Adab dalam Ilmu itu terbaik!

7 January 2026

Keganasan Rumahtangga : Kisah Benar Seorang Isteri Yang Terlalu Lama Bersabar

 Assalamualaikum semua pembaca blog saya.
Lama saya diam tak update apa2. Saya sibuk sebenarnya. Nanti saya ceritakan kenapa saya sibuk sehingga bersawang blog saya ni.

Salam 2026!!

Masuk aje 2026 ni, topik hangat saya nak share. Kisah seorang adik angkat saya yang memang menyentap emosi. Saya namakan dia Ija. Ini adalah kisah benar ye. Bukan kisah mereka-rekasaya. Ah gitu!

Ceritanya begini.

Ija ni dalam usia lewat 20an dia kahwin. Bukan tak ada yang melamar waktu awal 20an, tapi dia pilih kahwin lewat sebab nak ada kan semua dulu..rumah dan kereta. Ija pun beli rumah apartment dan kereta untuk keperluan dia sebagai wanita bujang. Saving Ija ni banyak sebab dia kerja pegawai di satu factory ni. Kiranya kerjaya stabil, kewangan stabil. Ija ni orangnya hitam manis, hidung mancung, muka keibuan sangat. Cakap jenis lemah lembut dan spesis wanita bertenang. Kalau dengan saya, memang selalunya dia lebih suka tergelak2 sebab suka benor dia suruh saya cerita benda kelakar. Mudah terhibur si Ija ni.

Satu hari Ija bagitahu saya, ada lelaki yang dia baru aje kenal..ajak kahwin. Dia kata dia tak lah suka sangat dengan lelaki tu, tetapi lelaki tu sering ingatkan dia tentang solat, tentang aurat dll. Pada Ija baguslah lelaki ni. Kiranya macam layak jd 'imam'. Saya suruh Ija fikir dan istikharah..betul ke Ija nak dengan lelaki tu sebab kenal pun tak lama. Lelaki ni tadi kerja di sebuah kilang, dan ada jawatan juga la QC atau apa ye..saya lupa. Tapi lebih rendah dari kerjaya Ija. Tak kisah kan sangat bab tu, tapi saya agak sangsi bila lelaki ni mula bertanya si Ija, savingnya berapa..kereta apa Ija pakai dan lain2.

Disebabkan Ija pun dah nak masuk 30 tahun, dia pun dah malas nak cari2 jodoh, jadi dia terima lelaki ni tadi. Saya namakan suami Ija ni Jai. Okay..kahwin la Ija dan Jai ni di kampung Ija. Selepas kahwin dorang berpindah di rumah yang Ija beli. Rumah Ija ni kategori macam kondo tau. Harga pun boleh tahan, dekat RM200k wakktu tu... 

Dipendekkan cerita, Ija pun dapatlah anak pertama. Mula2 suasana aman2..tp Ija dah mula selalu kekurangan duit. Saya tanya Ija, gaji dia ke mana ...sbb Ija ni gaji memang banyak. Ija pun bgtahu selalu bg pada Jai sebab Jai nak kirim ke kampung dan sara adik2 dia belajar. Alamak! Saya dah rasa krik krik.
Ija yang ceria selalu muram. Tiba2 Ija bgtahu, Jai suruh jual rumah Ija beli tu. Ija mulanya taknak jual, tapi Jai janji nak beli rumah lain. Dan duit dari jualan rumah Ija..ada sikit lebih selepas bayar bank, dapatlah buat deposit untuk beli rumah teres 1 tingkat yang agak jauh. Ija tak mahu rumah tu sbb jauh dari tempat kerja. Jai berkeras nak beli di situ juga. Ija pun beralah.

Apa jadi tauuu.. Rumah tu nama milik Jai. Ija?? Tiada nama Ija dalam agreement. Ija husnuzon ... Dia kata takpe lah..asalkan anak2 dan dia dapat berteduh. Selepas mendapat anak ke 4, saya dapat tahu Ija kena pukul. Saya tanya dengan Ija, betul ke dia dipukul.. dia menangis.

Satu hari dia minta saya datang jumpa dia. Dia cerita dia terpaksa berhenti kerja kerana jarak kerja jauh.,.dia selalu lambat ambil anak2 sekolah. Jai hanya pergi kerja dengan aman damai dan tak menguruskan anak2. Ija pun mohon jadi guru taska kerana nak jimatkan duit ..supaya anak2 pun dapat dia bawa sendiri ke taska. Badan Ija drastik kurus. Muka nya yang manis sangat cengkung, jadi tua dari usia. Jari2 nya yang mungil..tulang temulang sahaja. Ya Allah! Ija bagitahu dia dipukul sehingga bengkak di kepala. Badan2 lebam. Anak2 menyaksikan dia dipukul. Lama dia bersabar...seorang isteri yang terlalu lama brsabar. Hampir 20 tahun kahwin.. sabarnya terlalu dalam.

Ija diseret rambut dan dihentak ke lantai. Saya tengok gambar2 yang Ija tunjukkan. Saya katakan ini adalah keganasan rumahtangga. Mana boleh biar! Menangis Ija..katanya duit savingnya dah habis. Jai kaki perempuan dan kaki pukul. Anak sulungnya ..perempuan juga kena penumbuk Jai kerana membela Ija. Saya tegaskan yang Ija kena report polis. Ija berjanji..dia akan report polis jika berlaku lagi. Dan juga akan ke hospital untuk rawatan.

Betullllll, Ija dibelasah lagi. Kali ni mulut bengkak, tangan seliuh. Ija ke balai polis buat report dan ke hospital. Keluarga Ija mula masuk campur dan mengamuk. Akhirnya dengan bantuan abang dan kakaknya, Ija mohon cerai. 

Terjadilah masalah lain pula. Perebutan anak dan rumah. Jai bijak. Dia cepat2 jual rumah tu sebelum Ija sempat file kan untuk harta sepencarian. Disebabkan Jai tak mahu bayar nafkah, dia tuntut anak mereka. Ija sudahlah bergaji kecil, nak kena pula ambil lawyer nak lawan tuntutan si Jai. Jai kemain bermaharajalela. Sebelum Ija sempat ambil barang2 di dalam rumah, Jai buang kesemua baju2 Ija. SEMUA yeee! Semua baju Ija dia buang. Barang kemas Ija dan anak2 dia jual. Ada pemberian dari emak Ija...pun Jai jual semuanya. 

Ija menangis teruk waktu tu. Saya pujuk Ija..kata pada dia..barang semua tu boleh beli balik. Yang penting anak2 nya. 4 orang perempuan. Jai pulak kaki pukul, kaki perempuan. Apa2 selamatkan anak dulu.. Ija ambil lawyer untuk fight hak jagaan anak. Alhamdulillah Ija menang. Cuma Jai berkeras tak bersetuju dengan jumlah nafkah yang Ija minta, RM1000 sebulan untuk 4 anak. Ija cuba berjumpa Jai, dan Jai tetap naik angin tak mahu berbaik atau ehsan pada anak2 sendiri. Ija pulak dihadiahkan penampar di depan ramai orang.

Hampir 20 tahun Ija sabar.. 
Hilang rumah..
Hilang wang ringgit..
Hilang harta..
Disepak terajang..
Maruah dihina..

Allahu, ramainya lelaki tak ada kualiti kan..

Nanti saya sambung lagi part 2, bagaimana Ija dan kesihatannya yang tiba2 merosot. 
Bagaimana si Jai berjaya gula2kan anak sulung mereka.

Jadikan pengajaran kisah ni.

1. Perempuan sayang macam mana pun pada suami, perlu ada harta yang tak boleh dicairkan. Untuk kegunaan ketika ditinggalkan.
2. Beranikan diri laporkan pada pihak berkuasa.
3. Kalau diugut akan dicederakan, minta bantuan pihak ke 3 untuk bantu.
4. Jangan nilai orang dari luaran, cakap manis, pakaian macam tok sheikh bukan penentu sikap asli.

Ermmmm..tiba2 rasa sakit hati pula kenangkan nasib Ija.

Pada yang melalui fasa begini..terlalu lama bersabar..cepat2lah fikirkan solusi.







No comments:

Post a Comment

Ada nak tanya apa-apa ke?