Assalamualaikum.
Jumpa lagi di posting kali ini..
Nak share tentang mood otak rasa aktif dan susah tidur.
Pernah tak kadang2 kita rasa pelik dengan otak sendiri?
Mata dah berat nak terpejam.
Badan dah letih,...tapi otak masih macam ada lampu mode ON.
Masa tu, idea datang bertalu2, cerita macam drama semua, siap ada dokumentari bermain2 dalam kepala tak berhenti. Lebih kurang macam ada seminar pendek tengah berlangsung di dewan yang meriah. Hahaha. Jeng!
Mood pun ikut sama, terlajak excited dan kadang2 resah tak tentu pasal.
Tapi adakalanya rasa tenang tapi mata tetaplah tak mahu lena.
Kadang rasa seronok sebab banyak idea kreatif... tapi kadang2 frust juga sebab badan nak tidur tapi otak masih ligat aktif.
Pernah tak rasa macam ni??
Kenapa otak boleh jadi macam ni?
Ini antara sebabnya.. (saya pun selalu juga macam ni sebenarnya)
Biasanya sebab minda kita masih aktif walaupun badan kita dah penat kelepek. Banyak perkara bermain dalam kepala sebenarnya. Contohnya.. projek yang nak disiapkan, ada idea baru yang tiba2 muncul, plan untuk masa depan bagai.. atau masalah hidup yang kita cuba nak selesaikan.
Otak jenis ni suka ‘processing’ benda berulang2. Kadang2 lagi best, siap ada episode2 dalam fikiran.
Tapi benda ni bukan lah bermaksud kita tak normal. Haih!.. Dik, sebenarnya ini normal aje untuk orang yang cepat berfikir, bijak dan kreatif atau komitmen tanggungjawab tu tinggi. Mereka yang jenis perfectionist atau yang selalu merancang macam2 perkara atau yang suka memikir sesuatu sampai detail sedetail nya,.. biasanya lebih kerap rasa macam ni.
Siapa yang selalu alami keadaan ni?
Sebenarnya perkara ni tak mengira umur, tapi paling kerap terjadi pada orang muda umur 20an hingga 50an yang banyak bebanan nak fikir, banyak idea atau orang yang memang mindanya aktif dan cepat berfikir sejak dari remaja.
Anak2 genius atau orang2 kreatif pun boleh rasa macam ni. Contohnya, mata mengantuk tapi otak tak nak berhenti. Menyala2 malam hari..dengan idea baru lah, semangat baru lah, dan macam2 lagi.
Ada yang kata tidur malam mereka lebih lambat sebab terlalu banyak idea, planning atau cerita dalam kepala. Jadi, kalau awak2 semua rasa macam ni, percayalah.... awak tak bersendirian. Ramai yang alami situasi yang sama.. cuma tak semua nak bercakap tentang benda ni sebab risaukan tanggapan oranglain. Silap2 dikatakan ada masalah mental. Kan..
Rasa macam ni kadang2 menimbulkan dilema sebab badan nak rehat, tapi minda atau otak ni masih berlari segar bugar. Kadang2 mood pun bercampur aduk sampai tak dapat lelap, sebabnya teruja dengan idea baru... tapi hati risau sebab esok nak kerja atau tanggungjawab menunggu berlambak untuk disiapkan.
Cara paling mudah untuk handle adalah beri ruang pada otak 'keluar' dulu. Maksudnya, tulis apa yang muncul, contohnya idea atau plan, atau masalah SEBAB nak biar otak rasa didengari dan dibantu merehatkannya. Kita kena alert sebab hanya kita boleh bantu otak kita sendiri.
Selepas tu, tarik balik.. terus fokus pada badan kita yang dah kepenatan tu (feel kan rasa ngantuk dan penat tu tadi). Kemudian kawal pernafasan atau baring di tilam dan bantal yang empuk. Biar badan rasa dimanja2.. Baru lah mood tidur tu datang dan kita lebih tenang.
Tapi kannn..
Otak yang aktif macam ni sebenarnya hadiah dari Allah Taala.
Benda ni adalah tanda minda kita hidup, kreatif dan penuh idea.
Bukan semua orang ada gifted macam ni.
Cuma,
Cabarannya adalah cara kita guide dia. Time dia menggila aktif tu, kita kena pandai manage. Kita tak boleh paksa tidur macam tu je, tapi kita boleh belajar cara nak bagi otak ‘rileks dan tenang’ dengan cara yang berhalus, contohnya CATITlah apa saja yang kita rasa atau fikir atau plan. Kemudian tarik nafas atau fikir benda yang ringan dan menenangkan. Bila kita buat sedikit demi sedikit solusi ni, otak akan ikut kemahuan badan kita. Kita lebih bertenang dan selesa walaupun banyak idea di kepala otak ni. Gituuuu..
Jadi, kalau malam ni awak2 semua dah terbaring siap berselimut, mata dah separuh terpejam tapi otak masih tak mahu berhenti dan macam2 idea datang... jangan risau okay.. Ia normal.
Cuma hormat sikit lah otak tu..
Hahaha. Kesian dia..
Buat lah solusi seperti di atas ye.
InshaAllah akan okay.
Kejap...
Haaa..contohnya saya sekarang. Menulis sharing ini untuk awak2 semua disaat otak sedang aktif.
Dan juga supaya kita dapat info bermanfaat bagaimana nak rehat dan rileks kan otak kita yang aktif dan susah tidur.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment
Ada nak tanya apa-apa ke?