Dalam perjalanan kembali ke tempat asal..

30 September 2011

Kacang Botak dan Aiskrim Batang

Haaaaaaa..! Siapa tahu apa itu kacang botak? Adakah kacang yang telah kehilangan rambut? (sejak bila kacang berambut?) Kacang botak ialah kacang bersalut tepung dan digoreng. Memang sedap.

Aiskrim batang pula atau dikenali dengan nama aiskrim Malaysia memang sedap. Boleh dibuat perasa milo, nescafe, teh susu, asam masin, jagung dan lain-lain.

Masa saya kecil-kecil dahulu, setiap petang akan ke sekolah agama. Jarak dari rumah nenek ke sekolah agama mengambil masa 30minit berjalan kaki. Jauhkan... Tetapi masa budak-budak, perjalanan yang jauh itulah yang paling thrill. Boleh bergurau senda dengan rakan-rakan yang sama berjalan kaki. Boleh singgah di kedai untuk membeli mainan (kebanyakkannya mainan yang tak berfaedah).

Waktu ini lah minat berniaga itu timbul. Apabila melihat kawan-kawan kehausan apabila sampai di sekolah agama jadi saya nekad untuk memulakan perniagaan kecil. Waaahh!! Aiskrim batang bermain difikiran. Saya meminta pertolongan nenek untuk membuat aiskrim ini. Kadangkala ada juga emak tolong buatkan sekiranya dia pulang bercuti. Berbagai-bagai perisa yang saya jual. Satu batang hanya 10 sen. Murah kan?



Saya akan balut dengan berlapis-lapis suratkhabar lama dan meletakkannya di dalam beg plastik tebal. Selalunya saya akan membawa 30 batang aiskrim ini. Kadangkala jualan habis. Kadangkala berbaki 5 batang. Ermmmm.. 5 batang itulah 'mangsa' saya di dalam perjalanan balik dari sekolah agama. Hehehehe! Ibarat kata nenek saya, ' Jualnya gah, untung tak nampak'. Hahahahah!

SEBAB : Keuntungan jual aiskrim tu hanya dibelanjakan oleh saya tanpa diberi kepada nenek. Waaaaa!! Saya seorang budak kecil yang 'kaya' waktu itu.

Selepas saya berjaya menjadi 'peniaga aiskrim yang berkaliber', saya mula merangka penambahan produk. Nenek mula 'bising-bising' kerana pelajaran sudah merosot. Tetapi saya tak peduli! Saya mempunyai impian mempunyai 'pendapatan harian' sebanyak RM5.00. Waktu itu, jumlah RM5.00 banyak tau!.

Saya memujuk nenek membuat kacang botak. Waaaa! Sebungkus kacang botak saya jual 20 sen. Sedap sangat kacang botak buatan nenek. Dalam sehari saya akan bawa sekitar 30 bungkus hingga 50 bungkus. Pelanggan tetap saya adalah budak dari Darjah 4 hingga Darjah 6. Saya semakin sibuk berniaga.



Waktu belajar pun saya masih sempat mengira duit jualan... ( inilah salah satu sebab saya gagal banyak subjek di sekolah agama). Ustaz sering menegur saya yang sentiasa masuk lewat ke kelas dan keluar awal dari kelas. (nak dapatkan pelanggan dengan cepatlah katakan). Tetapi saya hanya tersenyum cantik.. (perlu nampak cantik, agar ustaz kasihan dengan impian budak yang cantik... hehehehehe..)

Bila dikira-kira, jualan saya kadangkala mencecah RM8.00 sehari. Dan kesemua duit itu adalah kepunyaan saya!!! Waaaaaaa!! Saya semakin rakus 'membeli belah'. Antaranya ialah kuaci, keropok chikedis, air sarsaparila dan macam-macam lagi makanan yang tidak berkhasiat.

Nenek sudah makan hati. Heheheh! Cucunya ini masih tiada penyesalan. Malah semakin rancak ingin menambah produk. Saya meminta nenek membuat karipap mini pula. Tapi kali ini saya hanya sempat berniaga karipap mini selama 1 minggu sahaja.

Emak balik ke rumah nenek dan saya telah dipanggil mengadap. Oh Tuhan! Ehem.. Emak saya seorang yang garang dan tegas. Disiplin adalah perkara penting dalam hidupnya. Saya diberi berbagai-bagai amaran termasuk di berhentikan sekolah. Huhuhuhu! Waktu itu saya menangis tergolek-golek (ye ke?).. Nenek pula yang pada asalnya memang geram dengan sikap saya, mula membela cucunya ini.

"Sudah lah tu.. Jangan lah marah dia. Dia bagus..rajin... Budak-budak bukannya faham sangat kalau marah-marah macam ni" , kata nenek.

Saya rasa kembang di dalam hati.

Emak mula menunjukkan wajah tidak puas hati.. Akhirnya kata sepakat dicapai. Saya hanya diberi tempoh tinggal dengan nenek untuk tahun itu sahaja. Selepas itu, emak membawa saya pindah ke rumahnya di Pulau Pinang. Kasihan nenek. Nenek mesti rindukan saya nanti.

Saya mula merasa emak kejam. Tergamak emak meninggalkan nenek keseorangan.. Tetapi akhirnya setelah saya masuk ke sekolah menengah, barulah saya tahu, tindakan emak adalah untuk kebaikan saya. Semuanya kerana saya manja keterlaluan dengan nenek.

1. Nenek benarkan saya ponteng sekolah untuk mengikut nenek berjalan-jalan jauh. Kadangkala 3 hari saya tidak ke sekolah. ~ Best kan!!!

2. Nenek memakai semua barang kemas di badan saya. Rantai, gelang tangan, gelang kaki, cincin, anting-anting seba lengkap. Biarpun cikgu di sekolah memberi amaran tetapi nenek cakap, 'biarlah! cucu makcik!'..  ~ Hehehehe! Comelkan ada banyak barang kemas di badan.

3. Nenek selalu menyuruh saya tidur di rumah kawan-kawannya. Kata nenek, " Tokwan cuti malam ni (Datuk saya). Kakak pergi rumah Neklong ye. Teman Neklong tidur. Malam ni Neklong tidur sorang". = Neklong ialah kawan nenek yang berselang 2 buah rumah dari rumah nenek.
~ Best tau tidur di rumah Neklong sebab dia rajin bercerita dan masak sedap-sedap.

4. Nenek tidak marah saya berjalan-jalan ke rumah jiran. Biarpun tidak dibenarkan bermain pondok-pondok tetapi saya boleh main teng-teng, zeropoint dan lain-lain. Nenek tidak marah kalau saya pulang lewat asalkan sebelum Maghrib.
~ Hanya inilah pengalaman terindah yang saya ada dalam bab berkawan sebab sebelum itu saya memang tidak dibenarkan keluar rumah dan bermain-main. Hehehehe...

Dan..ianya berakhir..selepas saya mengikut emak berpindah ke Pulau Pinang. Hanya sempat tinggal dengan nenek 4 tahun di waktu saya bersekolah rendah. Tiada lagi kemanjaan saya pada nenek. Dan bermula fasa baru saya bersama ' guru disiplin di rumah' itu. Huhuhuhu!

Bila dah besar, saya faham dan berterimakasih dengan tindakan emak. Nenek pun tidak pernah menyalahkan emak dan saya. Yang paling best ialah setiap minggu nenek akan ke rumah saya. Hahahahahaah!!! Degree kemanjaan meningkat lebih mendadak!

No comments:

Post a Comment

Ada nak tanya apa-apa ke?