Dalam perjalanan kembali ke tempat asal..

14 January 2013

Bengkak Susu Selepas Melahirkan

Bengkak susu? Bukan susu dalam tin tu yang 'bengkak-bengkak' ye. Ini berkaitan susu badan. 

Seorang ibu yang baru melahirkan bayi mempunyai susu badan. Ada kelenjar susu yang aktif dan menghasilkan jumlah susu yang banyak. Ada juga yang hanya mempunyai sedikit susu.

Susu awal dipanggil kolustrum yang berwarna kekuningan. Dahulu kala..zaman nenek moyang kita mesti ada nasihat macam ni..

" Buang susu kuning tuu.. Tu tak elok. Dah basi". 

Hehehehe. Mana lah datangnya basi tu. Susu dalam kelenjar di payudara boleh basi? Ohhhh!! Bukan basi ye. Tetapi kolustrum tu kaya dengan khasiat untuk tumbesaran bayi. Seeloknya cepat-cepat menyusukan bayi agar bayi kita tidak terkena jaundis.

Menyebut tentang jaundis... Ermmmm.. Baby saya ditahan 48jam di wad bayi kerana perlu diberi antibiotik. Antibiotik ni bertujuan untuk mengelakkan si kecil ini dari terkena jangkitan kuman. Maklumlah... saya melahirkan si kecil setelah 'leaking' hampir dua minggu.. apatah lagi kandungan masih pramatang (meskipun menurut sesetengah bidan, bayi saya sudah 37 minggu) ~ Wan Nur saya dilahirkan 36 minggu 4 hari. :)

Oleh kerana tidak dapat menyusukan beliau dengan kerap, saya mendapat bengkak susu. Ya Allah! Sakitnya bukan kepalang. Dengan payudara mengeras seumpama batu konkrit dan juga kelenjar membengkak sehingga ke ketiak, saya menangis kesakitan. Apabila diperiksa oleh doktor, ternyata saya adalah seorang wanita yang layak menjadi ibu susuan... KIHKIHKIH.. kerana mempunyai kelenjar susu yang sangat sangat sangatlah aktif. Minum 1 mug air mampu menjadikan susu saya 1 mug juga diwaktu yang sama. Hebat tak?????? Ngeeeeee... Alhamdulillah. Rezeki dari Allah. 


Gambar dari internet


Setelah bayi saya didapati sihat tanpa jangkitan kuman.. Haiiihhh..Jaundis lah pulak. Di tahan di wad beberapa hari dan dibenarkan pulang dannnnn dimasukkan ke wad sekali lagi. Seminggu kami bermalam di wad. Kasihan anakku ini. 

Bengkak susu membuatkan badan saya menjadi seram sejuk. Dah nak demam rasanya. Puas sudah mencuba berbagai petua, namun hampa. Semuanya tidak berkesan. Ibu-ibu yang comel-comel belaka akan merasa tidak selesa apabila payudara semakin membengkak dan susu mengalir tidak berhenti-henti.

Perasaan saya masa tu -----> Nak ambil semua baby di nursery (wad) dan nak menyusukan mereka kerana saya percaya susu saya tidak akan habis. Wahhh!! Hebat kan. Dah jadi penyusu pulak. Jangan harap kita akan tampak jelita di saat saiz PD menjadi sebesar buah durian. Hehehehe. Mujur tak ada duri macam buah durian. Waktu bengkak susu, seluruh bahagian dada terasa berdenyut dan sakit. Menjalar hingga ke ketiak. Fuhhh!! Sakit betul.

Pastikan menyusu dengan cara yang betul ~ Gambar dari internet


Setelah mengutip tips-tips dari nurse dan beberapa kali mencuba, ternyata ia berkesan. Saya dah mencubanya. Anda bagaimana.. ? Kikikikiki..

Okay ibu-ibu dan bakal ibu sekalian, jika terasa bengkak susu...boleh cuba tips di bawah.

1. Di rumah, elakkan memakai bra. Sewaktu terasa terik sangat di payudara, baring dan lapik di bahagian bawah badan dengan kain tuala. Biarkan susu mengalir bebas. Baring terlentang ye. Susu akan mengalir keluar sehingga berhenti sendiri.

2. Elakkan berbaring sambil mengangkat tangan ke kepala. Jika tangan diangkat, susu akan mengalir ke kawasan ketiak dan menyebabkan bengkak di bawah ketiak. Tangan pastikan berada di sisi badan.

3. Picit perlahan-lahan payudara semasa duduk. Bersandar dengan betul. Tadahkan bawah payudara dengan kain tuala. Picit ke arah puting susu. Biarkan susu menitis. Boleh gunakan minyak bayi dengan mengurut perlahan-lahan ye.

4. Elakkan penggunaan pam kerana ia membuatkan kelenjar menghasilkan makin banyak susu. Semakin kita pam, semakin cepat proses penghasilan susu berlaku.

5. Biarkan bahagian atas badan kita tidak terkena sebarang kain. Elakkan memakai pakaian semasa payudara mulai perit. Ini kerana, jika pakaian terkena puting payudara, susu akan berhenti mengalir.

Jadilah ibu yang terbaik untuk bayi kita ~ Gambar dari internet



Anda semua boleh mencuba tips ini. Selamat berjaya!



~ Susu dihasilkan mengikut keperluan bayi. Apabila bayi mula menyusu secara konsisten, maka susu akan terhasil dengan jumlah yang betul. Usah risau dengan bengkak payudara atau kendur payudara. Allah SWT memberi ganjaran hebat kepada ibu-ibu yang menyusukan anaknya. 

Ada sesetengah wanita tidak mahu menyusukan bayi dengan alasan payudara akan nampak kendur dan tidak menarik. Itu semua duniawi...DUNIAWI!! ~ Emo kejap. Hehehe..

Para suami yang budiman, janganlah mahu isteri anda cantik muda sentiasa. Tahukah anda bahawa wanita berkorban kecantikan dan kemantapan badan mereka untuk melahirkan permata hati anda. Tak payah nak komplen jika badan isteri sudah 'balancing lari' atau sudah berubah menjadi mokcik-mokcik. Sebaliknya galakkan isteri anda menyusukan bayi. Anak anda pun akan sihat dengan susu ibu. Jika anda ada budget lebih, lepas bayi anda semakin besar..belilah produk atau vitamin untuk mengembalikan kecantikan isteri anda. Haaaaaa!! Apa ada hal? Kan.. Kan..

Payudara hilang keanjalan kerana beberapa faktor, termasuk selepas melahirkan dan 
penyusuan kepada bayi. Tetapi banyak kebaikan apabila kita menyusu bayi kita. Kebaikan 
kepada si ibu juga kepada si bayi. :) ~ Gambar dari internet


Kesimpulannya, susuilah bayi kita sekiranya Allah SWT mengurniakan susu yang banyak kepada kita. Usah risaukan tentang fizikal kita yang berubah. Sebaliknya, apa yang patut kita risaukan adalah apabila kita 'kedekut' dengan bayi sendiri... banyak alasan diberi kerana tidak mahu menyusukan bayi. Lainlah jika kita mempunyai kelenjar susu yang tidak aktif. Keadaan ini memaksa kita memberi susu formula kepada bayi kita. :( 


Henti bebel dulu di sini. Di entry yang lain, saya akan berkongsi tips yang lain pula. (^___^)


***NAK CEPAT BADAN LANGSING?? HAAAA..MENYUSULAH BAYI KITA DENGAN JAYANYA!! *** 

2 comments:

  1. Salam. Jemput visit http://vitamincerdik.blogspot.com/2014/02/masalah-bengkak-susu-bagaimana-dan-tips.html

    ReplyDelete
  2. Salam..nak tanya.kelenjar susu yg turut bengkak diketiak tu dh kembali ke bentuk asal ke? Sy dl pon kena mcm tu.bengkak smpi ke ketiak. Dh ok tp bengkak tu xsurut sepenuhnya.masih ade lg dlm saiz yg kecik

    ReplyDelete

Kalau suka entri ni, berilah komen sikit. hehehe...