Dalam perjalanan kembali ke tempat asal..

18 February 2016

Lama Tak Update Blog

Aassalamualaikum Semua.
Hi! Ingat lagi pada saya?
Feirouz Azalia.

Terima kasih kepada yang hantar mesej beetanyakan tentang ..


Eh..Kenapa tak update blog?

Awak dah taknak share cerita ke dalam blog?

Saya nak belajar sabun. Tapi kenapa dah tak ada entry baru?


Maafkan saya. Memang dah berbulan2 saya tak sempat nak update blog ini. Antaranya kerana...

1. Saya sudah berpindah ke blog baru : www.feirouzazalia.com. Malangnya kerana leka dan sibuk, web ini dah kena block. Dan masih menunggu lagi beberapa minggu untuk release semula.

2. Kami berpindah ke kilang baru. Operasi di tempat baru..dengan nak mengemasnya, susun atur dokumen dll sangat memakan masa. Belum lagi tentang renovation.

3. Saya sibuk dengan kilang dan application GMP sudah diluluskan tahun lepas. Alhamdulillah.

4. Saya juga sibuk train usahawan baru. Memang ramai. Dan Alhamdulillah semuanya bagus. Yang tak bagus, takkan berada bersama saya. Itu clue nya.

5. Saya sibuk dengan memberi ceramah dan juga talk di seminar2 yang dijemput oleh pihak Universiti, agensi kerajaan dll. Ia tentang keusahawan dan juga hala tuju pelajar selepas habis belajar.


Itu antara kesibukan saya yang menyebabkan blog saya bukan setakat bersawang, malah dah nak dimakan anai2  Terima kasih kerana membaca blog saya dengan istiqamah. Hehehe. InsyaAllah. Hari ni saya luangkan masa untuk bercerita berbagai2 kesah di sini.


Gambar ini saya ambil ketika bercuti sambil kerja di Melaka. Penat tapi berbaloi. Saya nak rekomen percutian di Melaka..Hotel yang selesa - Swiss Garden ye. Mall ini di bawah Hotel. Cuma parking sangat2 mengelirukan. 




Kami hadir di IMKK. Tahun lepas. Disember. Saya datang berempat dengan rakan2 pejabat. Menuntut ilmu selagi masih mampu untuk dicurahkan semula kepada anak bangsa. Patriotik sangat bunyinya ni. Hehehe.




Program anjuran Politeknik Hulu Terengganu. Saya antara penceramah yang dijemput oleh pihak Pengurusan PHT ini. Alhamdulillah. Bakal2 usahawan ini memberi respon positif. Meskipun tidak semua berminat untuk jadi usahawan tetapi sekurang2 nya minda mereka lebih terbuka dan faham apa tujuan dan matlamat untuk berniaga.




Kami di SDSI. Satu Daerah, Satu Industri. Event anjuran kerajaan Negeri. Kami juga dijemput. Malah diberi booth paling besar. Hehehe. Bukan kabel kuat ye. Cuma  kami antara pengilang beauty yang ada di Terengganu. Haruslah dapat sedikit perhatian. Di dalam gambar : YB Dato Roslee Daud, En Mohd dari Pmint, Puan Hawa..tokey besar Terengganu dan juga Datin Umi. 



Ini juga punca saya sibuk. Hehehe. Berjumpa rakan2 di dalam gambar. Dijemput untuk makan tengahari di Puncak Niaga. Turut berada dalam gambar, Dato Nasir, CEO Puncak Niaga kalau tak salah saya, En Wan Pengarah TTI Terengganu, Datin Umi dan rakan2 yang lain. Jangan tanya apa yang kami bincangkan. Hehehe. Hal ratus juta mereka. Saya..? Tolong makan sahaja.



Bergambar lagi. Hari bergambar ni, saya ada di booth. Tolong team yang lain. Jangan kata akak tak payung. Hehe.


Ini antara gambar2 yang ada untuk entry julung2 kali tahun 2016 ini.
Mengantuk? Eh.. Baru pukul 2.50 pagi.
Saya sedang rajin..

So, next entry.

No comments:

Post a Comment

Kalau suka entri ni, berilah komen sikit. hehehe...