Dalam perjalanan kembali ke tempat asal..

24 January 2013

Mimpi Bertemu Rasulullah SAW

Assalamualaikum Semua.

Hari ini Maulidur Rasul. 1434H. Sudah lama kan Rasulullah SAW meninggalkan kita. Pilu rasa hati bila terkenangkan jerih perih Baginda menyebarkan syiar Islam. Lebih sedih lagi bila melihat situasi yang berlaku pada umat Islam sekarang ni. Keruntuhan moral jangan cerita la. Bersepah-sepah!

DIDIK ANAK-ANAK KITA DENGAN BAIK AGAR KITA TERSELAMAT DARI MENJADI IBUBAPA YANG HINA DI SISI ALLAH SWT. ~ Mana tak hina, kita hanya mementingkan pendidikan luaran dan ingin anak berjaya dalam akademik. Tetapi kita mengabaikan pendidikan Islam dan peraturan Allah untuk anak-anak. Nauzubillah. Moga-moga saya menjadi ibu terbaik untuk anak-anak kelak. InsyaAllah.

Taknak bebel lama-lama pasal moral muda mudi kini..Kang terlebih emo. Mokcik emosional kalau cerita bab-bab 'nak kena lempang tu'. Hehehe..

Okay.. Sebenarnya entry ni saya nak berkongsi satu cerita. KISAH BENAR. Di mana wataknya dirahsiakan nama sebenar. Atas amanahnya. Jadi, kita namakan sahaja watak ini ---> Alia. Oppsss ... Macam Zalia lah pulak kan. ~ Feirouz Azalia. Hehehe.. Tukar..tukar..! Ermmm..  Nama watak ini ----> Aisyah. Haaaa... Lebih sesuai.

***** ***** **** ***** ****** ****** *****

Aisyah baru berkahwin dengan seorang lelaki yang budiman. Sebelum berkahwin, Aisyah ni boleh dikatakan seorang perempuan yang lincah dan ceria. Meskipun bertudung, Aisyah masih mengikuti perkembangan fesyen. Tidaklah berpenampilan seksi cuma tetap bergaya. Aisyah mempunyai ramai kawan lelaki dan perempuan. Balik lewat malam..dan sering bercuti apabila ada kelapangan. Selain itu, Aisyah gemar. lepak dengan kawan-kawan selepas habis waktu kerja.

Aisyah berkerja di sebuah syarikat swasta. Memandangkan kerjanya memerlukan ke sana ke mari suami Aisyah, Amir tidak lagi membenarkan Aisyah berkerja. Aisyah pun berenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Kebetulan suami Aisyah mengusahakan perniagaan secara kecil-kecilan yang tidak menyebabkan beliau sentiasa sibuk. Banyak masa dihabiskan bersama Aisyah.

Sejak berkahwin juga, kehidupan Aisyah banyak berubah.Oleh kerana suami Aisyah itu adalah pilihan keluarga, maka mereka mengambil masa untuk serasi. Kebetulan Amir agak pendiam dan Aisyah pula seorang yang peramah. Jadi, mereka cepat mesra dan semakin rapat.

Pada awalnya Aisyah tidak mahu berhenti kerja. Setelah dipujuk oleh Amir, Aisyah akur. Kehidupan dengan Amir membuatkan Aisyah tidak lagi keluar malam, tidak meringan-ringankan solat dan menutup aurat dengan lebih sempurna. Semua kawan-kawan Aisyah yang 'lagha' jauh meninggalkan Aisyah. Setiap hari, Aisyah menjalankan rutin sebagai isteri dengan baik. Masak untuk suami, mengemas rumah dan mula berjinak-jinak dengan hobi barunya, menulis novel.

Setelah hampir setahun berkahwin, Aisyah dilanda demam yang teruk. Hampir 2 minggu Aisyah terlantar sakit. Sudah puas ke klinik untuk rawatan, namun sakitnya tetap tidak sembuh. Badan Aisyah agak susut dan muka kelihatan cengkung.

Suatu hari, Aisyah tidak berdaya untuk bangun. Digagahi juga untuk mengambil wudhu' dan segera menunaikan solat Asar. Ketika itu jam menunjukkan pukul 6 petang. Selesai berdoa, Aisyah menghabiskan masa beberapa ketika di atas sejadah. Tiba-tiba Aisyah berasa mengantuk yang amat sangat. Sakit kepala mula makin kuat. Hasrat hati Aisyah ingin menunggu masuknya waktu Maghrib tidak kesampaian. 

Aisyah berjalan menuju bilik tidur dan mula melabuhkan duduk di katil. Aisyah memandang Amir yang baru pulang dari kerja..

" Bang.. Aisyah nak tidur kejap ye. Rasa mengantuk sangat ni. Sakit kepala pun makin teruk ni. Nanti, abang kejutkan Aisyah ye bila azan Maghrib".. Aisyah membuka telekung dan meletakkannya di birai katil. Dengan masih berkain solat, Aisyah mengiringkan badannya ke kanan. Amir memandang belas pada Aisyah. Demam yang teruk itu membuatkan badan Aisyah susut kerana kurang selera makan dan keletihan.

Amir memandang jam yang menunjukkan pukul 7.00 malam. Beberapa ketika berlalu....

Tiba-tiba.. " Abang!!! Abang!!!" suara Aisyah kedengaran cemas. Mata Aisyah tertumpu pada dinding.  Terpaku. Aisyah bangun dan duduk dalam keadaan cemas. Amir berlari mendapatkan Aisyah..Amir terkejut melihat Aisyah yang sedang tidur itu tiba-tiba bangun dalam keadaan cemas.

Aisyah merangkul suaminya dan menangis teresak-esak. " Peluk Aisyah bang! Peluk Aisyah!" .

Badan Aisyah berpeluh-peluh. Amir menyuruh Aisyah mengucap.."La illa ha illallah...Syah..mengucap Syah..".  Amir risau melihat keadaan Aisyah.  Aisyah hanya tidur sekitar 7 minit sahaja. Jarum panjang jam belum pun menunjukkan angka 2. Ermmm.. Hanya seketika lena Aisyah ni.

Dengan suara terketar-ketar Aisyah menceritakan pada Amir... apa yang telah berlaku.

"Abanggg.. Aisyah mimpi.. Aisyah berada dalam keadaan yang Aisyah tidur tadi. Aisyah Ternampak awan gelap berkepul-kepul di sebelah kiri Aisyah. Hitam dan menakutkan. Aisyah betulkan badan dan baring terlentang. Dari jauh sayup kelihatan lautan manusia yang sedang menggapai-gapai sesuatu di awan gelap tu. Ada matahari kemerah-merahan jauh dihujung. Manusia-manusia yang Aisyah nampak semuanya berwajah hitam dan kotor. Mereka semua lelaki bang. Memakai kain putih seperti ihram dan semuanya kotor. Antara Aisyah dan mereka, ada tebing yang memisahkan.. Langit dan awan di bahagian Aisyah tenang, cerah dan bersih. Aisyah takut sangat tengok lelaki-lelaki itu berebut-rebut ingin mengambil sesuatu dari awan yang bergulung-gulung dan gelap tu. Awan tu hanya sedepa di atas kepala mereka. Kelihatan cahaya matahari kemerahan-merahan itu seumpama api menyala-nyala dari jauh. 

Tiba-tiba ada satu cahaya putih keluar di hadapan Aisyah disertai suara gempita. Aisyah takut bang..Kata suara tu.. dengan kuat dan mengerikan... "Wahai makhluk sekalian.. inilah Nabi Mu!! Rasul Mu.. Muhammad SAW!!!..." Muncul seorang lelaki yang sangat bersih wajahnya. Sangattttt indah!!....Aisyah tak tahu macam mana nak ceita betapa cantiknya wajah tu. Tiada yang dapat menandinginya di dunia ini bang. Lelaki itu muncul perlahan-lahan dari bawah ke atas.. Cuma sampai paras peha....kerana limpahan cahaya disekelilingnya buat Aisyah tak nampak sehingga kaki lelaki itu. Aisyah senyum pada lelaki itu. Lelaki itu membalas kembali senyuman Aisyah.. Aisyah katakan kepada dia.. " Nabi Muhammad ye???? Nabi Muhammad SAW ??" Lelaki itu menganggukkan kepala dan masih tersenyum. Indah sangat senyuman itu bang... "

Dan selepas itu Aisyah tersedar... Amir memberitahu Aisyah.. disaat Aisyah tidur itu..hampir bangun, dia terdengar Aisyah menyebut.. "Sallallahu alahi wassallam".. Dan diikuti jeritan kecil Aisyah memanggilnya. 

Badan Aisyah yang masih berpeluh-peluh itu dirangkulnya. Aisyah masih menangis teresak-esak. Sememangnya Aisyah tidak lekang melafazkan kalimah itu apabila nama Nabi Muhammad SAW disebut.

Aisyah pulih dari demam selepas peristiwa itu. Hati Aisyah terasa semakin dekat dengan Rasulullah SAW. Air matanya mengalir apabila teringatkan Baginda Rasul. Ia bukan hanya sebuah mimpi, tetapi satu perjalanan indah di luar sedar.

Apabila Aisyah mencari info berkaitan Rasulullah..bagaimana rupanya.. bagaimana ciri-ciri fizikalnya.. ternyata ia sama seperti apa yang Aisyah mimpikan.

Aisyah semakin rindukan Rasulullah SAW.

********************************************************

Entry kali ini..tiada gambar ye.. 
Selamat membaca dan mengambil iktibar dari perkongsian ini.

Segalanya milik Allah SWT. 




2 comments:

  1. Subhanallah... Subhanallah..
    Tentunya mimpi ini telah menjadi obor dalam hidup wanita ini untuk sentiasa mengikut jalan Nabi.
    Bertuahnya dia diberi peluang melihat Rasulullah SAW walau sebahagian sahaja. Allahu Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah KakChik.
      Banyak perkara berlaku di dalam hidup wanita ini sebelum beliau menemui bahagia. Berbagai dugaan melanda. Allah Maha Kaya.. memberi seorang suami yang soleh utk dirinya dan memberi sebuah mimpi yang sangat indah. Allahuakbar.

      Delete

Kalau suka entri ni, berilah komen sikit. hehehe...