Penganiayaan kepada insan lain bukan resepi sebuah dendam itu berlaku. Ia adalah permulaan suatu hukuman perasaan bersalah dan celaru yang akan menghantui diri sendiri. Sentiasa berfikir dibenak akan perbuatan yang dilakukan itu. kedamaian akan teralih tanpa disedari. Oleh itu, jangan sesekali menghina dan menganiaya sesama manusia. Balasannya ditangan Allah. Tetapi dosa sesama manusia itu tetap berlaku. Biar setinggi mana pun kita belajar, sehebat mana pun kita di dunia ini, jangan berfikir mudah untuk setiap perbuatan. Fikirkan kesan dan akibat samada di dunia mahupun akhirat. Dendam dan khianat bukan cara terbaik untuk sebuah hukuman. Memadai dengan sipenganiaya yang hidup di dalam ketidak tenangan. Itu hukum alam yang Allah takdirkan di dunia ini. Ingatlah, pembalasan bukan ditangan kita, tetapi kuasanya ditangan Allah. Berdoa semoga kita tidak dianiaya manusia zalim dan kita janganlah menganiaya oranglain. InsyaAllah! Ketenangan akan mengiringi kita sehingga akhir hayat. :)
Assalamualaikum. Wah! Lama kan saya menyepi dari berceloteh di sini. Bukan apa, saya agak sibuk dengan kerja yang semakin berlambak ini. Alhamdulillah. Rezeki dari Allah Taala.
Ehem.. Melihat pada post teratas sekali itu, apa kena mengena dengan topik kali ini ye. Ahaaaa!!! Topik kali ni saya nak menulis berkaitan aniaya orang, dendam kesumat dan ketidaktenangan hati. Hehehe.. Layan topik berat sikit untuk kali ini.
Perkara paling mengesankan hati kita ialah apabila kita dianiaya orang. Perkara paling mengecewakan kita ialah apabila kita menganiaya orang.. Tetapi sekiranya kita gembira kerana menganiaya oranglain sehingga tiada berbekas pun rasa bersalah di dalam hati, ternyata kita amat zalim. Tergamaknya kita mengambil kebahagiaan oranglain, tergamaknya kita melihat oranglain susah, tergamaknya kita membuatkan oranglain difitnah dan sebagainya adalah satu perbuatan menyedihkan.
Apabila kita pula dianiaya oranglain, usah bersedih terlalu lama. Sedih sikit-sikit cukuplah. Hehehe.. Kerana Allah janjikan yang terbaik untuk kita. Lalui dengan sabar dan tabah hati. Tidak perlu ada rasa dendam dihati. Biarpun hati kita terluka dan rasa sukar untuk melupakan apa yang dilakukan pada kita, ia bukan perlu disimpan terlalu lama. Buang jauh-jauh rasa benci itu. Parutnya tetap ada. Tetapi lalui hidup yang ada ini dengan bahagia dan gembira. Belajar menghargai apa yang Allah anugerahkan ini. Kerana kita tak perlu nak khianat atau dendam atau membalas perbuatan mereka yang menyakiti kita itu. Allah akan membalasnya.
Nak bertumbuk macam ni ke? Hahahaha..
Tenangkah hati kita apabila kita menyukarkan hidup oranglain? Damaikah hati kita apabila kita membuat perkara tak baik pada oranglain? Kalau kita tenang dan damai, ternyata kita jauh dari rasa kasih sayang dan nikmat perasaan insani. Kalau ketenangan dan kedamaian kita tergoyah, ia memang menyebalkan tetapi itu tandanya Allah menyedarkan kita bahawa kita bersalah dan harus mengakui kesalahan itu. Memohon maaf adalah jalan terbaik. Bagi kita yang teraniaya, tak perlu ralat kerana tidak bertindak balas. Allah ada untuk mengadili setiap perbuatan. Nikmat ketenangan hidup akan ditarik balik. Diri akan sentiasa mengimbau perbuatan tidak baik pada oranglain.
Dahulu... (Wah!!.. Nak berkongsi cerita ni.. ). Saya pernah dihina oleh seorang wanita berumur lingkungan 60an yang bertudung labuh. Saya menghormatinya sebagai seorang tua yang mempunyai akhlak dan pengetahuan agama yang baik. Hinaannya terasa sampai ke dasar hati.. Waaaawaaaaaawaaaa! Dah macam lirik lagu kannnn.. Saya hanya mampu menangis dan bertanya apakah dosa saya sehingga dihina sedemikian rupa. Tiada alasan yang diberikannya. Akhirnya saya akur bahawa, luaran bukanlah penentu seseorang untuk bijak menjaga lidah dan pekertinya. Saya berdoa semoga wanita ini terbuka hatinya untuk melihat bahawa hinaannya itu adalah satu kemurkaan Allah.
Saya juga pernah ditipu dan dipermainkan oleh kata-kata manis seorang wanita muda. Juga bertudung litup dan baik kelihatan. Berbagai-bagai kata-kata indah dipertuturkan. Akhirnya semua itu hanya mainan dimulut. Saya hanya mampu menangis kerana ia juga amat menyakitkan hati. Perkara berkaitan hati ini kadangkala sukar dimengertikan. Apa yang mampu dilakukan, berserah pada Allah. Allah lebih tahu segalanya.
Kita bukan terbaik untuk mengadili oranglain. Cuma, apa yang penting ialah elakkan dari menganiaya oranglain apatah lagi menghina. Hidup ini hanya sementara. Sekali Allah turunkan balasan pada kita, tak tertepis kita nanti.
Moral dari cerita saya ini, berserah pada Allah sekiranya kita disakiti mahupun dihina. Jangan membalasnya dengan dendam. Biarlah Allah mengadilinya.
Akhir kata.. (untuk entry ini sahaja tau..).. semoga kita melalui hari-hari kita dengan gembira dan tenang. Duit dan harta tidak akan mampu membeli ketenangan. :)
No comments:
Post a Comment
Ada nak tanya apa-apa ke?