Dalam perjalanan kembali ke tempat asal..

28 May 2014

Kisah Cadbury dan Perasaan Saya

Assalamualaikum.

Hai semua.. Agak sebal dua tiga hari kerana line P1 memang selow melow.. Rindu ada Unifi. Tapi malangnya, di kawasan small office saya ni, jangankan Unifi, Streamyx pun tak ada. Maka, nak tak nak terpaksa guna P1 yang sangat sopan ni. Haih!

Negara digemparkan dengan kisah coklat Cadbury. Rata2 post di FB menceritakan kejelikkan si Cadbury ni. Apakah Cadbury ni? Kenapa dipandang hina. Baiklah.. Saya kongsikan beberapa gambar di sini sebelum mengupas perasaan saya tentang si gelap Cadbury.







Siapa tak marah bila tahu makanan yang kita makan ada babi. Walaupun mungkin hanya cebisan lemak babi tetapi ia adalah BABI. Sensitif betul orang Islam. Ye .. Kami sangat sensitif. Makanan yang dimakan menjadi darah daging. Bukan hanya Cadbury, malah produk lain pun dikhuatiri ada babi. Sesetengah orang menyatakan .. " Rokok tu ada babi..tak pulak kecoh.." Betul la tu. Sebabnya dah difatwakan haram tetapi mengada2 nak hisap rokok juga. Sedangkan Cadbury ni takde siapa pun cakap haram before ni..Alih2..tau2.. eh ko!! Babi terus. Mana lah saya tak marah.


Ye la.. Staff Jakim terhad. Takkan semua perkara nak kena pantau satu2.. Sijil halal pun dikeluarkan mengikut spesifikasi dan..so.... kira halal la? Uihh! Boleh ke gitu? Apa kata, kerajaan kita ni sebuah negara Islam membesarkan skop Jakim. Ambil lagi 300,000 pekerja dan sediakan penguatkuasa yang amanah. Kemudian besarkan lab atau pun ruang kerja bagi memudahkan penelitian dan penguatkuasaan dilakukan. Nak bayar gaji staff baru 300,000 orang tu takkan lah kerajaan takde bajet. Sedangkan banyak lagi perkara yang tak berfaedah.. yang tak dapat diterima akal kadang2 tu yang kerajaan peruntukkan bajetnya. Jadi, jika besarkan dan tambah pekerja Jakim, takkan lah kerajaan nak berkira. Come on la.. untuk agama ni! Bukan untuk dapatkan vote lebih atau untuk meraih publisiti gila cadbury. Takkan semua perkara hanya memikirkan untuk negara sahaja. Yang utama adalah AGAMA. 

Nanti dah mati esok.. macam mana nak jawab depan Allah Taala yang kita sebagai orang Muslim ni acuh tak acuh je dalam menegakkan Islam. Bukan suruh berperang pun. Hanya perlu pantau, batalkan, sahkan dan semak betul2. Haih!! Takkan lah itu pun nak kena ajar. Kan jadi menteri. Mestilah bijak2 belaka. Ke ramai yang kurang bijak. Kalau kurang bijak, kita tukar la kepada menteri yang bijak. Bukan susah pun..

Ini bukan masalah perkauman. Melayu, Cina dan India. Bukan ye.. Tetapi adalah agama Islam. Ramai orang Cina dan India beragama Islam. Cuba tanya diaorang..makan ke babi? Jangan nak kaitkan komen saya ni dengan isu perkauman. Please. Baca sebagai seorang yang beragama Islam. Untuk yang bukan Islam.. maaf. Artikel ni hanya luahan hati saya sebagai seorang Islam.. Jika tak suka, itu hak anda.

Bukalah mata dan minda. Kita boikot semua produk tak halal ni. Kena jaga pemakanan anak2. Hati hitam.. benak dll kerana makan makanan haram. Itu baru coklat. Yang makanan lain tu entah halal entah tidak. 

Contohnya anak nak jelly.

" Mommy.. nak jelly.."

" Tak boleh sayang.. ada lemak babi.. Nanti mommy buat sendiri jelly kat rumah ye.."

Jadi, kita pun beli sepeket jelly untuk dimasak di rumah. Tahukah kita.. akan bahan sebenar di dalam jelly berpeket tadi? Kita pastikah tiada bahan terlarang di dalamnya dan ia adalah halal? Bukankah situasi halal haram ini menjadikan kita sebagai pengguna Muslim sukar membuat pilihan untuk produk makanan? Mana taknya..silap2 pilih..ada babi.. Sedangkan elok je tanda Halal Jakim terpampang.

Dengan siapa kita harus percaya sekarang ni? Dengan pengilang? Dengan Jakim? Cuba jawab ikhlas. Fikir mendalam.. sebelum menjawab.

Selain pantauan yang ketat dan telus, saya seru agar jutawan hebat di Malaysia ni bangunkan satu Islamic Production. Tak kira lah samada nak kumpulkan semua pengeluar Islam besar dan kecil ataupun membangunkan sendiri industri Halalan Toyyiban ni. Perlu ada sokongan golongan berduit untuk para usahawan kecil membesarkan perniagaan mereka. Kerana mereka adalah Muslim dan menghasilkan produk yang Halal.

Jika fikir nak kenyangkan perut sendiri je..'duit aku..aku punya suka..'..'ko nak, ko cari sendiri.." atau " i tak minat nak invest dalam syarikat u".. sampai bila ekonomi kita akan meningkat? Sudah lah hiburan berlambak, makanan pulak tercemar. Berkorban lah sikit ke jalan Allah. Berjuanglah melalui bantuan kewangan kepada pengusaha kecil.

Anak kita minat benar keropok, maka hasilkanlah keropok buatan Muslim yang sama taraf dengan keropok penuh MSG dipasaran. (tak payah la letak MSG..letak je rempah ratus buatan Muslim). Kita sendiri minat coklat, maka hasilkanlah coklat buatan Muslim untuk keperluan orang Islam. Janganlah pula harga melambung tinggi. Macam mana nak bersaing secara sihat. Kerajaan kena mengawal harga pembekal dan runcit.

Pusing2 balik.. baik pembekal, pengeluar, pembeli dan circle ni semuanya melibatkan kerajaan. Jika kerajaan mengawal ketat pembekal dan pengeluar.. jika kerajaan memantau betul2.. jika kerajaan menghadkan lesen.. jika kerajaan membesarkan skop Jakim dll.. maka, semuanya berpatah balik tanggungjawab oleh kerajaan yang dipilih. Kita yang pilih kan??? Ke kita pilih lain, lain yang naik? Hehehehe.. Bab tu malas nak ulas. Ramai yang mengamuk nanti. 
So.. takkan nak salahkan pengilang 100%. Takkan nak salahkan pembeli 100%.

Itulah pandangan jujur saya sebagai orang Islam. InsyaAllah, jika saya seorang jutawan..saya akan kumpulkan pengusaha Muslim untuk kita bina hub kita sendiri. Supaya mudah orang Muslim mendapat makanan halal. Ia bukan hanya dari segi keuntungan semata2.. tetapi berjihad ke jalan Allah.

Wallahualam.

:: Emo sikit..

4 comments:

  1. Jujurnya saya tertarik dengan sindiran2 kecil anda.

    Lahirnya sindiran kerana adanya kesedaran.
    Saya kira ramai rakyat malaysia yang sedar , tetapi terpaksa hadap jugak ketidaktelusan..

    Kecadburyan sungguh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tercari2 saudari. Di mana menghilang ya. Ermm..pasal makanan memang kita semua perlu hati2.

      Delete
  2. Say NO to Cadbury. Lagi satu, saman juga kedai2 yang tolong jual barangan tu. Kalau mereka tak jual, barang tak sampai kpd pembeli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak jajan2 yang tak boleh dimakan. Tapi itulah yang banyak dijual.

      Delete

Ada nak tanya apa-apa ke?