Dalam perjalanan kembali ke tempat asal..

13 May 2014

Dosa Mengaibkan Oranglain

Assalamualaikum.

Topik yang sangat besar skopnya. Dosa mengaibkan oranglain. Dosa mengumpat oranglain. Dosa memfitnah oranglain.

AIBKAN ORANG ----- >> Sedang bercerita baekkk punya tentang keburukan orang, secara automatiknya sedang mengumpat.
AIBKAN ORANG ----- >> Sedang bercerita penuh semangat tentang oranglain padahal entah benar entah tidak, secara automatiknya sedang memfitnah.

Ia berkait rapat. Semudah ABC untuk mengata perihal orang. Nak contoh.. Ok. Kita baca ni..


Di sebuah desa nan permai.. (intro biar ada seni..)

Sekumpulan sanak saudara sedang berkumpul bagi meraikan kenduri arwah. Rata-ratanya adalah wanita. - pakai tudung atau tidak...labuhnya tudung atau tidak.. cantik atau tua.. gemuk atau kurus.. boleh bayangkan sendiri ye. Okay..

Rancak kemain perbualan..

Mak Kembang : Mana si Rembulan. Tak balik ke dia kenduri macam ni..

Kesuma Ayu : Mana nak baliknye Mak Kembang oiii.. Sekarang ni kan dah jadi orang kaya..

Cempakasari : Ehh. Mana pulak kayanya. Aku dengar baru-baru ni kereta dia kena tarik.

Mak Kembang : Mana kau tahu? Kau nampak ke?

Cempakasari : Adaaa la orang bagitahu.. Takkan orang tu nak tipu. Member ofis dia.

CikSu Wangi : Laaa.. Hari tu elok je saya jumpa Rembulan kat Mydin. Katanya beli barang nak balik kampung. Kemain bergaya lagi.. Rupanya sengkek...

Kesuma Ayu : Wah! Kau kena tipu la tu. Kalau betul..mana dia nyerrr? Tak balik kan..kan..

Mak Kembang : Eh.. Dia memang suka tipu.. Duluuuuu.. dulu la.. dia pernah tipu Mak Kembang ko ni haaa..

Cempakasari : Dia tipu apa?? Cepat la citer..cepat la..

Mak Kembang : Dikatanya aku ni buat cerita tentang dia putus tunang tu la..Kan tunang dia tu penagih dadah. Padahal mana aku buat cerita.. Dia yang bercerita pada oranglain.

Cempakasari, Kesuma Ayu, CikSu Wangi : Apaaaaaaaaaaaa??!!! Penagih dadah????


Nampak?? Nampak..??

Sebenarnya ia adalah perbualan tentang Rembulan yang tak balik ke kenduri arwah. Tetapi akhirnya cerita tadi menyebabkan perbuatan mengumpat, memfitnah dan mengaibkan berlaku.

Soalannya di sini..

Kenapa ia berlaku.. ? - Cuba fikir sendiri. Saya taknak ulas.
Berdosa atau tidak? Oh!! Okay.. " Kita bukan Tuhan nak hukum orang berdosa atau tidak.. Baiklah..


Baca dan faham petikan di bawah ini..

"Jauhilah kamu daripada sangkaan kerana ia sedusta-dusta bisikan hati, janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, janganlah kamu mendengar-dengar cerita orang, jangan kamu berlumba-lumba untuk menunjukkan kekuatan di antara satu sama lain, jangan kamu dengki-mendengki, benci-membenci, bermusuh-musuhan dan jadilah kamu semua hamba Allah yang bersaudara."
(Hadis Riwayat Imam Malik, Bukhari, Muslim dan Abu Daud)


Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.
(Surah al-Hujurat, ayat 6)


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Kita tidak menghukum orang itu ini salah, tetapi ia termaktub di dalam Quran dan Hadis bahawa sikap yang demikian adalah tidak disukai Allah..Tidak masuk syurga. Tak takut ke? Kita ni kadangkala mulut laju dari fikiran. Bercakap tanpa sempadan. Heheehee.. Nak pergi Bukit Kayu Hitam, terlajak sampai Danok. Boleh??? Salah, kan.. Kena ada passport. Kena melalui imigresen. Kena ada IC. Di dunia pun sudah ada undang2..apatah lagi hukum Allah.. Dunia milik Allah. Helloo.. kita hanya menumpang. Penumpang yang bakal turun dari kenderaan bila sudah sampai destinasinya.

Tipu lah kalau dikatakan saya ni tak pernah kena kutuk, kena maki, kena fitnah, kena aniaya, kena khianat, kena tipu, kena aib, kena tohmah dan lain2. Semua tu dah dirasai. Menangis aje la yang boleh dibuat. Mengadu pada Allah. Solat banyak2. Mintak dengan Allah betul2. Biar Allah mengadilinya. Nak pergi serang balik..arghhhhh..tak kuasa. Sebab apa??? Takutt?? Tak takut... Cuma sebab saya bimbang mulut jadi berpuaka. Nak sebut baik2, tanya baik2.. alih2 kita pulak yang maki orang. Bukankah ia sangat sangatlah tidak baik..


Sabda Rasulullah SAW : Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, mka hendaklah ia berkata YANG BAIK ATAU DIAM.
Riwayat Bukhari dan Muslim


Jika kita ada rakan yang gemar bercerita perihal oranglain - tak kira la dia comel macam Irma Hasmi pun.. atau dia hebat macam Siti Nurhaliza sekalipun, cuba lah nasihat dia agar jangan mengaibkan oranglain. Berdosa..

Itu jika rakan kita.. tapiiiiii kalau kita sendiri suka mengata orang, fitnah orang, aibkan orang... macam mana pulak? Mula2 sekali adakah kita perasan sikap kita macam tu..? Tentu tidak kan... Kalau ada pun, kita tetap rasa kita betul dan benar. Oranglain yang salah. Okay..Mari kita ubah mentaliti kita.. Ubah sikap kita. Apa yang perlu kita buat ialah..

1. Bila mula nak cerita hal buruk orang.. terus bayangkan ulat sedang gigit kita dalam kubur yang gelap.
2. Bila nak buat cerita tentang oranglain.. - saja nak tokok tambah agar orang yang kita tak suka tu turut dibenci oranglain.. maka, terus bayangkan yang kubur kita nanti penuh ular besar dan kita bakal dibelit juga akan dipukul dengan kuat oleh malaikat sampai patah riuk.
3. Bila kita mula nak malukan orang.. dengan cerita bukan2 dan rekaan .. bayangkan nanti.. badan kita dihimpit tanah sampai patah tulang semua...dengan gelap dan busuk lagi kubur kita..Bayangkan.

Itu tipsnya.. Jika masih tak takut.. Wooooo!! (sila tepuk untuk diri sendiri).. AKU HEBAT.. Cuba sebut... AKU HEBAT. Hebat betul la kita sebab tak takut. Maka.. teruskan lah buat dosa. Biar nanti terseksa. :(

Nauzubillah.

Coretan kali ini adalah pesan memesan pada diri sendiri dan juga boleh dikongsikan kepada kawan2. Jom lah kita berubah. Sangat berdosa mengaibkan oranglain.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Kalau suka entri ni, berilah komen sikit. hehehe...