Dalam perjalanan kembali ke tempat asal..

22 February 2014

Janin Tanpa Denyutan Jantung

Assalamualaikum.

Saya masih bersedih... Hak Allah. Milik Allah. 
Entah bagaimana, kehamilan kali ini tidak berterusan. Saya kongsikan ceritanya di blog ini untuk panduan rakan-rakan yang pernah keguguran.

Apabila usia kandungan memasuki minggu ke 10 (sepatutnya), saya menjalankan scan seperti biasa di klinik swasta. Rutin saya ketika hamil mesti menjalankan rawatan / pemeriksaan bulanan di klinik kerajaan dan swasta. Ia bagi memberi dua info yang tepat. Jika ada perbezaan, mudah untuk saya mengambil tindakan seterusnya. Okay.. happy untuk tengok baby semasa scan.



Doktor, ' Kandungan awak baru 7 minggu.. Masih belum nampak janin dan dengar heartbeat. Bagaimanapun kantung nampak cantik". - Hanya satu kantung kelihatan. Saya bertanya, " Kenapa kalau ikut period, kandungan saya sepatutnya dah 10 minggu doktor". Doktor memberikan jawapan yang beliau tidak pasti kenapa itu berlaku. Kemungkinan besar, hormon saya tidak stabil sebelum percantuman telur berlaku. Ermmm.. Baiklah. Seperti biasa, saya meminta doktor printkan satu salinan scan untuk simpanan.

Menunggu hampir 3 minggu, saya ke klinik kerajaan (KKIA) untuk pemeriksaan kehamilan bulanan. Kali ini, nurse menekan-nekan perut dan katanya, 'Tak rasa benjol atau ketul lagi". -meaning kandungan masih kecil. Saya dirujuk kepada doktor bertugas dan scan dijalankan sekali lagi. 

" Kandungan awak 7 minggu 5 hari ni.. Kecil lagi. Tapi macam susah lah saya nak nampak kantung bayi. Sekejap dia kat sini..sekejap dia kat sini. Tak berapa clear. Heartbeat belum dengar. Selalunya dah boleh dengar", kata doktor. Fuh! 



"Doktor.. saya ke klinik swasta 3 minggu lepas. Kata doktor tu itu hari, kandungan saya 7 minggu. Takkan dah 3 minggu lagi..masih 7 minggu tak gerak-gerak. Pelik ni.." Saya dah tak sabar nak meluahkan kerisauan.

Doktor mula cuak.. Katanya, datang sekali lagi..selepas 2 minggu..untuk mengesan janin dan kantung yang katanya berubah-berubah tu.

Dua minggu kemudian...

Saya datang sekali lagi. Nurse rekod tentang kehamilan.. Makan selera besar. Ok. Kenaikan berat badan sangat ketara.. 11kg youuu!! Hebat betul! Perut memang buncit. Loya seharian. Hb cantik... Dan pendek kata, semua ok dan normal untuk ibu hamil. Masa untuk scan tiba..

Doktor, ' Dari scan ni, memang nampaknya hanya ada kantung. Janin tak nampak. Heartbeat tak dengar. Jadi..saya rasa kena rujuk hospital untuk scan dari bawah - vagina ke servik".

Allahuakbar! Mana pulak baby saya ni..



Sambung doktor... "Sebelum tu.. Kalau ada bleeding, datang segera ke klinik..sebab kalau ada masalah dengan janin, ia akan gugur sendiri ataupun terpaksa D&C". 

Huhuhuhu.. hati berdoa..Mengharapkan keajaiban berlaku. Siapa tahu, balik rumah nanti tiba-tiba baby saya dah besar seiring tempoh yang saya kira.. 14 minggu.

Keesokkannya, pukul 11 pagi kelihatan sedikit darah keluar. Segera saya telefon ke KKIA. Diminta datang segera. Hati rasa takut.. takut kehilangan. Meskipun kehamilan kali ini tidak dirancang tetapi ia tetap menjadi sebuah penantian penuh kasih sayang.

Sesampai di KKIA, tekanan darah diambil. Scan dijalankan bagi mengesan janin. Kantung masih berubah-ubah tempat dan doktor sukar mengesan kedudukan janin. Oh! Kenapa jadi macam ni. Rasa sedikit pelik. Surat rujukan ke hospital dikeluarkan. Diminta segera ke hospital.

Balik ke rumah, saya menguruskan terlebih dahulu keperluan keluarga. Masih mengadap laptop dan menyelesaikan sedikit kerja. Sekitar pukul 4 petang, cadar yang dipakai dibasahi darah. Allah! Apakah.. Suami meminta saya bersiap untuk ke hospital. Ya Allah.. Risaunya dalam hati. Ari-ari terasa sakit dan bahagian belakang pinggang mulai lenguh.



Di hospital.. Saya diminta bermalam di hospital. Hohohohoh. Perkara yang paling saya kurang suka. Terbayang kepanasan dan nyamuk-nyamuk. Huish!! Saya dihantar ke bilik scan untuk scan dijalankan. Kali ini, scan dilakukan dengan memasukkan sebatang - saya tak tahu apa nama /term dalam perubatan. Camera ini dimasukkan di bahagian V wanita untuk melihat kedudukan janin di dalam kandungan. Memang agak sakit meskipun gel diletakkan. Okay.. 

Doktor, " Awak nampak tak nii.. Dua kantung baby awak. Satu agak kecil..dan satu agak besar. Ini ada sedikit kesan pendarahan. Awak memang dah gugur ni. Heartbeat baby pun tak ada. Saya dah semak, memang di KKIA pun doktor memang tak dapat kesan heartbeat".

Saya panik dan rasa hendak menangis.. " Doktor.. kandungan saya kembar ke? Memang takde heartbeat ke?"


Doktor.. " Awak tak tahu ke..? Kembar ni. Memang tak membesar janin ni. Ada masalah... Kantung je yang membesar. Jadi kita terpaksa D&C esok.."

Ya Allah! Saya gembira kerana mengandung anak kembar! Impian saya selama ini. Meskipun doktor menyatakan perlu menjalani D&C tetapi saya masih berdoa agar segala yang doktor katakan ini tidak terjadi. Saya tidak gugur atau janin saya sihat tanpa masalah...

Bermalam di wad..macam biasa lah. Nyamuk. Panas. Tak asing lagi. Kali ini saya ditempatkan di Wad Sakit Puan. Hohohohohoh. Ingatkan dapat tengok baby-baby comel..Rupanya tak. Yang ada hanya para wanita bermasalah. Cyst, fibroid, keguguran, janin luar rahim, kantung tanpa janin, janin bermasalah, dan sebagainya. Malam itu... memang ternyata bukan rezeki saya. Darah semakin banyak keluar. Ya Allah.. tabahkan hati. Saya sedih tetapi tidak mampu mengalirkan airmata.

Bersambung...

47 comments:

  1. semoga tabah hadapi dugaan ini puan..

    ReplyDelete
  2. Sabar,redha & tawakal

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..akak bole habis kan cerita?saya alami benda yang sama..doctor cakap missed carriage. Tp masih berharap kuasa Allah skrg..:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam. Allahu Nisa. Semoga Allah berikan Nisa cahaya mata selepas 3 tahun kisah ni ye..

      Delete
  4. Assalam sis... saya mengalami masalah yg sama dgn sis sekarang ni. Saya sgt risau nak tunggu lagi 3 minggu utk scan semula di hkl. Sepatutnya saya dah 10 minggu tp scan 2 hari lepas masih 6 minggu. Saya juga ada 2 kantung hanya 1 kantung yg nampak janin tiada heartbeat. Perasaan saya sgt2 risau kerana masa utk menunggu 3 minggu terlalu lama bg saya. Alasan pihak hospital sebab musim raya. Sepatutnya 2 minggu utk dtg semula. Saya tak mengalami bleeding. Apa efeknya pada saya dlm jangkamasa menunggu agaknya...😭😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalammualaikum sis. Boleh ceritakan kisah sis. Saya dah 9 minggu dah nampak kantung dan baby tapi tak nanpak jantung.

      Delete
    2. Walaikumsalam. Allahu. Macam mana kisah ni Linda. Saya tak buka blog agak lama. Maaf ye..lambat baca.

      Delete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum sis, saya mengandung 12w dan baru-baru ni saya mengalami pendarahan dan dimasukkan ke wad. Kes sis lebih kurang seperti saya di mana doctor kerajaan mengatakan bahawa kandungan saya masih kecil lg kerana apabila scan kat perut tak nampak baby dan jantung baby. Bila doctor pakar O&G scan melalui bawah doctor nampak baby akan tetapi jantung baby tak berdenyut. Saya masih tidak dapat terima kenyataan dan doctor pakar memberikan masa selama 2 minggu lagi untuk datang dan scan baby. Sekiranya jantung baby tak berdenyut maka saya akan dimasukkan ke wad dan akan di D&C.
    Boleh saya tahu apa yg berlaku selepas sis dimasukkan ke dalam wad, bagaimana keadaan baby tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam. Allahu. Sedihnya saya baca. Miss Kate dah ada rezeki baru ke?

      Delete
    2. Alhamdulillah.. beberapa bulan selepas saya miscarriage saya disahkan hamil. Bersalin 28hb jun tahun lalu.

      Delete
  7. Sedihnye sy bc sis

    ReplyDelete
  8. Saya masalah yg sama td, scan 6 mggu padahal ikut weeks dah 10 mggu. Janin ada jantung xde. Mggu dpn scan lg. 2 mggu dtg masih ukuran 6 mggu je. Pening n stress saya. 17 thn saya berharap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm mna sis lepas jmpa doc?

      Delete
    2. Hampir sama dengan kes saya. Menunggu 3 tahun juga untuk dapat anak sekarang ni. Allah ganti seorang anak lelaki utk saya yang saya dah tunggu sangat lama.

      Delete
  9. Saya masalah yg sama td, scan 6 mggu padahal ikut weeks dah 10 mggu. Janin ada jantung xde. Mggu dpn scan lg. 2 mggu dtg masih ukuran 6 mggu je. Pening n stress saya. 17 thn saya berharap

    ReplyDelete
  10. I feel u puan... Sama masa sy masa kehamilan anak pertama... seronoknya bila doc bagitahu kembar... tapi 2minggu berikutnya keluar pendarahan yg sikit dan ternyata satu lagi menjadi... tapi syukur kerana seorg masih selamat dan dah besar pun 7 tahun skrg... skrg sy pregnant anak ke 3 setelah 6 tahun xpregnant... harapan sy utk anak kembar perempuan pula kali ni... doakan sy puan...

    ReplyDelete
  11. Sya pun dah pernah lalui semuanya tu..smpai 3 bulan 2mgu masih tak jumpa hearbeat sedih sangat masa tu..akhirnya trpksa ikut kehendak doktor takut kita kena kuman d rahim...

    ReplyDelete
  12. Saya mengandung n mengikut scan sudah 7 minggu sbb sya x ingt last period bila... masa scan, kantung nampak cantik, tp hb belum dpt dikesan... saya sngt takut sbb sblum ni sya gugur 2 kali pada usia kandungan spt ini..

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum, saya pun mengalami masalah yg sama... Last ke hosp, doc scan dr bawah, kantung baby nampak, cuma janin kecil, heart beat xde.. Kandungan sepatutnya 7weeks, tp doc scan kata 5weeks..saya sgt takut dan risau.. Hari khamis ni saya akan checkup lg... Harap semuanya akan ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam. Macam mana kes ni Puan? Selamat tak kandungan?

      Delete
  14. Assalamualaikum, saya pun mengalami masalah yg sama... Last ke hosp, doc scan dr bawah, kantung baby nampak, cuma janin kecil, heart beat xde.. Kandungan sepatutnya 7weeks, tp doc scan kata 5weeks..saya sgt takut dan risau.. Hari khamis ni saya akan checkup lg... Harap semuanya akan ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam. Allahu. Ujian untuk kita. Dah ada rezeki baru ke Puan?

      Delete
  15. Saya juga kehilangan anak kembar saya .. cuma keadaan anak saya dlm kandungan sgt2 baik dan sihat . Cuma anak saya pergi saat usia kandungan 8bulan .. saya bersalinkan secara normal ..sihat smpurna anak saya .. allah lbh mgetahui sgala2nya . Smoga kte kuat dan tabah dalam hadapi stiap ujian yg allah dh tetapkan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu.. Beratnya dugaan. Saya doakan Puan dapat cahayamata lagi penawar hati.

      Delete
  16. Sy mengalami masalah yg sama, kandungan sy dh10week..tpi perut still kecik ja.,sy mengalami bleeding ketul².,sy pun x tahu apa sebab bleeding, nk kata jatuh tu xde la pulak.. Lepas g hospital krajaan.. Diorang scan tgok kantung msih ada tpi jantung baby xda, ,tp sy mengalami sakit ari ari sakit sangat dgn pendarahan lgi. .Dokter nk tgu seminggu lgi pula nk check scan samaada jantung baby gerak lgi ke tak.. Kalau x dak trpaksa admin ward nk bius buang baby..ni pregnant kali ke-2. Anak sulung girl dah nk msuk 1tahun 10bulan

    ReplyDelete
  17. masalah yg sm trjadi pd sy..scan dh 9mggu tp bl scan skali lg bru 7mggu kantung ada dan tiada denyut jntg.rabu ni kena scan lg.allah je tau mnunggu 2w utk scan slanjutnya.dlm hti mcm2 fkr..doakan sy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya doakan Puan akan dapat cahaya mata soleh solehah. Aamiin.

      Delete
  18. Sya tgk page ni..sbb sya pun tgh dlm xtenang ati..bru2 doktor scan ckp baby sya xda prkmbangan n xnmpk dgupan jantung..tp yg sya pelik 2minggu lps doktor sna juga scan tp lain dktor lg la..dia kata nmpk jntung da tp kli ni nmpk kpala tp xda degupan jantung ni kna tggu 2minggu lg utk konfem kan..tp alangkah sedih sya bila dktor blh trus2 bt kputusan kata baby sya da mninggal..sptutnya dktor xblh kata mcm tu sbb prkataan mcm tu blh bt ibu hamil stress...9minggu tu msh awal..bg la pluang lg..mntau kan..ni trus2 kata da mninggal..airmata ibu mana yg xmgalir bila dgr mcm tu..sya xda skit prut pun. Xda darah kluar pun napa blh kata baby sya da xda..sedih sya skrg sya brharap kuasa tuhan sja..n cuba utk scan lg d klinik swasta..tlg la org yg bgelar doktor faham prasaan kami..slgi blm konfem jgn ckp baby kmi da xda..usia kandungan msh awal..tnda2 pndarahan pun xda..ok jak..sya msh rasa bwa prut sya mcm ada bnda brgerak..mudah2an rezeki msh milik kami..amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah. Sampai hati doktor tu.. Mesti kita akan down bila dengar macam ni. Apa perkembangan kandungan Puan?

      Delete
    2. Saya pun macam sis. 2 minggu lagi nak scan. Doktor pesan 50-50 sebab saya ade bleeding walaulun sikit sikit.

      Delete
    3. Ya Allah. Macam mana perkembangan terbaru?

      Delete
  19. Sy sedang mengalaminye... 8w scan xde jantung.. 9w masih xde jantung . 10w pun tiade.. tp janin berkembang dgn baekny... doc ckp bby sy dh xde 😥 tp naluri sorang ibu menidakkanny.. doakan bby sy selamat ye

    ReplyDelete
  20. Salam....
    Sy pun alami bndvyg sma....mula2 scan 8 mggu ok...g kkia scan dr ckp kosong x nmpak janin...kntung ada...g cek blk kt swasta dr ckp hb mamang x da..janin ada tp x mmbsr...drh kuar ckit jer n skjp2....masih mnnti wpn ank yg k-4...smg ada keajaiban lps ni...2w lg dktr nk scan blk...cma soalannya bhy ke tk klu janin cm ni lma dlm rahim kita?tq...

    ReplyDelete
  21. Salam....
    Sy pun alami bndvyg sma....mula2 scan 8 mggu ok...g kkia scan dr ckp kosong x nmpak janin...kntung ada...g cek blk kt swasta dr ckp hb mamang x da..janin ada tp x mmbsr...drh kuar ckit jer n skjp2....masih mnnti wpn ank yg k-4...smg ada keajaiban lps ni...2w lg dktr nk scan blk...cma soalannya bhy ke tk klu janin cm ni lma dlm rahim kita?tq...

    ReplyDelete
  22. Salam....
    Sy pun alami bnda yg sma....mula2 scan 8 mggu ok...g kkia scan dr ckp kosong x nmpak janin...kntung ada...g cek blk kt swasta dr ckp hb mamang x da..janin ada tp x mmbsr...drh kuar ckit jer n skjp2....masih mnnti wpn ank yg k-4...smg ada keajaiban lps ni...2w lg dktr nk scan blk...cma soalannya bhy ke tk klu janin cm ni lma dlm rahim kita?tq...

    ReplyDelete
  23. Ape pekembangan terbaru puan..sya pon sama 14/10..doktor ckp baby tak ade degupan jantung..meraung saya disitu juga..lepas tu 3 hari kemudian sya scan lagi..tetiba ade pulak jantungnya...bercahaya kembali hidup saya..lpas tu 30/10..sekali lagi doktor ckp tak ade denyutan jantung...YA ALLAH..dugaan ape ni..sya tertanya² doktor ni betul atau tidak?..sekali lagi terasa gelap hidup..menangis lagi sekali.....sya pon tak tawu nak percaya atau tidak..just tunggu lagi 2 minggu..harap ade keajaiban..kandungan saya baru 9 week..

    ReplyDelete
  24. Bleh thu mcm mne kndungan sis?

    ReplyDelete
  25. Salam. Sy pon alami benda yg sama puan.. ini kandungan yg kedua utk sy tetapi penantian baby 1st.. sebelum ini sy keguguran doc sahkan missedcarriage tiada heartbeat dan akhirnya gugur sendiri,simptom ketika itu ada keluar spoting. Skrg, sy suda refer pakar di hospital doc sahkan janin xmembesar & kandungan stop sampai 7week shj kantung besar. Sy juga tiada kelua darah spoting. Sy diberi tempoh seminggu n terus jumpa doc semula kemungkinan utk d&c.. Sy & suami menanti utk memiliki cahaya mata.. cuma sy merasa rindu ketika sy scan pertama kali di Kkia, sy dh lihat kelip jantung & dgr bunyi jantung die masa 7w. Tetapi dtg scan kali ke2, tiada bunyi jantung n minggu sama 7w4d..

    ReplyDelete

Ada nak tanya apa-apa ke?