Hari ni hari berkerja di Terengganu. Hujung bulan nak balik Selangor ..tempat jatuh bangunnya kehidupan ku. Ewah! Meskipun bukan anak jati Selangor, tetapi kerana tinggal di sana lebih separuh usia, maka..kasih dan sayang tetap tertumpah padanya.
Membaca beberapa mesej di HP membuatkan saya berfikir.. manusia sering terlupa untuk menjaga hati oranglain. Adakah bila kita bersikap budiman, kita kerugiaan? Saya sendiri seorang yang sensitif dan tidak suka berkasar. Jadi, apabila menerima mesej kasar atau komen kasar, hati cepat tersentuh. Kadangkala bukan pada saya kata-kata tajam itu,...namun hati kecil saya dapat rasakan kepedihan yang dirasai oleh oranglain.
Belajar untuk menjaga hati oranglain adalah perbuatan yang baik. Kita boleh marah jika ia perkara yang sepatutnya dimarah. Contohnya gambar jahiliah kita ketika bermini skirt diupload di dalam Facebook.. atau kisah silam kita sebagai perempuan perampas diperkata orang. Marah la! Boleh ada perasaan marah kerana kita manusia biasa. Tetapi nak marah yang macam mana?
1. Luahkan pada pasangan akan kemarahan kita. (Jangan la marah dia..cuma luahkan kenapa kita marah).
2. Luahkan pada sahabat baik..
3. Tulis nasihat untuk peringatan diri sendiri.. bahawa buka aib orang tu berdosa.
4. Mesej atau telefon orang yang menyebabkan kita marah, dan bagitahu dia bahawa kita tak selesa dengan apa yang diperkatakan oleh dia.
5. Buat tak layan dan cari kegembiraan lain.
6. Yang ni paling afdal.. bagitahu Allah. Report pada Allah. Cerita habis2.. A to Z pada Allah. Minta pada Allah apa yang sepatutnya diminta.
Saya marah!!
Sekarang, saya rasa nak marah sangat dengan Cadbury! Dulu..saya rajin membeli berkotak2 di kilang mereka jika ada sale. Gila sedap!..Rupanya ada babi. Imagine!!! Babi tu.. Siput babi keee..tahan lagi.
Ya Allah.. Kenapa jadi macam ni? Okay.. Lesen pengeluaran dibatalkan. Batal la.. tp kenapa hanya satu produk sedangkan ia dikilang di tempat yang sama. Syubhah tuuuu. Mungkin menggunakan bekas yang sama dll. Tolong lah.. Saya memang nak marah. Kerana saya orang Islam.
Doa orang teraniaya dimakbulkan Allah. Jom kita berdoa agar satu hari nanti Islam semakin kuat di negara kita dan segala perkara yang haram dan mungkar dijauhkan dari kita. - Bukan bersikap rasis..tetapi hanya kerana sayangkan agama! Agama beb... mana boleh buat main2.
Okay.. sampai sini dahulu.. Belajar kawal mulut dan kawal marah..
Personaliti budiman terserlah jika bijak mengawal percakapan.
No comments:
Post a Comment
Ada nak tanya apa-apa ke?