Dalam perjalanan kembali ke tempat asal..

18 February 2016

Belajar Buat Sabun Siri 1

Hi!
Assalamualaikum.

Tajuk di atas dah macam banyak benar dalam entry saya yang lepas2 kan. Haih! Dah tentulah banyak sebab saya nak share gambar kelas belajar buat sabun hujung tahun lepas. Banyak gambar2 pelajar dalam ni yang mana ada yang saya tak letak di FB. Bukan tak mahu, tapi macam saya cakap..kadang2 nak buat, tiba2 tak sempat. Mesej2 FB pun Admin yang reply kalau saya sibuk sangat.

Siapa nak belajar buat sabun? Angkat tangan! Lurus2!! Nak belajar buat sabun apa? Cuba bagitahu saya. Belajar buat sabun muka? Belajar buat sabun ketiak? Belajar buat sabun Miss V?
Hah!! Nak belajar sabun apa?? Kami ada lebih 100 formula sabun. Bukan main masak2 ye. Tapi formula.

Kenapa nak belajar buat sabun? Cuba cerita... Hehehe. Kita cerita dalam kelas ye. Selalunya yang datang nak belajar buat sabun ni.. antara alasan mereka ialah..

~ I nak tambah income la. Sebulan gaji I RM10k tak cukup.. (Wah..)

~ Saya nak belajar buat sabun ni suka2 je. Sajeeeee...(lepas tu, dia antara yang sukses)

~ Saya nak jadi jutawan. Ramai benor yang kutuk saya. Kata saya orang susah .. Saya akan buktikan.. (lepas tu dia malas.. Hehehe. Sabun tak jadi2)

~ Sebenarnya kan Puan..Saya datang ni sebab saya minat sangat nak jadi tokey beauty. Saya rasa jeles dengan Dato Vida. (Eh... belajar buat sabun ni intro. Nak jadi macam Dato Vida, kena daftar jadi usahawan kami)

~ Saya dan kawan saya datang ni nak belajar  buat sabun sebab kami nak duit banyak. Kami nak beli kereta besar. Kami nak melancong.. ( Okay..mereka berjaya lepasi level 1 dan sekarang berada di level 2.. Eh! Apa level2 ni? Nak tahu, sila datang bengkel kami. Nak cerita di sini, sampai esok tak habis taip)

Dan macam2 lagi alasan peserta yang datang. Ada yang datang dengan muka eksyen nak hidup. Takkan nak mati pulak kan. Hehehe. Dia punya senyum senget tu saya dah tahu... ooooooo...nak tengok sabun siapa yang comel kot. Ooooooo..nak tengok tahi lalat saya kot. Ehhhhh.. Saya gurau je ye. Saya husnuzon. Mereka datang kerana nak belajar.. Jangan risau. Hehehe. Team kami sangat mesra dan akan jawab pertanyaan peserta dengan baik.

Ada yang datang tu, muka blur.. Seolah2 baru turun dari kapal dan sampai ke Planet Marikh. Hehehe. Bila start enjin, dia masih berada di dalam dunia baru. Bila dah sejam..Haaaa! Tengok dia punya pulun, cikgu pun seriau.

Ada juga yang datang belajar sabun ni, muka happy sangat. Dengan suara kuatnya. Dengan seronok dia berbual dengan rakan2. Sehingga, suara cikgu tenggelam. Eh..tak apa. Kami suka yang energetic. Kami tak marah langsung. Cuma suruh bertenang2 je. Apatah lagi lepas praktikal. Dan mula hafal formula. Memang rancak lah mereka2 ini hafal. - Tapi kadang2 bila balik rumah, saya dapat soalan.." Cikkkguuuuu, yang tadi tu campur tu dengan campur tu ke?" Haip!! Ni nak marah nie. Hehehe.

Yang paling best, yang datang belajar sabun ni..memang plan nak buat sabun brand sendiri. Semangat mereka2 ni luar biasa. Cikgu ajar A..dia dah sampai ke W. Hehehe. Laju benor tu akak2. Dan selalu juga mereka buat ujikaji sendiri. Cikgu suka bila mereka kreatif. Tapi tahu2 lah formula ni. Bahan A tak boleh campur dengan bahan C. Bahan C kena letak dengan bahan Y. Bila dah terlajak kreatif, memang jadi lain macam. Hehehe. Takpe.. Cikgu akan betulkan semula.

Alhamdulillah. Ragam pelajar berbagai2. Itu yang membuatkan networking bagus. Rakan2 dalam kelas supportive. Kalau kelas diam dan suram, cuba bayangkan macam mana. Saya je bercakap sorang2. Yang lain sedang berada di alam syurga. Hehehehe. Syurga sangat bila dapat belajar buat sabun. Hehehe. Okay. Joke! Saya happy membayangkan situasi ini.

Nak belajar dengan kami? Nak?? Kalau nak, pergi Facebook  dan cari Page LAARA. Singkat je. LAARA.  Klik di situ dan baca posting2 yang ada. Atau mesej terus Page. Admin ada untuk jawab pertanyaan. Nak whatsapp ke 019 3092791 pun boleh. Cuma kadang2 di sini agak jammed sebab satu Malaysia akan tumpu di sini sahaja untuk hantar mesej.

Jom tengok gambar..

Layannnnnn...


Meriah tak? Saya sayang pelajar2 saya. Apatah lagi yang memang datang untuk menaikkan taraf ekonomi keluarga. Bukan semua datang ni ada duit yang banyak. Ada yang berjimat untuk datang kelas. Jadi, bila dah belajar..fokus. Buat betul2. Kami sangat support pelajar kami. Nak lebih dekat dengan kami, boleh daftar jadi usahawan kami terus. Lebih mudah dan diberi bimbingan berterusan.



Dalam kelas selalunya saya akan bagitahu, ia adalah satu bengkel santai. Belajar buat sabun tak sama macam belajar Fb ads dll. Kita belajar perkara2 yang memerlukan soalan. Jadi, jika tak faham tanya. Tapi jangan sampai asyik bertanya sehingga habis kelas. Sudahnya...bila nak belajar? Hah... Kan..



Nampak tak ceria benar pelajar2 kami. InsyaAllah, setakat ni komen negatif bila kami di Akademi LAARA anjurkan kelas..dalam 5% tak sampai. Alhamdulillah. Bukan nak bangga, cuma kami cuba sedaya upaya nak fahamkan semua pelajar. Datanglah dengan gelas yang kosong agar semua yang dituang, masuk penuh. Tidak tumpah..dan tidak membazir. Jika ada kekurangan, mohon maaf kerana kami juga manusia biasa. Ada kelemahan. Boleh kan..



Antara pelajar kesayangan saya. Mereka ini sebenarnya pengasas produk kecantikan. Datang belajar buat sabun tau. Ingat koman ke. Hehehe. Sabun adalah satu produk yang mana kalau negara inflasi pun, rakyat akan guna juga. Bayangkan la..kalau tak bersabun badan. Mau berkerak. Betul tak? Jadi, jangan pandang mudah. Buat sabun juga tak mudah. Nak jadikan sabun itu SEKETUL, mudah. Tapi nak jadikan ia BERKUALITI tu susah. Jangan jeling2 orang yang dah belajar dengan kami. Mereka superhebat tu. (Jika dah jadi sabun lah. Kalau balik rumah, mengeram..tak jadi apa juga.. Hehehe. Alah. Gurau pun tak boley..)


Saya tengah terangkan sesuatu tu. Tangan sekali naik atas. Mujur kepala tak geleng2. Hehehe. Hindustan mari. Ini bukan kelas sabun ye. Ini adalah perjumpaan usahawan2 berdaftar kami. Nak daftar jadi usahawan kami, PM Page LAARA. Mereka ini diberi ilmu dan modul PERCUMA. Tak bayar tau datang kelas. Alhamdulillah. Masing2 fokus dan tahu apa yang perlu dibuat. InsyaAllah, jutawan in making. Pstttt.. pelajar kami ada dah jadi jutawan pun. Syukur sangat. Dan ada yang pendapatan 10x ganda dari makan gaji dulu. Kami tumpang gembira.



Semua gadis2 di atas ni adalah dari team kami. Countless World Sdn Bhd. Datang membantu di dalam kelas belajar buat sabun. Yang tengah tu, saya. Itu sudah kahwin. Hehehe. Bukan lagi gadis manis. Jadi, kalau nak belajar sesuatu yang sangat berbaloi, cari kami di FB ye. Page : LAARA


Okay. Itu penerangan gambar2 di atas. Semoga anda yang bertanya2 dan tertanya2 dapat sesuatu dari entry ini.

Nak belajar buat sabun?
Baiklah.

Saya dengan besar hati menjemput anda semua ke page FB kami : LAARA.

Wassalam.



No comments:

Post a Comment

Kalau suka entri ni, berilah komen sikit. hehehe...