Dalam perjalanan kembali ke tempat asal..

31 December 2012

Bersalin

Kali ini saya nak cerita berkaitan rakan baru yang saya kenali di hospital.


Saya namakan beliau, Wardina (Hehehehe.. Sikit punyeeee glamour nama ni kan). 

Okay. Setelah seharian saya keseorangan di wad tanpa teman di katil sebelah, tup-tup keluar sahaja dari bilik scan saya mendapat ' jiran' baru. Haaaa.. Wardina kelihatan berbaring dengan mata yang layu dan lemah. Suaminya sedang menyuapkan beliau makan (tanpa sudu tau..guna tangan.....). Wardina memandang saya sepintas lalu. Saya memberikan senyuman ala-ala Julia Robert. Lebarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr. Wardina membalas lesu. Tiada komunikasi antara kami selama beberapa jam. Sehinggalah Wardina bangun dari tidur dan mula berbual dengan saya. Wardina baru berusia 20 tahun. Selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Wahhh!! Saya sangkakan beliau baru dibedah..rupa-rupanya tidak. Beliau mengalami tumpah darah yang agak teruk. Owwwhhh!! Patutlah muka Wardina kelihatan pucat.


Muda benar Wardina ni. Lagi mengejutkan saya, ini adalah anak ke 3 beliau. Uhuk!! Sweetnya couple ni. Muda-muda lagi sudah mempunyai keluarga yang meriah. Baby Wardina masih di unit NICU. Dalam pemerhatian pakar kerana dikhuatiri tertelan najis semasa di dalam kandungan.




Tumpah darah boleh membawa maut jika tidak
dirawat segera. Bekalan darah diperlukan jika pesakit makin kronik. Ada
juga kes di mana berhari-hari darah tidak mahu berhenti sehingga memaksa pesakit tinggal di hospital beberapa lama untuk penjagaan rapi. - gambar dari internet


Ermmm.. Masuk hari berikutnya..saya dan Wardina berbual semakin rancak. Wardina membuka sebuah kedai runcit di kawasan rumahnya. Suaminya bekerja di pulau... (Pulau Redang barangkali..Errr..Atau Pulau Pandan Jauh Ketengah..Hehehehe..)

Berbual dengan Wardina menyeronokkan. Meskipun berasal dari kampung dan kurang mengikuti perkembangan luaran - politik, ekonomi, hiburan dll.. - beliau sentiasa tersenyum manis bila bercerita tentang telatah anak-anaknya. Maka, saya sesuaikan lah perbualan kami dengan kisah berkisar tentang keluarga, anak-anak, masakan dan lain-lain. Kikikikiki. Ye laaa.. takkanlah saya nak ajak beliau berbual tentang Syria  yang bergolak pula atau harga sawit jatuh... Hehehehe...  - Apatah lagi dia tidak pernah menggunakan internet. 

Namun begitu, saya kagum dengan beliau. Sangat penyayang dan seorang ibu yang matang biarpun masih muda. Apabila baby nya telah dibawa turun ke wad kami, saya menjadi 'tukang' jaga baby bila Wardina mandi.  Hehehehe... Sehinggakan saya mendapat makanan orang berpantang akibat nurse keliru samada baby itu anak saya atau anak Wardina. :) ~ Saya suka baby.. kerana mereka 'berwajah syurga'.



Bayi lelaki Wardina. Berat 3.2kg. :) Semoga menjadi anak yang soleh.. 
Amiiin.


Wardina kurang berselera makan. Saya memujuk beliau makan. Macam-macamlah saya takutkan beliau... Kikikiki.. Saya gunakan kuasa 'kekakakkan' untuk mempengaruhinya. Wawawawawawa...

" Dina.. makan! Nanti kalau HB turun.. doc tak bagi balik.. Sian anak-anak kat rumah"
" Dina.. baik habiskan makanan tu..Nanti baby ni tak cukup zat.. Tak pasal2 kena masuk wad balik"
" Dina.. awak kan baru tumpah darah.. Boleh bawak maut tau. Kena makan ubat ni walaupun tak sedap"

Dan macam-macam lagi ayat "kakak-kakak" yang ngeri-ngeri. Hasilnya Wardina makan habis semua makanan yang dihidangkan dan dalam keterpaksaan menelan juga ubat yang dibekalkan. Muka Wardina kembali memerah. Nampak semakin sihat dan berseri. Lega hati saya.

Baby Wardina pula mujurlah tidak meragam. Hanya menangis bila lampin basah dan kelaparan. Kami keluar dari hospital pada waktu yang sama. Semoga Wardina dapat mengikut nasihat doktor agar menjarakkan kehamilan selepas ini dan memilih menu yang betul agar tidak lagi tumpah darah. :)

~ Apa yang pasti nurse suka benar melihat tray kami yang licin setiap kali makanan sampai. Arghh!! Kali ni menu sedaplah pula. Ayam berlada + Sup sayur. Ikan Masak Masam Manis + Sayur Campur. Ikan Goreng Bersalut Cili + Sup Sayur. Huuuuuu. Kiranya memang kenalah dengan tekak saya. Wardina pun makan sampai licinnnnnnnnnnnn. Hehehe..

Hasilnya, baju yang saya pakai semasa datang hospital sudah tidak muat. Jam dan cincin juga sudah ketat. Berbirat-birat tangan kerana saya sudah gomoks.... Percaya tak? Haaaaaa!! Nahhhhh!! Gambar terkini...

Saya BERJAYA menaikkan berat sebanyak 15kg!! Hehehehe.. Suami kelihatan 
makin slim..manakala saya kelihatan 'slim hanya anganan'.. Hehehehe..


Alhamdulillah. Kelengkapan baby saya sudah siap. Opsss..Ada satu lagi yang belum. Minyak Telon!!! Hehehe. Mana ye kedai jamu di bandar KT ni???

Hijau itu menawan kalbu.. Hehehe.. Persiapan sederhana sahaja. Kata mak, 
lepas baby lahir nanti baru tambah lagi barang-barang. ;)


Haaaa... !! Ini pula gambar dari koridor.. Ada pokok mengkudu.di kawasan hospital. Ada buah yang dah masak pulak tu. Teringin nak ambil. Hehehe. Banyak khasiat buah ni. Cuba tanya Dato' Google..

Daun mengkudu elok untuk digunakan masa bertungku di dalam
pantang. Selain itu, buahnya sedap jika diblend menjadi jus. (jangan harap lah nak sedap
seperti strawberry.. hehehe.. sedap-sedap ubat je..)

Ermmm... Terima kasih kepada suami saya yang sangat penyayang kerana membeli banyaaaaaaaaakkkkkk sangat membeli bekalan makanan kepada saya. Hinggakan roti kesukaan saya ini tidak berusik. Macam-macam roti yang suami bawa. Itu belum termasuk mee goreng lah... susu lah.. roti berperisa lah.. biskut lah.. Dannn...Semuanya saya makan sehingga habis, melainkan roti ini..

~ Oh ya!! Semakin ketara mata saya menyaksikan keromantikan dan betapa caringnya para suami di negeri ini terhadap isteri mereka. Ada yang memapah isteri untuk ke bilik air. Ada yang lebih 10kali datang dalam sehari menjengah isteri. Ada yang mendukung siteri yang lemah untuk duduk di wheel chair. Ada yang menyuapkan isteri makan. Ada yang mengelus-elus rambut isteri sambil memujuk agar isteri tabah. Ada yang mengurut-urut kaki isteri. Wahhhhhhhhh!! Banyak lagi lah pemandangan indah di sini. Sayaaaaaaaaa?? Hehehehe.. Saya dan suami adalah pasangan pemalu. Kami hanya duduk berbual-bual dan makan bersama.. :p 

~ Erghhhh!! Malulah nak manja-manja depan orang ramai. Heheheheheeheheheehehe..

Sihat + montel + mengantuk + muka bertompok + sakit = tinggal di hospital


Gambar terakhirrrrr... Inilah buku Rawatan saya. Buku Merah! Tebal betul sejak saya berada di KT. Hahahahahaha.. Tak ape lah baby. Asalkan kita berdua sihat dan sempurna..Alhamdulillah. Kan baby kan.. 

Buku penting bagi kami berdua. :) 


Jumpa lagi di entry seterusnyaaaaaaa... Byebye... 





No comments:

Post a Comment

Kalau suka entri ni, berilah komen sikit. hehehe...