anak saya BOY nurse”. Airmata laju gugur di pipi. Allah..Allah.. Indahnya perasaan ini. Akhirnya Engkau berikan aku seorang bayi lelaki. Saya memeluk si kecil. Saya memeluk erat. Terima kasih Allah. Terima kasih Allah. Suami memeluk saya.. dan senyum.. “ Anak kita!”.

Rasa seperti mimpi. Betul! Senyum dan belek2 muka bayi penuh teruja. Eh.. Boy ye. Eh.. kenapa macam ni. Kenapa suara dia macam tu. Kenapa dia macam ni. Banyak soalan yang berbeza dari sebelum2 nya.

Oh! Kopiah.. ?

“ Makkk.. Mak ingat tak mana letak kopiah dulu. Lama dah kita simpan, kan”..
Mak hanya menjawab, tak ingat. Ya Allah. Mana niiii.. Dalam berpantang, saya selongkar habis semua pakaian lama bayi. Tak jumpa! Mana mak letak ni. Mak dah bagi pada oranglain ke. Mak dah buang ke. Ya Allah. Kenapa saya tak simpan saja. Kenapa tak percaya dengan rezeki. Oh. Bukan tak percaya, tetapi kononnya dah pasrah.

Entah bagaimana, Ya Allah.. dalam timbunan pakaian lama di dalam kotak, terselit kopiah itu. Memang dah sedikit lusuh, tapi ia sangat bermakna. 20 tahun saya menanti. Pemberian nenek saya..dari Mekah dia belikan untuk bakal anak lelaki saya. Saya cepat2 ambil dan basuh.

Perasaan berdebar sangat. Memang saya tak pakaikan ketika itu. Saya simpan di dalam bakul. Hari2 menanti saatnya dengan sabar. Hari demi hari berlalu.. Usia putera kami dah memasuki 2 bulan. Untuk kali pertama saya mencubanya. Debar hati ini. Oh..masih longgar. Tapi.. Ya Allah, seronoknya saya. Takkk lamaaa lagi pemiliknya akan dapat memakainya dengan elok. Masih belum muat sekarang ini.

Akhirnya di usia 4 bulan setengah, saya mencuba sekali lagi. Teruja dan saya berdebar! Alhamdulilah.. putera kami dapat memakai kopiah ini dengan elok dan muat terletak. Allahu. Comelnya awak nak...
‘ Wan Muhammad Al Fateh, akhirnya awak tiba untuk mama. Awak tiba untuk memakai kopiah yang mama simpan sekian lama untuk awak. Mama tunggu awak.. 20 tahun lama nya. Mama nak sangat lihat awak pakai kopiah ni. Comelnya awak.. Mama hampir putus asa. Maafkan mama kerana ia sudah agak lusuh. Maafkan mama kerana kopiahnya biasa2 saja, tapi ia sangat bermakna untuk mama. Wan Muhammad Al Fateh, mama hadiahkan kopiah ini untuk kamu nak.. Awaklah pemilik kopiah biru ini sayang. Syukur Ya Allah”. Saya cium bayi saya ini berkali2. Manisnya terasa dalam hati.
Menitik airmata ini. Satu perasaan luarbiasa di dalam hati ... Hanya Allah saja yang tahu.
Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Mohon doa dari rakan2 semua, puteri2 saya dan satu2nya putera saya ini menjadi insan solehah dan soleh. Sesungguhnya doa yang baik2 itu dapat memberikan kita seribu kebaikan. InsyaAllah.

Aamin.
#wanmuhammadalfateh
#feirouzazalia



No comments:

Post a Comment

Ada nak tanya apa-apa ke?