Adab dalam Ilmu itu terbaik!

28 May 2014

Kisah Cadbury dan Perasaan Saya

Assalamualaikum.

Hai semua.. Agak sebal dua tiga hari kerana line P1 memang selow melow.. Rindu ada Unifi. Tapi malangnya, di kawasan small office saya ni, jangankan Unifi, Streamyx pun tak ada. Maka, nak tak nak terpaksa guna P1 yang sangat sopan ni. Haih!

Negara digemparkan dengan kisah coklat Cadbury. Rata2 post di FB menceritakan kejelikkan si Cadbury ni. Apakah Cadbury ni? Kenapa dipandang hina. Baiklah.. Saya kongsikan beberapa gambar di sini sebelum mengupas perasaan saya tentang si gelap Cadbury.







Siapa tak marah bila tahu makanan yang kita makan ada babi. Walaupun mungkin hanya cebisan lemak babi tetapi ia adalah BABI. Sensitif betul orang Islam. Ye .. Kami sangat sensitif. Makanan yang dimakan menjadi darah daging. Bukan hanya Cadbury, malah produk lain pun dikhuatiri ada babi. Sesetengah orang menyatakan .. " Rokok tu ada babi..tak pulak kecoh.." Betul la tu. Sebabnya dah difatwakan haram tetapi mengada2 nak hisap rokok juga. Sedangkan Cadbury ni takde siapa pun cakap haram before ni..Alih2..tau2.. eh ko!! Babi terus. Mana lah saya tak marah.


Ye la.. Staff Jakim terhad. Takkan semua perkara nak kena pantau satu2.. Sijil halal pun dikeluarkan mengikut spesifikasi dan..so.... kira halal la? Uihh! Boleh ke gitu? Apa kata, kerajaan kita ni sebuah negara Islam membesarkan skop Jakim. Ambil lagi 300,000 pekerja dan sediakan penguatkuasa yang amanah. Kemudian besarkan lab atau pun ruang kerja bagi memudahkan penelitian dan penguatkuasaan dilakukan. Nak bayar gaji staff baru 300,000 orang tu takkan lah kerajaan takde bajet. Sedangkan banyak lagi perkara yang tak berfaedah.. yang tak dapat diterima akal kadang2 tu yang kerajaan peruntukkan bajetnya. Jadi, jika besarkan dan tambah pekerja Jakim, takkan lah kerajaan nak berkira. Come on la.. untuk agama ni! Bukan untuk dapatkan vote lebih atau untuk meraih publisiti gila cadbury. Takkan semua perkara hanya memikirkan untuk negara sahaja. Yang utama adalah AGAMA. 

Nanti dah mati esok.. macam mana nak jawab depan Allah Taala yang kita sebagai orang Muslim ni acuh tak acuh je dalam menegakkan Islam. Bukan suruh berperang pun. Hanya perlu pantau, batalkan, sahkan dan semak betul2. Haih!! Takkan lah itu pun nak kena ajar. Kan jadi menteri. Mestilah bijak2 belaka. Ke ramai yang kurang bijak. Kalau kurang bijak, kita tukar la kepada menteri yang bijak. Bukan susah pun..

Ini bukan masalah perkauman. Melayu, Cina dan India. Bukan ye.. Tetapi adalah agama Islam. Ramai orang Cina dan India beragama Islam. Cuba tanya diaorang..makan ke babi? Jangan nak kaitkan komen saya ni dengan isu perkauman. Please. Baca sebagai seorang yang beragama Islam. Untuk yang bukan Islam.. maaf. Artikel ni hanya luahan hati saya sebagai seorang Islam.. Jika tak suka, itu hak anda.

Bukalah mata dan minda. Kita boikot semua produk tak halal ni. Kena jaga pemakanan anak2. Hati hitam.. benak dll kerana makan makanan haram. Itu baru coklat. Yang makanan lain tu entah halal entah tidak. 

Contohnya anak nak jelly.

" Mommy.. nak jelly.."

" Tak boleh sayang.. ada lemak babi.. Nanti mommy buat sendiri jelly kat rumah ye.."

Jadi, kita pun beli sepeket jelly untuk dimasak di rumah. Tahukah kita.. akan bahan sebenar di dalam jelly berpeket tadi? Kita pastikah tiada bahan terlarang di dalamnya dan ia adalah halal? Bukankah situasi halal haram ini menjadikan kita sebagai pengguna Muslim sukar membuat pilihan untuk produk makanan? Mana taknya..silap2 pilih..ada babi.. Sedangkan elok je tanda Halal Jakim terpampang.

Dengan siapa kita harus percaya sekarang ni? Dengan pengilang? Dengan Jakim? Cuba jawab ikhlas. Fikir mendalam.. sebelum menjawab.

Selain pantauan yang ketat dan telus, saya seru agar jutawan hebat di Malaysia ni bangunkan satu Islamic Production. Tak kira lah samada nak kumpulkan semua pengeluar Islam besar dan kecil ataupun membangunkan sendiri industri Halalan Toyyiban ni. Perlu ada sokongan golongan berduit untuk para usahawan kecil membesarkan perniagaan mereka. Kerana mereka adalah Muslim dan menghasilkan produk yang Halal.

Jika fikir nak kenyangkan perut sendiri je..'duit aku..aku punya suka..'..'ko nak, ko cari sendiri.." atau " i tak minat nak invest dalam syarikat u".. sampai bila ekonomi kita akan meningkat? Sudah lah hiburan berlambak, makanan pulak tercemar. Berkorban lah sikit ke jalan Allah. Berjuanglah melalui bantuan kewangan kepada pengusaha kecil.

Anak kita minat benar keropok, maka hasilkanlah keropok buatan Muslim yang sama taraf dengan keropok penuh MSG dipasaran. (tak payah la letak MSG..letak je rempah ratus buatan Muslim). Kita sendiri minat coklat, maka hasilkanlah coklat buatan Muslim untuk keperluan orang Islam. Janganlah pula harga melambung tinggi. Macam mana nak bersaing secara sihat. Kerajaan kena mengawal harga pembekal dan runcit.

Pusing2 balik.. baik pembekal, pengeluar, pembeli dan circle ni semuanya melibatkan kerajaan. Jika kerajaan mengawal ketat pembekal dan pengeluar.. jika kerajaan memantau betul2.. jika kerajaan menghadkan lesen.. jika kerajaan membesarkan skop Jakim dll.. maka, semuanya berpatah balik tanggungjawab oleh kerajaan yang dipilih. Kita yang pilih kan??? Ke kita pilih lain, lain yang naik? Hehehehe.. Bab tu malas nak ulas. Ramai yang mengamuk nanti. 
So.. takkan nak salahkan pengilang 100%. Takkan nak salahkan pembeli 100%.

Itulah pandangan jujur saya sebagai orang Islam. InsyaAllah, jika saya seorang jutawan..saya akan kumpulkan pengusaha Muslim untuk kita bina hub kita sendiri. Supaya mudah orang Muslim mendapat makanan halal. Ia bukan hanya dari segi keuntungan semata2.. tetapi berjihad ke jalan Allah.

Wallahualam.

:: Emo sikit..

25 May 2014

Sensitif dan Marah

Assalamualaikum.

Hari ni hari berkerja di Terengganu. Hujung bulan nak balik Selangor ..tempat jatuh bangunnya kehidupan ku. Ewah! Meskipun bukan anak jati Selangor, tetapi kerana tinggal di sana lebih separuh usia, maka..kasih dan sayang tetap tertumpah padanya.


Membaca beberapa mesej di HP membuatkan saya berfikir.. manusia sering terlupa untuk menjaga hati oranglain. Adakah bila kita bersikap budiman, kita kerugiaan? Saya sendiri seorang yang sensitif dan tidak suka berkasar. Jadi, apabila menerima mesej kasar atau komen kasar, hati cepat tersentuh. Kadangkala bukan pada saya kata-kata tajam itu,...namun hati kecil saya dapat rasakan kepedihan yang dirasai oleh oranglain.

Belajar untuk menjaga hati oranglain adalah perbuatan yang baik. Kita boleh marah jika ia perkara yang sepatutnya dimarah. Contohnya gambar jahiliah kita ketika bermini skirt diupload di dalam Facebook.. atau kisah silam kita sebagai perempuan perampas diperkata orang. Marah la! Boleh ada perasaan marah kerana kita manusia biasa. Tetapi nak marah yang macam mana?


1. Luahkan pada pasangan akan kemarahan kita. (Jangan la marah dia..cuma luahkan kenapa kita marah).
2. Luahkan pada sahabat baik.. 
3. Tulis nasihat untuk peringatan diri sendiri.. bahawa buka aib orang tu berdosa.
4. Mesej atau telefon orang yang menyebabkan kita marah, dan bagitahu dia bahawa kita tak selesa dengan apa yang diperkatakan oleh dia.
5. Buat tak layan dan cari kegembiraan lain.
6. Yang ni paling afdal.. bagitahu Allah. Report pada Allah. Cerita habis2.. A to Z pada Allah. Minta pada Allah apa yang sepatutnya diminta. 

Saya marah!!

Sekarang, saya rasa nak marah sangat dengan Cadbury! Dulu..saya rajin membeli berkotak2 di kilang mereka jika ada sale. Gila sedap!..Rupanya ada babi. Imagine!!! Babi tu.. Siput babi keee..tahan lagi.

Ya Allah.. Kenapa jadi macam ni? Okay.. Lesen pengeluaran dibatalkan. Batal la.. tp kenapa hanya satu produk sedangkan ia dikilang di tempat yang sama. Syubhah tuuuu. Mungkin menggunakan bekas yang sama dll. Tolong lah.. Saya memang nak marah. Kerana saya orang Islam.

Doa orang teraniaya dimakbulkan Allah. Jom kita berdoa agar satu hari nanti Islam semakin kuat di negara kita dan segala perkara yang haram dan mungkar dijauhkan dari kita. - Bukan bersikap rasis..tetapi hanya kerana sayangkan agama! Agama beb... mana boleh buat main2. 


Okay.. sampai sini dahulu.. Belajar kawal mulut dan kawal marah..
Personaliti budiman terserlah jika bijak mengawal percakapan.




23 May 2014

Kertas Kerja Yang Mantap

Assalamualaikum..

Oh ya.. Ingatkan nak lelap tadi. Tapi ada entry yang perlu ditaip.

Ada tak yang berminat nak dapatkan kertas kerja yang baik untuk diajukan kepada bank, badan kerajaan dan sebagainya?

Jika ada, hubungi kami di Akademi Kecantikan Azalea - FB Page.

Akademi Kecantikan Azalea menyediakan :

1. Belajar menghasilkan produk kecantikan
2. Membekalkan bahan mentah untuk produk kosmetik / kecantikan
3. Mengeluarkan produk untuk dijenamakan semula
4. Mengadakan seminar tentang usahawan kecantikan
5. Menyediakan kertas kerja untuk produk kecantikan dan sebagainya.


Okay... Jangan lupa LIKE Page Akademi Kecantikan Azalea ye.. Ohh.. Sebelum terlupa, kertas kerja yang dihasilkan adalah mengikut permintaan pelanggan. Harga juga berbeza. Dari serendah RM500 hinggalah RM3,000. Hubungi kami untuk info lanjut.

Kami di AKA :

Feirouz - Pengasas / Pengurusan / Pengajar
Asyikin - Penaung / Pengajar
Wan Muhd Ali - Pengajar / Pentadbiran / Webmaster
Wan Ahmad Yusoff - Tender / Dokumentasi / Pogram
Akmar - Stok / Pentadbiran
Alya - Service / Pentadbiran
Annie - Spa / Konsultan
Aida - Spa / Konsultan
Iyman - Pentadbiran

Hotline : 019 3092791 (SMS / Whatsapp)
Website : www.akademiazalea.com
Page FB : Akademi Kecantikan Azalea
Group FB : Akademi Kecantikan Azalea

Sempatkah Kita Bertaubat

Assalamualaikum..

Entah kenapa sehari dua ini..rasa tak sedap badan. Nak kerja pun agak lesu. Fikiran banyak memikirkan tentang akhirat. Terasa diri ini banyak benar dosanya. Moga Allah ampunkan segala dosa yang disedari ataupun tidak.

Di usia sekarang, terasa benar makin dekat dengan perjalanan kembali. Membaca tulisan Tuan Shamsuddin Kadir, ibarat kepala ini terhantuk batu besar..

Saya kongsikan di sini tulisannya di Fb beliau..

Bismillah. SAW | Apabila duduk dengan orang yang alim, yang sangat menjaga akhlak, dan hak orang lain, rasa tidak mahu lagi tahu hal dunia. Nikmatnya mendampingi orang yang warak, bagusnya beliau dalam hal kehidupan beragama dan berakhlak. Rasa seperti dunia ini tidak bererti langsung untuk mengejarnya.

Perasaan berkobar untuk mempercepatkan menyelesaikan isu peribadi yang berkaitan hal dunia, dan selepas itu mahu mengejar kehidupan yang nikmat apabila menjaga hati dan lebih kepada memikirkan Tuhan.

Opss saya sudah terpengaruh, benar. Terpengaruh untuk lebih cepat meninggalkan kesibukan dunia dengan digantikan kesibukan memikirkan dan mencintai Tuhan.

Dunia hanya diambil sekadar yang perlu. Entah mengapa hati ini mahu sangat meraih cinta Tuhan.

Astaghfirullah. Allahu Akbar, Wallahu A'lam.

Shamsuddin Kadir



Setiap kali membaca tulisan beliau, hati saya berdegup kencang.. Berada di dalam kerisauan andainya tidak sempat menyelesaikan urusan dunia.. Namun saya yakin, Allah ada untuk membantu kita dan Maha Mengetahui segalanya. Moga diberi kesempatan untuk bernafas lebih lama.

Apabila melihat rakan sekeliling yang kelihatan penuh gaya, hebat, glamourios.. terpercik rasa di hati.. ' Oh.. kenapa dia begituu..Adakah dia tak takut seperti aku.. yang kematian bila2 masa sahaja tiba tanpa isyarat?".. Hati risau. Cuba untuk menepis sikap dan pandangan negatif tetapi nyata gagal. Ya Allah. Sebenarnya ia lebih kepada perasaan.. 'kenapa aku takut akan hari2 hidupku.. malah lebih takut akan hari2 ku di alam sana.. sedangkan ada dikalangan rakan2 ku tetap ceria dan tidak gusar dengan diri mereka'. Ermmm..siapa kita nak menghukum oranglain. Betul tak?


Tetapi.. diri dipanjat rasa kerisauan dan khuatir.. kerana tidak mahu memberi nasihat dan mengajak rakan2 kearah kebaikan. Oh.. ' sendiri nak ajak orang buat baik..macam lah bagus sangat'. Datang pula bisikan ini.. :(

Kecewa sungguh dengan diri sendiri kerana di dalam Islam, siapa lagi nak menyebarkan dakwah kalau diri sendiri pun tiada keberanian untuk bersuara. Cuma beranikan diri.. tegur dengan baik.. hantarkan mesej kepada rakan2 yang nak diajak bersama2 berubah.

" Kawanku Betty La Soy.. dah lama kita tak berjumpa. Apa khabar ye awak sekarang..? Masih bergaya macam dulu atau sekarang lebih cantik dari dulu..? Rinduuu.. " 

Kemudian, tulisan mati di situ. Hasrat hati untuk mengajak rakan tadi ke arah kebaikan jadi buntu. Ermmm.. mula berfikir..

Rasanya lebih baik gunakan cara lain. Simbolik. Maka, diri mencari2 madah hebat dengan gambar hebat untuk diberikan kepada rakan di FB - mesej inbox.

Haa..dah jumpa.

"

Mula mesej rakan tadi dengan harapan.. terbukalah hatinya untuk berubah. Terasa diri sudah melakukan kebaikan.. 1. Mengajak rakan tadi berubah. 2. Dapat menjaga hati rakan tadi dengan teguran yang berhemah. 3. Dapat mendidik diri sendiri juga.

Kemudian, dapat balasan dari rakan.. " Hey babe.. U know me camne kan. Btw..TQ la coz remind me mende ni. But im not ready yet..'

Kecewa mula menjelma. Rasa benar ia satu perkara sia2. Malah rakan tadi menjauhkan diri. Makin sedih hati ini..

Sebenarnya..

Apabila kita berjaya mendidik hati agar berbaik sangka.. ia sangat hebat. Apabila kita tahu yang mana hak, yang mana batil, yang mana halal, yang mana haram.. ia juga sangat hebat. Bila kita yakin dan berniat baik untuk mengajak oranglain ke arah kebaikan, kita juga adalah manusia hebat. Cuma, jika gagal, ia bukan salah kita. Bukan juga kerana kita tiada usaha.. tetapi Allah belum izinkan ianya berlaku.

Tulislah yang baik2 setiap hari di dalam FB kita. Biar status baik2 kita itu dapat menjadi sebuah peringatan untuk oranglain. InsyaAllah.

Selebihnya, lalui hidup kita ini sebagai seorang Muslim yang baik. Lakukan yang termampu dek diri. 

Setiap kali rasa gusar menimpa diri ini, hati makin dekat dengan Yang Esa. Mengharap benar agar diberi kesempatan untuk menikmati hari tua dengan anak dan cucu.. dan menyelesaikan urusan duniawi yang tertangguh.

Selamat Malam.. Eh.. dah pagi. Bebelan hari ni berhenti di sini dulu.. Assalamualaikum.

22 May 2014

Apakah Kojic Acid?

Assalamualaikum... 
Kali ni nak tulis topik bahan mentah untuk kosmetik. Ewahhh! Ini semua adalah hasil carian google dan juga perkongsian dari rakan kongsi di Akademi Kecantikan Azalea - Puan Asyikin kita yg comel tu...

Jom baca.. (ada terma saintifik.. tak faham boleh cari di google ..)





Apakah kojic acid dan kegunaannya?


Kojic acid atau asam kojat memiliki nama kimia 5-hydroxy-2-hydroxymethyl-4-pyrone. Wow!! Susah benar nak menyebutnya. Okay.. Tak perlu hafal, Cuma perlu faham okay.. 

Asam kojic banyak digunakan sebagai bahan pemutih pada produk-produk kosmetik dengan konsentrasi penggunaan maksimum 1%. Ingat..!! 1% sahaja. Awalnya ditemukan di Jepun pada tahun 1990-an semasa proses fermentasi beras, contohnya semasa pembuatan sake. Asam ini memiliki banyak kegunaan. Tidak hanya sebagai bahan dalam produk kecantikan, tetapi juga digunakan dalam masakan di Jepun. Ermmm.. jangan pandai2 kita nak campur kojic acid ni dalam kerabu mangga ke.. daging masak hitam ke.. Bahaya tu. Kita tak tahu tahap kegunaannya .. dll.


Bagaimana ia bertindak sebagai agen pemutih kulit?

Asam kojic menghindarkan melanosis dengan cara mengganggu pengambilan oksigen yang diperlukan untuk proses “pencoklatan’ (browning) secara enzimatik. Metode spektrofotometri dan kromatografi menunjukkan bahwa asam kojic mampu mengurangi o-kuinon menjadi diphenols untuk mencegah terbentuknya hasil akhir aitu pigmen melanin. Sebab itulah ia banyak digunakan sebagai agen pencerah kulit dalam bahan kosmetik dan dermatologis lainnya. Ini bahaya saintifik ni.. Pening tak nak faham? Okay..macam ni. Penerangan mudahnya, Asam kojic ni mampu menghindarkan kulit menjadi gelap, berpigmentasi.


Apakah ia selamat digunakan?

Sebagai agen pemutih kulit, asam kojic tidak bersifat karsinogenik. Ouchhh.. Karsinogenik ni apa ya? Kasino tuuu.. biasa lah kita dengar. Ermmm.. Kasrinogenik ni adalah.. 

Dalam bidang patologi, karsinogen ialah agen-agen yang boleh mencetuskan pertumbuhan barah (kanser) dalam tisu hidup. Ini disebabkan oleh gangguan dan ketidakstabilan pertumbuhan sel yang tidak terkawal. Antara contoh-contoh karsinogen yang ketara ialah abestos dan asap rokok. Agen-agen radioaktif juga boleh diklasifikasi sebagai karsinogen seperti gelombang gama atau partikal alpha yang dikeluarkan.

Namun demikian beberapa orang yang kulitnya sensitif dilaporkan mengalami semacam dermatitis - sejenis alergi kulit yang bermula dengan gatal kemerahan atau iritasi. Untuk itu, kadang dalam krim yang mengandung asam kojic, dapat juga ditambahkan bahan lain sebagai anti alergi iaitu kortikosteroid topikal. Asam kojic ini menjadi semakin popular dan meningkat penggunaannya kerana memilik tahap keselamatan yang lebih baik berbanding hidroquinon. Bagi mereka yang sensitif terhadap asam kojic tentu perlu mempertimbangkan penggunaannya. Jangan sebab nak putih atau kulit cerah, kita sesukahati nak campurkan bahan ini dalam produk kecantikan.


Bagaimana penggunaannya?

Produk asam kojic selalunya digunakan untuk penggunaan topical (kulit), dalam bentuk lotion, krim, atau serum. Dos yang disyorkan adalah kecil, dengan maksimum skala 1% sahaja. Namun untuk mengurangi kemungkinan efek samping, produk kosmetik pencerah kulit perlu menggunakan konsentrasi ini sekitar 0.2%. Selain krim, kojic acid juga dimasukkan ke dalam sabun.

Jadi, hati2 lah nak guna kojic ni.. Bukan boleh sesuka hati nak masukkan ke dalam produk sekiranya kita tak boleh anggarkan dengan baik kuantiti bancuhan. Dan sebagai pengguna, kita juga kena hati2 dengan produk agen pemutih ni. Bimbang % yang digunakan melebihi dari sepatutnya dan menyebabkan kanser kulit.. 

Buat Sabun Homemade - Di Rumah

Assalamualaikum.

Sudah beberapa hari tak menjengah blog ini. Sibuk dengan menyiapkan tempahan sabun pelanggan. Nak tengok kecomelan Fancy Soap? Mari sini..kita kongsi gambar..

Fancy Soap ini milik Myizz Beauty ye. Kalau berminat boleh jengah FB ownernya Maiza Zainal. Opsss.. Siapa kenal Maiza? Mungkin ada juga yang mengenali beliau. Fancy Soap ini boleh melembutkan kulit, mengurangkan kesan minyak di wajah dan juga menghaluskan kulit. Harga? Ohhh.. Kena tanya tuan punya sabun ..Puan Maiza. 


Ermm.. Jom tengok sabun comel beliau..





Comel tak? Tentu secomel Cik Puan Maiza, owner Myizz Beauty.

Selepas belajar membuat sabun di rumah, ilmu ini boleh dipraktikkan untuk menghasilkan sabun yang comel, berkualiti dan mampu dijual kepada pelanggan. Bahan pembuatan tidak mahal berbanding dengan menghasilkan produk kecantikan yang lain. Sekejap lagi saya kongsikan antara bahan yang diperlukan untuk menghasilkan sabun ye.

Okay.. Seperkara lagi.. Setiap ekstrak yang ingin dicampurkan mestilah perlukan sukatan dan anggaran yang betul. Boleh datang belajar dengan Akademi Kecantikan Laara untuk hasilkan produk sendiri di rumah.

Kami membekalkan glycerin, olive oil, alcohol untuk sabun


Bekas sabun - Acuan yang berbagai saiz dan bentuk


Yang besar sekali tu boleh muat 100gram sabun ye..


Ini loofah.. bukan 'Lofa' ye.. :D


Soap base. Haaa.. inilah master mind nya.. Berkualiti dan terbaik. Nak order berapa kg, mesej saya.

Itulah antara bahan2 yang perlu untuk membuat sabun. Selain itu kami membekalkan banyak lagi bahan mentah untuk produk kecantikan seperti glycerin liquid, gluta, vitamin c, ibu putih, pewarna sabun, ekstrak kayu manis, cengkih dan sebagainya.

Sertai kami di Akademi Kecantikan Laara untuk belajar buat sabun dan lain2.

Page FB : Laara
Page FB : Kilang Produk Kecantikan Kuala Terengganu

14 May 2014

Kursus Buat Produk Kecantikan


Assalamualaikum.

Hai semua. Ramai benar yang mesej saya bertanyakan produk2 yang boleh belajar di Akademi Kecantikan Laara. Okay.. Saya senaraikan di sini produk yang kami ajar di dalam Kursus Buat Produk Kecantikan dan juga modul yang kami ada.

Nak belajar buat produk kecantikan ni mestilah secara berperingkat. Betul tak? Jadi, akademi memang sediakan berbagai modul untuk itu... termasuk cara buat sabun. Waaa.. cara buat sabun lah yang paling mendapat sambutan. 

Akademi Kecantikan Laara menyediakan Modul 1 hingga 5 untuk pelajar. Di mana ia diadakan mengikut pilihan pelajar ataupun akademi sendiri yang menentukan modul untuk pelajar. 

Modul yang Akademi Kecantikan Laara sediakan akan diberikan di bawah ini. Bengkel atau kursus belajar buat produk kecantikan ini melibatkan peserta / pelajar dari 15 orang dan lebih untuk setiap bengkel. - Belajar sampai pandai..konsepnya. 

Apa yang istimewanya..semua pelajar akan diserap masuk ke Group Khas - dah macam bunyi..gerak gerak gerak khas. Hehehe. Okay. Group ini adalah proses sambung belajar khas untuk semua peserta akademi. Tiada yuran dikenakan. Semuanya percuma.


Okay.. Selain itu, di dalam bengkel /kursus Akademi Kecantikan Laara adakan, lengkap dengan belajar teknik pembungkusan, tips penjenamaan dan teknik jualan / pemasaran. Sangat2 bermanfaat untuk peserta mengorak langkah menghasilkan produk sendiri atau menambah produk yang sedia ada. 






Modul 1 :

Sabun / Scrub / Loofah / 1 produk bonus

Modul 2 :
Shower bath / Bodt Lotion / Body Scrub - melt / 1 produk bonus

Modul 3 :
Foaming cleanser / Cleansing milk / Facial Scrub / 1 produk bonus

Modul 4 :
Make up Remover / Toner / Lips Balm / Moisturizer / 1 produk bonus

Modul 5 : 
Syampoo / Conditioner / Hair Tonic / Hair Mask / 1 produk bonus


Group Coaching juga diberikan kepada pelajar yang ingin belajar di dalam kumpulan kecil. Jumlah pelajar 4 hingga 10 orang untuk setiap kali bengkel. Senarai produk juga adalah seperti di atas.. di mana peserta boleh pilih dan menggabungkan produk walaupun berbeza modul. - keutamaan diberikan kepada Modul 1 dan Modul 2.

Bagi Personal Coaching, Akademi menyediakan kelas khas. Peserta yang diambil hanya satu atau dua orang untuk setiap kursus. Bayaran yang dikenakan juga berbeza. 

Untuk mendapat diskaun, boleh sertai Modul 1 terlebih dahulu kerana selepas bergelar pelajar di Akademi Kecantikan Laara.. maka, untuk modul seterusnya..layak mendapat potongan harga. :)
Bagi yang ingin mendapat produk percuma, cabutan bertuah untuk hadir ke kelas dan sebagainya, boleh Daftar sebagai Ahli di AKADEMI KECANTIKAN LAARA. www.laarabeauty.com

Okay.. Faham tak setakat ni penerangan saya di atas?




Sambung...

Akademi Kecantikan Laara juga membuat pakej belajar facial dan spa untuk Modul 1 dan Modul 2. Ia melibatkan rawatan muka, badan, kaki, tangan dan juga penggunaan mesin rawatan. 

Kesemua modul ini adalah di susun oleh pihak Akademi Kecantikan Laara. Kami berhak menukar produk di dalam modul jika terdapat sebarang kesulitan. **Pertukaran modul tidak melibatkan program yang telah dibayar. :) Jangan risau.

Jika ada pertanyaan lanjut, boleh sms /whatsapp ke : 013 533 9575 (talian hotline Akademi Kecantikan Laara)





Website      : www.laarabeauty.com
Page FB     : LAARA
FB Founder : Feirouz Azalia
Hotline       :  013 5339575 (SMS / Whatsapp)
Ibu Pejabat : CWI Laara Plt , Paya Keladi Kuala Terengganu
Kilang         : Kawasan Perindustrian Chendering, Kuala Terengganu
Cawangan   : Subang 2, Shah Alam
Admin AKL  : Cik Husni, Cik Mai dan Puan Asma


Sebarang pertanyaan, boleh ajukan ke FB atau mesej ke hotline kami. T. kasih.