Dalam perjalanan kembali ke tempat asal..

28 November 2014

Butik Vendor


Assalamualaikum.

Butik Vendor? 
Sebenarnya apakah butik vendor ini? Konsep vendor memang kita tahu. Jika dari segi automotive industri, kita akan menjadi vendor kepada mereka bagi membekalkan part2 di dalam sesebuah kereta, misalnya. Ada level. Ada 1st tier. Ada 2nd tier. Ada 3rd tier. Maksudnya, setiap level2 ini ada fungsi 'berat' masing2. Tentu sekali 1st tier yang banyak attach dengan pihak induk itu sendiri. Ehhh.. cerita kisah lama pula. - Iyer lah..dulu saya seorang vendor pada syarikat automotive negara. Rasa bangga kerana terpilih untuk menyumbangkan 'sesuatu' pada kenderaan2 negara kita.


Yang nak dibincangkan ini adalah butik vendor. Haih! Lari tajuk dah tadi.. Butik Vendor ini pada pemahaman saya adalah, tempat di mana kita yang tak mampu nak sewa butik sebijik bok, atau membuka merata2 cawangan seluruh negeri, atau baru berjinak2 dengan perniagaan offline - meletakkan produk kita / barang kita di satu butik beramai2. Engkau letak baju, aku letak tudung, Engkau letak sandal, aku letak maruku..dan begitulah..

Bayaran untuk butik vendor ini berbeza2 mengikut space / area. Dari survey saya, bermula dari harga RM30 sehinggalah RM250 - mengikut saiz / furniture dll. 



Memang bagus konsep butik vendor ini.

Dari segi bagus..banyak bagusnya. Dari segi tak bagus pun ada juga. Antaranya, jika barang tak laku, pemilik butik yang kena marah oleh vendor2 nya.. Macam2 alasan boleh dibuat.. 'engkau tak buat promosi untuk produk aku..". " You asyik promo barang Esah je.. Handbag2 I, U tak promo punnn".. Connnntooooh!



Boleh jadi juga, pemilik butik tidak pandai menjaga kualiti barang yang diletakkan di dalam butik. Alahai.. Masa hantar, elok je tudung2 semua. Selepas beberapa hari di dalam butik, habis terkelepet sini sana, siap berhabuk lagi dll.

Butik vendor ni sebenarnya ada baik dan buruk. Apa yang penting, jalinan kerjasama antara pemilik butik dan vendor2nya biarlah baik. Sama2 tolong promosi. Jangan harap pada owner butik je. Yang vendor2 pun kena lah promo produk2 mereka.. Jangan pulak harap vendor je..dengan alasan..barang engkau. Tolong lah promo.. Orang bayar sewa kannnn.



Saya akan kongsi lagi cerita berkaitan butik vendor ni di entry seterusnya.. Ni baru warmup. 
Hehehehehe..

Pendek je bebel kali ini. Hehehe..

27 November 2014

Kursus Buat Sabun

Assalamualaikum.

Kursus buat sabun bakal diadakan di Shah Alam pada 6hb Dec 2014 ini ye. Saya akan mengajar lebih dari 7 jenis formula sabun dan juga tips menjadi usahawan kecantikan. Kalau tak datang memang rugi. Tiga orang peserta saya di Akademi Kecantikan Azalea mencatit jualan tertinggi sabun mereka 100 biji sehari. Alhamdulillah.

Bukan hanya belajar sabun, saya juga akan memberi modul pemasaran dan jualan serta beberapa modul lagi kepada pelajar. Kursus penuh di Shah Alam ni pada 6hb Dec 2014.

Kursus buat sabun di tempat lain ialah pda 29hb Nov ini iaitu di Fitra Solusi, Alor Setar. Rakan saya, Puan Syikin akan mengajar bagaimana ingin menghasilkan sabun untuk kegunaan muka. Di Kuala Terengganu juga pada 29hb Nov ini iaitu di Angulia Beach Resort.

Kepada yang berminat untuk belajar buat sabun, untuk menjadi mata pencarian sampingan atau benar2 ingin bergelar usahawan datanglah belajar di tarikh2 yang saya berikan di atas. Rugi tau tak datang..


Jom layan gambar kelas kami dan sabun2 comel. Tatata..










P/s : Meriahkan warna sabun2 ni.. Ermmm..banyak lagi sebenarnya yg comel2. Jom.. belajar dengan kami. KURSUS BUAT SABUN.

1 November 2014

Meragut Nyawaku


Assalamualaikum Semua.

Alhamdulillah. Jumpa lagi. 
Tajuk atas tu macam ngeri kan. Itulah yang hampir berlaku. Nak kongsi pengalaman di sini agar rakan2 lain berhati2. Jangan ada yang gembira dikala saya sakit sudah la. Tak baik gitu..

Macam ni ceritanya..
Satu hari tu..dalam bulan Oktober baru2 ni.. saya ada meeting dengan seorang orangkuat NGO ni. Nak berbincang mengenai perniagaan dan akademi.. Maklum lah..mencari2 peluang untuk luaskan pasaran. Jadi, memang waktu dan hari dah confirm lah dengan si polan ni. Malam tu, selepas balik dari ofis..badan saya mulai gatal2. Asyik tergaru2 ..dan bengkak seluruh badan. Wooooo.. Gegata lah pulak.


Sebelum2 ni, kalau saya jadi gegata kena ambik injection dan okay dalam masa kurang 12 jam. Dan kadangkala kalau sikit2..saya biarkan aje. Tapi kali ni bengkak teruk. Mujur di muka takde pulak gegata naik. Saya cuba mandi air garam. Elok sekejap dan naik lagi teruk. Setahun, hanya dua atau tiga kali sahaja gegata ni singgah pada saya.

Dek kerana masuk hari kedua gegata makin teruk, saya pun ke klinik biasa untuk dapatkan rawatan. Tapi doktor klinik mintak saya terus ke hospital bahagian kecemasan. Oh.. Pulak! Kalut nih.. Jam menunjukkan pukul 9 pagi. Meeting saya dalam pukul 2 petang. Harap2 sempatlah saya dapatkan rawatan sebab memang ramai orang time tu. Sampai di bahagian emergency..saya pun cerita la..bla..bla..bla.. bla.. dan dirujuk kepada doktor. Dipendekkan cerita, doktor memberi suggestion..akan inject saya dengan hydrocort. Sejenis ubat alahan.

Ditanya bertubi2..apa saya makan.. apa saya pegang dll. Yoooo.. Doktor, saya tak makan pelik2. Saya hanya minum air kotak Dutch Lady dan biskut Tiger je .. Takkan lah ini tanda2 nak bertukar jadi harimau kot. Makan biskut Tiger.. terus jadi harimau. Naya lah camtu. Hehehehe. Dan selalunya memang pun gegata saya ni naik tanpa sebab. Haiyokk! Sangat suspens. Doktor cakap.. "Okay.. Ini unknown arlegic".. Ermmm.. Okay je la doktor. Saya dah tak tahan gatal ni. Apa2 je lah. Asalkan cepat sembuh. Dan saya diminta ke bilik rawatan.

Dicucuknya tangan kiri.. Huh! Jarum tak masuk. Memang saya ada masalah urat kecil. Tak muat jarum. Sekali lagi dicuba pula ditangan kanan. Fuhh! Sakit betul. Pun tak masuk sebab tak muat jarum. Saya dah bagitahu, tapi nak try jugak dengan jarum besar gedabak tu. Ermmmm. Akhirnya..nurse ambil jarum bayi dan dicucuk sekali lagi di bahagian lain, sebelah kanan. Sakitnya jangan cakap lah. Sebab time nak cucuk jarum di kiri dan kanan tu, bila tak berjaya masuk..digasaknya jugak. Sempatlah saya mencucurkan airmata kesakitan. 

Geram betul rasa hati. Dah tak muat..jangan la dipaksa2.. Sakit nih! Saya tolak tangan nurse yang tolong pegang2 tangan saya tu sambil cakap,  "Nak balik..nak balik.." Ehhhh.. Gurau je. Saya kata.." Nurse..tangan saya ni bekas kena operate. Jarum takkan dapat lalu ikut sini sebab ada kesan jahit". Barulah doktor dan nurse tadi berhenti tonyoh2 juga jarum jahat tu!

Akhirnya..setelah menggunakan jarum baby..Emmmm.. berjaya juga doktor tu memasukkan cairan hydrocort ke dalam badan. Saya diminta berehat sementara menunggu ubat 'jalan'. Lega rasa hati. Selesai sudah dengan 3 kali cucukan jarum.


Dengan esakan masih bersisa.. (sakit...) saya menunggu di luar bilik. Sempat berborak dengan seorang wanita yang menemani ayahnya tentang gegata dll. Eh!! Badan rasa segar.. Emmm..balik je kot. Saya pun bangun dan terus menuju ke pintu keluar wad kecemasan. Ye lah..Meeting kan tak lama lagi. Nak bersiap lagi, nak sediakan dokumen mana2 patut lagi.

Sampai dipintu kecemasan.. Ehh..Takkan nak balik macam tu je kan. Ubat? Yesss.. ubat sapu takkan doktor tak bagi.. Saya berpatah balik. - Haaa.. Inilah salah satu rahmat dari Allah Taala. Ada gerak hati. Patah balik sebab nak ubat sapu!


Sampai sahaja di depan bilik rawatan, muka saya menjadi panas sangat. Macam terbakar. Saya cepat2 ke sinki yang ada cermin muka. Ya Allah.. Muka saya merah padam. Tudung oren yang saya pakai tu, sama warna dengan muka. Ehhh.. Kenapa rasa tercekik ni..? Saya meluru ke bilik rawatan dan.. " Nurse..tolong..saya tak dapat bernafas.."... - Hanya dalam tempoh 10 minit..segalanya berubah.


Apa yang saya ingat..saya dibaringkan atas katil, tudung dibuka dibahagian dagu (saya yang kalut tolong buka sendiri).. doktor berlari mengambil oksigen dan dicekupnya ke muka saya. Saya rasa makin sesak nafas dan jantung macam ... ermmm.. saya rasa siapa yang pernah terkena serangan jantung..mesti tahu. Sukar digambarkan.

Waktu itu, yang saya fikir hanya.. solat saya.. eh pagi tadi solat tak. Ada tak ponteng solat.. Oh! hutang piutang saya.. keluarga saya.. takpelah..suami ada dan tolong uruskan... dan.. ehh! sempat lagi fikir.. mana malaikat maut.. Adakah dia datang dalam bentuk mesin.. bentuk orang .. bentuk menggerunkan dll. Ya Allah... Terasa ajal sangat dekat. Di dasar hati..saya redha andai inilah hari terakhir saya. Mata sudah tak mampu dibuka... 

Doktor dan nurse menolak saya dari bilik rawatan ke bilik kecemasan. Saya dah separuh sedar.. Macam blur2.  Bila saya sedar,  di dada saya ada berbagai alat untuk jantung, tangan dicucuk bersambung entah ke mesin mana dan doktor datang membawa satu jarum. Adrenalin! Saya perlu diberi adrenalin kerana..

1. Jantung saya tidak stabil - saya telah  mengalami anaphylactic shock yang boleh membawa maut.

2. Peredaran darah saya ke otak terganggu - boleh mengakibatkan kegagalan fungsi organ dalaman.
3. Tekanan darah saya turun dengan laju..



Aduh!! Seriusnya Ya Allah. Maka dalam longlai, saya hanya redha sahaja apa yang doktor buat demi keselamatan dan nyawa saya. 

Setelah hampir 4 jam di situ, saya dipindahkan ke wad.. dan memang saya perlu berehat. Barulah saya rasa bagaimana nak gerakkan satu jari pun tak mampu. Nak bernafas dengan baik pun kucar kacir jadinya. Barulah saya rasa.. nak bercakap pun susah. Dan saya rasa..biarlah bersalin 10 kali pun, saya masih sanggup. Berbanding apabila jantung menjadi kacau bilau. Bayangkan lah.. lubang hidung ada dua ni pun rasa macam tak boleh nak sedut oksigen sampai paru2.. dan terasa seolah2 nak ketuk dada dengan kuat agar dapat bernafas dengan sempurna. Ya Allah..



Allah masih sayangkan saya.. Meskipun jantung masih abnormal.. dan tekanan darah masih paras 90 /57.. saya dibenarkan pulang esoknya. Maka berehat lah saya di rumah.

Yang tak boleh dilupa.. saya cuba menelefon ayah.. Nak maklumkan pada ayah yang saya berada di wad.


Dalam keadaan nafas tersekat2,  saya katakan ..Ayah datanglah tengok saya di wad.  
Ayah membalas.." Itula..Makan kena jaga. Jangan makan yang gatai2.. Kan dah kena masuk wad"
Ohh.. Ayah tak faham..yang anaknya ni baru terlepas dari maut..


Saya menelefon suami.. saya katakan.. Abang..datanglah kejap..saya sakit..
Suami membalas.." Apa yang?? Kuatlah sikit cakap.. Abang tak dengar ni.. Bising.. Jap lg abang balik.." 


Alamak.. Suami tak dengar pulak. Mesti dia ingat saya suruh dia balik..sebab sangkanya saya dah balik dari checkup di klinik..

Saya menelefon pula emak.. Makkk..kakak sakit..datang hospital.

Emak membalas.. " Haaa?? Tak pa lah. Sat lagi doktor bagi ubat..baik la tuuu.. Makan salah tu.. Itu yang pucat je dari semalam.."
Aduhhh.. Mak pun tak faham... 

Memang saya tak boleh bercakap dengan baik. Nafas macam tak cukup... Itupun tolak2 perlahan2 handphone naik ke sisi muka.. dan toleh terus bercakap. Dial pun hanya dengan jari kelingking. Memang tak dapat nak angkat telefon dan bercakap huruhara seperti biasa.

Sempat lagi type di FB. Status terbaru - Risau kalau2 saya meninggal dunia tanpa sempat mintak maaf. Dengan satu jari, gigih menaip tanpa dapat melihat dengan sempurna. Maklumlah, handphone tepi muka. Hehehehe. - Cuba bayangkan... Terer kan. :D

Hampir pukul 3 petang,  barulah suami datang. Itupun setelah pihak hospital telefon dan kebetulan sepupu suami, seorang doktor di situ ternampak saya.. " Ehhhh..kakk.. Kenapa..??" Ermmmm.. nak cakap dan jawab kenapa ... kenapa macam mana nih. Semputttttt....


Alhamdulillah.. Saya hampir sembuh sekarang. Masih belum mampu berlari atau menyanyi. Eh. Saya masih rasa belum sihat sangat tetapi saya kuat semangat. InsyaAllah.

Dan moral dari pengalaman saya ni, alah pada ubat jangan dibuat main2. 

Setelah doktor menerangkan kenapa saya hampir kehilangan nyawa.. saya diberi kad arlegik pada ubat hydrocort dan memerlukan pemeriksaan terperinci di KL nanti. Ermmmm.. Allah duga kita dengan berbagai cara. 


Hanya kerana gegata..jantung saya hampir terhenti.

16 October 2014

Teraju Superb Q3

Assalamualaikum.

Mula2 sekali, saya nak ucapkan Alhamdulillah kerana saya berjaya sehingga ke semi final dalam bizpitch Superb Teraju. Yelah. Ramai yang memohon, terselit pula saya di situ. 

Super Teraju ni lebih kepada present idea dan bisnes model yang bersifat kreatif dan innovatif. Ermm.. Siapa taknak geran RM500k kan. Maka, saya pun berani2 kan diri mencuba meskipun idea saya taklah sehebat yang lain. Fikir positif je. Selain mendapat ramai rakan baru, juga dapat mengenali ragam manusia yang baru. Hahaha.




Gambar ketika di KB. Peringkat saringan. Sedang menunggu giliran untuk ditemubual oleh astro Awani. Masuk TV dulu okay.. Menang kalah belum tentu. Hehehe..

Banyak idea menarik semasa kami boot camp selama seminggu di Shaftburry, Cyberjaya. Sudahlah penginapan selesa, makan pun disediakan. Setiap hari akan hadir ke kelas untuk belajar cara bagaimana untuk pitch dengan baik dan bagaimana nak sampaikan idea dengan berkesan.

Saya sebilik dengan ramai orang hebat2. Rendah diri juga..walaupun saya paling tua dalam tu. Hahaha. Maklumlah..idea orang muda ni tak terjangkau dek akal. Takpe.. kita support mereka! Kami di dalam bilik C yang mana berkumpul nya berbagai2 idea. Bilik B lebih kepada idea IT. Woaaahhhhaa! Best sangat seminggu di sini.

Saya dapat berkenalan dengan Coach kami Ritakamal Sadiman yang kacak orangnya. Mujur Neelofa tak nampak beliau tau. Hehehe.. Rik nama manjanya. Rik mengajar kami dengan santai dan sangat rileks. Saya yang jenis bercakap laju ni, sering diingatkan..' jangan laju..'..'jangan laju.'. Hehehehe. Semulajadi betul tabiat cakap laju ni. Memang dah sebati.

Selain Rik, kami juga ada Rose. Ehhhhh.. Coach Rostam. Segak dan pemalu orangnya. Owh! Pemerhatian saya la.. Coach Rostam agak pemalu. Hehehe. 

Banyak sangat ilmu yang diajar kepada kami. Alhamdulillah. Saya juga tumpang Coach bilik sebelah.. Puan Hani, yang merupakan pemenang Superb Musim Ke 2. Comel sangat dia!!! Banyak tips yang diberikan..

Oh ya.. Kami juga ada Sam. Sam ni adalah peserta siri sebelumnya. Orangnya kecil molek..tapi jangan main2. Sekali di debiknya, tersandar kita. Pemilik beberapa buah Gym ini memang sangat hebat. Banyak pengalaman dan idea beliau. Sekarang sangat sibuk dengan siri jelajah Malaysia beliau.. Sama-sama Cari Duit.

Ramai lagi di dalam kelas saya tu.. Ada Dr Niza yang sangat penyayang. Cool je dan putih melepak orangnya. Ada Ahmad Salehuddin yang cute dan hebat! Ada Dr Siti Hamidah yang manja dan comel orangnya. Ada M.. Siti Mawarni yang ...ohhhh.. sooo lawa!! Ada Patang. Well.. Saya suka dengan karektor Patang. Sangat bersahaja dan pandai berkomunikasi dengan berkesan. Banyak tips dari Patang ni tau macam mana nak ambil hati juri. Hahahahahaha...Oh.. Lupakan. Jangan tiru tips Patang ni!

Kelas saya juga ada Jimmy. Comel montel orangnya. Cute je muka. Idea dia pun best. Cuma takde rezeki nak ke final. Selain tu, Ada Faizul Ridzuan.. Yeah! Penulis buku WTF yang hensem tu. Idea menarik, menyampaian mantap.. tapi rezeki belum ada. Kelas saya juga ada En Zul yang comel menari2, ada Jakkalll yang tarik diri sebab.. ada rezeki lain, ada Yuzairin yang nampak pendiam tetapi mantap, ada Wan Yusof yang comel,....Ehhh! Ada Nik Faiz.. Ruzz Gahara yang sangat kiut.

Siapa lagi ye.. Yeah! Ada Dato Zaki. Eeee.. Katanya usia dia 18 tahun. Saya hampir percaya. Rupa2nya.. Alah! Tipu rupanya. Ada Siddiq yang idea mantap. Oh! Siddiq dapat ke final. Kelas kami juga ada Aiman yang pendiam. Ada Khairul, Khairul ni..sesiapa nak bercuti..boleh ke Homestay nya di Pahang. Sangat best! Desa Murni Homestay namanya. Harga pun berpatutan. Kami ada juga .. alah! Saya lupa nama Samaq ni. Ermmm.. Daya ingatan makin susut sejak tua2 ni. :)

Saya dapat berkenalan dengan Nazeera. Jauh tau Naz datang. Dari Ranau. Suka dengar Naz bercakap.. Lembut dan sopan. June pun ada. June jadi pembantu Coach. June sangat friendly dan peramah. Dalam kelas saya juga ada Azudin..si jejaka berkulit cerah. Ingatkan Jepun mana yang datang Superb. Hehehehe.. 

Selain itu, ada Akmal. Yang termuda. Dan suka ketawa. Riang je dia. Akmal pun ada idea yang best! Ada Azra yang cool dan comel... Oh ya! Marul. Marul sering berikan tunjuk ajar pada saya tentang cara dan teknik penyampaian yang betul. Thanks Marul...

Ermmm.. Ada lagi ke yang tertinggal?

Itulah serba sedikit ahli Bilik C. Sangat best kerana setiap dari kita akan dapat tips dan idea bagaimana mahu penambahbaikan dalam bisnes. Coach Rik dan Rostam juga ada wujudkan IDEASTORE untuk para usahawan berkumpul dan cari kejayaan di situ. Nak tahu, perlu Add mereka2 yang saya sebutkan tu ye. 

Tips nak join Superb??
Hehehe.. Saya nak share tips pun macam tak layak je. Tapi takpe lah. Saya share kan apa yang saya tahu ye.

1. Pastikan idea kita mantap. Bukan idea yang kita faham sekerat2 jalan. 
2. Jika kita nak wakilkan orang datang present idea kita, perlu kita pastikan dia benar2 faham A to Z. Bukan faham sikit2. Nanti tak dapat nak jawab soalan bila ditanya..
3. Idea mesti kreatif dan inovatif. Idea lapuk taknak ye..
4. Jika kita seorang yang gugup, slide kita perlu mantap. Cover balik info2 yang patut sebab bila kita dah gugup, banyak benda yang nak cakap..tersangkut di kerongkong.
5. Jika kita bercakap laju ( macam saya), perlu cakap dengan jelas. 
6. Pakai pakaian sopan dan elok. Ye la..dah namapun bisnesman kan.
7. Kita bukan bersaing sesama kita dalam tu, tetapi kita bersaing dengan diri sendiri..sebab itu idea kita. Bukan oranglain.. Oranglain idea lain.
8. Pandai2 la bawa diri.. Ramai manusia dalam tu dan macam2 ragam. Jadi, pandai2 lah cari peluang dan networking.


Kepada yang nak masuk Q4.. InsyaAllah. Ada rezeki nanti. Buat yang terbaik!! Saya masih berdebar menunggu result final. Waaahh!! Mesti rakan2 Bilik C yang dapat ke final lagi berdebar. Betul tak??


Jom layan gambar..

Selepas daftar diri. Dengar taklimat dari team Teraju. Semuanya baik2 belaka. Saya kenal Nora, Ashraff, Puan Lin dll. Ermmm.. Nora event management kalau tak silap. Thanks atas semua bantuan dan kerjasama. 


Suasana di auditorium Magic. Oh ya.. Program dibuat di Magic, Cyberjaya. Tempat selasa dan parking banyak.


Eh! Ada... Hehehe. Kami pergi atas projek berbeza. Memang tiada kesepakatan di situ. Mujur tak sama kelas. :)


Inilah En Sam yang sangat aktif dan memiliki beberapa buah gym. Banyak berkongsi tips dengan kami.



Patang laaa! Hehehe. Suka tengok si Patang ni bercakap. Patang dari Sabah. Dan idea yang telah direalisasikan tu sangat mantap. Azra dan Dr Siti.. Di depan saya, coach hebat.. Tuan Rik dan Tuan Rostam. Comel je Rik kat sini. Hehehe.


Suasan bilik menunggu. Sejukkkkkk..


Ruang legar. Berlegar2 lah selagi mampu. Debaran mula dirasa di sini. 


Bilik C


Dinner sebelum final. :)


Eh!! Gambar kidnap dari cermin pintu oleh rakan2. :)


Penerimaan sijil :) Alhamdulillah.


Akmal sedang perati apa tu? Waktu ni rasa teruja nak pitch tetapi ada butterfly dalam perut. Hehehe.


Depan sekali..Jimmy. Kami keluar makan selepas present. Azudin open table malam tu. Sambil makan sambil bertukar idea.


Coach Rik sedang bagi petua dan tips tu. Hehehe.


Dr Niza yang comel dan Dato Zaki yanggg.. muda belia. :D


Zul Ring Ring dan DFK.. Pagi tu sebelum result keluar, perlu lah bina kekuatan diri dulu. Mana tahu, ada yang terjun dari Shaftburry tu bila tak dapat ke final.


Waaa! Pemilik tulang rusuk saya di situ. Haiii..tulang rusuk kemain kan. Alhamdulillah. Barisan mereka2 yang dapat ke final. Syukur..


Dr Siti touching. Yang lain2 penuh syahdu mendengar amanat Bos Besar Teraju.


Buat yang terbaik..Jika ada rezeki, InsyaAllah. Jika bukan rezeki..tidak bermakna tak hebat, cuma sememangnya ia bukan milik kita. ;)


Superb Teraju Q4 akan diadakan tidak lama lagi. Selamat Mencuba kepada semua. :) Terimakasih kepada yang terlibat secara langsung dengan saya ataupun tidak. Jasa kalian tidak dilupakan.





Kursus Kecantikan Termurah

Assalamualaikum.

Dah bersiri2 cerita tentang DAO... Saya masuk bab kursus pulak ye anak2.
Kami di Akademi Kecantikan Laara memang banyak anjurkan kursus.

Kursus apa?

Kursus Kecantikan!

Apa?


Kursus Kecantikan!!!

Apa??

Kursus Kecantikan nakkkkk.. :D Kursus kami meliputi teori dan bengkel. Saya sendiri yang mengajar untuk bengkel2 ini.


Antara yang kami sediakan.

1. Kursus Belajar Buat Produk Kecantikan
2. Bagaimana Ingin Jadi Usahawan Kecantikan
3. Bagaimana Mahu Buat Pemasaran Berkesan
4. Bagaimana Nak Buka Spa Dengan Modal Rendah
5. Bagaimana Nak Jenamakan Produk Sendiri
6. DLL


Kami menerima pelajar lelaki dan wanita dari usia 16 tahun hingga 65 tahun. Belajar buat sabun, belajar buat lips balm dll. 


Pelajar kami ada yang sudah mempunyai produk kecantikan sendiri. Mereka datang untuk lebih mengenali bahan produk mereka dan juga teknik pemasaran dan penjenamaan yang betul. Ada juga yang masih baru dalam industri kecantikan, dan kami memberi ilmu untuk mereka bagaimana mahu bermula. 


Mengenali bahan adalah penting. Bagaimana mahu menghasilkan produk berkualiti dan selamat. Kami di Akademi Kecantikan Laara mengajar lebih dari 10 produk. Misi kami untuk melahirkan usahawan kecantikan yang hebat.


Peserta khusyuk mendengar. Kami menggalakkan mereka yang berminda positif untuk hadir ke kelas kami. InsyaAllah, ilmu yang diberikan senang melekat. Jika hadir semata2 untuk mencari salah dan masalah, kami tidak mengalu2kan kehadiran anda. Kami sangat mementingkan kualiti peserta yang hadir dari segi attitude kerana kita bukan sahaja belajar di dalam kelas, tetapi menambah networking. Ingat tu!


Ilmu yang diberikan tidak akan luput dek zaman. Buat dan fokus.


Daftar lah dengan Akademi Kecantikan Laara InsyaAllah, tak rugi. Hadir ke seminar dan bengkel kami dengan misi mahu majukan diri.


Pelajar di AKL, semangat dan diri yang positif menghasilkan rangkaian networking yang positif. Kini, mereka sudah menjadi rakan. Sangat hebat!!


Ada pengasas produk kecantikan, ada pemilik salon dan spa.. mereka sangat hebat! Belajar selagi masih bernafas. Di Akademi Kecantikan Laara, kita akan berjumpa ramai rakan yang berminat dengan dunia kecantikan. Rugi tau tak datang.. :)


Kami mengadakan sesi kelas unformal. Lebih santai dan mudah ilmu meresap. Pelajar juga lebih santai untuk bertanya dan mencuba. :) Peace sikittttt...!



Berminat nak belajar dengan kami? Buka FB anda. Cari Page kami " LAARA"
Taip sahaja. Berbagai bengkel ditawarkan. Atau boleh ke FB saya sendiri, Feirouz Azalia. 


:)

Ulasan Saya Tentang Dr Azizan Osman



Kali ni entry saya bersifat ulasan. Sifat lah sangat. Ermmm. Kiranya apa pendapat saya tentang beliau dan seminar.

Saya banyak dengar perkara negatif sebenarnya. Ada yang merungut, duit habis puluh ribu..hapah pun tak dapat. Ya Allah. Yang pergi habiskan beribu tu dah kenapa. Ambil step by step. Apply setiap yang beliau ajar. Nak tanya, dah apply semua ke ? Jika sudah..haaa..kan dia ada mention, boleh dapat balik duit jika gagal.

Sebenarnya, pokok pangkal adalah diri kita. 4 hari 3 malam saya di MMM Dr Azizan Osman. Saya bukan taksub sangat pun, sebab kita sesama manusia. Tetapi saya respek dengan kesungguhan dia nak kongsi ilmu. Ada yang kata.. ye la.. Mahal. Takkan nak buat lebih kurang. Ilmu ni kalau kita faham, ia tak dapat dibeli dengan wang ringgit. Ilmu dibawa sampai mati. Duit mana boleh bawa masuk kubur. Sebab tu lah ilmu mahal. Ilmu boleh dicari samada pelu dibayar atau tidak. Tau tak? Nak ilmu, kena usaha. Kena cari modal. Bayar dan belajar. Alangkan nak ilmu free, kemain lagi. Pergi toilet pun berbayar.

Er... Saya tidak dibayar untuk jadi pelobi ye. Entry ini adalah tentang pendapat saya. Tak dapat komisyen pun dengan DAO. Hehehe. Kang ada yang kata blog tajaan pulak. Haish!

:) :)


Satu senario lagi, ada juga yang mencebik awal2 lagi. 'I cant trust him'. Oh!! DAO ada tipu u ke? Berapa ribu? Pergi je claim. Dia dah kaya tu. "U pergi ke seminar dia?'. tanya saya tulus. Jawabnya ," Alah! Waste my time je la nak spend ribu2 ke situ".

Oooooooooooooooooooo.. Ini maknanya belum pergi. Kan. Tak pergi, tak dengar sendiri. Dah dengar, balik nilai. Jangan menilai dari pelajar DAO. Memang ramai yang balik je seminar tu, terus macam pakai Porchee. Ada yang dah macam dapat untung jota2. Hehehehe. Tak baik tau pandang pada kami yang baru join atau tak join ni miskin. Eh! ~ Sebenarnya nak cerita memang ada berlaku antara dua darjat di dalam kelompok pelajarnya yang ramai tu. Tapi abaikan je. Itu pelajar dia. Yang kita nak belajar dengan Dr Azizan dan Jerry. Kalau jumpa pelajar DAO yang pelik2 jangan sentap. Memang mereka akan nampak sangat ekstrem. Terjerit2. Terpekik2. Kita tak payah la memekik. Kita buat yang wajar je. Jadi, dari situ kita dah melatih diri kita tak terikut2 oranglain. Oranglain, lantak dia la.. kannn.

Ermm.. Jerry pun ada. Sangat kiut dan comel. :D Banyak ilmu yang dikongsi bersama Jerry Rizal ni. Ye la, umum tahu kan beliau macam mana dulu, transformasi yang dilakukan bukan sedikit, sangat memerlukan kekuatan hati dan nekad. Alhamdulillah. Jerry yang baru sangat hebat.

Jadi, Jangan cakap sebarangan jika kita belum cuba hadir ke seminar Dr Azizan ni. Jangan tuduh dia menipu jika kita tak buat pun apa yang diajar. Kita ni pantang di sua iklan. Menderu2 nak hadir. Tapi, ilmu seminar yang lepas pun kita belum apply lagi. Tup2 salahkan DAO dan geng dia. Ermmm. Tepuk dada, tanya diri sendiri. Kita sahaja yang tahu kemampuan diri kita. Bukan semua seminar dia ribu2. Itu harga asal. Macam Akademi kami juga. Harga akan jadi lebih rendah jika PROMOSI. So, pilih lah time promosi. 

Bagi saya, sekali ke MMM sangat berbaloi. Berhajat nak ke MYB dan IMKK. InsyaAllah. Tunggu satu persatu jalan elok2 dulu. Saya bukan jenis yang main serbu2 berbelas ribu habis, lepas tu pening nak buat yang mana satu.

Pada yang kekal tidak menyukai beliau, tak apa lah. Kita boleh pilih dengan siapa kita nak menuntut ilmu. Kan...?? DAO pun manusia, ada silap dan salah. Kita pergi belajar, ambil yang baik2. Bukan senang jutawan yang hebat nak mengajar kita. Kalau dia kaya sorang2 pun dah okay sebab pelaburan dia dalam bisnes dah banyak. Tak perlu kaut kekayaan dengan seminar2 ni semua. Tapi, disebabkan tanggungjawab, Alhamdulillah, ada juga insan seperti DAO yang nak mengajar kita - walaupun kena bayar! Ermmm.. toilet free selalunya lebih kotor dari toilet berbayar.. melainkan di Petronas. Hehehehe. :D

Sampai sini dulu untuk entry kali ini. Dannn..jom kita tengok gambar...

Perlu datang awal, berbaris dalam keadaan duduk. Errrmm. Perlu biasakan diri yer adik2. Malu2 nak duduk, boleh berdiri sampai pintu dibuka. Saya ambil seat VIP. Tak sampai seribu pun. Korek tabung syiling. - Jual habis pucuk paku keliling rumah. Hehehe..

Beg tangan hadiah dari anakanda tercinta. Katanya, 'nafas baru, beg baru, semangat baru'. Terima kasih Angah! Walaupun tak mahal, pemberian ni sangat bermakna. Muah!!

Masih terkejut dengan semangat mereka2 yang hadir. Pelik benar style. Hahaha. Tapi ..its okay. Positif.. Semangat dan fokus! Tengok orang menjerit, kita menjerit dalam hati pun boleh.. Hehehe.

Ribuan manusia. Untuk MMM ni dalam 1000 orang lebih kata DAO. Okay la. Rebut kerusi. Rebut nak keluar. Rebut ilmu. Rebut peluang.

Selesai program. Semasa seminar, jangan mengada2 nak ambil gambar. Anda akan dihalau keluar - silap2 haribulan. Silent kan HP. Mengganggu oranglain.

Tips yang lain : Jangan perasan hebat giler sebab ramai lagi insan hebat2 tepi2 kita. Mereka diam2 sahaja sebab terkejut tengok kita perasan dan cerita macam Singapore pun boleh beli. Nak rasa hebat tu boleh, tapi jangan sampai sentap orang tepi2 kita. Dengan berlagak dan sombong kita pada oranglain.. Jangan buat macam tu. Allah marah tau.

Hehehehe.. Tips tu saya dapat idea selepas ada beberapa orang pelajar DAO sedih apabila dilayan acuh tak acuh oleh peserta lain. Katanya, rasa rendah diri sangat. Rileks kak.. rileks. Kak sale belas juta sebulan kan.. Kak kena hepi kak sebab akak dah dapat formula baru untuk dapatkan puluh juta.

Gud Luck untuk semua pelajar DAO. Kalian memang hebat!


bye dulu.... :)




Dr Azizan Yang Sebenarnya... Siri 4

Assalamualaikum.

Dah baca semua siri2 tu kan. Ini Siri 4.
Saya bukan nya nak komen sangat tentang Dr Azizan ni, tetapi memang beliau... sape yang kenal, kenallah. Sapa yang tak kenal ..tak kenal la..

Dr Azizan pernah ditohmah macam2.. Konsepnya.. "ada aku kesah?' Jadi, kalau kita nak kuat..amalkan konsep.."ada aku kesah'.

Dr Azizan juga pernah diuji macam2 ujian peribadi dan lain2. Taknak la singkap hal tak sepatutnya.. Tetapi, ambil semangat dari kegagalan adalah satu perkara yang patut dipuji. Bukan jadikan kegagalan itu sebagai tiket nak muram durja. Tak de class tau insan lemah2 ni.

Okay.. taknak bebel2, kita baca Siri 4 yang saya tulis di FB saya ni..



Sambungan..
Siri 4.
(akhir)
Selepas DAO mula bercakap.. aduhaiii. Comel dan kelakar. Tapi kata2nya menikam jantung. Banyak sangat biawak dalam kepala.. Nak halau biawak kena guna macam2 cara. Hehehee.
Nak cerita bagaimana perasaan tu..memang tiada kata2 yang sesuai. Saya terkesima. Memang ternyata beliau insan hebat. Macam ada kuasa sihir. Errrr...Takkan lah kot. Saya sangat kagum, sebab niat dan matlamat beliau. Tidak pernah lagi saya jumpa seorang jutawan yang mahu mengajak kita ke arah berjaya dengan bimbingan dan dorongan. (kecuali Puan Ainon - yang saya hormati)
DAO menyuntik semangat. Macam kena letrik. Saya yang seorang yang sentiasa bersemangat dan agresif ni makin bersemangat jadinya. Ia bukan program lagha. Ia adalah kerana tanggungjawab dan kasih sayang sesama Islam.
Yela.. Free.. Kena lah puji!! - Tapi pujian ni sangat benar! Tiada sebab nak bodek dll. Saya terkesima!!!
Menyesal saya pergi ke Klinik Usahawan ni..!!
..sebab saya ternyata mula ketagih ilmu.
Tanpa pengetahuan saya, suami ambilkan dua borang untuk ke seminar MMM Sept 2014. Yelah. Duit boleh korek tabung...kata suami. Boleh jual kerusi meja.. yang penting. Ilmu!! Jika tanpa ilmu..mana nak berjaya.. Meja dan kerusi boleh beli baru jika banyak duit.. Nak duit kena ada ilmu.. Kalau tak de ilmu macam mana nak berjaya. Eh! Dah berapa kali ulang ni..
Terjebaklah kami berdua di dalam seminar MMM selama 3 hari 2 malam. Giler kentang lah!! - kata orang muda sekarang. Ya Allah. Saya tak tahu macam mana nak describe. Memang menyakitkan hati! Sebab saya dah mula menjadi semangat bara..bara..setelah hadir ke MMM. Memang saya dah apply beberapa modul di dalam MMM ni, tapi tak menjadi seperti pokok kelapa..hanya semampu pokok bunga raya.. kembang..tak meninggi. Mana tahan.. Jeles tengok sayup je pokok kelapa.
Saya hanya dapat memberi pesanan pada rakan2 semua.. Jika kalian nampak KLINIK USAHAWAN dijalankan.. jangan tak daftar. Jangan tak ambil peluang ni. Pergi lah! Tadahkan sahaja telinga untuk ilmu. Memang kena bayar. Ambil lah yang mana mampu. Tiada paksaan dan ugutan halus seperti sesetengah tempat kecikkan badan tu. Opsss.. So..jangan takut. Bawa rakan2 yang boleh support kita. Jangan bawa yang negatif. Nanti, dia ajak balik. 
Bila ada kejogetan, jogetlah dengan santai kerana mendatangkan semangat lain macam. Nak terkinja2 pun boleh..cuma saya tak mampu. Malu lebih menguasai.
Nak kongsi juga tentang suka duka di dalam MMM.. Nanti ada masa saya akan update lagi tentang ni.
Inilah pengalaman saya.. Sakit hati sebab, dah terjebak dan tak boleh berhenti. Tak suka sebab, bara..bara sekejap sangat. Hahaha.. Rasa sangat tertipu sebab, ingatkan seminar kosong, rupanya banyak sangat info hebat.
Eh.. Saya bukan seorang yang mudah terpengaruh. Sangat sukakan realistik dan nampakkkkk depan mata.. rasa sendiri... Bukan hanya omongan kosong. Bila saya rekemen, sangat bagus..maka, percayalah! Ia memang bagus!!
Dr Azizan Osman, saya menyahut cabaran anda! Terima kasih sifu!

Siri 3 Tentang Terjebaknya Saya Dengan Dr Azizan Osman!

Assalamualaikum.

Siri 1 dan baca. Siri 2 dah baca.. Sekarang.. Siri 3.
Terjebak lah! Macam bunyi cinta terlarang je. Hehehe.. No No No. Saya sangat setia dengan En Wan Muhd Ali saya tu yang sangat manis orangnya dan budiman. Tak macam sesetengah suami oranglain, isteri gemuk pun komplen. Alhamdulillah, En Wan saya tak komplen. Katanya.. wanita gemuk tanda suami sukses. Heh!! Saje ja tu nak bagi saya gemoooookkk. Plan dalam diam. Kikikiki..

Oh.. Saya nak cerita tentang terjebak tadi...

Okay ..Siri 3.

Sambungan..
Siri 3.
Saya hadir ke Klinik Usahawan kerana teruja dengan keterngangaan pelajar beliau dalam gambar dan juga keterujaan emak yang sangat suka si comel itu. Nak kata saya sakit dan perlu ke klinik beliau, memang sepatutnya saya sudah lama pergi. Belum jadi jutawan ..kaya dan berjaya saya ni.. Tapi, saya tak percaya dengan magic beliau yang ..'takkan lah boleh kaya lepas dengar ceramah..'
Sampai di sekitar lobi, waktu pendaftaran. Alahaiii.. Nama saya tak ada. Patutlah saya tak terima sms pun. Ermmm. Rupanya saya daftar untuk 3 orang, dan nama saya sebagai yang pertama di daftarkan berasingan - saya tak daftar online, saya daftar pada En Hafiz Jasmi. Hebat kan.. Ada kabel bawah tanah. Eh.. kabel sangat.
Okay..takkan lah saya nak kena halau kan.. So saya dapat masuk dan duduk dengan gembira. Ermmm.. gembira ke? Saya kena duduk atas lantai!! Imagine.. atas lantai! Satu perkara yang saya rasa hanya saya lakukan jika bersama rakan2 balada saya. Kata Crew bertugas.. tempat dah penuh. Saya lewat. Alah.. Memang la lewat sebab jalan tutup..bla..bla.. bla. (banyak alasan!)
Selepas itu, kami diminta berdiri. Dah pulak.. ! Keluar sorang jejaka tinggi lampai ajak berjoget. Memang saya salah masuk seminar ke ni.. Confuse. Rakan yang saya bawa bertanya, "Feir..kita kena joget jugak ke..?" Saya jawab, " Joget lah..Kalau tak joget..macam jakun je..". Maka..bermula lah..bara bara..bere..bere.. Orang ke kanan, saya ke kiri.. orang ke kiri..saya ke depan. Teruknya step saya. Tapi..macam best lah pulak!! Okay.. markah penuh untuk jogetan ciken ini..
Sorakan makin bergema mengalahkan tengok konsert Michael Jackson. Dari kejauhan.. Errr..sebenarnya saya tak jauh dari stage sebab ..yelah..kena duduk atas lantai. Dapatlah ke depan. Saya nampak kelibat DAO yang mula bertepuk dan mengajak kami lompat2. Biar betul ni..
Kami pun lompat bersama2 dan bersorak semangat. Ermm.. lain macam pulak tenaga dan semangat yang tiba ni. Semacam je saya rasa. Sudah lah rasa kembali muda, rasa macam buat show pun ada.
Habis bersorak.. semua duduk dengan gembira.. Saya tak berapa gembira sebab berpakaian putih. Habisss baju dan seluar nanti. (negatif memanjang)..
Waktu ini.. saya dah tak nampak kelibat suami. Pelajar diasingkan mengikut jantina. Bagus kan.. Ada tak bagusnyaaaa.. Nanti saya sambung..
Bersambung..

Dia, Dr Azizan Osman! Siri 2

Assalamualaikum..
Dah baca Siri 1?
Ermmm.. Mak saya sangat suka benar dengan Dr Azizan Osman. Tengok dalam TV katanya.

Kali ni saya nak share Siri 2 pula...


Jom baca..


Sambungan
Siri 2.
Suatu hari, beberapa bulan lepas saya terperasan. Eh! Sejak bila saya jadi friends lelaki comel ni. Takkan lah dia pulak add saya. Mesti saya yang add dia. Tapi bila.. Ermmm.. Tiada penemuan jawapan di situ. Saya boleh baca semua komen dan post beliau. Ye lah. Mungkin beliau public kan semua status. (macam lah saya sorang yang boleh baca..kan). Dari pemerhatian saya, setiap posting beliau tiada yang pelik2 seperti beberapa pelajar beliau. Not bad. Macam pakar motivasi pun ada. Macam ahli nujum moden pun ada.
Okay.. Kali ini, saya terperasan DAO Like beberapa kali status saya. Waaaa... Dia tengokkkkk.. Ergh! Kata rakan saya 'Admin dia pun ramai dalam FB dia tu'. Oh. Insan hebat kan.. Saya klik FB beliau. Wah! Ramainya manusia yang datang ke seminar yang DAO anjurkan. Apa kegilaan ini?? Oh!! Semua nampak gembira sampai ternganga. Hebat betul ke dia ni??
Waktu ini lah.. Ya..Waktu ini lah saya nampak KLINIK USAHAWAN. Mana2 usahawan yang sakit, separa sakit dan sakit memanjang atau sakit bila salah telan..boleh hadir ke klinik beliau. Tangan laju PM beliau dan tanya kenapa saya cuba log in tetapi tidak berjaya. Mungkin website dah 'jengkreng'.
Seorang lelaki dari pihak Richwork hubungi saya..dan dari situ, saya daftar 3 nama tidak termasuk saya. Haaaa.. Ada ke macam tu. Nanti saya cerita..
Emak bukan main gembira bila saya maklumkan akan ke seminar percuma DAO. Eh emak ni.. Gembiranya macam nak buat menantu je. Haish! Makkkk.. saya dah kawin okay. (DAO dah kawin, tak mengapa.. ). Hehehe.. Tak..Emak tak maksudkan macam tu. Emak mungkin teruja lebih tu. Saya khabarkan pada suami. Suami hanya sengih mengejek. Oh.. Okay.
Ermm.. 7hb September. Kebetulan 6hb September saya ada kelas mengajar buat produk kecantikan sendiri di Shah Alam. - Saya dari Akademi Kecantikan Azalea. Mengajar dan memberi tunjuk ajar adalah salah satu perkerjaaan saya.
Okay..berbalik pada kisah tadi bagaimana saya terperangkap pada perkara yang menyakitkan hati ni..
Ermmm..sambungan dalam Siri 3 ye..

Dr Azizan Osman? What??? Erghhh!

Assalamualaikum.

Wow! Tajuk pun dah menjolok saranghae... Sarang Tebuan! Saya kan..sebenarnya sangat arlegik dengar nama Dr Azizan Osman ni. Siapa sebenarnya jejaka kacak ini..? Pelakon ke? Suami pelakon ke? Hebat sangat ke? Bagus ke?

Seminar Dr Azizan Osman.. Sana sini saya tengok orang bercerita tentang DAO ni. Dr Azizan Osman hensem orangnya! Dr Azizan Osman sangat bagus. Dr Azizan Osman sangat best!! Best giler! Giler pun tak best macam ni! Woaaaa... Saya tak de lah membenci Dr Azizan yang menjadi pujaan ramai ni, tetapi saya musykil. Dia ni siapa? Bomoh dari Jerantut ke? Tok Batin Bentong ke?

Hebatnya Dr Azizan Osman di mulut rakan2 saya. Siap letak pula logo kecil tepi gambar FB. MashaAllah.. Fenomena apa ini??

Saya nak share Kisah Satu..
Kisah ni saya tulis di FB saya.. Tapi saya nak share juga di sini. Semua nya ada 4 siri. Siri ke 5 dah malas nak taip. Hehehehe..

Cekidot..


Satu pengalaman.
Siri 1.
Baru2 ini, saya mengikuti seminar DAO. Alah. Seorang lelaki yang dikatakan hebat tu. Oh Tuhan!! Apa sudah berlaku ni..? Kenapa saya terjerat dengan perkara sebegini? Ermmm.. Millionaire Marketing Mastery la sangat! Kenapa lah saya buat perkara yang..??
Kisahnya..bermula sejak tiga tahun lepas lagi sebenarnya. Mak saya selalu benar menyuruh saya ke seminar DAO yang sangatlah glamour dengan gambar tangan tunjuk kepala tu. Macam comel je.. Macam comel je.. Comel la sebab chubby macam saya.
Saya memang tak mahu ke seminar yang saya rasa pelik tu. Mana taknya. Dengan gambar orang beribu2 penuh dewan. Tak cukup dengan gambar..pujian melambung2 dari ramai orang seumpama taksub, saya rasakan..owh!! Insan comel itu mesti ada benda pelik2 ni. Sudah lah tiba2 jadi glamour dan pengikutnya pula ekstrem semacam..ngeri saya nak hadir seminar tersebut. Bukan nak fikir yang buruk2, cuma jadi pelik sebab..'dia siapa, dari mana datang..dan tiba2 sahaja menggegarkan Malaysia dengan gambar comel tu'. Setelah gagal memujuk saya, emak putus asa.
Bila emak give up..suami pula jalankan jarum halus. Try dulu dengar. Free je katanya. Aduh! Nak buat apa pergi walaupun free. Mesti seminar tu tak berbaloi. Maklumlah..free.. Kann. Nanti balik dari seminar, saya pun jadi pelik macam pelajar beliau.
Tahun 2014..saya terrr isi borang nak hadir ke sesi free beliau. Allah..! Sesuatu sudah berlaku.. Apa yang sebenarnya terjadi.. Ermmm.. Itulah. Sepatutnya saya jangan terpengaruh..
Nanti saya ceritakan perkara sebenar di Siri 2.
*bersambung...

Raptai Menulis

Assalamualaikum Semua.


Fuhhh..fuhh.. habuk dah blog saya. Ya Allah. Lamanya tak update. Dari utara selatan timur barat saya ke sana ke mari, blog yang comel loteh ni saya tak update. Ermmm.. Itu tandanya saya.. ? Busy!! :)

Kali ni nak menulis raptai. Atau marathon. Semua cerita nak dikongsikan hari ini. Sahih banyak spelling salah. Kalut nak siap cepat. Okay..okay. Saya cuba sampaikan penceritaan dan perkongsian dengan baik ye.


Jika ada yang tak berapa nak faham macam drama Hindustan..boleh PM saya. :) FB saya --> Feirouz Azalia. Add di situ sebagai rakan JIKA ingin berurusniaga atau bertanya tentang akademi saya. Jika nak jadi menantu saya, boleh add di FB lain. Waaa.. Jadi menantu lah sangat! Solat cukup ke? Zakat bayar ke? Puasa penuh ke? Pstttttt.. hensem tak? :D :D

Orang Negatif

Tiba2 je kan saya tulis tentang orang negatif. Mana taknya. Saya sering mengadakan bengkel untuk individu yang berminat nak belajar tentang produk. Banyak juga berjumpa dengan orang negatif ni. Saya sangat rasa terpukul. Bukan sebab kena pukul..tapi rasa nak marah, dan perlu belajar bersabar. Jika saya gagal mengawal kemarahan..rasa sangat terpukul kerana saya lemah.

1. Orang negatif sering tidak puashati dengan apa yang diajar. Mereka mahu lebih lagi. Kemahuan itu dalam perbuatan dan kata2 tidak berpuashati. 'Ini jerr.. Ingatkan belajar buat bom.." Gitulah contohnya. Sedangkan benda asas dan mudah yang kita ajar pun dia masih terkial2 nak buat. Tetapi dah demand nak buat bom. 

2. Orang negatif akan memandang rakan yang lain yang sedang teruja bertanya.." Hek eleh.. Tergedik2.. Aku kat belakang ni camne nak nampak?'. Kalau tak nampak, bangun. Kalau taknak bangun duduk diam2. Oranglain bangun bertanya sebab berminat nak belajar. Kalau awak tu duduk diam2 sorang2 kat belakang sampai kira berapa biji lampu, memang lah takkan dapat faham apa yang diajar.
3. Orang negatif mengharapkan permata dari Lautan Hindi. Dasar lautan lagi..sedangkan dia hanya membayar untuk beli perahu nelayan. Macam mana nak dapatkan permata. Bukan kami mementingkan wang ringgit...tetapi bila dah belajar untuk basic..maka basic lah kami ajar. Try dulu yang basic.. jadi atau tak. Bila dah tahu dan faham, ambil lah kelas advance. Jangan ingat kami hanya mengajar sebab duit. Takk!! Fokus kami melahirkan usahawan kecantikan. Bukan menjana keuntungan semata2. Jadi belajar dulu yang mana termampu dek diri.


Dan banyak lagi orang2 negatif yang kami jumpa. Jika ada yang banyak benar unsur negatif, usahlah ke kelas kami..kerana kami tidak mampu 'polish' orang sebegini. Bukan sahaja pasal negatif, ada juga yang mahu kami buat produk yang ada bahan kimia untuk mereka..

Allah.. Lupakan niatmu itu. Kami tidak akan menghasilkan produk berbahaya untuk masyarakat. InsyaAllah. Manusia lain tak nampak, tapi Allah dok perati jeee tu.


Ermm.. Okay.. Saya nak sambung menulis entry lain. Entry ni hanya warm up sahaja ye. :)


Moral : Jangan jadi orang berfikiran negatif.

5 July 2014

Sharifah Aini - Perginya Seorang Insan Penyayang

Assalamualaikum.

Al Fatihah.

Hari ni pemergian Sharifah Aini, seorang biduanita negara. Ya Allah. Selepas sahur, saya belek2 handphone dan terbaca status rakan-rakan tentang pemergian allahyarhamah.

Sedih dan sebak.. Terasa dekat sangat allahyarhamah dihati saya.
Lagu2 arwah sering dimainkan di radio ketika saya kecil dulu. Hati jadi sayu..



KUALA LUMPUR: Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah meninggal dunia awal pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara.

Allahyarham yang berusia 61 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.26 pagi akibat jangkitan pada paru-paru. Jenazah akan dibawa ke Masjid At Taqwa Taman Tun Dr Ismail pada selepas solat Subuh dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara sebelum solat Zohor.

Allahyarham meninggalkan seorang anak, Aliff Omar. Allahyarham telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada Selasa. Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu dan dimasukkan ke hospital susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin.

Sharifah Aini anak pasangan Syed Jaafar Syed Sahil dan Sharifa Noor Syed Ahmad Al-Attas yang dilahirkan di Nee Soon, Singapura pada 2 Julai 1953.

Titik tolak Kak Pah menjadi artis adalah selepas menjuarai pertandingan Bintang RTS 1968 di Singapura dengan lagu Tiga Malam. Allahyarham kemudian disunting menjadi artis rakaman EMI dan terus bertahan dengan label itu selama 38 tahun.

Pernah merakamkan 93 buah album termasuk 7 album Inggeris, antara lagu popularnya termasuk Seri Dewi Malam, Hapuslah Air Matamu, Bunga Tanjung dan Kau Tinggi Di Awan Biru.

Penyanyi itu juga pernah berkolaborasi dengan beberapa penyanyi terkenal antaranya Latif Ibrahim, Broery Marantika dan Sudirman Haji Arshad.

Selain menyanyi, beliau juga merupakan pelakon filem Sumber Ilhamku, Bintang Pujaan, Diva Popular dan kemunculan terakhirnya dalam filem Penanggal pada tahun lalu.

Hasilnya, nama Kak Pah terukir dalam The Malaysia Book of Records sebagai penyanyi paling lama dengan sesebuah syarikat rakaman dan memiliki 135 album.

Sharifah Aini menerima gelaran Biduanita Negara pada tahun 2006.

Al-Fatihah.



Jom kita kongsi gambar dan berita tentang allahyarhamah..
Maaf ye..gambar saya terpaksa edit kerana tidak mahu aurat allahyarhamah terlihat. Memang jadi tak cantik.. tetapi sekurang2nya saya berusaha. InsyaAllah...Apatah lagi kerana allahyarhamah telah menutup aurat sepenuhnya hingga akhir hayat. Yang mana terlepas pandang..mohon maaf.


*****************************

Kali terakhir muncul di layar perak menerusi watak cameo dalam filem, ‘Diva Popular’, penyanyi malar segar, Dato’ Sharifah Aini kini kembali mewarnai industri perfileman negara dengan filem terbaru berjudul, ‘Penanggal’. Filem arahan Ellie Suriaty ini merupakan filem seram pertama Kak Pah sepanjang beliau berkecimpung dalam industri seni tanahair.

“Sebenarnya Kak Pah tak nak berlakon, tapi Ellie pandai pujuk Kak Pah. Dia memang berhasrat sangat nak lihat Kak Pah berlakon. Pada mulanya Kak Pah berdebar sangat nak kembali berlakon, namun, bila difikir balik ia dapat mengisi masa terluang Kak Pah, Kak Pah okay untuk melakukannya,” ujar Kak Pah ketika ditemui di lokasi penggambaran filem ‘Penanggal’ di Kuala Kangsar, baru-baru ini.

“Sebelum ini Kak Pah ada juga menerima beberapa tawaran berlakon, tapi Kak Pah tolak sebab Kak Pah rasa tak kena dengan diri Kak Pah. Bagi Kak Pah, skrip filem ‘Penanggal’ ini bagus. Kak pah gembira dan teruja sangat dapat berlakon dalam filem ini.

“Kak Pah juga rasa seronok bekerja dengan kru produksi filem ini. Mereka seperti anak-anak Kak Pah. Mereka sangat menghormati Kak Pah dan Kak Pah rasa dihargai sangat,” ujar Kak Pah yang memegang watak sebagai Sharifah Aminah iaitu ibu kepada Syed Yusoff lakonan Azri Iskandar dalam filem ini.





“Watak Kak Pah berdasarkan cerita yang dibawa dari tahun 30-an di mana ketika itu orang Arab baru datang ke Malaya. Kak Pah menjadi ibu yang datang dari keluarga berketurunan Arab. Alhamdulillah, setakat ini tak ada sebarang masalah dan semuanya berjalan dengan lancar. Kak Pah okay dengan semua pelakon dan Kak Pah rasa mereka semuanya berbakat.”

Mula memasuki set penggambaran pada Khamis lalu, Kak Pah ketika ditemui memberitahu berasa sedih ketika melakukan adegan pertamanya dalam filem tersebut iaitu babak pertunangan di mana beliau menyarungkan cincin kepada Sharifah Zahrah lakonan Fasha Sandha.

“Masa sarung cincin tu Kak Pah sedih sangat. Kak Pah teringat yang mungkin Kak Pah akan melakukan perkara yang sama untuk anak Kak Pah nanti. Kak Pah harap sangat perkara itu akan berlaku,” ujar ibu kepada Aliff Omar ini.

Apabila ditanya bagaimana berlakon di bawah pengarahan Ellie Suriaty, Kak Pah memberitahu, “Secara peribadi Kak Pah suka sangat. Ellie sangat komited dan Kak Pah suka bekerja dengan dia. Dia seorang yang sangat berdedikasi dan Kak Pah nampak Ellie seorang pengarah yang sangat penyabar.”

Sebelum mengakhiri perbualan, Kak Pah sempat berpesan, “Kepada peminat yang dah lama menanti Kak Pah, jangan lupa menonton filem ‘Penanggal’ di pawagam nanti. Walaupun babak Kak Pah tak banyak, tapi sedikit sebanyak kepada peminat yang rindu itu dapatlah hilangkan rindu mereka.”

Dari :mforum.cari.com.my


***************************************


ARTIKEL INI SAYA AMBIL DARI LINK BERIKUT. BOLEH KLIK LINK INI DAN BACA LEBIH LANJUT.
http://bendaharazamineran.blogspot.com/2010/07/datuk-sharifah-aini-keturunan-raja.html






datuk sharifah aini binti syed jaafar al-jufri adalah putri kepada syed jaafar(foto diatas) bin syed sahil al-jufri.isteri kepada syed sahil ialah che engku maryam binti leftenan jmf che wan tahir bin tun abdul rahman ibni raja bendahara tun mutahir pahang.

tun mutahir adalah kekanda kepada almarhum sultan ahmad muazzam shah I pahang yang telah berjaya menawan negeri pahang sewaktu perang saudara atau perang bendahara pada tahun 1857-1863.

kebanyakkan kerabat terdekat kepada tun mutahir telah lari dan keluar dari negeri pahang selepas peperangan tersebut.tetapi tidak lama kemudian ramai juga yang kembali pulang ke pahang.kebanyakkan yang lari kejohor dan teluk belanga telah bermaustatin terus dinegeri2 tersebut diantaranya keluarga tun abdul rahman ibni tun mutahir,tun abdullah ibni tun mutahir dan tun da ali ibni tun mutahir.

mengikut pada cerita org tua2 makam tun mutahir dan putra sulongnya tunkoris@che wan long@cheengku tanjong telah dimakamkan dibukit tanjung putri atau dikenali sekarang sebagai bukit timbalan.mereka yang lari telah menbuka kampung pahang di kampung baharu road singapore(hampir dgn telok belanga singapura)sekarang dikenali sebagai bukit purmei road dan juga kampung pahang dijalan trus,johor bharu berhampiran dengan plaza kota raya jb.

ada juga diantara mereka yang membuka kampung disungai rengit teluk ramunia(bandar penggaram,johor).masih ramai keturunan keluarga2 ini yang masih bertutur dlm bahasa melayu pekan terutamanya yang ada di sungai rengit.nenda kepada datuk sharifah aini iaitu che wan maryam mempunyai beberapa org adik beradik termasuk che wan chik iaitu bonda kepada arwah pelakun m.osman yakni nenda kepada pengarah filem aziz m.osman,zulkifly m.osman dan penulis suzana m.osman.

*****************************


Puas kami cari gambar Datuk Sharifah Aini dengan bekas suami-nya di internet, tapi tak jumpe-jumpe. Maklum-lah kami lahir sekitar 80-an mana nak jumpe bende-bende macam ni. Terima kasih pada majalah lama, kami jumpa jugak!

Bekas suaminya dikenali sebagai Datuk Ali Bakar. Kami tidak pasti apa status bekas suaminya sekarang. Gambar ini sekitar tahun 1986 dan difahamkan mereka sudah bercerai pada tahun tersebut.

Info dari : http://mediamalaya.com/flashback-sharifah-aini-dan-bekas-suami/





Saya update lagi nukilah allahyarhamah ketika hidup di FB beliau.. Ya Allah.. Dada sarat dengan sebak.. Ya Allah. Bahagianya dirimu.. Dikurniakan anak yang soleh. Ya Allah.. Airmata mula mengalir...

Sila Baca Nukilan Terakhir Allahyarham Datuk Sharifah Aini untuk Anak tunggalnya Aliff :- 

Hari ni saya ingin berkongsi cerita antara IBU & ANAK.
In Shaa ALLAH…..Dengan izin ALLAH Jika tiada aral melintang tidak lama lagi Aliff akan pulang bercuti selama 3 bulan…Bunyi nya lama tapi reality nya sekejap sangat setelah setahun tidak bertemu…kini masa dah hampir tiba untuk dia pulang..saya dah pun kemas kan bilik Aliff.

Saya tidak sabar duduk berbual, berbuka puasa bersama, solat jumaah besama…mendapat undangan berbuka puasa besama…kadang-kadan Aliff jadi Imam dirumah sahabat-sahabat saya…Setiap kali dia jadi Imam….Aliff sangat gemar membaca surah2 yang panjang…air mata saya dibelakang tidak berhenti menangis bangga….bacaan nya sedap sekali & nyaman didengar.

Kadang-kadang kami banyak berbual tentang Hukum – Kehidupan & Kematian tanpa rasa takut dan perbualan Ilmu yang sangat terbuka ..saya lebih banyak bertanya Aliff membawa saya dan kawan2 saya kefahaman yang lebih maxsima …..Banyak kali bila Aliff mengeluar kan Hadith, sebagai Ibu saya terpegun….Lidah nya dah jadi lidah Arab….11 tahun belajar diMadinah….Ma Shaa ALLAH. Ada juga perkara yang saya tanya, jika dia kurang pasti jawapan nya, dia tidak malu berterus terang mengaku apa yang dia kurang pasti dan baru merujuk kepada kitab2 beliau dan menyuruh saya membaca dan fahami…….routine kami di bulan Ramdhan ..selepas berbuka, Kami berterawih…Baca AlQuraan & tidur sekejap...jam 3.30 pagi kami bangun solat Tahajud….saya mendengar Aliff membaca AlQuraan sampai subuh……. Mi turun bersahur dan makan bersama-sama…Makanan Aliff sangat simple..In Shaa ALAH….Kami semua di rumah nak habis kan Khatam Quraan sebelum lagi berakhir nya bulan Ramadhan….Selalu nya malam ketiga Kiamulaii kami dah selesai Khatam AlQuraan.

3 bulan ini bulan yang sangat penting buat saya dan kami satu kelauarga….Nikmat saya sebagai IBU Memasti kan makanan nya terurus…Tukang masak saya sangat rapat dengan Aliff…

Dalam pada perbualan yang ringkas ….saya tidak lupa memesan kepada Aliff…jika ALLAH izin kan Mami ingin mati diPangkuan Aliff…Jika Aliff ada disamping Mami ketika Mami menghembus kan nafas yang terakhir…Mami ingin Aliff Jadi Imam untuk Solatkan Jenazah Mami…Mami akan tersenyum dan bangga. Jangan benar kan orang yang bukan family masuk melihat Jenazah mami dimandi….Hanya Aliff, anak2 angkat Mami - Best Friend Mami dan orang yang menguruskankan pemandian Jenazah….Jika Mami sakit dihospital….orang tidak kenal jangan dibiar kan masuk untuk mengambil sebarang gambar….Jaga Hijab Mami…sekarang zaman HP modern…saya tidak redha gambar saya sakit masuk ke dalam Internet. Jika mami sakit di hospital…Ambil 4 bilik penuhkan anak2 Tahfeez dan semua Ustaz2 Mami bacakan ayat2 AlQuraan dan Surah Yassin untuk Mami….baca perlahan2 supaya tidak mengganggu ketenteraman pesakit lain di Hospital.

Mami berkerja keras selama 45 tahun mencari rezeki dikelilingi dan bermandikan Fitnah untuk mendapat satu kehidupan kita pada hari ni.....Mami mahu kan Aliff hidup besederhana..Mami tidak kaya…..selebih apa yang kita ada kita wakaf kan untuk Anak2 Yatim Piatu….Orang2 Miskin dan Anak Tahfiz. Mami tidak pernah rosak kan Aliff selama ini dengan duit ringgit – Aliff pun anak yang baik bukan mata duitan…..In Shaa ALLAH…..

Sebagai IBU Mami sudah sedia kan keperluan untuk Kehidupan Aliff & Keluarga Aliff…….Mami tidak mahu Aliff berhutang. Beli apa yang kita mampu sahaja! Jangan sekali2 Membazir untuk Keduniaan. Mami sentiasa mendoakan Aliff ditemu kan jodoh dengan Muslimah Solehah yang dapat membimbing keturunan kita dengan baik nya!

CINTA IBU BAWA KESYURGA ALLAH WAHAI ANAK KU.




*********************************




Inilah kata2 terakhirnya... :( :(


Sangat jelita semasa muda.. dan makin cantik ketika meningkat usia. Semoga biduanita ini ditempatkan dikalangan orang2 beriman. Amin Ya Rabb.


Kepada yang tak sudah2 mengata allahyarhamah..berhentilah. Dia sudah tiada.. dan di mana kita nak minta maaf. Ya Allah.. Ya Allah..


Semoga allahyarhamah Sharifah Aini tenang di alam barzah. Amin.

Anak yang soleh menjadi imam ketika solat jenazah ibunya.. Ya Allah. Aliff.. ingin memiliki anak sepertimu...