Dalam perjalanan kembali ke tempat asal..

22 May 2014

Apakah Kojic Acid?

Assalamualaikum... 
Kali ni nak tulis topik bahan mentah untuk kosmetik. Ewahhh! Ini semua adalah hasil carian google dan juga perkongsian dari rakan kongsi di Akademi Kecantikan Azalea - Puan Asyikin kita yg comel tu...

Jom baca.. (ada terma saintifik.. tak faham boleh cari di google ..)





Apakah kojic acid dan kegunaannya?


Kojic acid atau asam kojat memiliki nama kimia 5-hydroxy-2-hydroxymethyl-4-pyrone. Wow!! Susah benar nak menyebutnya. Okay.. Tak perlu hafal, Cuma perlu faham okay.. 

Asam kojic banyak digunakan sebagai bahan pemutih pada produk-produk kosmetik dengan konsentrasi penggunaan maksimum 1%. Ingat..!! 1% sahaja. Awalnya ditemukan di Jepun pada tahun 1990-an semasa proses fermentasi beras, contohnya semasa pembuatan sake. Asam ini memiliki banyak kegunaan. Tidak hanya sebagai bahan dalam produk kecantikan, tetapi juga digunakan dalam masakan di Jepun. Ermmm.. jangan pandai2 kita nak campur kojic acid ni dalam kerabu mangga ke.. daging masak hitam ke.. Bahaya tu. Kita tak tahu tahap kegunaannya .. dll.


Bagaimana ia bertindak sebagai agen pemutih kulit?

Asam kojic menghindarkan melanosis dengan cara mengganggu pengambilan oksigen yang diperlukan untuk proses “pencoklatan’ (browning) secara enzimatik. Metode spektrofotometri dan kromatografi menunjukkan bahwa asam kojic mampu mengurangi o-kuinon menjadi diphenols untuk mencegah terbentuknya hasil akhir aitu pigmen melanin. Sebab itulah ia banyak digunakan sebagai agen pencerah kulit dalam bahan kosmetik dan dermatologis lainnya. Ini bahaya saintifik ni.. Pening tak nak faham? Okay..macam ni. Penerangan mudahnya, Asam kojic ni mampu menghindarkan kulit menjadi gelap, berpigmentasi.


Apakah ia selamat digunakan?

Sebagai agen pemutih kulit, asam kojic tidak bersifat karsinogenik. Ouchhh.. Karsinogenik ni apa ya? Kasino tuuu.. biasa lah kita dengar. Ermmm.. Kasrinogenik ni adalah.. 

Dalam bidang patologi, karsinogen ialah agen-agen yang boleh mencetuskan pertumbuhan barah (kanser) dalam tisu hidup. Ini disebabkan oleh gangguan dan ketidakstabilan pertumbuhan sel yang tidak terkawal. Antara contoh-contoh karsinogen yang ketara ialah abestos dan asap rokok. Agen-agen radioaktif juga boleh diklasifikasi sebagai karsinogen seperti gelombang gama atau partikal alpha yang dikeluarkan.

Namun demikian beberapa orang yang kulitnya sensitif dilaporkan mengalami semacam dermatitis - sejenis alergi kulit yang bermula dengan gatal kemerahan atau iritasi. Untuk itu, kadang dalam krim yang mengandung asam kojic, dapat juga ditambahkan bahan lain sebagai anti alergi iaitu kortikosteroid topikal. Asam kojic ini menjadi semakin popular dan meningkat penggunaannya kerana memilik tahap keselamatan yang lebih baik berbanding hidroquinon. Bagi mereka yang sensitif terhadap asam kojic tentu perlu mempertimbangkan penggunaannya. Jangan sebab nak putih atau kulit cerah, kita sesukahati nak campurkan bahan ini dalam produk kecantikan.


Bagaimana penggunaannya?

Produk asam kojic selalunya digunakan untuk penggunaan topical (kulit), dalam bentuk lotion, krim, atau serum. Dos yang disyorkan adalah kecil, dengan maksimum skala 1% sahaja. Namun untuk mengurangi kemungkinan efek samping, produk kosmetik pencerah kulit perlu menggunakan konsentrasi ini sekitar 0.2%. Selain krim, kojic acid juga dimasukkan ke dalam sabun.

Jadi, hati2 lah nak guna kojic ni.. Bukan boleh sesuka hati nak masukkan ke dalam produk sekiranya kita tak boleh anggarkan dengan baik kuantiti bancuhan. Dan sebagai pengguna, kita juga kena hati2 dengan produk agen pemutih ni. Bimbang % yang digunakan melebihi dari sepatutnya dan menyebabkan kanser kulit.. 

No comments:

Post a Comment

Kalau suka entri ni, berilah komen sikit. hehehe...