Dalam perjalanan kembali ke tempat asal..

13 May 2014

Kenapa Hina Janda / Ibu Tunggal ?

Assalamualaikum.

Pada asalnya saya nak menaip tentang aktiviti amal di rumah anak yatim pada June nanti, tiba-tiba ada seorang kenalan FB yang dah lama menyepi menghantar mesej di inbox. Mengambil masa untuk chat dengan akak ni sambil mulut mengunyah maruku..tangan membalas whatsapp.. Oh!! Macam la saya ada 6 tangan kan. Tak.... pepandai saya le nak ejas balas semua mesej sambil makan. Heheheh. Tup tup.. terima mesej panjang lebar dari seorang rakan.. Sibuk betul di pagi hari.

Kebetulan.. Kedua2 nya adalah ibu tunggal atau perkataan lain, janda.
Antara yang dibualkan..

1. Kenapa janda ni dipandang rendah?
2. Kenapa kami selalu jadi mangsa tipu?
3. Kenapa ramai suka mengambil kesempatan?
4. Kenapa jiwa kami tidak kuat?
5. Dll.

Banyak, kan.. Seperti biasa.. saya akan melayan 'tetamu' di inbox saya dengan baik. Ikhlas. InsyaAllah. Saya berikan mereka jawapan yang saya rasakan agak sinikal. tetapi ia adalah realistik. Ia adalah menurut pandangan saya. Pandangan kita mungkin berbeza..tetapi apa yang saya lontarkan adalah satu paradigma.. cetusan minda yang ulung. Errrmmm.... Sebenarnya saya nak bagitahu.. bahawa pendapat saya itu, tolonglah fikir betul2.. 


1. Biar dipandang rendah asalkan jangan meletakkan maruah diri kita rendah. Maksudnya, pandangan manusia lain usah kita pedulikan selagi kita tak letakkan maruah kita ke bawah. Jika kita dah jaga diri kita dengan baik..tidak tergedik2..tidak melaram bagai nak buat show..tidak kehulu kehilir dengan berfoya2.. tidak perasan cantik bagai dengan post di FB mulut juih2.. tidak bergaya seksi.. tidak bermulut celupar.. berbagai tidak lagi ... banyak nak taip.. jadi, nak risau kan apa. Kita tak buat perkara2 memalukan...Kita tak buat perangai perempuan murah..Jadi, kita tak perlu nak rasa susah hati jika dipandang rendah. Kerana..orang yang pandang rendah pada kita, belum tentu dia berada di tempat yang tinggi.. Belum tentu dia tidak melakukan kesilapan. Yang penting, kita sendiri. Sikap kita.. Usah jadi wanita bertaraf kasut.. Meskipun rupa kasut itu cantik, tetap tempatnya di kaki. 


2. Kerana ramai mengganggap menjadi J ( janda) itu lemah. Kenapa dikatakan lemah..? Kerana selalu bergantung pada oranglain. Ye la.. suami tiada. Mak ayah jauh. Nak bergantung dengan siapa lagi kan. Rakan2 terdekat lah yang patut dirujuk. Cuuumaaa..jika bertemu orang yang salah..itulah yang jadi masalah. Di dalam kebuntuan, perlukan pertolongan, ada yang ambil kesempatan. Perkara paling penting adalah - carilah rakan yang solat 5 waktu, menjaga aurat, akhlak baik dan keluarga baik2. Bukan tak boleh berkawan dengan rakan seksi, rakan dari keluarga kucar kacir... BOLEH! Jangan salah faham.. Tetapi, disebabkan keadaan diri kita pun perlukan panduan dan sokongan yang betul, maka pilihlah orang yang betul. Kadangkala kita dah sangka pilihan kita tu betul..rupa2nya tertipu juga. Ya Allah. Tak mengapa..jangan sedih. Kerana ia adalah ujian dari Allah. Kita dah usaha, tapi tetap terjebak.. maka, doa lah banyak2. Doa orang teraniaya ni Allah makbulkan.

3. Ramai yang suka mengambil kesempatan.. Betul! Bila kita berniaga, ramai yang tipu atau pergunakan kita. Bila kita kesusahan ramai yang datang membantu tetapi berniat serampang dua mata. Bila kita ada kewangan dan kerjaya yang baik, ramai mendekati..tetapi akhirnya memusnahkan kita. Perkara ni lumrah. Bukan hanya pada golongan J..tetapi juga berlaku pada wanita lain. Kerana itu, berbalik pada jawapan no 2.. pilihlah cara hidup yang betul, kawan yang betul.. Jika sudah berusaha, masih berlaku perkara yang tidak diingini..maka ia adalah dugaan dari Allah SWT. Bawa diri dengan cara yang betul dan berpakaian dengan betul. Bukan mengundang mata2 nakal untuk menatap kita. Kerana dari situlah terletaknya maruah kita, keselamatan kita dan sebagainya.

4. Jiwa tidak kuat? Kenapa? Ermmm... Perkara ini bermula dari dalaman. Kekuatan bermula dari dalam. Kerohanian. Jika kita hilang arah, hidup tanpa berpaksikan Allah, memang akan mudah lemah. Ya Allah. Lalui hidup ni dengan pandangan semuanya pinjaman. Pasangan pinjaman... harta pinjaman.. keluarga pinjaman dan semuanya pinjaman. Bercakap memang mudah. Saya tahu itu. Tetapi jika Allah turunkan ujian maha hebat pada kita.. kemana kita nak lari? ..nak bawa diri? Pergilah ke mana pun, dunia ini tetap milik Dia. Kembali pada dia. Renungkan sejenak..apa tujuan kita hidup. InsyaAllah..hati makin tenang..dan kekuatan datang dengan sendirinya.

Ini antara pesanan saya pada kedua rakan tadi. Bukan mahu tunjuk pandai..tetapi ia adalah pandangan jujur saya. Kita sendiri meletakkan diri dalam situasi yang bagaimana. Salah pilih rakan..salah pilih cara, memang akan menyusahkan kita. Jadi, pilihlah cara hidup yang betul. Kecantikan, kesenangan dan kepandaian tak mendatangkan apa2 makna jika kita sendiri tidak tahu menghargainya. Letakkan di martabat yang sepatutnya.. Jangan kerana berstatus J, kita jadi murah.. rendah.. gedik dan mudah. 


Meskipun tidak mendapat sokongan keluarga, tak mengapa.. ingatlah ..mereka hanya pinjaman. Kita tidak boleh paksa oranglain untuk membantu kita, menyokong kita atau bersetuju dengan kita. Apa yang perlu kita buat ialah dekatkan diri dengan Allah, dan lalui kehidupan ini dengan positif. 

Menjadi J bukan pengakhiran kehidupan. Selamat Berusaha Kawan2 ku.


~ Entry ini saya taip khusus untuk renungan kita bersama. Insyaallah, ambil manfaat darinya...abaikan jika ada yang silap pandangan. Wallahualam.


No comments:

Post a Comment

Kalau suka entri ni, berilah komen sikit. hehehe...