Adab dalam Ilmu itu terbaik!

22 May 2014

Apakah Kojic Acid?

Assalamualaikum... 
Kali ni nak tulis topik bahan mentah untuk kosmetik. Ewahhh! Ini semua adalah hasil carian google dan juga perkongsian dari rakan kongsi di Akademi Kecantikan Azalea - Puan Asyikin kita yg comel tu...

Jom baca.. (ada terma saintifik.. tak faham boleh cari di google ..)





Apakah kojic acid dan kegunaannya?


Kojic acid atau asam kojat memiliki nama kimia 5-hydroxy-2-hydroxymethyl-4-pyrone. Wow!! Susah benar nak menyebutnya. Okay.. Tak perlu hafal, Cuma perlu faham okay.. 

Asam kojic banyak digunakan sebagai bahan pemutih pada produk-produk kosmetik dengan konsentrasi penggunaan maksimum 1%. Ingat..!! 1% sahaja. Awalnya ditemukan di Jepun pada tahun 1990-an semasa proses fermentasi beras, contohnya semasa pembuatan sake. Asam ini memiliki banyak kegunaan. Tidak hanya sebagai bahan dalam produk kecantikan, tetapi juga digunakan dalam masakan di Jepun. Ermmm.. jangan pandai2 kita nak campur kojic acid ni dalam kerabu mangga ke.. daging masak hitam ke.. Bahaya tu. Kita tak tahu tahap kegunaannya .. dll.


Bagaimana ia bertindak sebagai agen pemutih kulit?

Asam kojic menghindarkan melanosis dengan cara mengganggu pengambilan oksigen yang diperlukan untuk proses “pencoklatan’ (browning) secara enzimatik. Metode spektrofotometri dan kromatografi menunjukkan bahwa asam kojic mampu mengurangi o-kuinon menjadi diphenols untuk mencegah terbentuknya hasil akhir aitu pigmen melanin. Sebab itulah ia banyak digunakan sebagai agen pencerah kulit dalam bahan kosmetik dan dermatologis lainnya. Ini bahaya saintifik ni.. Pening tak nak faham? Okay..macam ni. Penerangan mudahnya, Asam kojic ni mampu menghindarkan kulit menjadi gelap, berpigmentasi.


Apakah ia selamat digunakan?

Sebagai agen pemutih kulit, asam kojic tidak bersifat karsinogenik. Ouchhh.. Karsinogenik ni apa ya? Kasino tuuu.. biasa lah kita dengar. Ermmm.. Kasrinogenik ni adalah.. 

Dalam bidang patologi, karsinogen ialah agen-agen yang boleh mencetuskan pertumbuhan barah (kanser) dalam tisu hidup. Ini disebabkan oleh gangguan dan ketidakstabilan pertumbuhan sel yang tidak terkawal. Antara contoh-contoh karsinogen yang ketara ialah abestos dan asap rokok. Agen-agen radioaktif juga boleh diklasifikasi sebagai karsinogen seperti gelombang gama atau partikal alpha yang dikeluarkan.

Namun demikian beberapa orang yang kulitnya sensitif dilaporkan mengalami semacam dermatitis - sejenis alergi kulit yang bermula dengan gatal kemerahan atau iritasi. Untuk itu, kadang dalam krim yang mengandung asam kojic, dapat juga ditambahkan bahan lain sebagai anti alergi iaitu kortikosteroid topikal. Asam kojic ini menjadi semakin popular dan meningkat penggunaannya kerana memilik tahap keselamatan yang lebih baik berbanding hidroquinon. Bagi mereka yang sensitif terhadap asam kojic tentu perlu mempertimbangkan penggunaannya. Jangan sebab nak putih atau kulit cerah, kita sesukahati nak campurkan bahan ini dalam produk kecantikan.


Bagaimana penggunaannya?

Produk asam kojic selalunya digunakan untuk penggunaan topical (kulit), dalam bentuk lotion, krim, atau serum. Dos yang disyorkan adalah kecil, dengan maksimum skala 1% sahaja. Namun untuk mengurangi kemungkinan efek samping, produk kosmetik pencerah kulit perlu menggunakan konsentrasi ini sekitar 0.2%. Selain krim, kojic acid juga dimasukkan ke dalam sabun.

Jadi, hati2 lah nak guna kojic ni.. Bukan boleh sesuka hati nak masukkan ke dalam produk sekiranya kita tak boleh anggarkan dengan baik kuantiti bancuhan. Dan sebagai pengguna, kita juga kena hati2 dengan produk agen pemutih ni. Bimbang % yang digunakan melebihi dari sepatutnya dan menyebabkan kanser kulit.. 

Buat Sabun Homemade - Di Rumah

Assalamualaikum.

Sudah beberapa hari tak menjengah blog ini. Sibuk dengan menyiapkan tempahan sabun pelanggan. Nak tengok kecomelan Fancy Soap? Mari sini..kita kongsi gambar..

Fancy Soap ini milik Myizz Beauty ye. Kalau berminat boleh jengah FB ownernya Maiza Zainal. Opsss.. Siapa kenal Maiza? Mungkin ada juga yang mengenali beliau. Fancy Soap ini boleh melembutkan kulit, mengurangkan kesan minyak di wajah dan juga menghaluskan kulit. Harga? Ohhh.. Kena tanya tuan punya sabun ..Puan Maiza. 


Ermm.. Jom tengok sabun comel beliau..





Comel tak? Tentu secomel Cik Puan Maiza, owner Myizz Beauty.

Selepas belajar membuat sabun di rumah, ilmu ini boleh dipraktikkan untuk menghasilkan sabun yang comel, berkualiti dan mampu dijual kepada pelanggan. Bahan pembuatan tidak mahal berbanding dengan menghasilkan produk kecantikan yang lain. Sekejap lagi saya kongsikan antara bahan yang diperlukan untuk menghasilkan sabun ye.

Okay.. Seperkara lagi.. Setiap ekstrak yang ingin dicampurkan mestilah perlukan sukatan dan anggaran yang betul. Boleh datang belajar dengan Akademi Kecantikan Laara untuk hasilkan produk sendiri di rumah.

Kami membekalkan glycerin, olive oil, alcohol untuk sabun


Bekas sabun - Acuan yang berbagai saiz dan bentuk


Yang besar sekali tu boleh muat 100gram sabun ye..


Ini loofah.. bukan 'Lofa' ye.. :D


Soap base. Haaa.. inilah master mind nya.. Berkualiti dan terbaik. Nak order berapa kg, mesej saya.

Itulah antara bahan2 yang perlu untuk membuat sabun. Selain itu kami membekalkan banyak lagi bahan mentah untuk produk kecantikan seperti glycerin liquid, gluta, vitamin c, ibu putih, pewarna sabun, ekstrak kayu manis, cengkih dan sebagainya.

Sertai kami di Akademi Kecantikan Laara untuk belajar buat sabun dan lain2.

Page FB : Laara
Page FB : Kilang Produk Kecantikan Kuala Terengganu

14 May 2014

Kursus Buat Produk Kecantikan


Assalamualaikum.

Hai semua. Ramai benar yang mesej saya bertanyakan produk2 yang boleh belajar di Akademi Kecantikan Laara. Okay.. Saya senaraikan di sini produk yang kami ajar di dalam Kursus Buat Produk Kecantikan dan juga modul yang kami ada.

Nak belajar buat produk kecantikan ni mestilah secara berperingkat. Betul tak? Jadi, akademi memang sediakan berbagai modul untuk itu... termasuk cara buat sabun. Waaa.. cara buat sabun lah yang paling mendapat sambutan. 

Akademi Kecantikan Laara menyediakan Modul 1 hingga 5 untuk pelajar. Di mana ia diadakan mengikut pilihan pelajar ataupun akademi sendiri yang menentukan modul untuk pelajar. 

Modul yang Akademi Kecantikan Laara sediakan akan diberikan di bawah ini. Bengkel atau kursus belajar buat produk kecantikan ini melibatkan peserta / pelajar dari 15 orang dan lebih untuk setiap bengkel. - Belajar sampai pandai..konsepnya. 

Apa yang istimewanya..semua pelajar akan diserap masuk ke Group Khas - dah macam bunyi..gerak gerak gerak khas. Hehehe. Okay. Group ini adalah proses sambung belajar khas untuk semua peserta akademi. Tiada yuran dikenakan. Semuanya percuma.


Okay.. Selain itu, di dalam bengkel /kursus Akademi Kecantikan Laara adakan, lengkap dengan belajar teknik pembungkusan, tips penjenamaan dan teknik jualan / pemasaran. Sangat2 bermanfaat untuk peserta mengorak langkah menghasilkan produk sendiri atau menambah produk yang sedia ada. 






Modul 1 :

Sabun / Scrub / Loofah / 1 produk bonus

Modul 2 :
Shower bath / Bodt Lotion / Body Scrub - melt / 1 produk bonus

Modul 3 :
Foaming cleanser / Cleansing milk / Facial Scrub / 1 produk bonus

Modul 4 :
Make up Remover / Toner / Lips Balm / Moisturizer / 1 produk bonus

Modul 5 : 
Syampoo / Conditioner / Hair Tonic / Hair Mask / 1 produk bonus


Group Coaching juga diberikan kepada pelajar yang ingin belajar di dalam kumpulan kecil. Jumlah pelajar 4 hingga 10 orang untuk setiap kali bengkel. Senarai produk juga adalah seperti di atas.. di mana peserta boleh pilih dan menggabungkan produk walaupun berbeza modul. - keutamaan diberikan kepada Modul 1 dan Modul 2.

Bagi Personal Coaching, Akademi menyediakan kelas khas. Peserta yang diambil hanya satu atau dua orang untuk setiap kursus. Bayaran yang dikenakan juga berbeza. 

Untuk mendapat diskaun, boleh sertai Modul 1 terlebih dahulu kerana selepas bergelar pelajar di Akademi Kecantikan Laara.. maka, untuk modul seterusnya..layak mendapat potongan harga. :)
Bagi yang ingin mendapat produk percuma, cabutan bertuah untuk hadir ke kelas dan sebagainya, boleh Daftar sebagai Ahli di AKADEMI KECANTIKAN LAARA. www.laarabeauty.com

Okay.. Faham tak setakat ni penerangan saya di atas?




Sambung...

Akademi Kecantikan Laara juga membuat pakej belajar facial dan spa untuk Modul 1 dan Modul 2. Ia melibatkan rawatan muka, badan, kaki, tangan dan juga penggunaan mesin rawatan. 

Kesemua modul ini adalah di susun oleh pihak Akademi Kecantikan Laara. Kami berhak menukar produk di dalam modul jika terdapat sebarang kesulitan. **Pertukaran modul tidak melibatkan program yang telah dibayar. :) Jangan risau.

Jika ada pertanyaan lanjut, boleh sms /whatsapp ke : 013 533 9575 (talian hotline Akademi Kecantikan Laara)





Website      : www.laarabeauty.com
Page FB     : LAARA
FB Founder : Feirouz Azalia
Hotline       :  013 5339575 (SMS / Whatsapp)
Ibu Pejabat : CWI Laara Plt , Paya Keladi Kuala Terengganu
Kilang         : Kawasan Perindustrian Chendering, Kuala Terengganu
Cawangan   : Subang 2, Shah Alam
Admin AKL  : Cik Husni, Cik Mai dan Puan Asma


Sebarang pertanyaan, boleh ajukan ke FB atau mesej ke hotline kami. T. kasih.


13 May 2014

Kenapa Hina Janda / Ibu Tunggal ?

Assalamualaikum.

Pada asalnya saya nak menaip tentang aktiviti amal di rumah anak yatim pada June nanti, tiba-tiba ada seorang kenalan FB yang dah lama menyepi menghantar mesej di inbox. Mengambil masa untuk chat dengan akak ni sambil mulut mengunyah maruku..tangan membalas whatsapp.. Oh!! Macam la saya ada 6 tangan kan. Tak.... pepandai saya le nak ejas balas semua mesej sambil makan. Heheheh. Tup tup.. terima mesej panjang lebar dari seorang rakan.. Sibuk betul di pagi hari.

Kebetulan.. Kedua2 nya adalah ibu tunggal atau perkataan lain, janda.
Antara yang dibualkan..

1. Kenapa janda ni dipandang rendah?
2. Kenapa kami selalu jadi mangsa tipu?
3. Kenapa ramai suka mengambil kesempatan?
4. Kenapa jiwa kami tidak kuat?
5. Dll.

Banyak, kan.. Seperti biasa.. saya akan melayan 'tetamu' di inbox saya dengan baik. Ikhlas. InsyaAllah. Saya berikan mereka jawapan yang saya rasakan agak sinikal. tetapi ia adalah realistik. Ia adalah menurut pandangan saya. Pandangan kita mungkin berbeza..tetapi apa yang saya lontarkan adalah satu paradigma.. cetusan minda yang ulung. Errrmmm.... Sebenarnya saya nak bagitahu.. bahawa pendapat saya itu, tolonglah fikir betul2.. 


1. Biar dipandang rendah asalkan jangan meletakkan maruah diri kita rendah. Maksudnya, pandangan manusia lain usah kita pedulikan selagi kita tak letakkan maruah kita ke bawah. Jika kita dah jaga diri kita dengan baik..tidak tergedik2..tidak melaram bagai nak buat show..tidak kehulu kehilir dengan berfoya2.. tidak perasan cantik bagai dengan post di FB mulut juih2.. tidak bergaya seksi.. tidak bermulut celupar.. berbagai tidak lagi ... banyak nak taip.. jadi, nak risau kan apa. Kita tak buat perkara2 memalukan...Kita tak buat perangai perempuan murah..Jadi, kita tak perlu nak rasa susah hati jika dipandang rendah. Kerana..orang yang pandang rendah pada kita, belum tentu dia berada di tempat yang tinggi.. Belum tentu dia tidak melakukan kesilapan. Yang penting, kita sendiri. Sikap kita.. Usah jadi wanita bertaraf kasut.. Meskipun rupa kasut itu cantik, tetap tempatnya di kaki. 


2. Kerana ramai mengganggap menjadi J ( janda) itu lemah. Kenapa dikatakan lemah..? Kerana selalu bergantung pada oranglain. Ye la.. suami tiada. Mak ayah jauh. Nak bergantung dengan siapa lagi kan. Rakan2 terdekat lah yang patut dirujuk. Cuuumaaa..jika bertemu orang yang salah..itulah yang jadi masalah. Di dalam kebuntuan, perlukan pertolongan, ada yang ambil kesempatan. Perkara paling penting adalah - carilah rakan yang solat 5 waktu, menjaga aurat, akhlak baik dan keluarga baik2. Bukan tak boleh berkawan dengan rakan seksi, rakan dari keluarga kucar kacir... BOLEH! Jangan salah faham.. Tetapi, disebabkan keadaan diri kita pun perlukan panduan dan sokongan yang betul, maka pilihlah orang yang betul. Kadangkala kita dah sangka pilihan kita tu betul..rupa2nya tertipu juga. Ya Allah. Tak mengapa..jangan sedih. Kerana ia adalah ujian dari Allah. Kita dah usaha, tapi tetap terjebak.. maka, doa lah banyak2. Doa orang teraniaya ni Allah makbulkan.

3. Ramai yang suka mengambil kesempatan.. Betul! Bila kita berniaga, ramai yang tipu atau pergunakan kita. Bila kita kesusahan ramai yang datang membantu tetapi berniat serampang dua mata. Bila kita ada kewangan dan kerjaya yang baik, ramai mendekati..tetapi akhirnya memusnahkan kita. Perkara ni lumrah. Bukan hanya pada golongan J..tetapi juga berlaku pada wanita lain. Kerana itu, berbalik pada jawapan no 2.. pilihlah cara hidup yang betul, kawan yang betul.. Jika sudah berusaha, masih berlaku perkara yang tidak diingini..maka ia adalah dugaan dari Allah SWT. Bawa diri dengan cara yang betul dan berpakaian dengan betul. Bukan mengundang mata2 nakal untuk menatap kita. Kerana dari situlah terletaknya maruah kita, keselamatan kita dan sebagainya.

4. Jiwa tidak kuat? Kenapa? Ermmm... Perkara ini bermula dari dalaman. Kekuatan bermula dari dalam. Kerohanian. Jika kita hilang arah, hidup tanpa berpaksikan Allah, memang akan mudah lemah. Ya Allah. Lalui hidup ni dengan pandangan semuanya pinjaman. Pasangan pinjaman... harta pinjaman.. keluarga pinjaman dan semuanya pinjaman. Bercakap memang mudah. Saya tahu itu. Tetapi jika Allah turunkan ujian maha hebat pada kita.. kemana kita nak lari? ..nak bawa diri? Pergilah ke mana pun, dunia ini tetap milik Dia. Kembali pada dia. Renungkan sejenak..apa tujuan kita hidup. InsyaAllah..hati makin tenang..dan kekuatan datang dengan sendirinya.

Ini antara pesanan saya pada kedua rakan tadi. Bukan mahu tunjuk pandai..tetapi ia adalah pandangan jujur saya. Kita sendiri meletakkan diri dalam situasi yang bagaimana. Salah pilih rakan..salah pilih cara, memang akan menyusahkan kita. Jadi, pilihlah cara hidup yang betul. Kecantikan, kesenangan dan kepandaian tak mendatangkan apa2 makna jika kita sendiri tidak tahu menghargainya. Letakkan di martabat yang sepatutnya.. Jangan kerana berstatus J, kita jadi murah.. rendah.. gedik dan mudah. 


Meskipun tidak mendapat sokongan keluarga, tak mengapa.. ingatlah ..mereka hanya pinjaman. Kita tidak boleh paksa oranglain untuk membantu kita, menyokong kita atau bersetuju dengan kita. Apa yang perlu kita buat ialah dekatkan diri dengan Allah, dan lalui kehidupan ini dengan positif. 

Menjadi J bukan pengakhiran kehidupan. Selamat Berusaha Kawan2 ku.


~ Entry ini saya taip khusus untuk renungan kita bersama. Insyaallah, ambil manfaat darinya...abaikan jika ada yang silap pandangan. Wallahualam.


Dosa Mengaibkan Oranglain

Assalamualaikum.

Topik yang sangat besar skopnya. Dosa mengaibkan oranglain. Dosa mengumpat oranglain. Dosa memfitnah oranglain.

AIBKAN ORANG ----- >> Sedang bercerita baekkk punya tentang keburukan orang, secara automatiknya sedang mengumpat.
AIBKAN ORANG ----- >> Sedang bercerita penuh semangat tentang oranglain padahal entah benar entah tidak, secara automatiknya sedang memfitnah.

Ia berkait rapat. Semudah ABC untuk mengata perihal orang. Nak contoh.. Ok. Kita baca ni..


Di sebuah desa nan permai.. (intro biar ada seni..)

Sekumpulan sanak saudara sedang berkumpul bagi meraikan kenduri arwah. Rata-ratanya adalah wanita. - pakai tudung atau tidak...labuhnya tudung atau tidak.. cantik atau tua.. gemuk atau kurus.. boleh bayangkan sendiri ye. Okay..

Rancak kemain perbualan..

Mak Kembang : Mana si Rembulan. Tak balik ke dia kenduri macam ni..

Kesuma Ayu : Mana nak baliknye Mak Kembang oiii.. Sekarang ni kan dah jadi orang kaya..

Cempakasari : Ehh. Mana pulak kayanya. Aku dengar baru-baru ni kereta dia kena tarik.

Mak Kembang : Mana kau tahu? Kau nampak ke?

Cempakasari : Adaaa la orang bagitahu.. Takkan orang tu nak tipu. Member ofis dia.

CikSu Wangi : Laaa.. Hari tu elok je saya jumpa Rembulan kat Mydin. Katanya beli barang nak balik kampung. Kemain bergaya lagi.. Rupanya sengkek...

Kesuma Ayu : Wah! Kau kena tipu la tu. Kalau betul..mana dia nyerrr? Tak balik kan..kan..

Mak Kembang : Eh.. Dia memang suka tipu.. Duluuuuu.. dulu la.. dia pernah tipu Mak Kembang ko ni haaa..

Cempakasari : Dia tipu apa?? Cepat la citer..cepat la..

Mak Kembang : Dikatanya aku ni buat cerita tentang dia putus tunang tu la..Kan tunang dia tu penagih dadah. Padahal mana aku buat cerita.. Dia yang bercerita pada oranglain.

Cempakasari, Kesuma Ayu, CikSu Wangi : Apaaaaaaaaaaaa??!!! Penagih dadah????


Nampak?? Nampak..??

Sebenarnya ia adalah perbualan tentang Rembulan yang tak balik ke kenduri arwah. Tetapi akhirnya cerita tadi menyebabkan perbuatan mengumpat, memfitnah dan mengaibkan berlaku.

Soalannya di sini..

Kenapa ia berlaku.. ? - Cuba fikir sendiri. Saya taknak ulas.
Berdosa atau tidak? Oh!! Okay.. " Kita bukan Tuhan nak hukum orang berdosa atau tidak.. Baiklah..


Baca dan faham petikan di bawah ini..

"Jauhilah kamu daripada sangkaan kerana ia sedusta-dusta bisikan hati, janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, janganlah kamu mendengar-dengar cerita orang, jangan kamu berlumba-lumba untuk menunjukkan kekuatan di antara satu sama lain, jangan kamu dengki-mendengki, benci-membenci, bermusuh-musuhan dan jadilah kamu semua hamba Allah yang bersaudara."
(Hadis Riwayat Imam Malik, Bukhari, Muslim dan Abu Daud)


Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.
(Surah al-Hujurat, ayat 6)


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Kita tidak menghukum orang itu ini salah, tetapi ia termaktub di dalam Quran dan Hadis bahawa sikap yang demikian adalah tidak disukai Allah..Tidak masuk syurga. Tak takut ke? Kita ni kadangkala mulut laju dari fikiran. Bercakap tanpa sempadan. Heheehee.. Nak pergi Bukit Kayu Hitam, terlajak sampai Danok. Boleh??? Salah, kan.. Kena ada passport. Kena melalui imigresen. Kena ada IC. Di dunia pun sudah ada undang2..apatah lagi hukum Allah.. Dunia milik Allah. Helloo.. kita hanya menumpang. Penumpang yang bakal turun dari kenderaan bila sudah sampai destinasinya.

Tipu lah kalau dikatakan saya ni tak pernah kena kutuk, kena maki, kena fitnah, kena aniaya, kena khianat, kena tipu, kena aib, kena tohmah dan lain2. Semua tu dah dirasai. Menangis aje la yang boleh dibuat. Mengadu pada Allah. Solat banyak2. Mintak dengan Allah betul2. Biar Allah mengadilinya. Nak pergi serang balik..arghhhhh..tak kuasa. Sebab apa??? Takutt?? Tak takut... Cuma sebab saya bimbang mulut jadi berpuaka. Nak sebut baik2, tanya baik2.. alih2 kita pulak yang maki orang. Bukankah ia sangat sangatlah tidak baik..


Sabda Rasulullah SAW : Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, mka hendaklah ia berkata YANG BAIK ATAU DIAM.
Riwayat Bukhari dan Muslim


Jika kita ada rakan yang gemar bercerita perihal oranglain - tak kira la dia comel macam Irma Hasmi pun.. atau dia hebat macam Siti Nurhaliza sekalipun, cuba lah nasihat dia agar jangan mengaibkan oranglain. Berdosa..

Itu jika rakan kita.. tapiiiiii kalau kita sendiri suka mengata orang, fitnah orang, aibkan orang... macam mana pulak? Mula2 sekali adakah kita perasan sikap kita macam tu..? Tentu tidak kan... Kalau ada pun, kita tetap rasa kita betul dan benar. Oranglain yang salah. Okay..Mari kita ubah mentaliti kita.. Ubah sikap kita. Apa yang perlu kita buat ialah..

1. Bila mula nak cerita hal buruk orang.. terus bayangkan ulat sedang gigit kita dalam kubur yang gelap.
2. Bila nak buat cerita tentang oranglain.. - saja nak tokok tambah agar orang yang kita tak suka tu turut dibenci oranglain.. maka, terus bayangkan yang kubur kita nanti penuh ular besar dan kita bakal dibelit juga akan dipukul dengan kuat oleh malaikat sampai patah riuk.
3. Bila kita mula nak malukan orang.. dengan cerita bukan2 dan rekaan .. bayangkan nanti.. badan kita dihimpit tanah sampai patah tulang semua...dengan gelap dan busuk lagi kubur kita..Bayangkan.

Itu tipsnya.. Jika masih tak takut.. Wooooo!! (sila tepuk untuk diri sendiri).. AKU HEBAT.. Cuba sebut... AKU HEBAT. Hebat betul la kita sebab tak takut. Maka.. teruskan lah buat dosa. Biar nanti terseksa. :(

Nauzubillah.

Coretan kali ini adalah pesan memesan pada diri sendiri dan juga boleh dikongsikan kepada kawan2. Jom lah kita berubah. Sangat berdosa mengaibkan oranglain.

Wassalam.

12 May 2014

Belajar Buat Sabun Cantik - Sabun HOMEMADE

Assalamualaikum.

Penat betul seharian menguruskan hal pindah barang ni. Walaupun dari sini ke sana sahaja..dan dari sana ke sinun, tetapi tetap feloh2 membasahi baju. Sudahnya nak buat sabun tempahan tertangguh.



Petang dah tiba.. maka dikerahkan lah tenaga pekerja yang ada untuk menyiapkan tempahan. Bukan banyak pun, tetapi perlu disiapkan untuk dibalut cantik..

Ermmm.. Nak belajar buat sabun cantik tak? Akademi Kecantikan Laara ada ajar berbagai modul untuk produk kecantikan. Tenaga pengajar memang terlatih oleh chemist bertaraf international. Kalau nak beli material produk kecantikan, memang ada AKL bekalkan.. Mudah kan. Lepas belajar, beli pun dari tempat yang sama.

Belajar buat sabun cantik ni bukan susah sangat pon.. tetapi teknik dan skill kena betul. Jika untuk sabun khas kulit, perlu kenalpasti bahan dan juga sukatan. Yang itu kena belajar dengan kami dulu. Hehehe. Teori dan praktikal. Boleh la jengah Page LAARA di FB.

Jom tengok gambar sabun cantik... 


Oh ya! Di dalam bekas yang merah tu, scrub muka. Boleh guna untuk badan. Semuanya adalah produk homemade. :)





Dua keping gambar dulu.. lagi 3 tak dapat dimasukkan. Line internet sangat 'siput' malam ni.. Hehehe. :)

10 May 2014

Akademi Kecantikan Laara


Assalamualaikum. 

Waaa..Tajuk tentang Akademi Kecantikan Laara ni akan mengungkap tentang program dan apa yang kami sediakan kepada yang berminat untuk belajar tentang kecantikan.

Diasaskan oleh saya sendiri yang mana setelah hampir 9 tahun di dalam bidang kecantikan ini, maka.. saya beranikan diri ..( bukan bermakna penakut ye sebelum tu) untuk membuka sebuah Akademi yang bertujuan untuk melahirkan usahawan kecantikan bermula dari modal yang sangat rendah.

Di dalam Akademi Kecantikan Laara ini, pelajar akan diajar cara membuat sabun, cara membuat scrub, lips balm, syampoo, lotion dan sebagainya. Banyak modul yang kami sediakan untuk pelajar.

Bayaran yang dikenakan sangat berbaloi. Malah semua peserta yang mengikuti program kami berpuashati dengan info yang diberi. Selain mengajar membuat produk kecantikan, kami juga mengajar bagaimana mahu membungkus produk tadi dengan kos rendah, sesuai dan mengikut tema. Kami memberi ilmu tentang pemasaran produk untuk semua peserta. Sebelum ini, mungkin ada peserta yang pernah menjalankan jualan dan pemasaran di talian, tetapi sasaran jualan tidak mengena..maka di bengkel ini kami akan berikan tips2 yang diperlukan. Nak kelas pemasaran lebih lanjut.. punnnnn..kami sediakan. Caj yang sangat sangat sangat murah tetapi berbaloi.

Gambar : Komen dari peserta Akademi Kecantikan Laara






Tidak cukup dengan bengkel yang Akademi Kecantikan Laara buat, peserta kami ini akan terus menyambung belajar di dalam Group Rahsia di facebook. PERCUMA. Tiada had dan bayaran. Sangat menarik jika bergelar peserta AKL.

Gambar : Akademi Kecantikan AKL akan mengajar bagaimana nak hasilkan sabun super cantik ini. Jom belajar cara buat sabun dengan AKL! :)









Geram tak tengok? Nak belajar di internet banyak..tetapi nak hasilkan sabun yang berkualiti dan khas untuk kulit, lebih baik datang ke kelas. Teori dan praktikal .. ! Hasil dalam bengkel tu, boleh bawa balik.. :)


Gambar : Peserta bebas bertukar idea, belajar sampai puashati dan kalau ada lagi soalan..kita sambung belajar di Group Rahsia AKL. 








Berminat nak belajar dengan Akademi Kecantikan Laara untuk cara membuat sabun dan produk kecantikan lain? Boleh SMS / whatsapp di nombor Hotline ini :014 511 2535 /  019 3092791 atau buka Page Fb : LAARA.

Sekian .. Nanti jumpa di lain entry. Assalamualaikum. :)