Adab dalam Ilmu itu terbaik!

26 August 2012

Serba Serbi

Assalamualaikum.

Lama benar saya tidak menulis di entry blog saya ni. Bukannya sibuk sangat pun..cuma setiap kali ingin menulis, ada hal lain yang perlu diselesaikan.

Raya sudah berlalu.. Tapi tak lewat lagi kan untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang mengenali. Mohon maaf zahir dan batin.

Saya beraya di Terengganu tahun ni.. Haaa..Nanti saya akan masukkan gambar-gambar menarik di sana. Agak lama kami habiskan masa di sana. Cukup 1 minggu. Gembira sangat. Syukur pada Allah SWT kerana mengurniakan saya sebuah keluarga besar yang hebat dan baik-baik belaka. Tidak sesekali mereka menyombong diri. Melayan saya dengan baik.. dan biarpun saya agak 'terpencil' kerana mereka semua bertudung labuh...Hehehe.. InsyaAllah..selepas ini, saya akan menutup aurat dengan sempurna..dan makin sempurna. Kehadiran kakak-kakak ipar yang baik hati, menjamu saya dengan berbagai hidangan..membuatkan berat saya bertambah 2 3 kg sepanjang beraya di sana. 

Oleh kerana kami hanya bermalam di apartment kecil kami yang hanya ada keperluan asas, maka jemputan dari adik ipar yang berada di bangunan yang sama tidak kami lepaskan. Hehehe.. Makan malam di rumahnya.. Alhamdulillah.

Pendek kata, saya gembira sangat di sana.


Dannn.. saya juga bermimpi sebanyak dua kali.. Mimpikan seseorang.. Ermmm.. Sungguh tidak menyeronokkan saya. Seolah-olah baru semalam saya berjumpa dengannya. Moga-moga dia baik-baik sahaja. Juga semakin sukses dalam kerjayanya sepertimana impiannya yang pernah diperkatakan kepada saya satu ketika dulu. Ehem! Kata nak bagi duit raya kat saya.. Mana??? Manaaaa? Hehehehe..


Dalam kemeriahan raya kali ini, tahun ini adalah tahun ke 3 kami beraya tanpa nenek.. Teringatkan arwah nenek, menimbulkan berbagai nostalgia dalam jiwa saya. Rindu yang tiada berpenghujung. Semoga nenek tenang di sana.. InsyaAllah.

Saya ingin masukkan berbagai gambar untuk entry selepas ini.. Tunggguuuuuuu... :)





13 May 2012

Hari Lahir Tanda Tua atau Muda?


Apa ada pada angka? Ada nombor lah pada angka, jawab seorang budak berusia 10 tahun. Jika ditanya pada saya angka tetap memainkan peranan jika dihitung dari ‘persembahan’ dan ‘pengabdian’ diri pada Allah SWT sepanjang hidup kita.

Selasa ini adalah ulangtahun kelahiran saya.. Yang ke berapa? Hahaha.. Hampir 40 tahun. Hehehehe.. Saya rasa 15hb 5 sangat cantik angkanya. Wah! Mentang-mentanglah ia tarikh lahir saya kan. Hehehe.



Untuk saya sendiri, tiada istilah muda dalam hidup bagi kita menyediakan bekalan untuk mati. Mati datang tanpa mengira usia. Sehari saya meniti usia, terasakan nikmat yang tidak terhingga yang Allah berikan. Allah sangat sayangkan saya. Tetap memberi satu hari lagi untuk saya beribadah dan bertaubat padaNya. Saya juga kadangkala alpa.. Terhanyut dengan kesibukan dunia..sedangkan jika kita telah berhenti bernafas yang boleh membantu kita salah satunya adalah amalan soleh. 

Banyak ke amalan baik yang telah saya buat? Hanya Allah yang layak menilai. Setiap hari niat untuk berbuat baik dan semakin baik, membara. Tetapi seringkali saya tewas dengan nafsu sendiri. Sibuk lah.. Mengantuk lah.. Penat lah.. Sekejap lagi lah. Malu kan pada Allah. Saya sering rasa takut akan kematian kerana memikirkan belum bersedia. Tetapi jika ia telah datang diambang pintu..bagaimana ingin saya menghalangnya. 



Ulangtahun kelahiran bukan sahaja gembira memotong kek dan ‘celebrate’ bersama-sama keluarga, malah ia adalah tanda usia semakin meningkat dan perubahan drastic perlu dibuat. Tiada lagi istilah berubah secara perlahan-lahan .. Maut tidak datang perlahan. Ia juga tiada ditangguh pun walau sesaat.

Itu lah jawapannya ‘apa ada pada angka’. Angka adalah sebuah perjalanan kita dan diri kita yang dipinjamkan oleh Allah Taala. Adakah kita sedar diri atau semakin hanyut dengan penambahan angka kita. Tanya lah diri.. jawapannya sentiasa berbeza antara kita.

Tetapi..

Jika ditanya apalah ada pada angka, dalam konteks hubungan sesama manusia. Ia adalah nombor yang menunjukkan usia kita. Itu sahaja. Kita tak perlu menjadi tua untuk menikmati kehidupan gembira dengan pasangan dan anak-anak. Kita tak perlu menjadi muda untuk berlari-lari bersama anak-anak di taman. Kita tetap diri kita biarpun berapa usia kita. Menikmati hari indah bersama keluarga. TIada wujud tua dan muda jika kita ingin menikmati hidup yang gembira dan semangat untuk berjaya berkobar-kobar. Kita tidak tua untuk berusaha dalam kerjaya. Kita tidak tua untuk bercinta dengan suami atau isteri. Kita tidak tua untuk melayan karenah anak-anak. 



Digabungkan antara rasa tua untuk abadikan diri pada Allah Taala dan rasa muda untuk menggembirakan keluarga, jadilah diri kita seorang yang bijak berperanan.

Rasalah diri itu semakin tua di setiap hari lahir agar kita lebih insaf dan taat pada Allah SWT. Rasalah diri itu muda untuk kita bekerja dan menggembirakan keluarga. 


11 May 2012

Rindu Rasanya

Assalamulaikum kepada pembaca setia blog saya.. (Hehehehe.. Ada ke pembaca setia blog yang 'kerdil' ni?).. 

Rasanya dah lama sangat sangat sangat saya tak update blog. Bukannya apa..Laptop saya dah rosak dan sekarang hanya menggunakan laptop mini aje.. Nak hantar ke kedai baiki, belum berpeluang lagi. Mungkin lepas ni nak beli desktop yang lebih besar skrin nya.. Mudah sikit nak buat kerja ..melayan facebook dan menaip cerita ceriti di blog. Kalau laptop kecil ni faham-faham saje lah kan.. Mata ni dah tua..rabun dah nak tengok font halus2 kemetot ni.. Hehehe..

So.. ini entry untuk saya warm up agar jadi rajin berbelog2 untuk mengasah bakat terpendam mengarang... Hehehehe.. Yeah!!.. Sementara nak asah bakat.. jom tengok gambar niii... (^_____^) .. Semua gambar yang buat saya geli-geli hati jantung paru-paru segala...


Signboard hijau ini menunjukkan arah naik ke bulan. Hehehehe... Ada yang berhajat?


Aduh!! Ada sesiapa yang ada timetable macam ni? Hehehe..



Haaaaa!! Fahamkan sign atas ni..? Hehehehe.. Make sure jangan berbunyi la ye...



Yang ini paling perluuuuu berhati-hati. Hahaha! 








18 January 2012

Impian dan Ketinggian

Assalamualaikum.

Sambil menunggu lepat pisang masih dikukus.. (pertama kali membuat lepat pisang).. (^___^), saya 'berjalan-jalan' di internet ini tanpa tujuan. Singgah gambar itu..snggah gambar ini..

Tiba-tiba saya terasa ingin bercuti ~ Tempat pilihan saya bukanlah di negara-negara Barat sebaliknya saya tertarik dengan Beijing! Dengan kos perjalanan yang murah, barang-barang yang ditawarkan sangat murah, winter yang mengujakan, Tembok Besar China (dah lama berangan-angan nak panjat tangga demi tangga) dan macam-macam lagi perkara menarik hati. 


Saya nak merasa mengepal sajli.. Waaaaa..

Saya juga ingin ke Egypt. Macam best.. Ehem! Lagiiii? Kashmir... Lagiiii? New Zealand (pemandangannya sangat cantik!).. Lagiiiiii?? Dan tentu sekali saya ingin ke Tanah Arab. Mekah dan Madinah. Kali ini bukan sahaja ingin bercuti, tetapi saya ingin menunaikan Rukun Islam ke 5. 


Indahnya!!! Ya Allah, murahkan lah rezekiku ..Permudahkanlah segala urusanku di dunia dan akhirat. Amin.


Wah!! Banyak kan tempat idaman saya. Cumaaaa.. saya sangat-sangat bermasalah di dalam perjalanan yang jauh kerana saya ----> GAYAT! Saya tidak dapat berdiri lama di koridor bangunan biarpun hanya berada di tingkat 1. Saya mengigil apabila menaiki lift di Pan Pacific bersebelahan dengan PWTC kerana.. liftnya berada di luar bangunan dan berdinding kaca!! Saya pernah menempuh perjalanan udara sekitar Malaysia.. dan saya tidak berani memandang ke luar tingkap. Malah hampir mengangkat kaki kerana sangat-sangat rasa "tergantung".

Bagaimana hajat ingin bercuti ini ye..? Mungkin dengan adanya En Love di sebelah dapat menghilangkan sedikit gemuruh saya di tempat tinggi. Atau saya hanya membatukan diri sepanjang perjalanan .. ~ Kalau perjalanan sehingga 6 jam? Hehehehe.. Betul-betul saya bertukar menjadi batu nanti.

InsyaAllah. Saya ingin pergi ke tempat idaman saya bermula tahun ini dan mengenepikan perasaan gayat saya itu dengan drastik. Mampukah? Hahahaha! Saya kurang mempercayai diri sendiri. 

Suatu ketika dulu, saya telah ke Langkawi dan menempuh perjalanan udara seorang diri. Oleh kerana saya seorang yang gayat dan tidak mahu duduk di tepi tingkap, maka Allah turunkan ujian.. Hehehe! Tempat duduk saya betul-betul tepi tingkap. Saya mula rasa mengigil. Alahaii.. Datang seorang wanita dan lelaki pertengahan umur dan duduk di sebelah saya. Saya memandang dan berbalas senyum. Sekadar menutup rasa debar yang menyesakkan dada.

Eh! Saya toleh sekali lagi. Khatijah Tan rupanya. Ehem! Mujur bukan Pierre Andre sebelahnya. Kalau tidak, saya tentu akan semakin beramah mesra .. (dengan ibunya..) Hehehehe!  Semasa flight mula take off.. tiba-tiba saya lihat Khadijah Tan memejamkan matanya dan kakinya diangkat sedikit.  Suaminya memegang erat beliau. Wahhhhh!!!! Saya yang sememangnya penggayat ini terus hilang kegayatan akibat asyik melihat mereka berdua. Hehehe.. " Owhh.. Dia macam aku rupanya.." ungkapan di dalam hati.. Sedar-sedar kapalterbang dah stabil di udara.. Huhuhuhu.. Untie Khadijah tersenyum memandang saya.. Hehehe.. 

              Cute je kan. Dan dia seorang yang berbudi bahasa. :) ~ Saya suka lakonan Untie Khatijah ni.


Pasangan ini sangat romantik dan cute . Saya semakin rasakan dia cute apabila dia mencuit saya dan bertanya, " Adik ni, adik kepada penyanyi ************ tu ke? Suami I tanya sebab dia cakap nampak hampir sama muka dengan penyanyi tu.. "... Waaaaaaa!! Saya ditimpa perasan seketika. Terlupa yang saya sedang menaiki kapal terbang dan perlu pura-pura tidur.. Hehehe.. Malunya saya. 


Ooohhhhh!!  Inilah ******  itu. Sama kah kami berdua..? Hehehehe.. Pengsan En Love saya nanti kalau baca entry ini. (^____^)

Kalaulah ditanya saya apakah perasaan saya ketika berada di tempat tinggi seperti itu ----> apa yang terlintas difikiran ialah, 'aku sedang terawang-rawang..tanpa tali.. tanpa tiang.. kalau ditakdirkan aku tercampak ke bawah.. maka... ' . Itulah perasaan seorang gayat seperti saya.

14 January 2012

Berbagai Cerita Bergambar

Entry ini hanya penuh dengan gambar. Berbagai cerita di sebalik gambar.. :))



Hasil kreativiti mak yang penyabar. Sabar kerana setiap hari mengait berbagai-bagai jenis beg/ bunjut untuk kami. Mak sedang menyiapkan cardigan saya. Kalau dah siap nanti, saya akan upload. Tapi rasanya agak lambat sebab warna benang yang digunakan belum sampai stok baru di kedai..  :(



Bersama kawan-kawan di Restoran Citarasa Bonda, KL. Menikmati menu baru di restoran kepunyaan Zack ni.. (tiada dalam gambar). Harganya sangat berpatutan dan rasanya memang lazat.



Ini Mee Bandung di Citarasa Bonda. Ini menu yang saya pesan. Fuh!!! Licinnn.. Rasa udangnya sangat mabales!! 



Dalam perjalanan ke Kuala Terengganu. Singgah di Kemaman. Menikmati makanan lazat di sini. Memang sedap dan murah!


Menu pilihan kami telur bistik, sotong goreng tepung, ayam masak lada dan daging masak merah (tiada dalam gambar). Kami makan bertiga dengan berselera sekali sebab makanannya sedap! Semua hidangan ni cuma berharga RM 25.00 sahaja termasuk air.!! Murahkannnnn... 



Cincin!!.. (^____^) ~ pilihan En Love .. Saya hanya melihat cincin ini buat kali pertama semasa pernikahan kami. Wah!! En Love pilih sebentuk cincin yang sangat cantik. Barulah nampak lebih berseri jari saya yang kurus-kurus tu. Hehehehe..



Bergambar selepas makan durian .. Mujur sedap, sebab harga nya sangat mahal!.. Dan yang penting.. kami kekenyangan terlelap selepas itu. (^____^)





Ini laksa utara yang kami makan di gerai berdekatan rumah. Rasanya... Ermmmmm.. 3/10. Kedekut markah kan. Hehehe. Sebenarnya emak sangat pakar memasak laksa utara. Resepi emak diturunkan kepada kami adik beradik. Laksa yang kurang rencah atau cair agak kurang umpphhhhh bagi saya. Alahaiiiii.. Teringin lah pulak nak makan laksa.....  (*___*)



------------------------------@@@@@@@@-------------------------------

Saya Terluka!

Assalamualaikum.

Lamanyaaa saya tidak menaip sebarang entry di blog saya yang tercomel ini (comel untuk saya ..hehehehe..).Kebelakangan ini saya teramat-amat sibuk dengan kerja saya dan beberapa projek baru yang sedang berjalan. Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar dan diberkati Allah. Berkat tu yang penting. Nak rezeki tak berkat... banyakkkkkk.... tapiiiii.. ingat Mati.. Hehehe.. Lari topik la pulak kan..

Ok.. Sebenarnya hampir 2 minggu saya terluka. Berdarah. Terasa sakit! Serius saya sangat-sangat pedih! En Love hanya mampu melahirkan simpati. Biarpun lukanya nampak kecil tetapi ia amat-amat mengesankan saya. 


Tengok niiiii...


Haaa.. Nampak tak? Betapa terlukanya saya. Ini semua gara-gara bawang besar! Kenapa dia bulat sangat?? Dan pisau yang tajam! Kenapa lah tajam sangat??? ~ Saya rasa saya dah potong bawang tu dengan ayunya. Huhuhu.. Hampir putus isi di tepi kuku saya. Darah mengalir banyak biarpun lukanya hanya dijari. :(


Ni satu lagi gambar kelukaan itu. Abaikan jari saya yang tak cantik dan berkerut itu ye. Perhatikan pada balutan plaster yang dibalut oleh En Love. Sangat seni kan? Hehehehe.. Terima kasih En Love ye.. Kerana menenangkan saya yang panik melihat darah yang banyak.



Dannnnnnnnnnnnn.. Ini pula hasil tangan En Love yang memasak untuk kami. Ehem! Rupa-rupanya En Love saya pandai masak. Malah sangat sedap!!!
 
Sekarang, jari saya dah sembuh. Parutnya tetap ada. 

Moral of the story, ~ berhati-hatilah menggunakan pisau, beritahu ayah anda jangan asah pisau terlalu tajam, elakkan memotong bawang dengan ayu. Dannn.. inilah salah satu cara untuk merasa masakan suami anda. Heheheheh... (^____^)