Dalam perjalanan kembali ke tempat asal..

14 May 2014

Hari Ibu

Assalamualaikum. 

Apa khabar pembaca semua? Hari ni saya lihat di sebelah kanan blog, total view mencecah 37k ++ views. Ermmm.. Saya ucapkan terima kasih kepada yang sudi singgah atau tersinggah. :) Ambil intipati yang baik, abaikan yang mana tidak membawa manfaat.

Berkenaan Hari Ibu, saya sendiri tidak tahu bila sebenarnya hari ibu..sehingga lah seorang rakan FB memberitahu.. 11 Mei. Katanya. Ouch! Tq dear. Saya hanya ingat 13hb Mei.. hari lahir my sweet girl Iyman. Dan 17 Mei.. my little darling Insyirah. Dannnn.. 15 Mei pula adalah hari saya dilahirkan mengikut kalendar omputih. Kata mak, saya dilahirkan pada hari Rabu, pukul 2 petang.

Mak di kampung saudara..



AEON Manjung.. bawa mak jalan2..


Pada saya, hari2 adalah hari ibu. Alhamdulillah. Emak saya masih sihat. Dan emak adalah seorang wanita yang sangat tabah. Oh ya.. Jarak usia emak dan ayah sangat jauh. Emak dan ayah adalah sepupu.. Emak saya, Fadilah Hanim.. adalah anak Rofiah b Tahir. Manakala ayah saya, Muhammad adalah anak Saidin b Tahir. Haaa... Terlanjur sebut bab atok ni.. saya panjangkan lagi.. Tahir b Musa b Raja Ali. (Haji Musa adalah pengasas kepada Tebuk Haji Musa, Perak - Raja Ali adalah seorang putera raja dari Indonesa yang masuk Malaysia dan menetap di Johor.. ehhh.. saya orang Indon ke.. errrrr.. ) - dah masuk bab sejarah la pula.. Hehehe.


Ok. Itu susur galur emak kesayangan saya. Emak saya ni suka mengait. Sangat2 suka.. Banyak mengambil tempahan. Malah kebanyakkan produk emak, sangat dipuji ramai kerana kemas dan kreatif. Selain itu, emak juga suka buat kek. Di rumah, kami jenuh makan kek. Terutama kek coklat. Cuma kek emak tak de ising sebab mak kurang suka manis. Mak paling suka membaca. Buku mak penuh almari besar dan berkotak2. Kebanyakkannya adalah buku keagamaan. Mak habiskan masa dengan mengaji Quran dan melayan karenah cucu setiap hari. Sejak berpindah ke timur ni.. kadangkala saya bawa emak keluar membeli belah dan jalan2 sekitar bandar. Sambil makan2, kami habiskan masa berbual2 mengadap Laut China Selatan. Woooo.. mak sangat suka laut. Kata mak.. 'pandang laut.. lega sangat'..


Tempahan beg... mak kaitkan - Makteh Crochet.

Kepantangan mak, kalau masakan berlauk dimasukkan gula. Pernah saya dan mak bermasam muka gara2 hanya sesudu kecil gula. Wuiiyoooo.. talak belani woo.. Mak saya sangat tegas dan disiplin. Sewaktu muda, kalau saya buat salah.. memang menyerah diri sebelum emak datang mencubit. Adik pula..kalau buat salah dan nampak kelibat mak, akan lari menyorok.. Makaaa..orang yang menyorok akan kena double cubitan. Hahahah.. 1. sebab buat salah. 2. sebab lari dari kesalahan.

Mak kata.. kami manja. Adik cakap, saya manja. Saya kata adik yang manja. Mak dan ayah cakap.. 'dua2 manja dan mengada..'. Ohhh..


Emak saya seorang yang sensitif. Tak suka orang berkasar dan biadab. Kami adik beradik diajar agar menjaga percakapan dan sikap. Tapiii.. biasa la. Bila dah besar, bukan jadi seperti yang mak didik.. tapi mengikut fikiran sendiri. Sebab itu, kadangkala mak tegur sikap yang tidak baik.. Bagi mak kami tetap anak kecilnya. Nak merajuk dengan mak, mungkin.. Tapi itu dulu. Sekarang .. saya pun dah jadi emak orang, baru tahu macam mana emak rasa kalau anak2 taknak dengar kata. Ampuni kami mak..

Semenjak kecil, saya tinggal dengan nenek (sekolah rendah). Apabila meningkat menengah saya tinggal di asrama. Masa bersama emak sangat terhad. Sehinggalah diwaktu mula berkerja..saya kembali tinggal dengan emak sehingga sekarang. Meskipun berbeza rumah, tapi hanya beberapa langkah. Hehehehe.. Bukan kerana manja, tetapi kerana mak dan ayah meningkat usia..dan sebagai anak, saya bertanggungjawab untuk memantau keadaan mereka.


Saya dan emak ibarat kawan. Apa jua cerita semuanya kami kongsikan bersama. Malah menghabiskan masa bersama menonton Tv.. drama Pinoy.. Temptation of Wife. Heheheh. Pagi2 pula..sama2 mengadap Tanyalah Ustaz. Kemain kan anak beranak ni. 


Bagi saya, emak saya sangat tabah orangnya. Banyak ranjau dan duri dilalui demi membesarkan saya dan adik. Saya cuba menjadi anak terbaik, untuk menyenangkan hati mak.. menggembirakan mak.. dan belajar untuk memahami diri mak. Walaupun kadangkala membuatkan emak terguris hati.. saya cuba belajar dari kesilapan. 

Sementara emak masih ada.. sihat dan sentiasa bersama saya.. saya ingin katakan, " Kakak sayang mak hingga syurga. InsyaAllah, mak wanita hebat..seorang isteri hebat.. dan hamba Allah yang hebat. Tempat mak mudah2an di syurga Allah. Semoga mak diberi usia yang panjang, kesihatan yang baik dan semakin taat padaNya. I love U!" - pssttt.. sekejap lagi nak bagi mak baca. Hehehehe..


Jalan2 dengan mak dan keluarga.. TQ mak sponsor kami kesotongan kekeringan yang banyak. Heheheh.

Selamat Hari Ibu untuk semua Ibu...dengan ucapan..' Hari2 adalah hari Ibu. Tanpa Ibu..kita tiada di dunia ini".




No comments:

Post a Comment

Kalau suka entri ni, berilah komen sikit. hehehe...