Adab dalam Ilmu itu terbaik!

24 March 2014

Sabun Homemade

Assalamualaikum Semua Cantik-cantik.

Hari ni sihat tak? Sudah jengah Page kami di Facebook? LAARA.


Entry ni kita 'layan' gambar sabun. Okay kan. Biar semangat sikit para peserta yang sudah daftar tu .. Biar tidur tak lena melihat kecomelan sabun.










Nampak tak apa yang boleh dibuat dengan sabun? Selain digunakan untuk mandi dan bersihkan muka? Tentu ada idea menarik di kepala kan. Nak belajar buat sabun yang bagus dan dari bahan yang bagus, boleh ke Page atau Group : AKADEMI KECANTIKAN LAARA. Moh kiter...

Ini pula gambar-gambar scrub dari berbagai bahan. Jom cuci mata...










Comelkan bila scrub dimasukkan ke dalam bekas cantik. Jika sudah ada ilmu didada, jangan malas untuk menambah pendapatan. Boleh dapatkan bahan mentah untuk produk kecantikan ini dari kami. 

Bahan mentah untuk membuat produk kecantikan seperti glycerin, gluta, vitamin C, garam laut mati dan banyak lagi ada kami jual. Jika mahukan harga borong, boleh mesej saya di Facebook : Feirouz Azalia. 


Selamat Berkursus dengan kami untuk peserta bengkel. InsyaAllah, ilmu yang diberi diberkati Allah SWT. Amin Ya Rabb.




23 March 2014

MH370 Sayu Hati Ini

Assalamualaikum.

MH370.. Ya Allah. Sayu hati saya bila memikirkan nasib anak kapal. Entahkan hidup entahkan mati. Berbagai spekulasi yang timbul. Memang ada yang menjengkelkan dan ada yang memberi harapan.


Awal kehilangan dulu, saya masih menaruh harapan yang tinggi .. mesti semua masih hidup.. mesti ada yang telah berlaku..tetapi mereka masih hidup dan selamat.

Tapi setelah dua minggu berlalu..hati makin rapuh untuk menyatakan yang mereka selamat. Hanya mampu berdoa agar segalanya dipermudahkan Allah SWT. Kita yang bukan siapa-siapa pun turut bersedih..apatah lagi ahli keluarga mangsa.

Ya Allah.. ini ujianMu untuk kami.



Di manakah mereka. Di manakah Kapten Zaharie yang saya rasakan sangat dekat dengan saya meskipun tidak pernah mengenali. Ya Allah, selamatkanlah mereka. Berilah peluang untuk mereka menikmati dunia ini lagi. Andainya mereka telah tiada, Kau tunjukkanlah di mana mereka berada. Ya Allah...

:( :(

11 January 2014

Cara Membuat Sabun Di Rumah

Assalamualaikum.

Entry kali ni saya nak bercerita tentang sabun. Pernah baca, dengar atau guna sabun buatan tempatan tak? Sebenarnya kebanyakkan sabun buatan tempatan dibuat secara ‘homemade’. Ia belum dikomersialkan ataupun menggunakan teknologi canggih. Walaupun begitu, ada juga yang mengeluarkan sabun ini secara besar-besaran menggunakan mesin moden dan dihasilkan di dalam kilang yang besar…(modal juga besar). :D

Cantik tak sabun ni?


Saya nak sentuh tentang Sabun buatan sendiri di rumah. Haaa.. Meh kita baca sampai habis.

Sabun buatan sendiri? Ermm menarik tak? Ada sesiapa nak belajar buat sabun? Bukan sabun biasa- biasa tetapi sabun hebat yang dapat merawat wajah dan badan. Kalau nak buat sabun biasa pun boleh, Cuma alang-alang nak buat sabun, baik buat yang dapat merawat wajah atau badan secara semulajadi. Sabun menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti pegaga, kulit kayu manis, halia dan sebagainya selamat digunakan. Boleh dipanggil sabun herba atau sabun natural. Lagipun, buat sabun di rumah mampu menjana pendapatan sampingan. Terutama pada surirumah yang mempunyai masa terluang atau wanita berkerjaya tetapi pendapatan masih tak cukup. Gaji yang ada cukup2 untuk makan Kenny Rogers sahaja setiap hari. Ohhh.. 

Antara perkara yang perlu diberi perhatian untuk buat sabun dan produk lain di rumah :

1. Perkakasan yang selamat
2. Bahan mentah yang tidak berbahaya dan halal digunakan
3. Ekstrak yang dipilih tidak berbahaya dan digunakan dengan sukatan yang betul
4. Pastikan kebersihan dan keselamatan dijaga semasa proses hasilkan produk
5. Jika mahu hasilkan produk untuk jualan, perlulah tahu dan faham terma kerajaan tetapkan
6. Kawalan kualiti, harga dan pengiraan raw mestilah dengan betul jika mahu menjual
7. Pastikan tidak menggunakan mould/acuan yang salah dan tidak sesuai
8. Dll...

Cara buat sabun....
Kami menyedikan kelas untuk belajar - hasilkan produk yang berkualiti, tersendiri dan juga selamat digunakan.


Membuat sabun tak susah sebenarnya. Mudah sahaja. Bahannya juga bukan susah benar nak cari. Tapi bukan main aci petik-petik keliling rumah ye puan-puan. Ada syarat-syaratnya. Ada mas kawennya. Ewah! Jika pilih bahan yang salah, ia akan memudaratkan kulit. Bukan semua raw yang dijual itu halal dan pH nya bersesuaian dengan kulit kita. Malah kita perlu memilih bahan mentah yang betul untuk tujuan penggunaan di muka - sabun muka.





Macam niiiiii..  Ramai yang teruja untuk buat sabun comel2. Siapa tak geram..tengok sabun ada bentuk hati, bentuk bunga, bentuk aiskrim, bentuk KLCC.. woooo..bentuk2 ini diacu di dalam acuan yang kita pilih. Kalau kita rasa nak letak dalam talam bulat macam kenduri tu..terpulangggg.. Asalkan kita benar2 membancuh sabun dengan betul. Apatah lagi kalau berhajat nak menjual produk sabun kita ni pada pelanggan. Takkan lah kita nak buat sabun sesuka hati dan sesedap rasa. Tentu kita perlu belajar betul2.. Ye tak?

Sebenarnya setelah beberapa lama terlibat di dalam bidang kecantikan, saya merasa terpanggil untuk berkongsi cara membuat sabun. Ada yang kata ‘Rugi la.. kalau kongsi rahsia, nanti dah tak untung la bila berniaga’. Ada juga yang cakap, ‘ Lorrrr.. Nape nak share cara buat sabun? Habis la bisnes. Banyak saingan la nanti’. Haiyok! Jangan fikir macam tu.  Kita gunakan konsep win-win situation. Tiada siapa yang rugi dan tiada yang tidak untung. Faham? Tak faham tak ape. Baca dan ‘kunyah’ perlahan-lahan. Pendek kita, ilmu tanpa amal..tiada guna.. Ilmu tanpa disebarkan tiada guna juga. Tak kisah lah samada ilmu berbayar atau tidak, jika kita mampu..tuntutlah ilmu.




Pendek kata, sangat berbaloi untuk yang ingin belajar buat sabun ni. Boleh buat untuk guna sendiri, untuk jadikan hadiah, untuk menjual malah untuk bersedekah. Wah! Sedekah sabun? Pelik? Tak pelik… Boleh bersedekah pada yang memerlukan. Sabun penting what. Hehehe. Tak sabun, badan berbau. Muka semakin kotor dan tidak bermaya. Jika kita rajin benar membuat hantaran pengantin..haaaa..inilah masanya untuk kita menunjuk skill. Kita boleh buat sabun comel dan berbagai gift lagi dari sabun.

Cantik kan kalau jadikan gift?

Untuk belajar membuat sabun, kami menyediakan kelas selama sehari atau dua hari. Secara berkumpulan atau beramai2. Bukan hanya teori..terus belajar buat di dalam kelas. Praktikal. Bahan mentah disediakan... Dan sesi bengkel ini adalah unformal ye. Lebih santai dan mudah untuk belajar.. (enjoy pun iye juga... :) Hehehe..) Selain sabun, saya juga menyediakan modul membuat scrub, lotion, loofah, masker dan sebagainya.

Kalau benar-benar berminat, boleh klik di sini : feirouz.azalia
Tinggalkan Nama Penuh, Nama FB, No Tel dan juga Tempat Tinggal. Saya akan hubungi seberapa segera.


_____________________________________

EDIT 21/6/2019
Untuk pengetahuan semua, kami tidak lagi menggunakan nama AKADEMI KECANTIKAN LAARA, sebaliknya kami menggunakan medium FB kami iaitu LAARA sahaja (Page Facebook). Mohon maaf pada yang beri komen dalam ni dan tak dijawab. Setting comment saya ada masalah dan saya tak nampak semua komen2 anda di bawah. Boleh ke Page LAARA ye untuk join Bengkel kami, atau terus Whatsapp ke 0135339575 untuk info bengkel.






Atau, cari di facebook  : Akademi Kecantikan Laara atau Page kami LAARA. Banyak info berkaitan di situ. Kami di AKL mengajar sehingga pandai dan pendek kata sudah boleh  menjadi usahawan kecantikan - jika pelajar ada kemahuan dan impian. Jika sendiri malas dan tak ada semangat..itu tak mampu kami nolong nye.. Hehehe. :)

Oh ya!! Nak beli barang buat sabun..atau nak beli garam ajaib dan lumpur ajaib ni ..boleh mesej saya di FB yg saya berikan di atas. Garam dan lumpur ni adalah raw yang belum diproses dan datangnya dari Jordan. Saya adalah pembekal untuk material ni..- UPDATE : habis stok



Lumpur yang boleh dijadikan sabun, scrub, masker dan lain2 lagi.



Garam yang boleh dijadikan produk rawatan untuk penyakit kulit, scrub, sabun, dan lain2. 


Eh.. lari topik sabun dah ni... Ohh..

Okay.. Untuk yang nak belajar cara buat sabun samada sebagai kegunaan sendiri atau menjual.. boleh belajar di Akademi Kecantikan Laara. Di AKL bukan sahaja hanya belajar buat sabun..malah belajar macam mana nak bungkus..macam mana nak pasarkan.. nak jenama ..nak apply KKM ..Halal dan sebagainya lagi. Semua serba serbi lengkap untuk mula menjadi usahawan.

Nak tengok apa komen peserta kami? Juga gambar produk yang dihasilkan semasa di bengkel? Atau nak tengok produk yang sudah siap dipasarkan setelah selesai belajar? (dibuat di rumah sahaja -homemade)...  Mari kita layan gambar di bawah...


Ini hasil peserta AKA. Menarik tak?

Bersama hasil kerja masing2. Tayangg... :)

Cuba dan belajar. Kalau salah, kita betulkan.. :)

Hasil tangan peserta AKL. Cantik tak? Ada dua tone warna. Dari bahan yang diekstrak.


Sedang belajar penjenamaan, pemasaran, pembungkusan dan sebagainya. 


Tenaga pengajar AKL - Kami menyediakan Support Group di FB
selepas pembelajaran. PERCUMA sahaja. 

Sudah siappp!

Peserta dengan produk masing2. 

Kami menjalankan kelas secara santai dan tidak formal bagi memudahkan
peserta berkomunikasi dengan tenaga pengajar. Ia lebih menyeronokkan dan sesi 
pembelajaran menjadi tidak bosan. :)

Haaaa!! Menu yang kami sediakan memang sedap - komen semua peserta.
Boleh tambah. Jangan segan-segan. Kami menyediakan minum pagi, makan tengahari dan juga
minum petang. :)

Semuanya sedap2 belaka!

Bersama sijil masing2 dan juga produk yang dihasilkan.


KOMEN DARI PESERTA BENGKEL BELAJAR BUAT SABUN DAN PRODUK2 LAIN. :)





Itu cerita buat sabun dan juga di mana nak belajar buat sabun dan lain2 produk. Entry selepas ni kita cerita tentang sabun lagi. Tapi lain version neh. Hehehe. :)

Sekian dulu dan Assalamualaikum.

EDIT :
21/6/2019

UNTUK semua yang berminat nak join bengkel kami samada bengkel sabun, scrub, lotion, serum, aromaterapi dll boleh whatsapp ke 0135339575. Kami tidak lagi menggunakan AKL untuk anjurkan bengkel. Boleh ke Page Facebook LAARA untuk berbagai info ye. Mohon maaf sekali lagi pada komen yang tidak dibalas kerana ada masalah setting sehingga saya tidak boleh baca komen semua. 

Ya Rasulullah SAW

Assalamualaikum.

Telinga masih melayan Al Kulliyyah di TV3. Berkisar tentang Nabi Muhammad SAW. Allahuakbar! Banyak pesanan untuk umatnya. Antaranya Nabi SAW menyeru para suami berbuat baik pada isteri.
Baginda menyintai umatnya tiada tolak banding. Tetapi kita sayang ke pada Nabi SAW? Jika ditanya, mestilah jawapannya..SAYANG! Kan? Kalau sayang, kita buat tak apa yang Nabi SAW pesan? Tutup aurat. Solat 5 waktu. Pendek kata, taat pada Allah SWT sepanjang hidup kita ni. Kalau semuanya kita buat, memang benarlah kita sayang Nabi kita. Tapi kalau buat pun ala-ala kadar, sebenarnya kita tipu yang kita sayang Rasulullah SAW. Kita tipu diri kita sendiri. Kita tipu Nabi dan kita tipu Allah SWT.

Ibaratnya, kita sayangkan jam kita. Kita jaga dengan baik. Jam kita tak boleh terkena api, maka kita pun elakkan dari jam kita terkena api. Jam kita perlu disimpan di dalam bekas bertutup. Kita pun simpan jam kita di dalam bekas bertutup. Itu tandanya sayang. ‘Menjaga dengan baik’. Itu baru jam, inikan Rasul kita. Insan yang Allah SWT pinjamkan kepada kita untuk membawa kita dan menunjukkan kita jalan ke syurga.
Tapi, jika tak jaga seruan Rasulullah dengan baik.. tak ikut apa yang Baginda seru.. memang kita tidak layak untuk berkata kita sayangkan Baginda.

Ya Allah. Jika kita tahu betapa berharganya untuk menyayangi Baginda..betapa kasihnya Baginda kepada kita.. kita takkan tergamak untuk mengabaikan kasih sayangnya. Malah, kita mampu mengalirkan airmata kerana terlalui merindu Ya Rasul. ~ Ramai yang mengalir airmata kerana ditinggalkan kekasih yang entah doakan kita atau tak.. Tapi tak ramai yang mengalirkan airmata kerana merindui Kekasih Allah itu, yang memang sah-sah mendoakan kita dan sentiasa merindui kita. Kejam tak kita?

Info tentang kemangkatan Baginda Nabi SAW.

28hb Safar, Nabi Muhammad SAW telah jatuh sakit ketika berada di rumah isterinya Maimunah (giliran). Setelah bermuafakat di antara isteri-isteri, Baginda di bawa balik ke rumah Saidatina Aisyah RA. Ketika 12 Rabi’awal, Baginda mangkat. 

Di saat akhir sebelum nafas terhenti, Baginda meminta Aisyah mengambil sebekas air. Baginda memasukkan tangan kanannya ke dalam bekas air  seraya menyapu muka sambil berkata…

La ila ha illallah innal likul limautin sakaratt..

“Setiap kematian itu seksa (sakit)”

Itu kata Rasullullah SAW. Kematian itu sangat sakit. Ketika di ambang sakaratul maut, betapa seksanya ditanggung oleh hamba Allah ..jasad dan roh sedang berpisah. Rasulullah SAW sendiri juga merasai kesakitan. Baginda insan yang hebat. Insan yang sangat dikasihi Allah SWT pun merasai sakit, apatah lagi kita yang penuh berdosa ni. Punnn kita masih berlagak sombong,kan. Teruk tak kita? InsyaAllah, masih sempat berubah. Masih sempat bertaubat dan berusaha keras untuk menjadi hamba Allah yang taat.

16 November 2013

UPSR 5A dapat Mini Cooper

Assalamualaikum.


Terpanggil untuk taip topik baru di dalam blog. Tentu sekarang ni ramai dah tahu tentang seorang budak perempuan dihadiahkan Mini Cooper apabila berjaya mendapat 5A di dalam peperiksaan UPSR. Jeles? Hehehe. Jangan jeles. 


Ramai yang komen menusuk kalbu. "Ayah dia berlagak menunjuk. Riak!". "Kalau penculik culik anak dia, baru padan muka!". "Nak bagi apa pun, bagi je la kat rumah".... Dan macam-macam lagi komen menusuk.

Saya sendiri, bila membaca yang budak perempuan ni dapat kereta comel tu, tak rasa apa-apa pun. Dah ayah dia mampu. Bagi je la. Nak bagi jet pun boleh. Ok. Part tu settle. 
Kenapa tak bagi kat rumah? 
Ermm.. Suka hati dia lah nak bagi di mana pun. Dah dia rasa nak bagi suprise tu di sekolah, ok lah. Kita tak tahu, anak dia tu mungkin jenis lambat pick up ke.. tup tup dapat 5A. Atau jenis malas baca buku ke.. tup tup dapat 5A. Ok? 
Kalau ye pun.. tak payah lah masukkan dalam FB. 
Ermmm.. Dia masukkan dalam FB kita ke? Hehehe.. Tak kan?? FB dia kan?? Jadi, apa masalahnya? 

Sebenarnya melihat perkara ini banyak berkaitan dengan hati. Bagaimana kita didik hati kita untuk melihat sesuatu itu dengan pandangan positif. Saya tak mahu lah bandingkan antara upload gambar budak perempuan comel tu dan kereta Mini Cooper mahal beliau dengan gambar anak dara pakai skirt pendek, tetapi saya cuma nak sebutkan di sini... ia berkaitan HATI.

Kita boleh nak tegur jika merasakan bapa ni sengaja nak memancing rasa cemburu atau memang riak nak menunjuk. Tapi teguran tu yang bagaimana. Cuba ambil inisiatif hantarkan mesej ke FB beliau. Tak perlu kita nak keluarkan kata-kata kesat hanya kerana dia gembira hadiahkan sesuatu pada anak tersayang. Kita yang mengata ni belum tentu tidak melakukan perkara yang sama suatu hari nanti. Tak kita..anak kita pula. Tup tup cucu kita dapat Ferrari sebijik..hadiah dari anak kita. Kita sebagai nenek nak cakap ape? Hahahaha.. Cakap Alhamdulillah je lah. Anak kita mampu. Tak gitu??

Jadi, kita kena belajar bagaimana untuk menjaga hati kita. Sesuka hati menghakimi oranglain. Konon-konon ambil berat. Tapi sebenarnya tidak. Bukan itu caranya mengambil berat. Jika mengambil berat, tolong doakan pada Allah agar bapa tadi tidak ada rasa riak, bapa tadi makin dimurahkan rezeki dan lain-lain. Ada buat? Ada?? Apa geleng2? :D

Sudah-sudahlah berfikiran negatif. Banyak lagi perkara lain yang perlu kita risaukan terutamanya akhlak remaja masa kini, masalah aurat dikalangan kita yang masih tiada kesedaran dan sebagainya.

Stop bebel dulu. Kali ni gambar tiada. Sebab internet sangatlah slow. Jumpa lagi.. Tatatatata... :)))

30 October 2013

Projek Berpahala

Assalamualaikum.

Rajin nya saya malam ni. Clap sikit.. Hehehe.
Mata belum mengantuk. Minggu ni saya memang sibuk menguruskan hal berkaitan Abg Wma saya tu. Alhamdulillah. Seminar yang akan dianjurkan bersama PPNT akan bermula. Dijadualkan bakal berlangsung pada 16hb Nov ini. Ya Allah... Mudah betul berurusan dengan Dato Pengarah. Apabila penerangan ringkas diberikan berkaitan misi dan visi, tanpa alasan dan ragu-ragu beliau bersetuju.. malah berharap dapat dipercepatkan program. Terima kasih Dato'. ~ Bajet Dato' buka blog nii.. Hehehe..

Jadual untuk bulan Nov~ Mungkin 3 kali seminar akan diadakan. Pendaftaran peserta sedang berjalan rancak. Ramai yang dah mesej berminat untuk turut serta. Memang menarik modul yang disediakan. Tenaga pengajar juga bukan calang2 orang. Masing2 sudah berbelas tahun menjalankan perniagaan. Jatuh bangun.. tersembam.. tersadung.. terhantuk semua ada. Bercakap dari pengalaman lebih mudah dan terkesan. Kalau teori2 ni.. sukar sikit nak kunyah dalam hati. Feel kurang, kata orang Jepun.


Gambar dari : indahterengganu.blogspot.com

Warga2 Terengganu, yang mana nak sertai program PERCUMA ini..(makan minum disediakan.. laptop juga disediakan) boleh KLIK di sini untuk info lanjut. ~ (tolong mention 'Bengkel di PPNT')

wanwma

.

.

Dalam pada tu.. untuk Jan 2014 (moga2 usia kita panjang..Amin), tour dengan Kementerian Pendidikan juga akan bermula. Lanjutan dari tour ni, akan diikuti dengan pembukaan booth kecil (bunyi macam bot kecil je), di mana-mana lokasi yang sesuai. Saya namakan ia Projek XX. Teruja sangat nak memulakannya. Jumpa budak-budak sekolah, jumpa guru-guru,  jumpa makcik kantin... Hehehehe.. ~ Ermmm..Saya dah lari cabang ke nih? Mungkin gelaran Ustazah Lola dari sedara mara ni membawa berkat. Hehehehehe.. Aku yang dulu bukanlah yang sekarang.. :D 

Sebenarnya ia berkaitan dengan http://cahayaislam.net/ :)
Usia pun makin tua.. Amal bakti...amal jariah..masih kurang. Sesekali nak suntik sikit semangat berdakwah dalam diri. Siapa kata nak berdakwah kena jadi ustazah. Errrr...yang kena ada permit tu kalau berdakwah di tempat awam ye. Tapi sebenarnya kita boleh je berdakwah pada seorang manusia. Tak perlu nak kumpul ramai2...dan baru nak dakwah. Mulakan dakwah dari rumah. Panggil anak jiran yang tengah memekak2 kacau adik dia.. Sembang tepi pagar.. Tapiii.. janganlah pulak ajak anak jiran berlainan jantina umur 20 tahun...Tu dah jadi macam orang mia*g. Hehehe. Ajak yang kecik2 tu.. Sambil2 bersembang dengan dia selitkan nasihat.. Do..Dont. No..Yes. Cari pendekatan mudah. Jangan guna Bahasa Melayu Tinggi (BMT) pulak.

Contoh BMT : Mamat, seharusnya Mamat usahlah terlalu berkeras dengan adik. Sikap kasar bukan amalan yang baik dalam kehidupan..


Peninglah si Mamat usia 8 tahun ni nak faham.. 
Jadi, kena ada skill untuk berdakwah. 

Ini cara betul ..


Mamat, Mamat tak boleh buat adik macam tu. Adik kecik lagi. Mana boleh berkasar. Allah marah. Allah tak suka orang bersikap kasar-kasar ni. Layan adik elok2..Allah sayang. Mak sayang..Ayah sayang..

Gituuuu! Faham dak nih? :D


Jadi, sebagai seorang Islam.. jangan leka. Dari asyik upload  'macam cantik jer...macam comel jer...' atau pun gambar mulut itik tuu, lebih baik gunakan masa tu untuk buat quote menarik - madah menarik berkaitan agama lah. Jangan yang cintan2 tu. Cintan pada Allah takpe. Dakwah lah walaupun sebaris ayat. Sumbangan yang kecil jangan dipandang ringan. Jadikan amalan dalam kehidupan kita. Bukan mudah nak istiqamah sebenarnya. Tapi kita boleh belajar. Sehari 1 post dakwah dalam FB. Mudahkan?

InsyaAllah.. Saya akan bermula dengan Projek XX. Kalau ada yang nak join, bolehlah inbox saya di FB saya. Carilah sampai jumpa FB saya. Hahahahaah! Sedikit kejam. Agar kalian semua boleh berpahala lebih. Makin sukar dan berusaha..Allah beri ganjaran lagi besar.

Babai semua..Wassalam.




Me..
Lola.

Hahahahaha..

24 January 2013

Mimpi Bertemu Rasulullah SAW

Assalamualaikum Semua.

Hari ini Maulidur Rasul. 1434H. Sudah lama kan Rasulullah SAW meninggalkan kita. Pilu rasa hati bila terkenangkan jerih perih Baginda menyebarkan syiar Islam. Lebih sedih lagi bila melihat situasi yang berlaku pada umat Islam sekarang ni. Keruntuhan moral jangan cerita la. Bersepah-sepah!

DIDIK ANAK-ANAK KITA DENGAN BAIK AGAR KITA TERSELAMAT DARI MENJADI IBUBAPA YANG HINA DI SISI ALLAH SWT. ~ Mana tak hina, kita hanya mementingkan pendidikan luaran dan ingin anak berjaya dalam akademik. Tetapi kita mengabaikan pendidikan Islam dan peraturan Allah untuk anak-anak. Nauzubillah. Moga-moga saya menjadi ibu terbaik untuk anak-anak kelak. InsyaAllah.

Taknak bebel lama-lama pasal moral muda mudi kini..Kang terlebih emo. Mokcik emosional kalau cerita bab-bab 'nak kena lempang tu'. Hehehe..

Okay.. Sebenarnya entry ni saya nak berkongsi satu cerita. KISAH BENAR. Di mana wataknya dirahsiakan nama sebenar. Atas amanahnya. Jadi, kita namakan sahaja watak ini ---> Alia. Oppsss ... Macam Zalia lah pulak kan. ~ Feirouz Azalia. Hehehe.. Tukar..tukar..! Ermmm..  Nama watak ini ----> Aisyah. Haaaa... Lebih sesuai.

***** ***** **** ***** ****** ****** *****

Aisyah baru berkahwin dengan seorang lelaki yang budiman. Sebelum berkahwin, Aisyah ni boleh dikatakan seorang perempuan yang lincah dan ceria. Meskipun bertudung, Aisyah masih mengikuti perkembangan fesyen. Tidaklah berpenampilan seksi cuma tetap bergaya. Aisyah mempunyai ramai kawan lelaki dan perempuan. Balik lewat malam..dan sering bercuti apabila ada kelapangan. Selain itu, Aisyah gemar. lepak dengan kawan-kawan selepas habis waktu kerja.

Aisyah berkerja di sebuah syarikat swasta. Memandangkan kerjanya memerlukan ke sana ke mari suami Aisyah, Amir tidak lagi membenarkan Aisyah berkerja. Aisyah pun berenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Kebetulan suami Aisyah mengusahakan perniagaan secara kecil-kecilan yang tidak menyebabkan beliau sentiasa sibuk. Banyak masa dihabiskan bersama Aisyah.

Sejak berkahwin juga, kehidupan Aisyah banyak berubah.Oleh kerana suami Aisyah itu adalah pilihan keluarga, maka mereka mengambil masa untuk serasi. Kebetulan Amir agak pendiam dan Aisyah pula seorang yang peramah. Jadi, mereka cepat mesra dan semakin rapat.

Pada awalnya Aisyah tidak mahu berhenti kerja. Setelah dipujuk oleh Amir, Aisyah akur. Kehidupan dengan Amir membuatkan Aisyah tidak lagi keluar malam, tidak meringan-ringankan solat dan menutup aurat dengan lebih sempurna. Semua kawan-kawan Aisyah yang 'lagha' jauh meninggalkan Aisyah. Setiap hari, Aisyah menjalankan rutin sebagai isteri dengan baik. Masak untuk suami, mengemas rumah dan mula berjinak-jinak dengan hobi barunya, menulis novel.

Setelah hampir setahun berkahwin, Aisyah dilanda demam yang teruk. Hampir 2 minggu Aisyah terlantar sakit. Sudah puas ke klinik untuk rawatan, namun sakitnya tetap tidak sembuh. Badan Aisyah agak susut dan muka kelihatan cengkung.

Suatu hari, Aisyah tidak berdaya untuk bangun. Digagahi juga untuk mengambil wudhu' dan segera menunaikan solat Asar. Ketika itu jam menunjukkan pukul 6 petang. Selesai berdoa, Aisyah menghabiskan masa beberapa ketika di atas sejadah. Tiba-tiba Aisyah berasa mengantuk yang amat sangat. Sakit kepala mula makin kuat. Hasrat hati Aisyah ingin menunggu masuknya waktu Maghrib tidak kesampaian. 

Aisyah berjalan menuju bilik tidur dan mula melabuhkan duduk di katil. Aisyah memandang Amir yang baru pulang dari kerja..

" Bang.. Aisyah nak tidur kejap ye. Rasa mengantuk sangat ni. Sakit kepala pun makin teruk ni. Nanti, abang kejutkan Aisyah ye bila azan Maghrib".. Aisyah membuka telekung dan meletakkannya di birai katil. Dengan masih berkain solat, Aisyah mengiringkan badannya ke kanan. Amir memandang belas pada Aisyah. Demam yang teruk itu membuatkan badan Aisyah susut kerana kurang selera makan dan keletihan.

Amir memandang jam yang menunjukkan pukul 7.00 malam. Beberapa ketika berlalu....

Tiba-tiba.. " Abang!!! Abang!!!" suara Aisyah kedengaran cemas. Mata Aisyah tertumpu pada dinding.  Terpaku. Aisyah bangun dan duduk dalam keadaan cemas. Amir berlari mendapatkan Aisyah..Amir terkejut melihat Aisyah yang sedang tidur itu tiba-tiba bangun dalam keadaan cemas.

Aisyah merangkul suaminya dan menangis teresak-esak. " Peluk Aisyah bang! Peluk Aisyah!" .

Badan Aisyah berpeluh-peluh. Amir menyuruh Aisyah mengucap.."La illa ha illallah...Syah..mengucap Syah..".  Amir risau melihat keadaan Aisyah.  Aisyah hanya tidur sekitar 7 minit sahaja. Jarum panjang jam belum pun menunjukkan angka 2. Ermmm.. Hanya seketika lena Aisyah ni.

Dengan suara terketar-ketar Aisyah menceritakan pada Amir... apa yang telah berlaku.

"Abanggg.. Aisyah mimpi.. Aisyah berada dalam keadaan yang Aisyah tidur tadi. Aisyah Ternampak awan gelap berkepul-kepul di sebelah kiri Aisyah. Hitam dan menakutkan. Aisyah betulkan badan dan baring terlentang. Dari jauh sayup kelihatan lautan manusia yang sedang menggapai-gapai sesuatu di awan gelap tu. Ada matahari kemerah-merahan jauh dihujung. Manusia-manusia yang Aisyah nampak semuanya berwajah hitam dan kotor. Mereka semua lelaki bang. Memakai kain putih seperti ihram dan semuanya kotor. Antara Aisyah dan mereka, ada tebing yang memisahkan.. Langit dan awan di bahagian Aisyah tenang, cerah dan bersih. Aisyah takut sangat tengok lelaki-lelaki itu berebut-rebut ingin mengambil sesuatu dari awan yang bergulung-gulung dan gelap tu. Awan tu hanya sedepa di atas kepala mereka. Kelihatan cahaya matahari kemerahan-merahan itu seumpama api menyala-nyala dari jauh. 

Tiba-tiba ada satu cahaya putih keluar di hadapan Aisyah disertai suara gempita. Aisyah takut bang..Kata suara tu.. dengan kuat dan mengerikan... "Wahai makhluk sekalian.. inilah Nabi Mu!! Rasul Mu.. Muhammad SAW!!!..." Muncul seorang lelaki yang sangat bersih wajahnya. Sangattttt indah!!....Aisyah tak tahu macam mana nak ceita betapa cantiknya wajah tu. Tiada yang dapat menandinginya di dunia ini bang. Lelaki itu muncul perlahan-lahan dari bawah ke atas.. Cuma sampai paras peha....kerana limpahan cahaya disekelilingnya buat Aisyah tak nampak sehingga kaki lelaki itu. Aisyah senyum pada lelaki itu. Lelaki itu membalas kembali senyuman Aisyah.. Aisyah katakan kepada dia.. " Nabi Muhammad ye???? Nabi Muhammad SAW ??" Lelaki itu menganggukkan kepala dan masih tersenyum. Indah sangat senyuman itu bang... "

Dan selepas itu Aisyah tersedar... Amir memberitahu Aisyah.. disaat Aisyah tidur itu..hampir bangun, dia terdengar Aisyah menyebut.. "Sallallahu alahi wassallam".. Dan diikuti jeritan kecil Aisyah memanggilnya. 

Badan Aisyah yang masih berpeluh-peluh itu dirangkulnya. Aisyah masih menangis teresak-esak. Sememangnya Aisyah tidak lekang melafazkan kalimah itu apabila nama Nabi Muhammad SAW disebut.

Aisyah pulih dari demam selepas peristiwa itu. Hati Aisyah terasa semakin dekat dengan Rasulullah SAW. Air matanya mengalir apabila teringatkan Baginda Rasul. Ia bukan hanya sebuah mimpi, tetapi satu perjalanan indah di luar sedar.

Apabila Aisyah mencari info berkaitan Rasulullah..bagaimana rupanya.. bagaimana ciri-ciri fizikalnya.. ternyata ia sama seperti apa yang Aisyah mimpikan.

Aisyah semakin rindukan Rasulullah SAW.

********************************************************

Entry kali ini..tiada gambar ye.. 
Selamat membaca dan mengambil iktibar dari perkongsian ini.

Segalanya milik Allah SWT.