Dalam perjalanan kembali ke tempat asal..

15 May 2014

15 Mei Untuk Saya

Assalamualaikum..


Alhamdulillah. Hari ni hari kelahiran saya. 15 Mei.. Tahun..? Ohhh.. Tahun demi tahun dah. Hehehe. Saya sudah memasuki fasa baru dalam hidup.. 

Syukur sangat Allah beri usia yang panjang untuk beribadah padaNya.. menyelesaikan tanggungjawab dan hutang piutang.. Menjaga kedua orangtua dan cahayamata.. Menemani suami tersayang dan memberi kesihatan yang baik. Semoga diberi usia panjang dengan kesihatan yang baik dan penuh barakah..InsyaAllah. Amin.

Ucapan suami.. sangat menyentuh hati.. "Selamat Hari Lahir sayang.. Isteri abang sangat cantik di mata abang..sejak dulu hingga kini.. I luv U sampai bila2.." Waaaaaaaa.. Kembang hati ni bagai matahari bersinar. Eceh..! - itupun nak cerita ke?? Ohhh..

Ye la.. Nak kongsi rasa gembira.... Seseorang yang menghargai saya sebagai isterinya.. Allah memberi anugerah yang terindah di dalam hidup saya. Amin.. Mudah2an cinta kami hingga ke Jannah.. InsyaAllah.. ~ Nak cerita tentang cinta sayang siapa lagi..kalau bukan dari suami. Hehehe.. Takkan nak cerita kasih sayang suami orang pulak kan.. Mau berterabur rumahtangga orang.. Nauzubillah himinzalik. Dijauhkan Allah. 


Sempena hari lahir saya ini.. - selalunya kami akan keluar makan2 berdua.. Sembang berdua lama2.. dan dating tengok wayang cerita lawan2.. ohhhh.. di KT belum ada cinema okay.. :D

Jadi.. saya nak kongsi gambar ketika kecil..remaja dan mula berkerja..













InsyaAllah, cinta dan kasih kami hingga ke syurga. Amin. Amin..





No comments:

Post a Comment

Kalau suka entri ni, berilah komen sikit. hehehe...