Dalam perjalanan kembali ke tempat asal..

25 May 2014

Kasih Sayang

Assalamualaikum...
Petang2 macam ni sedap sangat kalau makan cendol kan. Walaaaaaa... Bila pulak suamiku sayang..suamiku sorang nak balik ni.

Sebelum saya keluar rumah menikmati cendol atau ABC mabeles.. Jom saya kongsi gambar cantik2.. Ehhh.. ! :) Gambar yang banyak kisah.. Biarlah gambar bercerita gituuu..



Sebab tudung saya singkat, saya terpaksa letak caption macam tu. Tapi memang ramai yang sangka kami kembar. Nampak sama, bila berjumpa serentak..baru ada beza. Saya dan Rinie.



Dari kiri .. Rabiatul Adawiyah, Jannatul Firdausi, Siti Hajar dan Halimatun Saa'diah. Penyejuk mata mak ayah. Bukan senang mak ayah nak didik anak perempuan sekarang ni. Nak lepaskan anak perempuan bernikah, perlu cari menantu yang soleh. Fuh! Para ibu bapa yang ada anak lelaki, didiklah anak kalian dengan agama yang mantap dan hebat.


Beg dah siap untuk trip jelajah nanti. - ini gambar trip yang lepas. Program sudah diaturkan.. Kerjaaa.. Sambil kerja sambil jalan2. Bercuti selama 2 minggu sambil berkerja. Dan akan hadir ke majlis nikah kembar nanti..


Mujur bukan coklat Cadbury.. Haihhh.. Kena semakin hati2 nak bagi anak makan sekarang ni. Banyak benar unsur haram dalam makanan. Nak masak sendiri di rumah pun kena beli bahan. Dah bahan tu pulak nanti tak pasti haram ke halal. Nak salahkan siapa??


Jengah beranda, waaaa..ada sepasang burung dating. Adelia bukan main teruja.Menjerit2. Tak lari pulak haiwan berdating ni. Patut la banyak tahi burung...rupa2nya pot maksiat kalian ye.. Ehhh.. Hehehe.. Burung tak tertakluk pada halal haram.. Bebas. Sebab tu kalau manusia taknak tertakluk pada halal haram..selayaknya taraf diri tu sama dengan......?? Malas nak sambung.


Pagi2 dah keluar meronda. Ronda dilautan luas.. Memang seronok tapi seriau untuk orang yang tak pandai berenang macam saya ni.. Nampak ombak tinggi, sudah kecut perut. Bot melambung dipukul ombak.. aduhhh.. kecut perut. Hasilnyaaa... duduk diam2 atas batu. Tengok orang snokerling. 

Gambar ketika usia 1 tahun di majlis makan2 hari lahir. Semoga Adelia menjadi anak solehah dan dipanjangkan usia penuh barakah. Inilah permata syurga kami...


Tempat paling disukai.. Toys department. Main lah sepuasnya..tapi taknak bawak balik. Selalunya mesti terbeli juga satu.. Buat hepi kan hati anak. Hehehe.. Mata sepet jadi bulat kalau nampak mainan. 

27hb Mei, genap perkahwinan kami 3 tahun. Wah! Rasa macam baru je kawin.. 3 tahun kahwin... sudah 3 orang anak kami berdua. Cuma kembar saya itu sudah ditakdirkan gugur.. Tiada rezeki untuk membesarkan mereka di dunia. Biarlah mereka menunggu kami di syurga. InsyaAllah. InsyaAllah, rumahtangga yang dibina mendapat rahmat dari Allah Taala. Amin Ya Rabb.


Jom siap.. Nak keluar makan cendol.. Kat mana yang sedap ye??










No comments:

Post a Comment

Kalau suka entri ni, berilah komen sikit. hehehe...