Dalam perjalanan kembali ke tempat asal..

1 November 2014

Meragut Nyawaku


Assalamualaikum Semua.

Alhamdulillah. Jumpa lagi. 
Tajuk atas tu macam ngeri kan. Itulah yang hampir berlaku. Nak kongsi pengalaman di sini agar rakan2 lain berhati2. Jangan ada yang gembira dikala saya sakit sudah la. Tak baik gitu..

Macam ni ceritanya..
Satu hari tu..dalam bulan Oktober baru2 ni.. saya ada meeting dengan seorang orangkuat NGO ni. Nak berbincang mengenai perniagaan dan akademi.. Maklum lah..mencari2 peluang untuk luaskan pasaran. Jadi, memang waktu dan hari dah confirm lah dengan si polan ni. Malam tu, selepas balik dari ofis..badan saya mulai gatal2. Asyik tergaru2 ..dan bengkak seluruh badan. Wooooo.. Gegata lah pulak.


Sebelum2 ni, kalau saya jadi gegata kena ambik injection dan okay dalam masa kurang 12 jam. Dan kadangkala kalau sikit2..saya biarkan aje. Tapi kali ni bengkak teruk. Mujur di muka takde pulak gegata naik. Saya cuba mandi air garam. Elok sekejap dan naik lagi teruk. Setahun, hanya dua atau tiga kali sahaja gegata ni singgah pada saya.

Dek kerana masuk hari kedua gegata makin teruk, saya pun ke klinik biasa untuk dapatkan rawatan. Tapi doktor klinik mintak saya terus ke hospital bahagian kecemasan. Oh.. Pulak! Kalut nih.. Jam menunjukkan pukul 9 pagi. Meeting saya dalam pukul 2 petang. Harap2 sempatlah saya dapatkan rawatan sebab memang ramai orang time tu. Sampai di bahagian emergency..saya pun cerita la..bla..bla..bla.. bla.. dan dirujuk kepada doktor. Dipendekkan cerita, doktor memberi suggestion..akan inject saya dengan hydrocort. Sejenis ubat alahan.

Ditanya bertubi2..apa saya makan.. apa saya pegang dll. Yoooo.. Doktor, saya tak makan pelik2. Saya hanya minum air kotak Dutch Lady dan biskut Tiger je .. Takkan lah ini tanda2 nak bertukar jadi harimau kot. Makan biskut Tiger.. terus jadi harimau. Naya lah camtu. Hehehehe. Dan selalunya memang pun gegata saya ni naik tanpa sebab. Haiyokk! Sangat suspens. Doktor cakap.. "Okay.. Ini unknown arlegic".. Ermmm.. Okay je la doktor. Saya dah tak tahan gatal ni. Apa2 je lah. Asalkan cepat sembuh. Dan saya diminta ke bilik rawatan.

Dicucuknya tangan kiri.. Huh! Jarum tak masuk. Memang saya ada masalah urat kecil. Tak muat jarum. Sekali lagi dicuba pula ditangan kanan. Fuhh! Sakit betul. Pun tak masuk sebab tak muat jarum. Saya dah bagitahu, tapi nak try jugak dengan jarum besar gedabak tu. Ermmmm. Akhirnya..nurse ambil jarum bayi dan dicucuk sekali lagi di bahagian lain, sebelah kanan. Sakitnya jangan cakap lah. Sebab time nak cucuk jarum di kiri dan kanan tu, bila tak berjaya masuk..digasaknya jugak. Sempatlah saya mencucurkan airmata kesakitan. 

Geram betul rasa hati. Dah tak muat..jangan la dipaksa2.. Sakit nih! Saya tolak tangan nurse yang tolong pegang2 tangan saya tu sambil cakap,  "Nak balik..nak balik.." Ehhhh.. Gurau je. Saya kata.." Nurse..tangan saya ni bekas kena operate. Jarum takkan dapat lalu ikut sini sebab ada kesan jahit". Barulah doktor dan nurse tadi berhenti tonyoh2 juga jarum jahat tu!

Akhirnya..setelah menggunakan jarum baby..Emmmm.. berjaya juga doktor tu memasukkan cairan hydrocort ke dalam badan. Saya diminta berehat sementara menunggu ubat 'jalan'. Lega rasa hati. Selesai sudah dengan 3 kali cucukan jarum.


Dengan esakan masih bersisa.. (sakit...) saya menunggu di luar bilik. Sempat berborak dengan seorang wanita yang menemani ayahnya tentang gegata dll. Eh!! Badan rasa segar.. Emmm..balik je kot. Saya pun bangun dan terus menuju ke pintu keluar wad kecemasan. Ye lah..Meeting kan tak lama lagi. Nak bersiap lagi, nak sediakan dokumen mana2 patut lagi.

Sampai dipintu kecemasan.. Ehh..Takkan nak balik macam tu je kan. Ubat? Yesss.. ubat sapu takkan doktor tak bagi.. Saya berpatah balik. - Haaa.. Inilah salah satu rahmat dari Allah Taala. Ada gerak hati. Patah balik sebab nak ubat sapu!


Sampai sahaja di depan bilik rawatan, muka saya menjadi panas sangat. Macam terbakar. Saya cepat2 ke sinki yang ada cermin muka. Ya Allah.. Muka saya merah padam. Tudung oren yang saya pakai tu, sama warna dengan muka. Ehhh.. Kenapa rasa tercekik ni..? Saya meluru ke bilik rawatan dan.. " Nurse..tolong..saya tak dapat bernafas.."... - Hanya dalam tempoh 10 minit..segalanya berubah.


Apa yang saya ingat..saya dibaringkan atas katil, tudung dibuka dibahagian dagu (saya yang kalut tolong buka sendiri).. doktor berlari mengambil oksigen dan dicekupnya ke muka saya. Saya rasa makin sesak nafas dan jantung macam ... ermmm.. saya rasa siapa yang pernah terkena serangan jantung..mesti tahu. Sukar digambarkan.

Waktu itu, yang saya fikir hanya.. solat saya.. eh pagi tadi solat tak. Ada tak ponteng solat.. Oh! hutang piutang saya.. keluarga saya.. takpelah..suami ada dan tolong uruskan... dan.. ehh! sempat lagi fikir.. mana malaikat maut.. Adakah dia datang dalam bentuk mesin.. bentuk orang .. bentuk menggerunkan dll. Ya Allah... Terasa ajal sangat dekat. Di dasar hati..saya redha andai inilah hari terakhir saya. Mata sudah tak mampu dibuka... 

Doktor dan nurse menolak saya dari bilik rawatan ke bilik kecemasan. Saya dah separuh sedar.. Macam blur2.  Bila saya sedar,  di dada saya ada berbagai alat untuk jantung, tangan dicucuk bersambung entah ke mesin mana dan doktor datang membawa satu jarum. Adrenalin! Saya perlu diberi adrenalin kerana..

1. Jantung saya tidak stabil - saya telah  mengalami anaphylactic shock yang boleh membawa maut.

2. Peredaran darah saya ke otak terganggu - boleh mengakibatkan kegagalan fungsi organ dalaman.
3. Tekanan darah saya turun dengan laju..



Aduh!! Seriusnya Ya Allah. Maka dalam longlai, saya hanya redha sahaja apa yang doktor buat demi keselamatan dan nyawa saya. 

Setelah hampir 4 jam di situ, saya dipindahkan ke wad.. dan memang saya perlu berehat. Barulah saya rasa bagaimana nak gerakkan satu jari pun tak mampu. Nak bernafas dengan baik pun kucar kacir jadinya. Barulah saya rasa.. nak bercakap pun susah. Dan saya rasa..biarlah bersalin 10 kali pun, saya masih sanggup. Berbanding apabila jantung menjadi kacau bilau. Bayangkan lah.. lubang hidung ada dua ni pun rasa macam tak boleh nak sedut oksigen sampai paru2.. dan terasa seolah2 nak ketuk dada dengan kuat agar dapat bernafas dengan sempurna. Ya Allah..



Allah masih sayangkan saya.. Meskipun jantung masih abnormal.. dan tekanan darah masih paras 90 /57.. saya dibenarkan pulang esoknya. Maka berehat lah saya di rumah.

Yang tak boleh dilupa.. saya cuba menelefon ayah.. Nak maklumkan pada ayah yang saya berada di wad.


Dalam keadaan nafas tersekat2,  saya katakan ..Ayah datanglah tengok saya di wad.  
Ayah membalas.." Itula..Makan kena jaga. Jangan makan yang gatai2.. Kan dah kena masuk wad"
Ohh.. Ayah tak faham..yang anaknya ni baru terlepas dari maut..


Saya menelefon suami.. saya katakan.. Abang..datanglah kejap..saya sakit..
Suami membalas.." Apa yang?? Kuatlah sikit cakap.. Abang tak dengar ni.. Bising.. Jap lg abang balik.." 


Alamak.. Suami tak dengar pulak. Mesti dia ingat saya suruh dia balik..sebab sangkanya saya dah balik dari checkup di klinik..

Saya menelefon pula emak.. Makkk..kakak sakit..datang hospital.

Emak membalas.. " Haaa?? Tak pa lah. Sat lagi doktor bagi ubat..baik la tuuu.. Makan salah tu.. Itu yang pucat je dari semalam.."
Aduhhh.. Mak pun tak faham... 

Memang saya tak boleh bercakap dengan baik. Nafas macam tak cukup... Itupun tolak2 perlahan2 handphone naik ke sisi muka.. dan toleh terus bercakap. Dial pun hanya dengan jari kelingking. Memang tak dapat nak angkat telefon dan bercakap huruhara seperti biasa.

Sempat lagi type di FB. Status terbaru - Risau kalau2 saya meninggal dunia tanpa sempat mintak maaf. Dengan satu jari, gigih menaip tanpa dapat melihat dengan sempurna. Maklumlah, handphone tepi muka. Hehehehe. - Cuba bayangkan... Terer kan. :D

Hampir pukul 3 petang,  barulah suami datang. Itupun setelah pihak hospital telefon dan kebetulan sepupu suami, seorang doktor di situ ternampak saya.. " Ehhhh..kakk.. Kenapa..??" Ermmmm.. nak cakap dan jawab kenapa ... kenapa macam mana nih. Semputttttt....


Alhamdulillah.. Saya hampir sembuh sekarang. Masih belum mampu berlari atau menyanyi. Eh. Saya masih rasa belum sihat sangat tetapi saya kuat semangat. InsyaAllah.

Dan moral dari pengalaman saya ni, alah pada ubat jangan dibuat main2. 

Setelah doktor menerangkan kenapa saya hampir kehilangan nyawa.. saya diberi kad arlegik pada ubat hydrocort dan memerlukan pemeriksaan terperinci di KL nanti. Ermmmm.. Allah duga kita dengan berbagai cara. 


Hanya kerana gegata..jantung saya hampir terhenti.

No comments:

Post a Comment

Kalau suka entri ni, berilah komen sikit. hehehe...