Dalam perjalanan kembali ke tempat asal..

27 May 2017

Beza Mengandung Anak Lelaki dan Anak Perempuan

Assalamualaikum.
Salam Ramadhan untuk semua.
Hari ni 1 Ramadhan. Puasa tak?


Alhamdulillah. Dapat juga jengah blog saya ni walaupun masih berpantang. Lama sangat tak bersiaran di sini. Hah! Saya sedang berpantang sekarang ni. Baru melahirkan seorang bayi lelaki pada April lepas. Hujung2 dah melahirkan si WMAF saya. Wan Muhammad Al Fateh.


Syukur pada Allah. Penantian hampir 20 tahun untuk memiliki anak lelaki tercapai. Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang. Seronok dan teruja bila menerima anugerah Allah ini. Bukan saya sorang, malah satu keluarga memang ternanti2 Al Fateh dilahirkan.


Saya akan cuba menaip beberapa entry tentang..

1. Tempoh Kehamilan
2. Proses Melahirkan
3. Pengalaman Di Hospital

Banyak perkara saya nak share dengan pembaca. Cuma nak menaip tu, ada kekangan masa.

Ermmm...
Setelah mempunyai 5 orang anak perempuan, memang saya tak lagi mengharap untuk memiliki anak lelaki. Nak kata give up, tak baik pula. Tapi tak memasang angan2 berterusan. Risau kecewa. Hahaha. Anak perempuan pun sayangnya ..terujanya..sama sahaja.. Cuma bila tengok rakan2 ada baby lelaki, hati rasa teringin. Nak tahu feel macam mana bila ada anak lelaki ni. Hahaha.


Kuasa Allah siapa yang tahu kan. Di usia yang sudah cukup matang ni, masih diberi rezeki untuk hamil. Syukur. Ni last ni. Lepas ni fokus dengan 6 orang anak yang ada saja. Cukuplah 6 orang.


Tempoh Kehamilan saya lalui dengan santai namun mencabar. 3 bulan lebih saya bercuti dari kerja. Mujur team yang ada dapat cover kerja2 yang tertunggak dan dirancang. Tapi hati tetap risau mengenangkan kerja2 yang banyak. Cuma bila terbayangkan baby dalam rahim perlukan perhatian yang lebih, saya redha habiskan masa di rumah saja.

Kejapppp...
Haaa.. Mesti ramai nak tahu beza mengandungkan anak lelaki dan anak perempuan. Betul tak? Ni saya nak share. Ianya hanya sebagai rujukan. Bukan total mutlak ye.. Kang ada yang cakap..tak betul itu ini. Ni panduan saja.

Beza mengandungkan anak lelaki dan perempuan.
(untuk diri saya)


Anak Perempuan

1. Perut melebar. Bukan ke depan sangat.
2. Makan banyak
3. Penakut dan sensitif
4. Muka berseri-seri


Anak Lelaki

1. Perut besar ke depan. Kalau dari belakang badan, tak nampak perut besar.
2. Makan banyak 3x ganda dari hamil baby perempuan
3. Berani dan garang
4. Muka kusam teruk


Ini antara yang paling ketara sekali perbezaan ketika mengandung ni. Beza mengandungkan anak lelaki dan anak perempuan.


Kalau masa mengandung anak perempuan, Ya Allah..nak pergi toilet dalam bilik sendiri pun takut. Tapi masa mengandungkan anak lelaki, boleh pulak tengok movie thrill, kalau gelap2 tak takut dll. Rasa aura berani tu semacam je dalam diri. Rasa diri macam hero aje.


Bab Makan. Memang makan terlalu banyak. Ingatkan kembar. Rupanya tidak. Lepas makan nasi, dalam 10 minit..lapar lagi. Jenuh!!! Sehari berkali2 saya makan hingga pukul 4 pagi.

Hasilnya, saya naik 30kg ketika hamil kali ni. 30kg bukan sikit. Banyakk tu.


Beberapa kali juga masuk keluar hospital. Antaranya sebab...

1. Leaking
Saya sangkankan leaking air ketuban. Rupanya bukan. Hanya keputihan tak berbahaya. Yang tak berbahaya ni, selalunya tiada bau, tidak bewarna hijau atau kuning.

2. Ligamen Pain
Round ligamen saya sakit teruk. Sampaikan nak berjalan pun tak boleh. Membawak sampai ke pangkal pelvik. Sakitnya Ya Allah. Nangis dibuatnya. Ingatkan nak bersalin. Sakit ni doktor tak dapat buat apa2. Yang perlu hanyalah rehat yang cukup. Saya terpaksa bedrest selama 3 bulan!! Kebas pinggang baring aje. Dalam masa yang sama, kuat makan. Mana tak naik gemok.


3. Contraction.
Yang ini sehingga saya selamat melahirkan. 10 hari berada di wad dalam keadaan sakit datang dan pergi. Bila sakit, bukaan servik jadi 3cm. Bila kurang sakit..bukaan tinggal 1cm. Sudahnya 10 hari di wad menunggu hari.

Cuma memang saya pun risau sebab ketika admit, kandungan baru 35 minggu lebih. Perlu tunggu sehingga 37 minggu untuk melepasi kandungan border prem.


Okay..Next enrty saya share gambar2 dan share cerita yang mana mungkin boleh jadikan panduan.

No comments:

Post a Comment

Ada nak tanya apa-apa ke?