Dalam perjalanan kembali ke tempat asal..

7 April 2014

Sabun Homemade dan Scrub Homemade

Assalamualaikum.

Sudah awal pagi ni. Mata belum mahu lelap. Sakit masih ada. Seperti biasa. Kadangkala culas makan ubat. Malas pun ye jugak. Ya Allah.. Sembuhkanlah penyakitku ini. Amin.


Masih nak bercerita tentang sabun. Sebenarnya sangat seronok menghasilkan sabun atau scrub dari rumah. Bahan-bahan mestilah betul dan sukatan mestilah betul untuk hasilkan produk yang dapat membantu masalah kulit. 

Akademi Kecantikan Laara ada membekalkan berbagai bahan mentah untuk pembuatan produk kecantikan. Antaranya garam laut mati, lumpur laut mati, gluta, kolagen, glycerin dan lain2 lagi. Boleh cari nama AKADEMI KECANTIKAN LAARA di facebook. Dan mesej kami untuk dapatkan harga. Mesej jujur sahaja akan dilayan. Maksudnya gimana?? :) Maksudnya jangan mesej untuk check2 harga tau nak test2 harga. Biarlah mesej dengan niat benar2 nak tahu harga dan nak order jika ada bajet. Gitu lah ...Jika nak cepat, mesej terus ke Page LAARA. Yang atas tu group ye. Bawah ni Page.


Sabun homemade ni boleh mendatangkan duit. $$$$$ Ada wanita yang dulu berkerjaya tetapi terpaksa korbankan karier demi keluarga. Ada juga yang masih berkerja tetapi tidak mempunyai kewangan yang mencukupi. Cuba bayangkan jika ada ilmu menghasilkan produk sendiri di rumah... bayangkan jika mampu hasilkan produk sabun dan scrub di rumah. 

Katakan dalam seminggu, mampu menjual 20 ketul sabun. - Tak payah target banyak2, letak yang sikit dulu.. Ermm.. untung kasar sebiji sabun dalam RM5. Kalau 20 ketul sabun terjual... RM5 x 20 = RM100. Seminggu RM100, 4 minggu dah jadi RM400. Sape nak bagi RM400 kat kita?? Hehehe. Itu kalau untung RM5. Kalau untung RM10?? RM15?? Sila kira sendiri ye anak-anak. ;)


Sebab itulah antara tujuan Akademi Kecantikan Laara ditubuhkan. Untuk memberi ilmu bagaimana menghasilkan produk sendiri. Bukan sahaja produk, malah modul pembungkusan juga disediakan. Belajar bagaimana nak pasarkan produk dan menjenamakan produk.

Semuanya diajar. Memang rugi siapa yang tak ambil peluang ni untuk belajar. Malah peserta bengkel kami menyatakan " Rasa dengan membayar RM500 tu masih tidak mencukupi berbanding dengan ilmu yang dapat dari bengkel AKL". Faham tak ayat tuuu? :) Maknanya, pembayaran RM500 bagi Modul 1 di AKL dirasakan sedikit berbanding dengan ilmu yang diperoleh di dalam bengkel.

Itu komen dari peserta kami. 


Belajarlah buat sabun homemade dan scrub homemade. Tak rugi jika belajar. Kami juga sediakan Modul 2 dan 3 di mana antara produk yang diajar ialah body lotion, syampoo, krim muka, lips balm, massage oil dan banyak lagi.. 


Sudah daftar sebagai ahli di Akademi Kecantikan Laara? Nak jadi ahli percuma sahaja tau. Jangan lupa LIKE page dan juga sertai group AKADEMI KECANTIKAN LAARA ye..


Ok lah.. mahu tidur dulu.. memandangkan esok adalah hari suami budimanku menerima anugerah dari MB Terengganu..ABAM EID. Hehehehe.. Nanti terlewat bangun pula. ~ Teruja!

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Kalau suka entri ni, berilah komen sikit. hehehe...