Dalam perjalanan kembali ke tempat asal..

23 May 2014

Sempatkah Kita Bertaubat

Assalamualaikum..

Entah kenapa sehari dua ini..rasa tak sedap badan. Nak kerja pun agak lesu. Fikiran banyak memikirkan tentang akhirat. Terasa diri ini banyak benar dosanya. Moga Allah ampunkan segala dosa yang disedari ataupun tidak.

Di usia sekarang, terasa benar makin dekat dengan perjalanan kembali. Membaca tulisan Tuan Shamsuddin Kadir, ibarat kepala ini terhantuk batu besar..

Saya kongsikan di sini tulisannya di Fb beliau..

Bismillah. SAW | Apabila duduk dengan orang yang alim, yang sangat menjaga akhlak, dan hak orang lain, rasa tidak mahu lagi tahu hal dunia. Nikmatnya mendampingi orang yang warak, bagusnya beliau dalam hal kehidupan beragama dan berakhlak. Rasa seperti dunia ini tidak bererti langsung untuk mengejarnya.

Perasaan berkobar untuk mempercepatkan menyelesaikan isu peribadi yang berkaitan hal dunia, dan selepas itu mahu mengejar kehidupan yang nikmat apabila menjaga hati dan lebih kepada memikirkan Tuhan.

Opss saya sudah terpengaruh, benar. Terpengaruh untuk lebih cepat meninggalkan kesibukan dunia dengan digantikan kesibukan memikirkan dan mencintai Tuhan.

Dunia hanya diambil sekadar yang perlu. Entah mengapa hati ini mahu sangat meraih cinta Tuhan.

Astaghfirullah. Allahu Akbar, Wallahu A'lam.

Shamsuddin Kadir



Setiap kali membaca tulisan beliau, hati saya berdegup kencang.. Berada di dalam kerisauan andainya tidak sempat menyelesaikan urusan dunia.. Namun saya yakin, Allah ada untuk membantu kita dan Maha Mengetahui segalanya. Moga diberi kesempatan untuk bernafas lebih lama.

Apabila melihat rakan sekeliling yang kelihatan penuh gaya, hebat, glamourios.. terpercik rasa di hati.. ' Oh.. kenapa dia begituu..Adakah dia tak takut seperti aku.. yang kematian bila2 masa sahaja tiba tanpa isyarat?".. Hati risau. Cuba untuk menepis sikap dan pandangan negatif tetapi nyata gagal. Ya Allah. Sebenarnya ia lebih kepada perasaan.. 'kenapa aku takut akan hari2 hidupku.. malah lebih takut akan hari2 ku di alam sana.. sedangkan ada dikalangan rakan2 ku tetap ceria dan tidak gusar dengan diri mereka'. Ermmm..siapa kita nak menghukum oranglain. Betul tak?


Tetapi.. diri dipanjat rasa kerisauan dan khuatir.. kerana tidak mahu memberi nasihat dan mengajak rakan2 kearah kebaikan. Oh.. ' sendiri nak ajak orang buat baik..macam lah bagus sangat'. Datang pula bisikan ini.. :(

Kecewa sungguh dengan diri sendiri kerana di dalam Islam, siapa lagi nak menyebarkan dakwah kalau diri sendiri pun tiada keberanian untuk bersuara. Cuma beranikan diri.. tegur dengan baik.. hantarkan mesej kepada rakan2 yang nak diajak bersama2 berubah.

" Kawanku Betty La Soy.. dah lama kita tak berjumpa. Apa khabar ye awak sekarang..? Masih bergaya macam dulu atau sekarang lebih cantik dari dulu..? Rinduuu.. " 

Kemudian, tulisan mati di situ. Hasrat hati untuk mengajak rakan tadi ke arah kebaikan jadi buntu. Ermmm.. mula berfikir..

Rasanya lebih baik gunakan cara lain. Simbolik. Maka, diri mencari2 madah hebat dengan gambar hebat untuk diberikan kepada rakan di FB - mesej inbox.

Haa..dah jumpa.

"

Mula mesej rakan tadi dengan harapan.. terbukalah hatinya untuk berubah. Terasa diri sudah melakukan kebaikan.. 1. Mengajak rakan tadi berubah. 2. Dapat menjaga hati rakan tadi dengan teguran yang berhemah. 3. Dapat mendidik diri sendiri juga.

Kemudian, dapat balasan dari rakan.. " Hey babe.. U know me camne kan. Btw..TQ la coz remind me mende ni. But im not ready yet..'

Kecewa mula menjelma. Rasa benar ia satu perkara sia2. Malah rakan tadi menjauhkan diri. Makin sedih hati ini..

Sebenarnya..

Apabila kita berjaya mendidik hati agar berbaik sangka.. ia sangat hebat. Apabila kita tahu yang mana hak, yang mana batil, yang mana halal, yang mana haram.. ia juga sangat hebat. Bila kita yakin dan berniat baik untuk mengajak oranglain ke arah kebaikan, kita juga adalah manusia hebat. Cuma, jika gagal, ia bukan salah kita. Bukan juga kerana kita tiada usaha.. tetapi Allah belum izinkan ianya berlaku.

Tulislah yang baik2 setiap hari di dalam FB kita. Biar status baik2 kita itu dapat menjadi sebuah peringatan untuk oranglain. InsyaAllah.

Selebihnya, lalui hidup kita ini sebagai seorang Muslim yang baik. Lakukan yang termampu dek diri. 

Setiap kali rasa gusar menimpa diri ini, hati makin dekat dengan Yang Esa. Mengharap benar agar diberi kesempatan untuk menikmati hari tua dengan anak dan cucu.. dan menyelesaikan urusan duniawi yang tertangguh.

Selamat Malam.. Eh.. dah pagi. Bebelan hari ni berhenti di sini dulu.. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Kalau suka entri ni, berilah komen sikit. hehehe...