Dalam perjalanan kembali ke tempat asal..

29 June 2014

Salam Ramadhan

Assalamualaikum.

Eh.. Dah Ramadhan. Ya Allah. Rasa baru sahaja kita berpuasa.. tup tup puasa lagi. Hati saya ni rindunya dengan Ramadhan. Nak mengaji Quran banyak2..solat banyak2. Nak lipat gandakan amalan. InsyaAllah.

Kadang2 tu.. niat bukan main...Hari pertama, amboiiii..rajin nya kamu. Masuk hari ke empat belas..bukan main meleret2 nak habiskan 1 juzuk. Itu yang buat saya geram! Nak aje menyekeh2 diri sendiri tanda marah. Ya Allah.. permudahkan lah segalanya.

Hari ni hari pertama berpuasa. Pukul 5 pagi, kami seisi rumah dah bangun. Kami sekeluarga tidak cerewet di dalam menyediakan juadah sahur. Asalkan kenyang, alhamdulillah. Mak dah siap masak rupanya. Tiba2.. Adelia masih nak menyusu..jam dah pukul 5 pagi ni. Kalau kejutkan dia, memang suami tak dapat ke surau nanti. Pulak tu, akan menangis tak berhenti2 sebab 'tak puas tidur'.


Suami bagi isyarat, tunggguuuu.. Ermmm.. Pulang dari rumah mak, suami bawakan sebekas nasi dan air. Ya Allah. macam permaisuri dah rasa hati. Selalu buat macam tu tauuu.. Nanti bini awak ni makin tembam dan mengada! Baru je makan dalam 3 suap..alamakkkk. perut memulas. Berlari ke bilik air. Memang kalau sakit perut macam ni, Agong jemput makan pun tak sanggup pergi.

Patutlah. Semalam saya bukan main laju makan nanas manis. Haaa..inilah habuan dia. Jadi, hari pertama sahur..saya menderita cherry berry yang agak teruk. Hanya sempat minum dua tiga teguk air kosong sahaja selepas itu. Dan Adelia pun nyenyak sahaja lena kerana emak dia makan tepi katil sambil tepuk2 bontotnya. Hehehe.. Manja sungguh la awak. Alhamdulillah. Suami juga dapat berSubuh an di surau seperti biasa... 

Sehingga detik ini.. perut saya terasa macam digerudi. Ya Allah.. dugaan. Terbayang kelaparan dan kesengsaraan di Syria dan negeri lain yang rakyatnya menderita. Kelaparan, kesakitan.. tekanan hidup. Lagi terukkk..kan. Ujian saya hadapi ni,.. alahhhh..sebesar kuku sahaja.



Seronoknya Ramadhan dah tiba.. Sayang sungguh saya. - macam lah Ramadhan ni manusia..kan.
Hajat hati nak berpuasa dengan lebih baik... dan jalankan ibadah ini dengan lebih baik. InsyaAllah



Selamat Berpuasa semua.. dan maafkan saya andai tersalah kata dan bicara. Saya hanya manusia biasa, dan tidak sempurna. :)


No comments:

Post a Comment

Ada nak tanya apa-apa ke?