Dalam perjalanan kembali ke tempat asal..

11 January 2014

Ya Rasulullah SAW

Assalamualaikum.

Telinga masih melayan Al Kulliyyah di TV3. Berkisar tentang Nabi Muhammad SAW. Allahuakbar! Banyak pesanan untuk umatnya. Antaranya Nabi SAW menyeru para suami berbuat baik pada isteri.
Baginda menyintai umatnya tiada tolak banding. Tetapi kita sayang ke pada Nabi SAW? Jika ditanya, mestilah jawapannya..SAYANG! Kan? Kalau sayang, kita buat tak apa yang Nabi SAW pesan? Tutup aurat. Solat 5 waktu. Pendek kata, taat pada Allah SWT sepanjang hidup kita ni. Kalau semuanya kita buat, memang benarlah kita sayang Nabi kita. Tapi kalau buat pun ala-ala kadar, sebenarnya kita tipu yang kita sayang Rasulullah SAW. Kita tipu diri kita sendiri. Kita tipu Nabi dan kita tipu Allah SWT.

Ibaratnya, kita sayangkan jam kita. Kita jaga dengan baik. Jam kita tak boleh terkena api, maka kita pun elakkan dari jam kita terkena api. Jam kita perlu disimpan di dalam bekas bertutup. Kita pun simpan jam kita di dalam bekas bertutup. Itu tandanya sayang. ‘Menjaga dengan baik’. Itu baru jam, inikan Rasul kita. Insan yang Allah SWT pinjamkan kepada kita untuk membawa kita dan menunjukkan kita jalan ke syurga.
Tapi, jika tak jaga seruan Rasulullah dengan baik.. tak ikut apa yang Baginda seru.. memang kita tidak layak untuk berkata kita sayangkan Baginda.

Ya Allah. Jika kita tahu betapa berharganya untuk menyayangi Baginda..betapa kasihnya Baginda kepada kita.. kita takkan tergamak untuk mengabaikan kasih sayangnya. Malah, kita mampu mengalirkan airmata kerana terlalui merindu Ya Rasul. ~ Ramai yang mengalir airmata kerana ditinggalkan kekasih yang entah doakan kita atau tak.. Tapi tak ramai yang mengalirkan airmata kerana merindui Kekasih Allah itu, yang memang sah-sah mendoakan kita dan sentiasa merindui kita. Kejam tak kita?

Info tentang kemangkatan Baginda Nabi SAW.

28hb Safar, Nabi Muhammad SAW telah jatuh sakit ketika berada di rumah isterinya Maimunah (giliran). Setelah bermuafakat di antara isteri-isteri, Baginda di bawa balik ke rumah Saidatina Aisyah RA. Ketika 12 Rabi’awal, Baginda mangkat. 

Di saat akhir sebelum nafas terhenti, Baginda meminta Aisyah mengambil sebekas air. Baginda memasukkan tangan kanannya ke dalam bekas air  seraya menyapu muka sambil berkata…

La ila ha illallah innal likul limautin sakaratt..

“Setiap kematian itu seksa (sakit)”

Itu kata Rasullullah SAW. Kematian itu sangat sakit. Ketika di ambang sakaratul maut, betapa seksanya ditanggung oleh hamba Allah ..jasad dan roh sedang berpisah. Rasulullah SAW sendiri juga merasai kesakitan. Baginda insan yang hebat. Insan yang sangat dikasihi Allah SWT pun merasai sakit, apatah lagi kita yang penuh berdosa ni. Punnn kita masih berlagak sombong,kan. Teruk tak kita? InsyaAllah, masih sempat berubah. Masih sempat bertaubat dan berusaha keras untuk menjadi hamba Allah yang taat.

No comments:

Post a Comment

Ada nak tanya apa-apa ke?