Dalam perjalanan kembali ke tempat asal..

11 January 2017

Apa Sudah Jadi

Assalamualaikum Semua Pembaca Lama dan Baru di blog saya ni.


Wah! Hampir setahun saya tak update blog. Ya Allah. Lamanya..Terasa sangat cepat masa berlalu.
Maafkan saya bagi pembaca dan stalker setia. Hahaha.

Saya sangat2 sibuk. Kenapa sibuk? Tak tanya pun..saya nak cerita juga

Antaranya...

  • Saya sibuk dengan urusan kilang baru kami yang lebih besar di kawasan Perindustrian Chendering. Tak lah besar mana, cuma boleh lah menampung urusan bisnes yang ada. Kami ada ditawarkan lot SIRIM dengan sewaan diskaun 70%. Haaa..diskaun lagi. Cuma kilangnya terrrrrrlalu besar lah pulak. Makan duit banyak juga jika nak renovate dll. Hold dulu. Thanks Sirim. Next time kami terima offer yang sangat bermakna itu.
  • Sibuk dengan urusan pembukaan  cafe. Cafe ni bukan ramai orang pun..cuma ia khas untuk perjumpaan usahawan2 minum2 dan sembang2 bisnes. Cafe ni bukan saya yang manage, cuma saya sibuk uruskan dari segi pekerjanya, SOP nya dan lain2. Cafe ada owner nya sendiri. -Team kami juga.
  • Mengajar usahawan samada secara personal ataupun group. Memang letih. Jangan cerita lah. Jika ada kelas 2 hari, esoknya memang saya demam. Mengajar bukan semudah dilihat. Ada yang datang kelas membawa aura negatif. Kita perlukan kekuatan untuk menarik aura positifnya 'keluar'. Dan ia tak mudah.
  • Haaaa.. ni pun penting.Saya merancang untuk hamil lagi. Kononnya nak tutup kilang dah. Hahaha. Doktor suruh banyakkan berehat memandangkan kesihatan saya pun tak sebagus mana. 
Itulah antara kisah kesibukan saya, Memang kadangkala dah siap taip..dan akhirnya tersadai di  File Draft.

Gitu leeeee... Hidup mokcik mokcik ni.. 

No comments:

Post a Comment

Kalau suka entri ni, berilah komen sikit. hehehe...